Showing posts with label Aleeya. Show all posts
Showing posts with label Aleeya. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Good Girl Aleeya! Jom Solat ;-)


Hi,

Good girl Aleeya!Semoga dipermudahkan segala urusan anak mama dunia dan akhirat :-)

Monday, October 17, 2011

Stupid People yang tidak berperikemanusian

Hi,

Nota untuk Aina dan Aleeya.

Mama touching sangat malam ni,sudahlah feel silence alone kat rumah without abah yang dah balik KL dan without Aina dan Aleeya kat rumah atuk tu...dikejutkan dengan berita yang begitu menyayatkan hati.Menitis air mata bila menaip kata-kata dan melihat sendiri kejadian yang menimpa rakan sebaya yang lebih kurang umurnya dengan Aleeya  dilanggar van dan tidak dipedulikan oleh orang-orang yang lalu lalang.Stupid people yang tidak berperikemanusia.

Aina & Aleeya,

Sebenarnya mama tak sanggup nak tengok video ni,tapi mama nak kongsi untuk semua yang kat luar sana,please janganlah perkara sebegini berlaku kepada kanak-kanak lagi .... prihatin lah pada mereka yang memerlukan perhatian dan pertolongan daripada kita.

Aina & Aleeya,

Please sabar ye anak-anak mama,this coming Friday mama datang  dan kita balik rumah ye.Mama rindu sangat kat Aina & Aleeya.....




P/S : Mood : Packing bags & leaving home again ---> Empress Hotel ,Sepang(Bengkel Gubal Soalan Peperiksaan Akhir)

Sunday, October 16, 2011

Bila Kanak-kanak ribena di kampung....

Hi,

This is driving me crazy! Yeah....rasa macam hambar je buka pintu rumah bila kanak-kanak ribena takde.Huh! padahal baru beberapa jam je, balik jenguk depa kat kampung. Hati mama ni,dah start tak keruan! See the clothes , terbayang depa...see the toys .....terbayang depa...even see the bed pun terbayang depa. Nasib baik ada Skype..... kan... :-P

Aina & Aleeya,
Sian mama tau, bila abah dah balik KL esok...tinggallah mama alone .... huhuhuhu..cepatlah habis bengkel.Padahal pi pun belum bengkel tu,yang start on Tuesday till Friday...mama dah meroyan!Waaaaaa....awatlah berturut2 kena outstation ni.....tak sanggup tinggalkan depa lama2 kat kampung tu :-(.

Aina & Aleeya,
Nak tau apa mama buat tadi bila korang takde, dok mendownload berpuluh-puluh lagu yang memang confirm mama tak dapat buat time korang ada. Kesian suara mama ni......takdelah nak terjerit-jeritkan korang......kesian mama..takde orang nak merajuk dengan mama .......:-(

Cepatlah,next Friday datang......


Monday, March 28, 2011

Aleeya Yang Gigih


Layan jap gelagat Aleeya ni yer..gigih dia nak naik atas bekas plastik tu.Sampai marah-marah.Mama dia ni pun satu,buat dek jer....seksa dia nak naik benda alah tu.Gigih tau :-P

Ok...masuk cerita mama dia ni pulak, yang semakin lama semakin kurang pulak dengan entry. Busy lah....lagi-lagi bila student dah habis cuti sem, dengan kelas nya.....lagilah nak mengadap blog kat office tu...tak senang.Balik rumah busy dgn anak-anak...so niat nak update entry pun kekadang musnah....anak tidur..mama dia pun layu jer mata.

Next month pulak,kanak-kanak ribena kena hantar balik kampung. Saya ada kursus di Taylor's University College Lake Campus seminggu anjuran JPA.Nak bawak balik Puchong duk dgn abah depa,siang tak de pulak org nak jaga.Lagipun Aleeya ni pula,jenis susah sangat nak dengan orang yang dia tak kenal.Haru pulak jadinya nanti.Harap-harap nanti di kampung semua under control.


Wednesday, March 23, 2011

After 5 pm



Selalunya kalau mood saya rajin dapatlah kanak-kanak ribena ni bersuka ria kat taman..tapi kalau mood malas saya menerpa jangan harap lah yer....Jadi,hari ni mood saya baik sikit..so dapatlah kanak-kanak ribena ni terlepas ke taman.Huh! Aleeya excited bangatlah.....Aina?lagilah......

Tiba-tiba Aina bertekak dengan kawan dia berebutkan buaian..erm....saya pun malas nak dengar....terus ajak Aina balik rumah.Lor......yang kelakarnya.....ramai pulak kawan-kawan dia mengikut...erm...habislah rumah pulak jadi port dorang.

Bila geng-geng Aina ni dah boring main dan bersepah kan rumah..dorang nak balik ke taman semula.Aina apalagi..macam disorongkan batal terus terpa keluar juga(padahal dia memanglah jarang ke taman tanpa saya).Tapi hari ni,biarlah dia dgn kawan-kawannya..bagi chance (taman kat bawah kuarters je)  orang luar memang tak boleh masuk..so confident lah nak lepas kan dia.

Usha juga dari atas..sebab balkoni belakang rumah saya betul-betul mengadap taman..syok jer dia main basikal sambil pegang aiskrim malaysia......enjoy sakan na...

Lepas tu,saya busy ngan Aleeya ..masak sikit and kemas2 rumah.Jam dah dekat pukul 7pm,tapi Aina tak balik-balik.Tengok kat taman..sorang pun takde.Tak boleh jadi ni.....saya kena turun juga cari dia.Kalau dah gelap,saya takut dia jadi gabra nak balik nanti.

Pusing satu apartment,basikal tak jumpa pun.Sekali ,saya nampak basikal dia nun jauh kat Padang Kawad,elok jer tersusun 4 biji basikal yang comel2.Apalagi gigih ok saya berjalan ke padang kawad dengan dukung Aleeya.Sampai je,seorang pun takde kat situ.

Depan padang kawad tu Dewan Besar,tengok terang menerang happening sebab ramai tengah main badminton kat situ.Nasib baik,kat situ ada seorang budak tengah dok bersenam,saya suruh dia panggilkan Aina kat dewan besar tu.Lagi jauh dia dah nampak saya,tersengih2 macam kerang busuk.Tau pun salah..buat saya risau jer.Dia pulak punya bangga cerita..pot per pot pet..sebab tengok orang amin badminton.Macam-macam hal tau :-)



Monday, March 21, 2011

Rutin Harian

Waktu Sekarang ; 11.01 PM (Anak2 dah tidur) so..lega sikit nak berblogging.
Sebagai seorang ibu yg PJJ dgn Mr Hubby ( Isnin - Jumaat jer)...weekend saya lega Mr Hubby dah ada,kenalah pandai berdikari dan berani!( chewah berani lah sangatkan saya ni).

So....rutin harian saya sangatlah mengikut aturan...sebabnya senang saya nak uruskan kanak2 ribena ni.

6:15 AM : Saya dah bangun...tak sempat pun alarm hp tu nak berbunyi..automatik saya terjaga.Tak pun azan Subuh dari Surau IKBN yang mengejutkan saya.Time nilah nak sediakan apa yang patut,nasib baik baju saya & uniform sekolah Aina dah saya iron sebelum tidur. Bag nursery Aleeya pun dah siap packing.

6.40 AM :Kejutkan Aina bangun,mandi dan bersiap untuk ke Tadika.Aleeya saya biarkan lena selagi dia tak terjaga.Sebab mudah saya nak mandi dan sembahyang subuh.Kalau dia terjaga memang haru biru sikit.Dan nasib baik Aina si kakak tu  senang nak bangun pagi dan bersiap .Syukur sangat ,macam dia faham2 jer tak nak mama dia kelam kabut pagi2.Bila dah siap dengan uniform , saya buatkan dia sebotol susu dan bagi dia layan channel Ceria  (kasi ceria pagi2)sebelum van sekolah sampai. So,senang sikit saya boleh mandi dan bersiap juga.

7.15 AM : Kami turun ke Ground Floor ...sebab taska kat bawah apartment kuarters ni je.(senangkan....).Hantar Aleeya dan saya lepak2 dulu sementara menanti van sekolah Aina sampai.Tepat 7.30 AM Geng Van Sekolah Aina pun sampai.Tata ti tut Aina!

7.45 AM : Saya pun melenggang kangkung ....5 minit berjalan2 sambil menikmati dan menghirup udara segar pagi selamat saya sampai di office.Done ! Thumbprint ....dan waktu kerja saya adalah 8.00AM - 5.00 PM.

1.00 - 2.00 PM : Waktu Rehat.Kalau takde plan merayap / lunch kat luar..saya balik rumah je.Boleh juga relax2 dan kemas2 sikit rumah.Sebelum tu singgah taska sat jenguk2 kanak-kanak ribena tu.Tapi selalunya time ni dorang semua tidur.




5.00 PM : Time balik kerjalah. Saya tak terus ambil Aina dan Aleeya. Tapi balik rumah dulu mandi dan sembahyang Asar.Supaya memudahkan kerja saya juga nanti.Dalam 5.30 PM baru saya ambil dorang dari Taska.Erm....lepas tu bawa juga dorang main di taman/ just pusing2 sekitar kuarters tu je.
Saya jarang masak petang2 ni,selalunya sebelum balik just beli makanan yang dah siap dimasak jer untuk dorang.

9.00 PM : Selalunya time ni Aina dan Aleeya dah selamat ZZZZzzzzzz.Masa nilah saya gunakan untuk iron baju,kemas bag nursery,kemas rumah dan sewaktu dengannya.

Simple kan rutin saya,Isnin hingga Jumaat.Dulu susah juga nak biasakan diri sebab dah biasa ada bantuan Mr Hubby uruskan anak. Tapi bila PJJ ni, mental and fizikal kena kuat. Kena ada satu sistem yang memudahkan kita menguruskan anak2 dan pada yang sama mengawal seta menjaga keselamatan mereka.
Bukan boleh dibiar je dorang main tanpa pengawasan, lagi-lagi bergantung pada diri kita seorang untuk mengawasinya.


Nota Kaki : GA still running.Capture 5555 Total Pageviews

 

Friday, March 18, 2011

Aleeya 14 months old



Kanak-kanak ribena yang memang susah nak static bila mama dia nak snap picture.Kalau camera ni canggih ok...ni camera cap ayam jer..kalau goyang sikit..bergegar semua.

Nie latest picture dia,baru je snap tadi...sebelum terlelap...(dah selamat dah tdo pun ni).Barulah saya boleh tarik nafas sikit..bila dua org kanak2 ribena ni dah tidur.(cuti pun penat beb....).

Perkembangan Aleeya Setakat 14 months old ni:
  • Dah jelas dah panggil"Abah" & "Mama"
  • Faham a few arahan
  • Dah nak berlari jer manjangnya
  • Pantang dengar music, menari ala2 chicky dance pulak
  • Pandai dah berebut toys dgn kakak dia,tak nak mengalah ok.
  • Yg penting bila basuh poo poo, pandai nyankung dah..(hihihi cute jer)
  • No puting2 ...automatic dah reject sendiri
  • Gigi 4 atas,2 bawah
Erm.tu jer kot yang saya boleh ingat buat masa sekarang ....

Nota Kaki : Jangan lupa 1st GiveAways saya di SINI

Thursday, February 24, 2011

Kesian kanak2 ni kan?

..
..
..
..
..
..
..
..

Kesian kan...Aleeya.Tapi dia relax jer padahal badan muka penuh dengan bintik2. Kakak dia pulak yang dok merengek jer.
Cepatlah sembuh yer Aleeya!

Wednesday, February 23, 2011

Memang Haru

At last, semua kat rumah ni kena jangkitan Chicken Pox. Mr Hubby,Aina & Aleeya semua menjadi mangsa virus chicken pox dari mama dia ni. So,saya pun terpaksa ambik EL 3 hari jaga depa. Tapi tadi sempat jegak lari kejap,running class teori tu pun masak dulu and tidurkan Aleeya baru boleh pergi.

Aina dan Aleeya ni pulak active semacam jer,padahal badan muka dah penuh dgn bintik,tapi alhamdulilah dorang tak merengek sangat badan pun tak panas sangat.

Petang ni pun,kena lari sat utk training kawad mailidur rasul Jumaat ni.Nasib baik duduk quarters jer,senang nak pi lari sana lari sini.

Apapun,semoga cepat sempuh wahai buah hatiku semua!!!!!!!

Tuesday, February 22, 2011

Emergency Leave

Sekarang ni at home!Cuti mengejut.Aleeya kena demam campak.Dah naik bintik-bintik merah.Nasib baik tak demam lagi.Gara-gara berjangkit dengan mama dia nilah.

So,pagi tadi masuk office kejap,informed kat  bos nak ambil EL,bos suruh update dalam HRMIS terus....ha...ambik terus 3 hari aku apply cuti.Janji bos sokong kan!

Sebenarnya malas nak ambil cuti ni,kelas tengah running, malas den nak tunda2 kelas. Tapi nak buat camner erk, kalau hantar Aleeya ke Taska ,berjangkit kat budak2 lain,tak ke haru.


Monday, February 21, 2011

Tips to handle kids alone (part 1)

Topic like a pro. huh...pro lah sangatkan! since dah hampir 2 tahun duduk PJJ dgn Mr Hubby , automatik kenalah jadi mama yg multiskill. Especially skill to handle my kids alone.

Sejak bertambah lagi sorang ni,memang letih bangat.(tak baik mengeluhkan?)

Oklah tips untuk hari. How to handle them at kitchen.Ingat senang ke beb...lagi2 Aleeya tu,masuk je dapur semua dicapainya,tong gas dan dapur gas tu lah tempat kesukaan dia.Bahaya beb!Nak memasak pun takde mood sebabnya,duk meroyan dgn dia.

So,1st step ------>

Kasi lah main barangan dapur,kalau bagi toys jgn harap nak main...campak lagi ada.So, konon2 dia pun memasak sama.

Tapi cara ni hanya berkesan buat sementara waktu,sat je dah boring. Tak mencabar minda agaknya!
So, cara yg berkesan bagi saya?

Ha! ambik....berguna juga stroller kan. Mula2 memang dia mengamuk minta lepas..tapi kena pandai psiko dia,kasi lah umpan makanan sure aman! So,saya pun dapat memasak dengan tenang tadi.lalalalaalala.

****Kenapa saya tak biarkan dia main dengan Aina erk?tengok tv ke. Ermmm jgn haraplah,kalau boleh dia nak tengok muka saya 24 jam.Hilang je dari pandangan,siaplah! Mana Aina? Kakak dia tu pun kekadang tak boleh harap juga jaga adik ni.


Buat-buat busy lah konon,bilik dah terabur.Suruh jaga adik sat je,lepas tu dia dah leka dengan kerja dia.Urm.......



Nota Kaki : Adus..kesian Mr Hubby kat KL tu,demam takde sape nak take care him.

Sunday, February 20, 2011

Cikgu Aleeya yg cute!


Cikgu Aleeya yang comei sedang mengajar kakaknya sendiri.Mereka kebosanan kerana hari ni tak dapat ke mana2.Layan jerlah,janji korang bahagia.

Ahad at Home jerlah...

Aina : Ish mama ni,hari duk rumah jer ke kita Aleeya?

Hari tak de plan yg best! Tok abah dorang nak singgah sat,sebab dia ada hal kat Melaka ni....Mr Hubby tak sihat sangat,nak demam kot. Cuaca kat sini pun mendung je.So,hari Ahad yang berbahagia ni duduk rumah jerlah.
Boleh juga duk buat housekeeping sikit.Dan boleh relax2tengok tv,tanda paper yg konon2 bawak balik tu, makan2 dan tidur.(banyak juga kerja cuti2 ni)

Wednesday, February 16, 2011

Terjojol Biji Matanya

Tajuk kasi sentap sikitkan.Padahal takde mende pun,just nak close up buku pojaan Aleeya. Terjerit-jerit kalau saya bacakan untuk dia. Buku ni sebenarnya belongs to Aina,dah dekat 4 tahun  riwayat buku ni.Tahan lasak,tahan gigitan semua.Tu sebab saya suka beli buku keras untuk depa.

Aleeya sebenarnya geram sangat dengan tang mata yg terjojol tu.Kalau boleh nak dicabut-cabut.Time Aina dulu takdelah sampai macam gitu sekali,sebab Aina kalau main toys masa kecik2 dulu,sopan sikit.Tapi bila time Aleeya ,amatlah berbeza sikit perangainya,Aleeya ni lasak sikit...kakak dia pun boleh dia buli sampai nangis.


Nota Kaki : Setelah MC + Cuti Rehat =Seminggu (Bila masuk office memang blur. Sampai jer meja menimbun dengan macam2 hal,memo etc.Sekali pagi-pagi ada meeting semua kakitangan dengan Pengarah.Blur beb, masuk2 kerja tetiba terus masuk meeting )

Friday, February 11, 2011

Aleeya dan periuk

Ok..kawan-kawan..mula-mula kita ketuk periuk ni dulu.

mama!! don't snap my picture please..

don't snap!don't snap Aleeya tak nak glamor

Kesian budak kecil ni,sampai takde toys dah yang nak main,periuk pun periuk lah janji happy.Sampai hati baba dia kan,tak nak kasi Aleeya kacau time dia masak,ada ke patut upah dgn peiuk.Tang ke tung tang ke tung lah Aleeya ketuk periuk tu sesuka rasa.

Monday, January 24, 2011

Happy 1st Birthday Nur Aleeya Yasmin

25 Jan 2011
Genap sikecil Nur Aleeya Yasmin dilahirkan kedunia ini.
Kehadirannya melengkapkan lagi kehidupan kami.
Senyuman nya pengubat duka kami.
Tangisannya penyeri hari2 kami.
Selamat Hari Lahir Sayang!


Friday, January 14, 2011

Kisah Aleeya



Kesian Aleeya tau,mama dia xder nak story pasal budak kecil sorang tu.Hari2 dok cerita pasal sekolah kakak Aina jer tau.

Sekarang Aleeya sedang bertatih. Tak lama lagi genaplah setahun budak kecik tu.(25hb Jan).Cepat betul masa berlalu.