Kata pakar strategi perang China Tsun Zu “Mendapat 100 kemenangan dalam 100 pertempuran bukanlah kebijaksanaan.Kebijaksanaan itu apabila menakluki musuh tanpa pertempuran”
Banyak perkara yang boleh ditafsir dari ungkapan emas diatas.Dari sudut mafhum muafaqahnya kita mengerti 100 kejayaan dalam 100 perperangan,pertempuran,pertandingan ataupun perlumbaan bukanlah sesuatu yang bijaksana.Tidak boleh dianggap kuat.Tidak patut digelar yang terbaik.Hakikat kebijaksanaan yang sebenarnya adalah menjadi juara tanpa perlu kepada pergelutan dan pertempuran.
Jika dilihat dari sudut mafhum mukholafah pula kita boleh digelar bodoh jika menang dalam semua pertempuran.Tetapi boleh digelar pandai jika menang sebelum bertempur.
Nabi Muhammad S.A.W berjaya membuka kota Mekkah tanpa berlakunya pertempuran.Pembukaan Mekkah ataupun Fathul Mekkah berjaya dimasuki Nabi S.A.W dalam suasana aman dan tenteram.Contoh yang cukup jelas berlaku dalam lipatan sejarah Islam.
“Kita tidak boleh memenangi umat Islam melalui mata pedang,tetapi mestilah melalui serangan pemikiran”.Ungkapan yang melambangkan mereka semakin hampir kepada kemenangan sebelum pertempuran. Akhirnya mereka berjaya menguasai umat Islam tanpa perlu menumpahkan setitik darah.Ekonomi,hasil-hasil negara,pendidikan,remaja,politik,undang-undang dan sebagainya sudah berjaya dikuasai oleh mereka.
Hari ini orang Yahudi dan Nasrani sudah berehat.Melihat orang Islam merosakkan agama sendiri.Orang Islam yang meluluskan arak dan judi berleluasa.Mereka juga yang menganjurkan program yang sesat lagi merosakkan.Sehinggalah kita sendiri jugalah yang menolak kepimpinan cara Islam.Kita jugalah yang memberi undi pada pemerintah yang zalim.
Bolehkah perjuangan Islam menang tanpa pertempuran?Menang melawan pemerintahan yang zalim.Menang melawan musuh utama umat Islam iaitu kaum Yahudi dan Nasrani.
Boikot?Ya,kita mampu menundukkan mereka dengan boikot.Cukuplah hanya setahun kita menghentikan pembelian barangan,makanan dan lain-lain.Bukankah kita boleh menang tanpa pertempuran?Hakikatnya kita sebenarnya bukannya menang tanpa perperangan.Tapi kalah sebelum pertempuran.