Wednesday, May 6, 2015

WARGAKILANG: JJMK Yan 2015


Alhamdulillah, pada tarikh 2 Mei 2015 sempena musim cuti Hari Buruh di kilang2 industri, team NGO Wargakilang sekali lagi diberi kesempatan untuk masuk ke kg2 pedalaman menjengah dan membantu keluarga2 yang memerlukan. Kali ini di kawasan sawah padi dan pinggir pantai di sekitar daerah Merbok dan Yan, Kedah.


(Kurang lebih 70 buah kenderaan pelbagai jenis dan jenama dengan jumlah peserta hampir 250 orang, meredah kawasan2 kampung sepanjang permatang - sabuah perjalanan masuk kampung yang mengasyikkan)


(Modus operandi Wargakilang - setiap peserta bawa mai brg2 sumbangan masing2, tak kira barang apa dan berapa jumlah bilangannya. Sampai di tempat berkumpul, semua brg2 akan dikumpul dan kemudian diagih dan disusun berbaris mengikut jumlah bilangan asnaf yang disasarkan. Kali ini jumlah penerimanya ialah 40 orang, dari pelbagai kategori)


(Tiada khemah kusyen VIP atau pun khemah khas menanti. Tiba di kampung2 yang berkenaan, majlis sumbangan akan dilakukan secara spontan di mana-mana kawasan lapang yang ada, termasuklah di halaman rumah. Podium untuk pengacara majlis pula memang tak ada. Waktu masuk kg di Baling, Kedah saya pernah berdiri atas tunggul kayu jadi MC; kali ini depa suruh naik atas rumah teruih. Macam baca sajaklah pulak)


(Di Tanjung Dawai, majlis diadakan di tepi dinding rumah ja)

Tempat persinggahan kami yang pertama pagi itu ialah di sebuah kg di Merbok. Saja kami singgah di sini bawa kawan2 untuk ambil ROH Perjuangan seorang orang tua yang dikenali sebagai Paksu Romli, yang menubuhkan PUSAT TUISYEN nya sendiri di kampung ini, secara PERCUMA sejak beliau bersara hampir 20 tahun yang lepas. 


(Ada 4 buah "bangsal tuisyen" seperti ini, yg mampu memuatkan hampir 200 org pelajar dari kg2 sekitar, yg rata2nya adalah keluarga miskin dan susah. Ada antara anak2 kg ini yg kini sudah pun berjaya, jadi cikgu, engineer, balik UK dan sebagainya.)



(Hebat Paksu Romli ini, bila dijemput berucap tlg bagi sedikit kata2 nasihat - tanpa teks sebijik2 kata2 semangat melantun keluar dari mulutnya. Antara yg saya ingat, Paksu Romli pi pegang batang pokok dlm gambar ini, dia kata "Bayangkan pokok ini pokok durian, kita yg tanam durian itu, kita baja, racun dan jaga dia dari kecik. Bila dah besar dan berbuah, kita duk rasa kitalah yang bagi pokok tu berbuah WALHALnya kalau tanpa izin TUHAN, kalau DIA hantar mai halilintar, habis buah durian tu ke mana. Jadi, jangan kedekut untuk SEDEKAHkan buah tu. Mcm tu jugak dgn kita, kita ingat kita kerja besaq kerja MENEJA - kena kat batang hidung saya nie - kita duk rasa kita berjaya itu sebab usaha kita, walhal kalau bukan dgn izin Tuhan kita takkan jadi siapa kita hari ini. Maka itu, janganlah kedekut dan berkira untuk berSEDEKAH !!) 

Sabuah Tazkirah yang baik untuk memulakan perjalanan JJMK Jln2 Masuk Kg kami kali ini.


(Antara yang disantun ialah sebuah keluarga susah di Merbok - si anak yang sedang menuntut di IPTA ini ayahnya tidak mampu menyediakan Labtop. Sdra Aznee Othman mewakili YDP Wargakilang menyampaikan sumbangan Labtop kepada si anak berkenaan. Mudah2an bermanfaat)


(Dalam setiap program JJMK Wargakilang, pasti akan ada agenda di mana semua para peserta akan dibawa singgah sama ada di Pusat Tahfiz, Pondok Pengajian Agama atau pun Rumah Anak2 Yatim. Kali ini konvoi dibawa makan tengahari di Pusat Tahfiz. Mengambil kesempatan itu juga, para peserta diberi peluang untuk membeli WAKAF secara terus drpd pihak pengurusan Tahfiz)

Rata-rata penerima sumbangan kali ini adalah terdiri daripada golongan Ibu Tunggal dan juga ketua keluarga yang hilang kemampuan untuk mencari rezeki menyara keluarga.


(Makcik Rokiah, ibu tunggal anak 4 ini, waktu saya interview beliau, saya dimaklumkan salah seorang anak2nya OKU, suami meninggal dunia dan beliau pula tak berapa sihat dan tak mampu buat kerja. Makan minum beliau cakap harap orang sedekah ja - kdg2 jiran2 atau pun sanak saudara bantu. Puas hati sahabat kami, sdra Farhan dapat tlg sampaikan sumbangan. Golongan asnaf macam ini yg selalu saya cari bila masuk kg, kategori "penunggu beras fidyah")


(Makcik Umi dalam gambar ini pula menangis teresak-esak dipeluk oleh Puan Aina, Pensyarah UiTM P.Pinang sewaktu dipanggil ke hadapan utk menerima sumbangan. Wpun anak2nya kini sudah pun besar dan dewasa, namun ketabahan dan penderitaanyanya membesarkan 9 org anak2nya seorang diri sejak suaminya meninggal 9 tahun yg lepas - hanya mereka yg pernah membesar dlm keluarga Ibu Tunggal yang sedemikian saja mampu memahami dan merasai erti pengorbanan wanita tabah seperti ini. Hari ini, air matanya tumpah jua - tersentuh bangkali dgn bantuan yg tak disangka2 drpd konvoi 70 buah kereta ini. Wallah hu aklam)


(Ini pula Pn Hayati (tak berkaca mata), 36 tahun, ibu tunggal anak 3, semua masih bersekolah. Kini menyara hidup anak2nya dengan bekerja bendang, sewa 3 relong bendang orang dan buat sendiri, dapatlah sebulan lebih kurang RM500 mcm tu. Dari dressing dan cara berpakaiannya nampak begitu anggun sekali, tak nampak pun mcm orang buat bendang - tetapi terselit di sebaliknya kisah derita sebuah keluarga akibat kerja2 bendang)


(Ini Puan Hayati dan salah seorang anaknya sewaktu kami berkunjung ke rumahnya, waktu pi riki cari golongan asnaf di kawasan ini hari tu. Sedih dengar cerita beliau, suaminya meninggal dunia 5 tahun lepas kerana komplikasi paru-paru disebabkan kesan kerja-kerja meracun) 

Ingatkan suami Puan Hayati saja yang terkesan bahana RACUN rumpai ini, di bawah ini pula ada beberapa kisah yang sama yg kami temui dalam kembara JJMK Jln2 Masuk Kg kami kali ini.


(Sdra Malek Redwan sedang menerima sumbangan drpd rakan kami sdra Muhhidin - ada 3 orang anak2 kecil yg masih bersekolah, isterinya meninggal dunia 3 tahun lepas sakit kanser, dan beliau pula tak mampu nak buat kerja berat sebab sering rasa macam nak pitam kesan kerja-kerja MERACUN)


(Abang dlm gambar ini saya lupa tanya nama, tapi isterinya antara yang datang untuk terima sumbangan di Madhad Tahfiz Nurul Izzah. Waktu nak balik, dia datang jumpa saya dan saudara Aznee mai cakap terima kasih banyak2. Abang ini pun sama juga, tak boleh buat kerja berat, sakit-sakit sebab kesan MERACUN)

Abang dlm gambar di bawah ini pula rumahnya pada mata kita yg sesekali masuk kg2 kawasan bendang ini, antik dan cantik pemandangan, tapi tinggal di dalamnya seorang ketua keluarga yg kini sudah tidak mampu buat kerja2 berat kerana kesan MERACUN.


(Photo ini boleh buat POSKAD atau pun KAD RAYA)

(Abang Omar Tok Meliah (kepala hampir botak) sedang menerima sumbangan drpd sdra Azman, sahabat kami anak jati YAN yg kini menetap di Kuala Lumpur.  Abang Omar sekarang ini sakit2 kesan meracun, tulang lehernya reput dan diganti dengan tulang pinggul. Tak mampu buat kerja berat, memang asnaf yang layak terima sumbangan ini)


(Kebetulan bangkali, waktu duk browse thru Facebook kawan2, saya terjumpa gambar ini di FB sahabat kami, sdra Fazal dari Kepala Batas P Pinang, gambar petani sedang MERACUN yang diambil beliau secara tidak sengaja sewaktu program JJMK ini)


(Sangka tak sangka, pemandangan sawah bendang yang cantik di mata kita ini - di situ sudah ramai kaum tani yang tumbang kerananya dan ramai lagi yang sedang menderita kerananya - kesan toksik racun yang tidak dikawal)


(Berapa ramai lagikah kaum tani yang perlu mati meninggalkan anak2 menjadi yatim kerana racun? Berapa ramai lagi pulakah yang perlu menghabiskan sisa-sisa usia sebagai ketua keluarga yang tidak berdaya, tak mampu buat kerja berat dan sakit2 kerana racun?)

Mudah-mudahan sedikit kisah terpendam yang kami temui dalam kembara masuk kampung di bumi Merbok dan Yan ini mampu menggamit pihak berwajib untuk berbuat sesuatu. Mudah-mudahan.


(Bagi rakan2 yang pertama kali ke bumi Yan, pemandangan sawah bendang terhampar luas di kaki gunung Jerai ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan)


(Untuk mereka yang berasal dari desa, pemandangan seperti ini, anak2 terjun dari dahan pokok, mandi-manda di tali air bendang pasti menggamit memori)


(Saya dimaklumkan ada org2 kampung yang berduyun2 datang, terkejut sebab mereka ingat ada kematian di rumah ini, ya lah tiba2 saja berpuluh2 buah kereta tiba2 bersesak masuk parking di batas permatang ini yang biasanya sunyi sepi jarang2 ada kenderaan masuk)


(Rumah Tok Meliah ini adalah rumah terakhir dalam kembara JJMK NGO Wargakilang melawat dan memberi sumbangan untuk 40 orang Asnaf ini. Saya lihat rakan-rakan macam tak mahu pulang, mungkin suatu perjalanan kembara masuk kampung yang begitu menginsafkan dan pemandangan yang indah tak pernah dilalui sebelum ini)


(Bagi saya pula ada misi yang belum selesai)

Dalam ramai-ramai penerima itu, hati saya melekat kepada keluarga En Rani ini. Keluarga ini ada 6 orang anak, 17 tahun, 15, 11, 8, 5 dan 2 tahun. Bila saya tanya kerja apa, En Rani cakap kerja kampung. Saya tanya kalau kerja kampung, cuba habag kat saya bangun tidur pagi semalam buat kerja apa?

En Rani cakap, pagi semalam dia pi potong/ragut rumput - bagi lembu tauke makan.
Ada orang minta dia tolong jaga beberapa ekor lembu.

Dapat upah sehari berapa? - tak dapat upah.
En Rani cakap, semalam tauke bawa mai 2 kg GULA upah bagi lembu makan.

Beras pula? - Tauke bagi 10kg beras, boleh tahan satu minggu makan.

Ikan? - isteri beliau pi jetty tunggu nelayan balik dari laut, nanti dia tolong asing2kan ikan dan angkat naik ke jetty, dapatlah upah saki baki ikan tu habuan mereka sekeluarga makan sehari dua.

Saya tanya AYAM? - depa dua orang gelak, isteri dia cakap "Tunggu RAYA!!"

Kemudian saya tanya tambah lagi:

"Anak isteri, pernah ka bawa pi makan Char kuew teow ka apa kat warung2 tepi jalan?"

En Rani cakap:
"Malulah Encik tanya saya mcm tu depan isteri saya"

Isteri dia senyum saja.

En Rani kata:
"Tak pernah - paling mewah yang pernah kami makan ialah MAGGI MEE, masak makan di rumah"

Aduih, terhirisnya rasa !!

Insyaallah nanti saya mai lagi.


(SEKIAN LAPURAN JJMK NGO WARGAKILANG KALI INI)

Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Dan tkasih juga kpd rakan2 yang empunya gambar.
Mudah-mudahan ada ganjaranNya yang menanti.

Sehingga ketemu lagi.

Salam hormat.

Mohd Monier Mat Din
6.5.15

Sunday, November 23, 2014

JJMS WARGAKILANG: Jln2 Musim Cuti Sekolah


Tak sampai beberapa bulan lepas, dalam program NGO Wargakilang membantu keluarga penoreh getah yang dihimpit derita dek harga getah merudum dan juga hari menoreh yang tidak menentu - kerana musim hujan, kami telah berkunjung ke kampung halaman sahabat kami, Tn Haji Satar AJK Wargakilang di pedalaman Naka, Kedah dengan membawa sedikit sumbangan beras dan brg2 keperluan harian untuk beberapa keluarga di sana.

 (Tuan Hj Satar di kampung halamannya di Naka, Kedah)

Antara penerima tersebut ialah seorang Makcik dalam gambar di bawah, yg saya ada catat namanya tetapi tersilap letaklah pula buku catatan itu kat mana.


(Yang saya ingatnya, Makcik ini NGO Noreh Getah Orang, pendapatan tak sampai RM300 sebulan, Ibu Tunggal kematian suami, ada anak-anak yang bersekolah dan ada yang tidak bersekolah - tercicir kerana miskin tak mampu nak sara semua anaknya sekolah)

Bila balik ke rumah, wajah dan cerita makcik ini macam-macam terbayang2 dan terngiang2 di telinga saya, awat la teruk sangat anak bangsa kita MISKIN sampai tak boleh hantar anak sekolah ini?

Kebetulan dalam waktu yang sama, timbul cadangan dan perbincangan sesama kami untuk buat program JJMS (Jln2 Masuk Kg bagi bantuan masuk Sekolah) seperti kasut, pakaian sekolah beg alat tulis dan sebagainya. Lalu, sembang pi sembang mai, kami memutuskan untuk memilih kampung-kampung di pedalaman NAKA, Kedah ini sebagai lokasi untuk bantuan pakaian dan peralatan sekolah ini. Dan, seperti biasa, kerana NGO kami tiada dana, maka kami terpaksa mengharapkan bantuan sahabat2 yang membaca kisah riki kami ini untuk tolong sponsor pakaian dan peralatan persekolahan yang berkenaan. Insyaallah, kalau ada yang sudi nak bantu, kami boleh tolong tunjukkan jalannya ke sana.

Berikut adalah sedikit rakaman perjalanan skuad riki NGO Wargakilang ke lokasi berkenaan di hujung minggu yang lalu.


(Kami di Wargakilang, bila pi riki main RODONG (terjah) saja, jumpa mana-mana orang yang kami rasakan miskin, kami akan tanya ada tak budak-budak sekolah anak-anak orang susah yang rasa kami boleh tolong bantu)


(Pun begitu, kami tidak shortlist membabi buta, kdg2 ada yang nampak mcm susah tapi anak-anak kerja hebat2 di ibu kota. Untuk semua keluarga yang direkomenkan kpd kami sdra Wahab (bertopi) selaku Ketua Wargakilang Utara dan Tn Hj Fendi (berkopiah) ketua skuad riki Wargakilang akan interview bakal penerima terlebih dahulu, jika layak barulah kami ambik ukuran size kasut seluar dan baju anak-anak yang berkenaan)


(Untuk memudahkan tugasan, skuad riki wargakilang bawa size kasut sekolah yang diambil terus drpd pembekal di Pulau Pinang)

 (Sdra Zaidi, AJK Wargakilang tengah duk ukur size kasut seorang pelajar perempuan)

(Bergilir-gilir ambik ukuran, kecik besar semua kena ukur)

 (Mudah-mudahan ada yang sudi sponsor kasut baru ganti kasut lama yang dah haus nak koyak dah ni)

(Sdra Shukri, TYDP Wargakilang sendiri turun padang ambik size seluar dan baju yang dibawa sizenya setiap satu dari kedai pembekal di Pulau Pinang - boleh tahan juga nak test sorang2)


(Besar kecil, satu keluarga test baju seluar sorang-sorang, Tn Haji Fendi sibuk catat bacaan)


(Seronok adik ini Pakcik Zaidi bagi dia cuba test baju dan kain baru)


(Fuh - tegak berdiri adik ini dapat try baju baru, belum dapat lagi - baru test tu, nanti kami datang lain bawa yang betul-betul baru)


(Yang ini pula tengah test seluar, kat luar sana bersusun tunggu nak masuk try sorang-sorang)


(Yang ini tak pakai baju, terus sarung seluar - boleh nampak ada pakcik Wargakilang dah mula penat keletihan, tersandar ke pintu)


(Adik ini mungkin segan kat pakcik-pakcik Wargakilang agaknya, dia minta emaknya tolong testkan dia pakai kain sekolah itu kat dapur)

 (Menjelang petang, memang jelas kelihatan pakcik-pakcik wargakilang ini dah hampir pancit, terus melunjur atas lantai)


(Sehari suntuk, dalam dan luar rumah masuk kampung keluar kampung, masuk rumah orang itu masuk rumah orang ini ambik size kasut, seluar baju dan juga tudung. Kalau tak ada stamina, boleh pancit ini)


(Lebih kurang jam 9.30 malam, Hj Fendi SMS saya - saya tak turut serta sebab ada urusan lain - Hj Fendi bagi tau team riki masih ada dua tempat lagi nak pergi. Fuh, hebat sungguh stamina rakan-rakanku ini)

(Ini dah hampir tengah malam dah ini, tapi tuan rumah ini pastinya menerima kedatangan skuad riki ini dengan penuh terharu dan rasa gembira)


Apa tidaknya, Bapa Tunggal anak 4 yang hidup menumpang di tanah ihsan orang dengan rumah kotak bersaiz kurang lebih 10x10 ini memang hidup dalam serba keterpayahan dan penuh kedaifan. Rumahnya begitu sempit, di situlah ruang tamu dan di situlah tempat tidur. Tak mampu beli langsir, hanya gunakan lebihan kain pemidang pilihanraya dan juga jalur gemilang sebagai penghalang antara ruang depan dan bilik kecil sebelah. Boleh lihat seronoknya anak lelaki beliau yang berbaju biru itu melihat si kakaknya cuba try baju sekolah baru.

Sebetulnya, program bantuan kasut sekolah, baju sekolah dan lain2 alatan sekolah anjuran NGO Wargakilang ini bukan hanya terhad di Utara sahaja, plan kami nak extend hingga ke Kelantan, Terengganu dan merata tempat lagi - kerana kami tahu kemiskinan ini bukan hanya wujud ada di Kedah sahaja, tetapi di mana-mana negeri pun ada.

Misalnya, tak jauh dari Kota Bharu Kelantan.

Sahabat kami, sdra Che Jaafar wassap mai kisah Ibu Tunggal yang kematian suami di bawah.


(Ibu tunggal anak 5, mengambil upah cuci botol dengan upah RM2.50 untuk setiap 100 biji. Dalam sehari boleh cuci antara 200 ke 300 biji botol, dapatlah kurang lebih RM7.50 sehari, makna kata pendapatannya hanyalah sekitar RM200 sebulan)


(Makcik Fatimah seronok tak sangga bawa keluar tunjuk contoh baju pengawas anaknya bil sdra Amran, wakil kami di Kelantan pi riki rumah beliau baru-baru ini bagitau kata kami nak bantu dapatkan baju baru untuk anaknya nanti)

Kami berharap ada rakan-rakan yang sudi bantu kami tolong sponsor kain baju sekolah untuk keluarga2 seperti ini.

Bukan sahaja di Kedah atau pun Kelantan, tadi saya call sahabat saya, sdra Azman Ketua Wargakilang Terengganu di Kemaman. Dia kongsi cerita pengalaman beliau bantu persediaan awal persekolahan tahun lepas.

Cikgu sekolah mengadu ada anak-anak murid yang tak datang sekolah bila sessi  persekolahan baru dibuka, bila cek tengok baru tahu - budak2 itu segan nak datang sekolah sebab takut cikgu minta yuran tahun lepas yang belum berbayar, dan ada juga yang takut nak datang sekolah takut kena denda sebab mak ayah tak dapat sediakan pakaian untuk pasukan seragam dan sebagainya. Azman bagi tau, mak ayah budak2 itu duk tunggu duit bantuan kerajaan RM100 itu untuk beli baju, bayar yuran dan sebagainya. Kerana itu ada yang sebulan kemudian baru masuk sekolah bila bantuan RM100 itu tiba.

Macam itu pun ada.

Insyaallah, dalam semua kes yg berkenaan, kalau kita sama-sama dapat menggembeleng tenaga tolong sediakan pakaian sekolah dan alatan persekolahan, sedikit sebanyak insyaallah dapat membantu meringankan beban keluarga2 ini. Orang alim kata, jika kita melepaskan kesulitan orang lain di dunia, insyaallah di Akhirat nanti Allah SWT akan melepaskan kesulitan kita di SANA kelak. Wallah hu aklam.

Kepada rakan-rakan yang berminat nak tumpang membantu, bolehlah hubungi sdra Aznee Othman, Setiausaha NGO Wargakilang yang ditugaskan untuk koordinatekan program ini (Tel: 0124323305).

Mudah-mudahan kerja buat kita ini ada manfaatnya.

Terima Kasih

moniermatdin@yahoo.com
23.11.14
http://www.moniermatdin.blogspot.com
facebook/wargakilang

Friday, November 14, 2014

Kisah WARGAKILANG Masuk Kg di Pahang


Hari tu saya ada post dalam FB kisah kaum NGO "Noreh Getah Orang" khususnya di Kedah negeri kelahiran saya yang dihimpit derita kerana harga jatuh dan hari menoreh yang tidak menentu, hinggakan ada yang tak mampu nak beli beras. Nor, adik ipar saya di Balok, Kuantan Pahang reply balas, dia tulis lebih kurangnya:

"Abang Munir, kisah kaum penoreh yg dihimpit derita ini bukan setakat di Kedoh aje, ini di Pahang ini pun ade. Kawan Nor dari kawasan pedalaman Pahang yang ramai penoreh getah tu cerita, dia orang teruk sangat dah, bukan setakat nak beli beras, ada yang nak beli GULA pun tak mampu !!"

Bila saya cerita kat kawan-kawan di Kedah ini, depa buat lawak kata memang lah tak mampu, harga sekilo getah RM1.80 tapi harga gula sekilo RM2.85, mana ada orang jual gula setengah kilo? - hmm, ada logik jugak lawak depa tu.

Maka, dalam agenda menjejak cerita adik ipar saya tu dan teringin nak jumpa orang yang cerita penoreh tak mampu beli gula ini, minggu lepas bersama-sama dgn rakan-rakan dari NGO Wargakilang, kami halakan expedisi masuk kg yg biasanya terhad di kawasan utara dan sesekali turun ke Kelantan dan Terengganu ini, kali ini menghala ke pedalaman Pahang.


(Konvoi 15 buah kereta lebih kurang membelah kg-kg di pedalaman Pahang)


 (3 pax beras 10 kg dan sedikit barang-barang keperluan harian yang dikirim kwn-kwn kami bawa jauh dari Penang/Kedah dan ada yang bawa mai dari Kuala Lumpur terus ke Jerantut dan pedalaman Kuala Lipis)

Expedisi kami ini lebih kepada untuk mewujudkan kesedaran kpd masyarakat tentang Dilema keluarga penoreh getah yg sedang dihimpit derita ini - bukan tertakluk kpd negeri2 tertentu sahaja tetapi di seluruh negara ada, maka dlm satu hari perjalanan yg singkat itu, kami hadkan kepada 160 orang penerima sahaja: 80 di kawasan Jerantut dan 80 di Kuala Lipis.

Mula-mula pening juga duk fikir mcm mana nak bawa brg2 sumbangan dari Kedah/Penang dan KL ini, yang kalau muat pick up mau kena bawa dekat 10 bijik 4WD, jenuh nak merangkak naik Genting Hi-land turun LPT exit Temerloh hala ke Jerantut.
(Alhamdulillah, Tuhan hantar mai seorang hamba Allah, Tauke Ladang Itik di Kulim - dia off sat business dia dua tiga hari, tolong bawa beras dan brg2 makanan untuk 160 family ini terus dari Kedah.)

Dia bertolak mai sehari awal dari kami - IKUT CAMERON HIGHLAND.

Saya mai ikut PLUS-Genting-LPT-Jerantut. Balik pula saya saya ikut Cameron Highland. Tak berapa tau jalan sebab tak pernah lalu, inilah seumur hidup pertama kali sampai ke Jerantut dan Kuala Lipis. On the way balik, bila lalu jalan K Lipis Cameron Highland dan exit di Simpang Pulai, saya teringat lori sahabat ini. Dua tiga hari lepas saya mesej dia, saya kata hang buat kerja GILA bawa lori sarat dgn barang lalu jalan Cameron Highland tu, dia reply balik dia tulis "Hat bawa aku gi K Lipis bukan aku...Allah !!"

Fuh - kagum sungguh saya dengan manusia-manusia yang tamak PAHALA ini.

Sebetulnya sahabat-sahabat yang ikut serta dan yg selalu ikut expedisi JJMK Jln2 Masuk Kg NGO Wargakilang bagi sumbangan kpd keluarga miskin/susah ini mereka jadi ketagih bila melihat kegembiraan dan kesyukuran pada wajah para penerimanya.


(Melihat orang2 kampung menadah tangan berdoa untuk kami ini - dia punya feeling tak tau nak habag mcm mana)

(Si kecil di atas kerusi kat depan tu, yg belum mengerti apa-apa itu pun turut sama menadah doa. Moga kami semua dan juga rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm kerja amal kami ini sama-sama mendapat manfaatnya, insyaallah)

(3 kampit beras ditanggung dan dikepit sekali gus - nak habag kata pentingnya BERAS buat kaum penoreh ini)

(Tak tau nak habag mcm mana seronoknya kami rasa bila lihat penerima duk tanggung beras angkut balik. Perasaan ini tak boleh dibeli di mana-mana)

(Di setiap tempat yang kami pergi, saya perasan mcm para penerima duk gelak bila saya kata minta maaf saya org Kedah, cakap bunyi org Kedah, kalau bunyi mcm MAHARAJA LAWAK, gelak ajelah)

Sebetulnya, di samping pi bagi sumbangan, kami amik kesempatan di majlis sumbangan ini juga untuk bercerita tentang tujuan kami datang dan menyatakan jangan ingat di luar sana tiada pihak yang peduli dengan deritanya mereka ketika ini. Kami datang tanda ada yang simpati dan ada yang mengerti.

(Rasa puas hati bila melihat mereka gelak dan ketawa dengar saya duk melawak. Untuk seketika terlupa sekejap mereka tentang cerita getah turun harga)

On serious note, perjalanan kami masuk kg di pedalaman Jerantut dan Kuala Lipis ini - untuk saya secara peribadi - meninggalkan kesan yang mendalam yang tak akan mampu saya lupakan sampai bila2. Bukan hanya kerna mencabarnya jalan2 untuk masuk ke kg2 di situ tetapi juga saya tak sangka kisah derita para penoreh getah yang kami temui dlm kembara amal kami masuk kg di pedalaman Baling dan Sik Kedah, Gerik dan Ijok Perak, KualaKrai dan Tanah Merah Kelantan, ia nya turut wujud ADA di pedalaman negeri Pahang. Macam kes denggi lah pula, di mana-mana pun ada.

(Konvoi kereta lawa-lawa dari Utara, Tganu, Pahang dan KL terpaksa mengharung jln kg pedalaman ala-ala trek 4WD)



(Di sebuah kampung tu, saya kereta no 5, bila saya stop nak amik gambar, kereta no 1 hingga no 4 dah bergerak jauh ke depan ke dalam hutan)

Bila saya lead semula konvoi belakang saya tu, dah tak jumpa dah 4 buah kereta tadi. Dah la kat dalam hutan, depan tu ada simpang-simpang, line telepon pula tak ada - main redah aje, nasib baik bertemu juga hampir 20 minit kemudian. Fuh!


 
 (Di setiap center, saya akan interview para penerima terlebih dahulu untuk rekod kami, rata-ratanya membawa kisah yang sama, Drama Hidup kaum NGO Noreh Getah Orang di pedalaman yang rata-ratanya berpendapatan dlm RM400-RM500 sebulan, itu pun kalau boleh menoreh tak hujan)

 (Puan Ina dlm gambar ini, dia pegang BERAS ini mcm tak mau lepas. Ikut rekod saya, beliau suami isteri kerja NGO noreh getah orang. Pendapatan = RM10 ke RM12 sehari. Sebulan kalau boleh menoreh 20 hari, dapatlah RM200 sebulan. Bila saya tanya sebulan dapat RM200 ke, dia cakap tak sampai!!)

No wonder lah, bila saya tanya makan minum anak-anak mcm mana, dia cakap kena lah BERJIMAT. Terputus beras perkara biasa, dan pi kedai hutang BERAS juga perkara biasa. 3 kampit beras 10kg ini bernilai EMAS buat beliau.


(Kak Ros kiri bertudung hitam, contact kami waktu majlis sumbangan di pedalaman Kuala Lipis)

Bila saya sembang dengan Kak Ros kes Puan Ina dll yang saya interview itu, Kak Ros cakap, itu ok lagi, Ada satu kes itu dia tengok sendiri - sekali jual dapat RM50. Sebulan dua kali jual, dapat RM100 atau pun tak sampai RM100 sebulan. Lagi parah!

(Yang ini pun lebih kurang jugak. 2 minggu jual getah sekerap dapat RM80. Sebulan dapat RM160)

Bila saya interview lagi, kakak ini cerita terputus beras itu perkara biasa. Sekali itu pernah 2 hari tak makan nasi sebab beras habis. Kutip-kutip duit yang ada, dapatlah lebih kurang RM10 - gi kedai beli Maggie. Dia cakap bila masak maggie bagi anak-anak makan, bolehlah tahan anak-anak itu tak lapar (mungkin sebab maggie kembang dlm perut kot), lepas dua hari cuaca elok semula, ayahnya dapat noreh dapatlah makan nasi semula (mungkin hutang beras kot, tak tanya pula).

Duk ingat kan yang dikatakan maggie ini ration budak asrama atau budak U atau pun geng bujang hat duk tunggu gaji hujung bulan aja. Rupa-rupanya Maggie pun ada peranannya utk keluarga penoreh. Lain kali nak kena masukkan Maggie dalam list sumbangan.

Bila saya tanya tak pinjam beras kat jiran ke? dia habag kadang2 pi minta juga kat kakak ipar, dapat la satu bekas kecik cukup-cukup untuk masak hari tu.

Yang bestnya bila saya tanya, 30 kampit beras ini agak-agak boleh tahan lama mana. Kakak ini cakap:

"Insyaallah tahan lama sebab saya masak nasi sehari SEKALI saja, waktu tengahari saja."

Malam tak masak ka?

Tak masak - anak2 kena belajar berjimat, kalau habis yang siang malam dah tak ada dah.

Kelu lidah saya, tak tau nak kata apa.

Pun begitu, dalam banyak-banyak kes NGO dihimpit derita tak ada beras nak makan ini, saya tak dapat lupakan kisah yg contact kami (Ustaz dlm gambar) ini cerita kat saya.

Dia cerita, beliau dan rakan-rakannya kerap juga buat kerja amal mcm yang NGO Wargakilang buat ini kat area Jerantut dan sekitar. Dia kata, sekali tu depa pi satu rumah yang dimaklumkan keluarga itu terputus beras. Bila masuk rumah bagi salam, bila tanya ada makanan ke, tuan rumah (pompuan) cakap kata ada. Bila depa minta izin nak pi masuk dapur, bila angkat tudung saji, Ustaz ini cerita kat saya:

"Masyaallah - bawah tudung saji itu cuma ada PISANG REBUS untuk makan anak2 dia!!"

Fuh - sampai makan Pisang rebus saja!! - haiyyoo tak tau nak tulih apa dah la.

(Ustaz cerita kakak itu ada dalam antara ramai-ramai penerima kat depan ini, dia cerita itu pun bila majlis sudah berakhir, kalau tidak pasti saya pi interview kakak tu)

Akhir kata, saya tulis cerita ini bukan nak habag kata di negeri Pahang ada warga penoreh getah yang hidup susah. Kami dah masuk merata kampung di seluruh negara terutamanya di negeri2 yang ramai kaum NGO penoreh getah orang ini seperti di Kelantan, Perak dan Kedah negeri kelahiran saya - semuanya serupa, cerita dan skrip dramanya sama sahaja. Harga getah merudum dan hari menoreh yang tidak menentu, nak masa nasik pun berkira.

Derita Penoreh Getah ini sudah jadi wabak, sudah jadi epidemic, sudah jadi BENCANA ALAM menghimpit satu negara.

Pasai apa bila ada Tsunami di Kuala Muda, Kedah hari tu berpusu-pusu orang mai bantu?

Bila jadi Banjir Besar di Kemaman pula, satu negara turun hantar bantuan, dah tak kira dah hang parti PAS ka parti UMNO. Tak ada siapa salahkan kerajaan atau parti pembangkang, semuanya bersatu hati hantar bantuan. Pasai apa? - pasai itu adalah BENCANA ALAM, bila bencana alam semua orang kesian sebab ada orang tak ada kain pakai dan nasi nak makan.

Habis tu, kes warga penoreh getah dihimpit derita di merata kampung di seluruh negara ini bukan BENCANA ALAM ka? Tak dak beras nak makan sampai berlapar anak beranak bukan bencana alam ka?

Tak ada orang nak bantu depa ka? Ka biaq ada yang mati kebuluq tak makan dulu baru kalut nak hantaq bantuan ??

Tepuk dada tanya selera.

 (Kami di Wargakilang hanyalah POSMEN. Kami dah buat kerja kami, dan kami dah kongsi cerita apa yang kami nampak. Kami harap orang lain, group lain boleh buat benda yang sama yang kami buat ini. Insyaallah kalau semua orang amik peranan, derita warga NGO ini dapat dikurangkan)

Ada masa - masuk lah kampung pi bantu mereka.
Insyaallah besar manfaatnya.


Sekian secebis lagi kisah NGO WARGAKILANG masuk kampung.
Sehingga ketemu lagi.

(Opss, lupa nak tulis, rupa-rupanya Kak Ros di Kuala Lipis itulah yang bagitau kat adik ipar saya tu kisah orang noreh getah tak mampu beli gula. Alhamdulillah, tercapai juga misi peribadi saya nak cari sahabat adik ipar saya ini).

Terima Kasih

moniermatdin@yahoo.com
15.11.14
http://www.moniermatdin.blogspot.com
faceboo/wargakilang