Rasanya adelah jugak hampir setahun aku tak update ape-ape kat blog ni. Walaupun banyak yang berlaku disepanjang beberapa tahun lepas terutamanya tahun 2013, tak terlintas pulak rasanya nak menulis di blog. Almaklumlah kalau nak menulis kat blog ni perlukan perasaan-perasaan yang tertentu..kehkehkeh...walaubagaimanapun aku share la sikit-sikit saat-saat manis di sepanjang tahun 2013...benda yang pertama adalah majlis KONVOKESYEN aku....
Inilah antara saat-saat manisnya walupon tak berapa nk manis..sebeb ape??...sebab yang pertamanya adalah kerana mak aku tak dapat datang majlis KONVOKESYEN aku pada hari itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...SEDIH BEBB !!...bergolek-golek aku menangis...kehkehkeh...tak delah sampai menangis bergolek-golek saje nak tambah kesedapan cerita.
yang kedua yer pula, sebab aku terlambat sampai ke majlis KONVOKESYEN...bertambah-tambah lagi la sedih....sampai2 jer dok rushing pakai jubah, pakai kasut / stokin, pakai tie dll....kelam kelibut ak dibuat yer..nasib baiklah mak cik jaga tu bagi ak masuk walupon makcik tu dok NGOMEL2..kahkahkah...aku pedulik haper. Masuk jer dewan terus naik pentas.Walaupon ak dah sampai KL sehari lebih awal....now baru aku tahu bertapa jem yer KL waktu pagi...perghh !! stress beb !!...
And now, aku dah pon selamat ambik ijazah dan offically seorang EX-UiTM student....
Dan sekarang setelah hampir almost 3 month tanam anggur...ade syarikat yang tawarkan aku kerja...dan yang best yer, ia yer ade kaitan dengan bidang aku...Alhamdullilah....aku harap dengan adenya kerja ini bolehlah menjadi perangsang untuk menjadi seorang yang lebih baik...
okey, tu jer yang nak kongsi buat masa ni...nanti kalau ade masa ak try update lagi... Selamat Malam...