Tuesday, May 31, 2011

Kisah "Asmara" dan Sarang Lebah The Last Episode

"Asmara" sudah melabuhkan tirainya malam ni.Walaupun sad ending (meleleh gak air mata i tau),tapi macam ada kepuasan jer ending citer tu.Berderainya air mata tu disebakan,seorang ibu yang melangkah berat meninggalkan anak kandungnya.Hiba sangat tau.....bila sentuh bab2 ibu dan anak ni.Memang berat naluri seorang ibu meninggalkan anaknya,watak Zalia berjaya membuatkan jiwa saya cukup tersentuh!

Done,about "Asmara"...kisah sarang lebah yang besar bangat di luar bilik rumah saya tu.Berakhir juga.Dua orang bomba yang lengkap beruniform melaksanakan tugas depa dengan gigih.Thanks juga pada jiran2 yg cukup prihatin.Huh! nak buek camno husband jauhkan.Malam ni dapatlah saya tidur lena,tanpa igauan sarang lebah tu lagi.


Monday, May 30, 2011

Meremang bulu! Ish!


Petang tadi baru perasan sarang lebah ni,tu pun sebab jiran sebelah beritahu.Meremang bulu tengkuk beb,betui2 dekat cermin luar bilik tengah tempat kanak2 ribena beronggeng. Adus......nak call org yg sepatutnya dah lepas office hour.Jawabnya,esok pagilah jerlah.
Sampai ada member dah perli,"rumah ko ni,macam2 ada sarang burung lah,smpi sarang lebah pun suka".

Oklah tu,tak payah pi jauh2 nak ke zoo.hehehehe.Tulah padahnya kalau rumah betui2 depan ladang getah,nak buek camno,dah nama kuarters terimalah seadanya.JAnji kita tak kacau depa kan!


Sunday, May 29, 2011

Tahniah Erra & Salma!

Tahniah Erra & Salma juara Mentor5! Semoga terus success.

Terlayan jugak Final Mentor malam ni,selepas menghabiskan hari2 minggu yang sungguh meletihkan.

Jumaat lepas balik jer kerja terus dari Masjid Tanah - Damansara - Puchong.
Sabtu :Puchong - Kg Baru - Ampang - Masjid India- Ampang - Puchong
Ahad : Puchong - Ampang - PJ (Pusat Asasi Sains UIA) - Ampang - Kajang - MAsjid Tanah.

Letihkan! Tapi lagi kesian kat Mr Hubby yg drive...hihihi.Nak buek camno,byk betui komitmen bila dah balik KL ni.

Tujuan utama sebenarnya just nak hantar adik bongsu saya ke Pusat Asasi Sains UIA PJ,bawakkan mak dan abah sekali.Tapi dah alang2 turun KL,banyak lah tempat menyinggah nyer.

Thursday, May 26, 2011

Akhirnya..! I Tergoda...u...

Kuang...kuang....sekali tergoda juga dgn Big Sales Air Asia.Setelah sessi suai padan a few place yg patut atau tak patut pi..ntah mcm mana Kota Bahru yg jadi pilihan untuk sessi jalan2 cari pasal next year.Done booking for flight on May 2012.Setahun lagi beb..sempat kumpul duit nak shopping sakan nanti .

Tapi berbaloi222 sebabnya, 2 adult 2 child pi balik hanya RM60 sajo yer!!!!!!!!! saper nak bagi kan....:-P
Kalau tak jadi pegi pun,takderlah frust sgt pun nanti.....kan kan kan .

P/s : Setelah sessi melepas kan sabar yg amat semalam selesai,dah mereka itu seolah2 insaf sekejap....nak tegur saya macam selalu pun takut (sebab tak pernahkan tengok saya mengamuk)...saya rasa amatlah lega.....kerana apa yg disimpan dapat dilepaskan.Lepas ni don't play2 bila hntr assignment kat saya,amaran keras sudah dibagi CAMPAK / KOYAK bagi assignment yg mcm sampah!


Tuesday, May 24, 2011

Sabar ada hadnya

FUh! Saya tak pernah hilang sabar macam ni selama ini. Selama 2 tahun saya bergelar seorang pengajar,inilah 1st time tahap kesabaran saya diuji.Selama ni saya masih mampu berlembut hati dengan depa.Tapi,bila kesabaran kita dan kelembutan diambil kesempatan memang saya sedih sangat!

Sebabnya? Bila ada yg cuba tunjuk pandai...bagi tugasan masing2 macam professor..bodoh sombong..tak tau buat tahu konon2.....tapi hasilnya boleh saya baling dalam tong sampah. Bila ditegur jawab menjela2....memang had kesabaran saya telah diuji!

Sampai ada a few pengajar complaint pada saya,budak2 skrg ni memang liat bila kita mintak tolong,alasan nya assignment.....duk terperuk mengadap laptop setiap masa......tapi assignment macam hampeh!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi,sebenarnya mengadap benda lain!. Tu yg buat kan sy lg berapi2 tadi.

Sampai masa saya nak pulangkan balik tugasan depa supaya buat semula,menggigil2 tangan ni campak tugasan2 tu.Cuba tahan diri ni,tapi macam tak boleh control,dengan tangan yg menggigil tu,suara pun terketar2 panggil nama depa.Saya pun pelik,maybe dah lama simpan,sampai satu tahap kesabaran tu memang tak boleh dikawal lagi.

*** Sebenarnya bukan semua yg memberi saya masalah,tapi a few yg mendatangkan masalah dan sambil lewa buat kerja tulah yg mendatangkan marah saya!!!!!!!


Monday, May 23, 2011

Gara2 10 Sen* Air Asia

Sekarangkan ada promotion 10 sen* di website AirAsia....ha! ambik jammed dari pukul 12 pm td nak q masuk website depa.Pandai sungguh depa create demand , mana yg xde plan nak bercuti...boleh terpengaruh terus booking sebab * murah* kot......makcik pun samalah......dok survey2 jugak tadi.Tapi taklah smpi booking terus...sebab asyik error jer kan..at least selamat lah lagi duit yg ada.

Try usha2 ke Medan June 2012...utk 2 adult 2 child.....RM100 jer ok! pergi balikk......huhuhuhuh berbaloi2..tapi best ke Medan! Macam takde perasaan pulak nak ke sana.Ada sesapa yg boleh share experiance?

Sudahnya..disebabkan asyik error jer....niat tu dah semakin surut (huh nasib baik) ....plan bercuti jauh2 dibekukan lah dulu buat masa terdekat ini...banyak hal lain yg lebih penting.Kalau ikutkan hati,memang nak bercuti sakan jer..tapi kalau selalu gak bercuti payah jugak kan!

Weekend ni...urmmm bercuti2 bawak kanak2 ribena ke zoo melaka @ Taman Buaya lagi best! heheheehehe.......!!!!!!


Saturday, May 21, 2011

Antara 20 hingga 30 anak yatim dikhuatiri tertimbus di Hulu Langat

KAJANG: Antara 20 hingga 20 penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh, jam 2.20 petang tadi.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan. Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.
 
 
 

Sunday, May 15, 2011

BE Nuff Punya Pasal

Sejak dua menjak ni,bahkan bermenjak2 saya semakin kurang nak update blog...bukan busy nak dijadikan satu alasan tapi bab idea tu mcm kering kontang jer.Tapi semakin malas saya nak update mencurah2 pulak BE ni masuk......rugi pulak rasanya bila kita tak menggunakan kesempatan yg diberikan..kan..kan..kan.


Meh saya story sikit apa aktiviti kami semalam. Sports Day Aina tau....walaupun saya bekerja Sabtu Ahad ni (Program Belia Mahir) harus saya jengah juga ke Sports Day...thanks pada kawan2 saya yg memahami.Inilah kali pertama Aina sertai hari sukan walaupun tadika jew,tapi as parents haruslah kita bg suppport yg padu dan jitu kan?

Ni sampai2 dah kena ambik gambar...mood pun semacam jer minah ni.Ni group kanak2 5 tahun.

Macam terpaksa jer muka dia



Tudung dah hilang..excited lari.....menang gak..hehehehe

Friday, May 6, 2011

KENALI ANAK KE DUA

ANAK MANJA IBU

sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!


ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..


TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..


BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi


HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka


BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..


ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri


PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah


PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....

Hampir 85% betui da..ish ish..ish!

.