Monday, June 1, 2009

Program Sepetang Santap Kambing Semalaya II

YB Dr Yunus bergambar bersama ahli Rangkaian Kambing Semalaya (Kambing Malaya Network)

Jeling Kambing!

Senyum kambing!


Lepak kambing!

Tengok kambing!

Jam 3.45 ptg 30 Mei 2009 bersamaan hari Sabtu kami ke Ladang Kambing Alfalah, Jln Bangau, Bt 9, Kebun Bharu. Seorang pengusaha kambing menjemput kami untuk bersama-sama dalam Program Sepetang Santap Kambing Semalaya II. Pengusaha ini juga mengelarkan diri mereka dengan Rangkaian Kambing Malaya (Kambing Malaya Network). Program ini dirasmikan oleh YB Dr Yunus Khairi, ADUN Sijangkang. Antara pengisian dalam program ini ialah pameran dan jualan keluaran berasaskan kambing termasuk susu, baja, cenderahati dan lain-lain. Selain itu forum juga diadakan dalam kalangan pengusaha/penternak, pembeli dan pengimport kambing. Saya berasa kagum kerana rata-rata pengusaha/penternak kambing terdiri daripada anak muda yang berkerjaya dan profesional. Turut hadir dalam program tersebut ialah pegawai Jabatan Haiwan daerah Kuala Langat dan negeri Selangor. Apa yang menarik ialah tetamu dihidangkan dengan kambing panggang yang menjadi kegemaran saya dan anak-anak. He he he!
Pengusaha kambing yang berkaitan boleh diakses melalui url berikut:

http://fanagri.blogspot.com/
http://kambingmalaya.blogspot.com/
http://usrahagrofarm.blogspot.com/

Kursus EduwebTV dalam Pengajaran & Pembelajaran







Kursus EduwebTV dalam Pengajaran & Pembelajaran telah diadakan oleh Jawatankuasa Perkembangan Staf SMKTPG. Kursus fasa pertama ini diadakan pada 30 Mei 2009 bersamaan hari Sabtu dari jam 8.00 pg - 3.00 ptg. Seramai 40 peserta telah mengambil bahagian termasuk para pentadbir. EduwebTV merupakan web TV rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui web TV ini pelbagai bahan P&P dapat digunakan oleh guru dan pelajar. Web TV ini boleh diakses melalui url ini: http://www.eduwebtv.com/index7.php

Sunday, May 24, 2009

Selamat Datang Kota Bharu






En. Raja bergaya dgn Mitsubishi Airtrex kenderaan kami sepanjang di K. Bharu

Sup Campur
Makan malam kami di K. Bharu bernilai RM35.00Somtam
Pulut Durian
Ais Krim Pulut
Nasi Kerabu
Pulut Pauh/Mangga
Makan malam bersama En. Halim & keluarga pemilik Hanis Holiday
Jeti untuk ke Golok

Berpuluh-puluh jeti digunakan masyarakat Thailand & Msia untuk berulang-alik dari Rantau Panjang ke Golok. Tambang RM1.00


Membeli-belah di Rantau Panjang


Pasar Besar Siti Khadijah
Memilih juadah sarapan pagi di Pasar besar siti Khadijah
Masjid Dua Budaya (Pagoda), Rantau Panjang

Rumah penginapan kami


Pada 22 - 24 Mei 2009, saya, C. Lis, C. Raja, C. Din & C. Awal ke Kota Bharu, Kelantan. Perjalanan dari LCCT ke Kota Bharu mengambil masa 45 minit sahaja. Apa yang ada di Kota Bharu? Penduduknya ramah. Kota Bharu & Rantau Panjang juga dikatakan sebagai syurga beli-belah kepada kaum wanita. Makanannya pula lazat dan kami bernasib baik kerana Abg Halim pemilik Hanis Holiday (tempat penginapan kami) membawa kami ke tempat makan yang betul. Bak kata C. Lis 'menyerlah'. Apa sahaja yg menarik C. Lis akan cakap 'menyerlah'. Sepanjang di Kota Bharu kami sempat ke Wakaf Che Yeh, Kaw Bebas Cukai Rantau Panjang, Pasar Besar Khadijah, Pasir Mas dan lain-lain.

Monday, May 18, 2009

Hari Guru Peringkat SMK TPG 2009

Anugerah Guru Lelaki Paling Anggun Hari Guru, Cikgu Sheikh Ahmad

Anugerah Guru Wanita Paling Anggun Hari Guru, Pn Atikah Abdullah

Kumpulan Choral Speaking

En Naim dengan lagu Allecatnya. (Klon David Arumugam)


Kumpulan Gamelan Sweet 40's SMKTPG


Terbukti guru SMKTPG memang berbakat!

Gandingan mantap En Sheikh dan Tn Hj Ali Imran memukau para hadirin

En MZ Soekarno memimpin pasukan dikir barat






Pn Hjh Mariah menerima hadiah dan sijil atas kejayaan memperoleh 100% Bahasa Arab dalam PMR 2008
Ikrar guru untuk mencurah bakti penuh iltizam


Turut hadir Naib Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Mazlan

Guru diarak masuk ke dewan Seri Panglima




Senyum dan tawa barisan guru SMKTPG

Guru-guru diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang ke Dewan Seri Panglima



Guru-guru bersarapan pagi di dewan makan asrama

Perayaan Hari Guru SMKTPG telah diadakan dengan sederhana tetapi meriah.. pada 18 Mei 2009
SELAMAT HARI GURU
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA