Nota : tips ni tak ada kena mengena dengan kedatangan Psy ke Malaysia sempena CNY ya...
Sebenarnya, Che’ yang rasa topik ni berat,
macam tak terdaya kaki menyeretnya sebab tu Che’ berhenti kelmarin. Semalam, Che’ berehat seketika, masih menilai-nilai amal, menginsafi
kepulangan sepupu suami Che’ yang kembali ke rahmatullah semalam. Dipinjamkan Allah selama 18 tahun. Che’ masih bernyawa sampai saat ini, berapa
banyak pula dosa yang Che’ buat setiap hari.
Che’ takut dengan seksa kubur.
Dilanjutkan dengan topik watak dan perwatakan,
Che’ rasa kalau Che’ ambil PMR tahun ni, dengan teks kajian KOMSAS tu, pasti,
dengan yakin Che’ tak boleh lulus.
Rasanya banyak lagi rahsia dalam teknik-teknik penulisan yang Che’ belum
baca. Nanti Che’ gagau-gagau mana-mana
library lagi, cari buku dan kita kongsi kat sini ya...
Sahabat dan kerabat yang Che’ sayang...
Selanjutnya Pak Othman Puteh menegaskan bahawa
pengarang yang BIJAKSANA adalah pengarang yang:
-
Bertindak mengawal minda pembaca
untuk ‘lekat’ dengan karyanya.
-
Berusaha sehabis baik untuk
khalayak sentiasa ingin tahu apa berlaku pada watak-wataknya.
Tetapi,
Untuk mengawal orang lain, kita perlu kawal
diri (penulis) dahulu. Jumaat, dalam
Tanyalah Ustazah, Ustazah Asni Mansor berkata, kita memang tak boleh ubah orang
untuk cintai/sukakan kita, tapi kita boleh ubah diri kita untuk dicintai. Sebaiknya kita, untuk menjadi penulis,
sentiasa menjaga aura positif kita. Pastikan
ia sentiasa melebihi aura negatif. Aura positif
tu apa?
SENYUM. Senyum dulu dalam masa sebulan
ni. bulan depan cuba tengok apa yang
berlaku. Lepas tu komen kat bawah ya.
Sambung...
Sebagai
penulis, kita harus terlibat sama dengan watak.
Berlaku jujurlah dengannya. Contoh:
jika anda jaki jipang tahap jin toncit dengan Shah Rukh Khan, tapi kerana
khalayak pembaca sukakan dia, andapun menulis.
Anda paksakan diri anda tentang dia, watak protagonis pula tu. Che’ pasti 200% tak sampai 100 muka surat, karya
anda akan ‘putus’
Penulis
perlu tahu serba sedikit psikologi manusia.
Mengenal setiap jenis ‘perasaan’ sama ada baik atau buruk. Ilmu bantu itu sebenarnya ada dalam diri
kita, juga orang-orang di sekitar kita. ‘baca’
mereka, ‘perasaan’ mereka melalui aksi,
respon dan perkataan mereka.
Watak-watak
di dalam karya juga harus berubah.
Ingat, karya kreatif ialah berkenaan kemanusiaan. Hakikat penciptaan manusia itu sendiri ialah
tiada ketetapan. Boleh berubah-ubah. Bagaimanapun,jangan ubah watak tergesa-gesa!
Contoh : Ombak Rindu
AA tetiba aje jadi baik. Sayangkan MK tanpa sebab walhal semalam
dialah manusia paling dingin dan keras macam ais di Alaska. Alih-alih hari ni, tak ada ribut, tak ada
tsunami dia berubah. Penulis tak
memberitahu walaupun bagi hint kenapa AA berubah. Best tak cerita macam tu? Best, tapi tak mendebarkan! (Apa nama watak
AA dlm Ombak Rindu?)
Dr. Othman Puteh (1992:34) seterusnya mengungkap bahawa penulis harus
memaparkan watak secara wajar.
Paparan
Watak fizikal – suara gaya, fizikal dan
penampilan (barang harus diingat, dalam
sastera hasanah, pemaparan watak-watak ini adalah tugas watak sendiri, bukan
tugas penulis)
Semakin lama, semakin mendalam pemaparan
tentang perasaan dalam watak. Menyoroti istilah
tak kenal maka tak cinta. Semakin kita
mengenal watak itu, semakin dalam yang kita ingin tahu tentang dirinya.
Dr Othman Puteh (1992:34) berkata “sewaktu
anda melukiskan watak, berilah kesempatan watak-watak itu bergerak, beraksi
sendiri. Justeru itu, dedahkan (show)
watak-watak itu kepada pembaca dan elakkan dari menjelaskannya (tell). Dengan kata lain, dalam cerita anda itu,
tunjukkan sahaja kepada pembaca anda,
jangan beritahu atau jelaskan watak itu kepada pembaca. Inilah dikatakan
dramatizing. Untuk memungkinkan hal ini,
pengarang haruslah tidak campur tangan, tidak memberi komentar, dan yakinlah
pada watak-watak itu”
Inilah juga kelemahan Che’ yang cuba Che’
perbaiki ketika menulis :- sibuk nak campur tangan dalam konflik dan watak
dengan memberi pendapat.
Contoh memberi
pendapat : Hana memandang wajah adiknya. Mungkin merasakan adiknya tidak memberikan
perhatian, dia menjerit ... perkataan mungkin merasakan adalah campur tangan
penulis, pada pendapat Che’. Sebab,
penulis sudah memberitahu pembaca. Padahal
hal itu boleh diberitahu oleh watak sendiri.
Akhir kata, untuk lahir sebagai penulis, diri perlu akrab dengan pelbagai pengetahuan seperti kemanusiaan dan alam yang menjadi
nilai tambah yang cukup baik.
Watak kita
tidak boleh bergerak di dalam kekosongan dan latar juga akan kosong tanpa
watak. Di dalam novel-novel yang
berjaya, watak yang teliti dan tuntas pemaparannya adalah kunci utama. Maka penciptaan watak imaginasi yang logik adalah
tulang belakang penciptaan karya.