www.bicarajutawan.com

www.bicarajutawan.com

Thursday, December 17, 2009

kerja giler punya

aku baru balik dari cimb bank...in my life...tak penah aku pegang cash in hand sebanyak RM 37K....keje giler dalam hidup...nie gara2 sistem online down...asainya aku dah tulis dalam bentuk cek atau bank draf...tu pasai officer tu ckp direct ngan aku..'u nak kuaq kan cash ke?' aku suspect lar...apesal nak kuaqkan cash...aku nak dalam bentuk bank draf..secure lar...tak kena rompak tengah jalan nnti..

tup2 tengah dalam proses...dia ckp..'maaf en ayip, sistem down lar...aduhai...mcm mana nie...dah lar nak urgent...

apa lagik...sbb urgent..aku kuaqkan cash jgk...kendian cash tu...dia masukkan ke dalam envelop..tp aku tak nak..risiko tu...cash tu aku masuk dalam poket ajer...poket kosongkan dulu dengan ada henpon dan rokok...hahahahahaha....

giler...tebal giler poket aku...

alhamdullilah...semua selamat...anyway...mau solat jap...proses duit sudah selamat ditransfer kan ke tempat yang betoi2 selamat.... tangan masih lagik mengigil lagik nie....huhuhuhuhuhuhu

pape pong...pada yang membaca nie...jgn sesekali....kuaqkan cash yang banyak tu....ingat..apa2 risiko yang berlaku...nyawa diutamakan....elakkan daripada membawa duit yang banyak...tu nasihat aku...jgn sesekali ngikut apa yang aku buatkan...kita biasa mendengar rompakan sana sini....bahaya tu...ingat..cegah lebih molek daripada mengubati....



p.s : sebelum tu...aku nak ucapkan mekasih bebanyak pada pie dan tuah kerana bagi aku tips yang sangat berguna...moga2 allah murah kan rezeki korang...i owe u two...tqsm..

Wednesday, December 16, 2009

PNB Cari Jalan Bolehkan Pelabur Namakan Waris

JOHOR BAHARU, 16 Dis (Bernama) -- Pelabur-pelabur amanah saham yang dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini tidak dapat menamakan waris disebabkan peruntukan peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

"Kita sedang cari jalan bagi memenuhi kehendak pelabur tanpa melanggar peraturan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia," kata Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman kepada pemberita selepas merasmikan Promosi Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) peringkat negeri di sini Rabu.

Pada satu sesi soal jawab bersama orang ramai semasa pelancaran itu, beliau telah ditanya sama ada pelabur amanah saham yang dikendalikan oleh PNB boleh menamakan waris mereka seperti yang dilakukan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji.

Hamad Kama Piah berkata apabila seseorang pelabur mati dan meninggalkan saham bernilai RM600,000 ke bawah, warisnya boleh memohon pembahagian pusaka mengikut Ordinan (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955 di pejabat Pentadbir Tanah, dan sekiranya melebihi jumlah itu, waris boleh memohon pembahagian pusaka di Pejabat Pentadbir Pusaka, di Mahkamah Tinggi atau Pemegang Amanah Raya.

Mengenai promosi Amanah Saham 1Malaysia, beliau berkata program itu adalah yang ketiga selepas Kelantan dan zon utara yang meliputi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pada Oktober dan November lalu.

Promosi di negeri Johor digerakkan sejak 11 Dis lalu meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Parit Raja, Kluang dan Skudai.

Ia akan diteruskan ke Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak.



-- BERNAMA

Tuesday, December 15, 2009

Bapa kesal gagal keluar wang tabungan SSPN

Petikan Metro semalam


MARANG: “Saya kesal dan tertekan dengan maklum balas diberikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila wang tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) gagal dikeluarkan seperti dijanjikan sebelum ini,” kata Mazlan Ibrahim, 40, dari Kampung Batu 14, Wakaf Tapai, dekat sini.Menurutnya, dia mula menabung untuk anaknya sejak 2003 ketika mula diperkenalkan pihak bertanggungjawab bagi menjamin pendidikan anaknya tidak terabai.Katanya, ketika itu syarat diperlukan adalah pendapatan ketua keluarga kurang daripada RM1,200 bagi melayakkan dia membuka akaun anaknya.Dia berkata, menerusi skim berkenaan dia menerima geran dipanggil Geran Sempadan yang membolehkan wang simpanan diganda apabila diperlukan untuk kemasukan ke universiti.

“Bagaimanapun, apa dijanjikan kini tidak menjadi kenyataan kerana PTPTN meminta saya mengemukakan penyata pendapatan isteri sebagai syarat membolehkan geran sempadan itu dikeluarkan.
“Masakan saya boleh mengemukakan dokumen terbabit kerana isteri saya, Norizan Saad, 38, suri rumah sepenuh masa dan tidak mempunyai penyata pendapatan seperti diminta,” katanya.Menurutnya, dia kini buntu kerana sukar untuk mengeluarkan wang berkenaan,

manakala anaknya Puteri Nurul Ain, 18, sudah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan.Katanya, jika dia dapat mengeluarkan wang dari geran sempadan SSPN, ia boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan anaknya di universiti.Mazlan berkata, dia berharap pihak berkenaan mengambil langkah sewajarnya memandangkan isterinya tidak mempunyai penyata pendapatan seperti diminta.

lawak-lawak....apa komen korang???

Amanah Saham Bumiputra...


PNB umum dividen ASB 7.30 sen

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan skim Amanah Saham Berhad (ASB) sebanyak 7.30 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 berbanding 7.00 sen tahun sebelumnya.Demikian diumumkan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji, di sini sebentar tadi. Ia membabitkan pembayaran dividen RM4.95 billion kepada pemegang unit, meningkat 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion tahun kewangan sebelumnya.PNB juga mengumumkan pembayaran bonus 1.25 sen, membabitkan nilai RM537.65 juta. "Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 6.78 juta pemegang unit yang kini melanggan RM70 bilion unit ASB," katanya.


Petikan Mstar Online semalam :

"Walaupun jumlahnya (dividen dan bonus) kelihatan lebih rendah tahun ini pada 8.55 sen seunit berbanding 8.75 sen seunit tahun lepas, dari segi jumlah keseluruhan yang akan dibayar, ia adalah lebih tinggi iaitu RM5.48 bilion berbanding RM4.79 bilion tahun lepas," kata ketua pegawai eksekutif kumpulan dan presiden PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.Hamad Kama Piah juga berkata, PNB berada pada kedudukan yang kukuh dan akan memastikan pembayaran dividen yang berterusan."Berdasarkan rizab dana, kapasiti kami adalah lebih daripada 11 sen seunit tetapi kami hanya membayar 7.30 sen seunit dan membawa ke hadapan baki 3.70 sen untuk tahun 2010."Ini ialah dana jangka panjang dan kami mahu memastikan kami boleh menggunakan wang itu untuk membeli lebih banyak saham dan membuat lebih banyak pelaburan kerana kami akan harus membayar sekali lagi," tambahnya

any komen???
Blog Widget by LinkWithin