Thursday, December 31, 2009

Wish Me......!!!

Malam nie aku ''TERJUMPA'' pic dlm FB seseorg, pic yg boleh membuatkan aku terfikir / teringat kembali masa lampau aku!!! (pic perkahwinan lak tu!?!) WTF!!!
Damn!!!!!! i wish i can forget HER 4ever... but i cant!!!!!
oh Tuhan tol0ng!!!!!
Mestikah aku terus begini????
plzz changing me!!!
but i know... only one can changed me... who????
it ME!!!
-
-
-
-
-
-
-
For 2010......
aku nak sesuatu yg boleh membuatkan parent aku berasa bangga ngn aku lepas nie...
aku nak cari sesuatu yg amat berfaedah...
aku nak lupekan kisah2 lampau aku yg hitam........
aku nak kaya!!!! (*~*)
( bila berduet mule la ada gurl nak dekati kita kan??... yg buruk pun nampak cantik!!! )
tulah manusia....




hope pape pun lps nie aku akan jadi yg terbaik dari sebelum2 nie...
aFiQ... i know u can do it!!!!
Gambatte!!!!
chaiiyok!!!

Ya Allah..... tolg2lah restui perjalanan hidupku inie....
berikanlah aku petunjukmu Ya Allah....
amin....................



Selamat Tinggal 2009..
tahun yg punyai byk kenangan amat2 pahit dlm hidupku nie.. & begitu juga kegembiraan dlm diriku inie....
dan Selamat Datang 2010...
tahun yg bakal merubah segalanya.................... (+ve)




Hepie New Year to all my frenz.....
wish u'll gudluck in whatever u'll do.......

Tuesday, December 29, 2009

Try to make hepi...(Part SaPoLoH)


Momo bebetoi sibuk la tiap2 ari.. sampaikan nk tgk Blog sndiri pun tak sempat tau.. apatah lagi nk update...
yg nie antara pic yg aku snap semasa aku jejalan di penang last2 week... ngn adik aku nizam.. cousin aku Hazerie.. n kwn aku si Aisyah.... (12/12/09)





aku nk cite perjlnan aku kesana.. but mls la pulak tetibe nie..
so korang lyn jelan pic2 sume nie ek?? sowie..... (lagipun owg skrgkan minat melihat dari membaca kn..)





yg pic2 kt laut nie kami snap sekitar tepi pantai dekat2 ngn batu maung.. lupe lak name kg nie.. but mmg tmpt nie nice sgt....






mcm poyo je aku tgk pic sndiri nie.. huhs...



nie kami di Batu Feringgi..
HardRock Cafe pertama di utara...




Serius aku MISS her!!!!
Giler2.....(*~^)

~Rio-Layu di Hujung Mekar~

Thursday, December 10, 2009

Sekali Lagi!!!!



[Tayangan pada pukul 11.10 mlm semalam], aku & aisyah menuju ke JitraMall utk menonton sebuah filem yg aku tunggu2 setelah sekian lamenya... tiket kami telah pun dibeli oleh Man & Mie... RM10 je sorang... menyesal kalau tak tgk.. bapak best giler la~~!!!! (tp ecah tido!!!PENAT JE AKU BWA DIA!! HUHS!!!)


THE Storm Warriors diadaptasikan daripada komik terkenal Hong Kong, Fung Wan atau di negara kita dikenali sebagai Pedang Setiawan. Ia filem kedua adaptasi komik itu selepas The Storm Riders yang ditayangkan pada 1998.

Populariti Fung Wan juga menyebabkan ia diadaptasi kepada siri televisyen, animasi, permainan komputer dan sudah pastinya filem pertama, The Storm Riders pada 1998 melakarkan kejayaan apabila ditayangkan di pawagam selama 45 hari serta menjuarai carta kutipan pecah panggung tahun itu dengan HK$42 juta (RM943,914).

Kini selepas lebih 10 tahun The Storm Riders menemui peminat, penonton sekali lagi berpeluang melihat aksi gandingan Angin dan Awan menentang kuasa jahat menerusi filem kedua, The Storm Warriors, 10 Disember ini. Tapi aku dah tgk pun semlm.. Hahahaha.....




Menampilkan kembali dua pelakon asal, Aaron Kwok dan Ekin Cheng, The Storm Warriors mengisahkan bagaimana Cloud dan Wind, dua pahlawan hebat mempertahankan China daripada cengkaman penakluk Jepun, Lord Godless.


Disebelah kanan; Ekin Cheng as 聶風 (Nie Feng / Nip Fung / Wind / Badai):
Dan kirinya; Aaron Kwok as
步驚雲 (Bou Keng Wan / Bu Jing Yun / Cloud / Awan)

Filem ini dibintangi pelakon Hong Kong seperti Aaron Kwok, Ekin Cheng, Nicholas Tse, Charlene Choi, Simon Yam, Kenny Ho, Lam Suet, Kenny Wong dan Tiffany T.

Bagi peminat Pedang Setiawan, filem ini pasti ditunggu-tunggu kerana komik karya Ma Wing Shing itu mempunyai tarikan tersendiri tambahan pula seni mempertahankan diri yang luar biasa dipaparkan.

The Storm Warriors II mengisahkan pahlawan Jepun, Lord Godless yang ingin menakluki China dan untuk itu dia menahan ramai pakar seni bela diri dan memaksa mereka patuh kepadanya. Mereka cuba diselamatkan Wind, tetapi ketiga-tiganya parah dicederakan oleh serangan Lord Godless.


Ahli seni bela diri yang lain mengorbankan nyawa mereka demi menyelamatkan ketiga-tiga lelaki tadi, dengan harapan dapat menewaskan Lord Godless.

Setiap kali bergabung tenaga, Angin dan Awan menjadi lawan yang tidak mampu dikalahkan.

Bagi peminat Pedang Setiawan, filem ini pasti ditunggu-tunggu kerana komik karya Ma Wing Shing itu mempunyai tarikan tersendiri tambahan pula seni mempertahankan diri yang luar biasa dipaparkan.

Berbeza filem pertama, The Storm Warriors mendapat banyak faedah daripada perkembangan teknologi imej janaan komputer (CGI) menyebabkan usaha menjadikan fantasi di dalam komik menjadi suatu realiti terutama membabitkan suasana latar belakang.

Terdapat juga babak gambar terhenti misalnya ketika tentera Lord Godless menyerang dan membunuh ahli seni bela diri China persis filem 300 di Hollywood menyebabkan ia kelihatan seperti apa digambarkan di komik.

Namun terlalu banyak babak yang diperlahankan walaupun ia tidak membabitkan adegan pertarungan adakalanya kelihatan seolah-olah tidak kena malah boleh membuatkan anda rasa bosan.

Penggunaan terlalu banyak CGI juga boleh membuatkan kualiti lakonan beberapa pelakon terkenal Hong Kong kelihatan 'tenggelam'.


Dari sudut lakonan, babak percintaan dilihat kurang menyerlah tetapi Aaron Kwok berjaya membawa watak Cloud yang kelihatan murung dan sedih.

Pujian juga wajar diberikan kepada pengarah filem ini kerana menjadikan jalan cerita filem ini mudah difahami walaupun kepada penonton yang tidak mengikuti siri komik Pedang Setiawan.

Bagi Aaron, peluang melakonkan watak Cloud dalam The Storm Riders, 11 tahun lalu, membuka mindanya untuk meminati komik terutama Fung Wan.

“Sejak kecil saya tidak pernah membaca komik kecuali siri Master Q, itu pun ketika berusia tujuh tahun di salun rambut dan apabila mendapat peluang melakonkan watak Cloud, saya perlu membaca komiknya untuk memahami karektor lelaki itu.


“Sebenarnya, saya lebih suka watak Wind, sebab dia sangat tenang dan baik hati tetapi saya tetap gembira kerana mendapat kepercayaan sebagai Cloud. Sebab itu juga saya menjadi peminat komik sekarang,” katanya.


Pelakon berusia 44 tahun itu berkata, penggambaran The Storm Warriors dilakukan di Thailand selama tiga bulan dan dalam bulan pertama, kedua-dua tangannya cedera ketika menjayakan beberapa aksi.


“Paling teruk apabila tangan kanan saya terkena paku dalam babak letupan ketika Cloud bertempur dengan Wind, ketika itu pengarah menghampiri saya bertanya sama ada saya OK atau tidak. Sudah tentu saya kata tidak sebab saya tetap mahu meneruskan adegan itu sehingga berjaya sebelum dihantar ke hospital,” katanya.

Menurutnya, berlakon sebagai Cloud lebih sukar berbanding dalam The Storm Riders kerana kebanyakan babak dirakamkan di layar hijau menyebabkan dia perlu membayangkan serta berinteraksi dengan kesan khas yang bakal dimasukkan kemudian.


“Ia sukar sebab dulu kami perlu berinteraksi dengan orang sebenar tetapi dalam filem ini, kami hanya menggunakan imaginasi masing-masing, tambahan pula karektor Cloud yang kelihatan murung serta sedih,” katanya.


Aaron berkata, dia juga terpaksa melakukan senaman setiap hari terutama di bahagian lengan untuk menampakkan otot disebabkan kostum Cloud yang menampakkan bahagian itu.



Seorang lagi pelakon utama The Storm Warriors, Ekin Cheng berkata, babak yang paling diminatinya adalah ketika Wind dan Cloud bertempur di puncak gunung.

“Ketika itu Wind dipengaruhi kuasa jahat dan Cloud cubamengembalikan ingatannya.Bila difikirkan balik, banyak pengalaman menarik saya perolehi sepanjang penggambaran filem ini.

“Kostum saya lebih ringan daripada Aaron tetapi saya perlu memakai kanta lekap khas ketika diresapi kuasa jahat dan ia menyakitkan. Selain itu, badan saya juga perlu dimekapkan putih dan untuk itu, saya perlu ke set penggambaran bermula jam 5 pagi kerana proses mewarnakan badan memakan masa yang lama,” katanya.

Aktor berusia 42 tahun itu berkata, disebabkan ada babak yang memaksanya tidak memakai baju, dia perlu membina otot supaya kelihatan tegap seperti watak komik.

“Mujur saya mendapat tawaran itu enam bulan lebih awal sebelum penggambaran bermula, tetapi saya tetap meminta bantuan jurusolek melukis bentuk otot di perut kerana berat badan saya agak berlebihan,” katanya ketawa.

Ekin berkata, dia selesa bekerja dengan Oxide dan Danny Pang kerana memahami kehendak mereka, lagipun ia bukan kerjasama pertama antara dia dengan pengarah adik beradik Hong Kong terkenal itu.“Memang adakalanya rasa tertekan tetapi ia tekanan yang selesa dan saya tidak sabar untuk mendapat peluang melakonkan sambungan filem ini,” katanya.


[ Tahun bile pulak nk kuar yg ke 3 pun tak tahu la.. kalau beza dari yg 1st nk kuar yg 2nd nie dlm 1 dekad (10tahun).. utk yg ke3 lak???? mgkin pelakon pun dh tua la.. or tukar yg len.. and bygkan momo dah umur berape time tu??? (kalau 10thun lagi la...!?!) Hope tak lame la utk terbitkan filem yg seterusnya nanti.. SERIUS TAK SABAR NAK TGK SAMBUNGANNYA TU..!!! ]


Disebabkan adik aku si sarah yg 'rajin' pasangkan lagu nie dlm umah.. so aku uploadkan lagu ini utk kalian ya.....

~Izinkan Selamanya Namamu DiHati~

Thursday, December 3, 2009

Nonton!!!



Huhs.. mmg filem yg momo tgu2kan la... tetiba je sengaja aku bagi cadangan kat Aisyah.. kata cite New Moon dh kuar... and tetibe lak dia kol aku ajak kuar g tgk.. bile aku check dlm cinema on9, kt dlm kedah nie belum lagi ditayangkn.. paling dekat pun kt Penang la.. so ape lagi.. dia cakap.. jom kita g penang tgk cite tu!!! huhs.. mmg agak terkejut juga la.. tapi aku dah mula paham perangai dia tu... so ape lagi.. time tu lps dia hbs latihan menari.. kami mula bertolak ke penang.. 2 buah kereta juga la kami g.. (only 6org je) aku, nizam, edy, faiz, maisarah, aisyah.

Jam 11lbh (mlm) kami bertolak kesana.. aku check last tygan pun kul12.30pg di gurney plaza.. bila sampai je disana.. naik2 atas... tgk2 kuanter tiket dh pun tutup la..!!huhuhuhu.. kami hanya lewat beberape minit je ke sana.. hampa n sedih gile la... so kami hnya jejalan je di sekitar gurney tu... dan pulang ke jitra selepas tu...



Pada keesokan harinya.. iaitu 29hb, sekali lagi tetibe je aisyah ajak aku tgk movie tu.. tapi kali nie hanya di seberang prai je... Kami ber4 (aku, edy, nizam & aisyah) bertolak dlm kul 1ptg lbh.. kami ke Aeon Prai.. tygan kul 2.20ptg.. Huhs.. sempat juga kami msuk tgk kali nie..

Best oOo00oo..........!!!!!
Nanti aku nk g tgk sekali lagi la kalau boleh.. tgu ade kt kedah lak la..!! kalau dulu Twilight, aku leh tgk 4 kali.. nie pulak lagi best dari twilight, mesti la aku tgk byk2!!! New Moon!! cpt la masuk di Pawagam Kedah!!

Mesti maw tgk!!!

~Baby cute Dance~