Teori Kecerdasan Pelbagai
Seorang psikologis, Gardner sudah mengenal pasti 8 jenis kecerdasan manusia (Chapman, 1993), iaitu:
Kecerdasan 1: Verbal/ Linguistik
Kecerdasan ini berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang cerdas verbal/ linguistik kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara yang berkesan. Contoh filem:Thank You For Smoking
Kecerdasan 2: Logikal/ Matematik
Kecerdasan ini melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logik dan memproses sesuatu maklumat yang diterima. Contoh filem: A Beautiful Mind
Kecerdasan 3: Visual/ Spatial (ruang)
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah. Contoh filem: Slumdog Millionaire
Kecerdasan 4: Pergerakan Badan/ Kinestetik
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pergerakan badan. Contoh filem:Ong Bak
Kecerdasan 5: Muzikal/ Rima
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan mencipta muzik ataupun rentak tertentu, berupaya memahaminya, menterjemahkannya dan menghargainya. Contoh filem:August Rush
Kecerdasan 6: Interpersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan mereka. Contoh filem:Saw
Kecerdasan 7: Intrapersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan pengetahuan itu bagi meningkatkan potensi diri sepanjang hayat. Contoh filem:Forrest Gump
Kecerdasan 8: Naturalis
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan menghargai alam sekitar. Contoh filem:Red Cliff 2
Tahukah anda, teori kecerdasan pelbagai adalah kajian yang dijalankan oleh seorang profesor di Harvard University dan pengasas kepada Project Zero, iaitu Howard Gardner. Untuk maklumat lanjut,pegi la layari laman web Wikipedia. Akhir kata, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi, janganlah kita mengeji antara satu sama lain.
p/s:Owh...aku nak exam...semoga aku cepat tangkap apa yang aku baca...amin~