Wednesday, March 30, 2011
Memang Laknat... Bikin Panas Je..
Memang panas hati.. kalau pompuan ni dok kat Malaysia, mmg lunyai kena balun..
suka-suka hati dia nak hina Nabi Muhammad S.A.W.
So.. korang tgk la sendiri siapa pompuan ni...
Lepas tengok.. jgn lupa pakat-pakat report...
Korang boleh baca apa yang dia post kat wall dia di SINI ..
Sunday, March 27, 2011
Antara Konspirasi...Zalim atau Giler ?
Video 2 :
Wednesday, March 23, 2011
Al-Fatihah : As-syahid Sheikh Ahmad Yasin.
Sebahagian besar hidupnya dihabiskan diatas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yang kabur dan telinga yang tidak dapat mendengar lagi dengan baik. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.
Tahun 1983, beliau dipenjarakan atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’ dan memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dengan penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.
Tahun 1987, Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Yasin diangkat menjadi amir pertama. Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dengan gerakan kemerdekaan Palestin yang lain seperti PLO yang agak berhaluan secular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar-besaran Palestin kali pertama dibangkitkan.
Detik-detik akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah untuk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yang ditembak oleh helicopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. Kepalanya hancur dan tangannya putus. Kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dan dimasukkan ke dalam plastic.
Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh Sheikh Yasin sendiri. “ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya.
Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudia beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Yasin melarangnya.
Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid
Friday, March 18, 2011
Sumpah Laknat
Bila sumpah nak ikut cara islam. Tapi bila nak pendakwaan pula nak ikut undang-undang sekular. Undang-undang syariah kan ada. Tetapi kenapa tidak dilaksanakan? Dari situ pun kita boleh lihat samada kes ini benar-benar berlaku ataupun cuma sebagai satu perbuatan fitnah untuk menjatuhkan kredebiliti dan maruah seseorang.
Orang yang mendakwa perlu mendatangkan bukti samada saksi, keterangan dan sebagainya(Al-Bayyinah ala al-mudda’ie). Jika tidak ada bukti, ulama’ khilaf tentang kaedah sumpah; iaitu samada perlu atau tidak orang yang dituduh bersumpah bahawa dia tidak bersalah (Al-yamin ala man ankara). Ada yang kata bahawa dia perlu bersumpah dan kalau dia enggan, maka dia dikira salah. Ada ulama’ yang memasukkan keengganan bersumpan (An-Nukul anil yamin) sebagai bukti. Tetapi ada ulama’ yang tidak menganggap keengganan bersumpah sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan.
Kalau setiap kali berlaku pendakwaan, pendakwa dan yang didakwa perlu bersumpah mahkamah Islam pasti akan jadi bahan tawa orang lain. Pendakwaan tidak akan sabit dengan sumpah. Sumpah hanya untuk tertuduh membersihkan diri setelah proses meneliti bukti yang didatangkan menemui jalan buntu. Dalam kes ini sebenararnya sumpah yang dilakukan adalah amat ganjil; dia yang mendakwa dan dia yang bersumpah. Apa nilai sumpah sebegini dalam pendakwaan? Kosong dan tidak mensabitkan apa-apa.
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesiapa yang mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya (yang dusta), maka sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga.”
Mengingatkan besarnya ancaman bagi orang yang berdusta dalam sumpahnya, maka Islam menganjurkan sikap “cegah sebelum parah”, yakni jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang itu dan ini tanpa sebarang keperluan untuk bersumpah. Kebiasan bersumpah akan menyebabkan orang itu merasa tidak mengapa untuk berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Justeru Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَلاَ تُطِعْ كُلَّ حَلاَّفٍ مَهِينٍ .
Dan janganlah kamu menurut orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina.[al-Qalam 68:10].
Wednesday, March 16, 2011
Rindu rasanya....
hari ni hari rabu.. Dah lama rasanya x update blog ni...
Keadaan yg x mengizinkan... (kenapa org selalu mnyalahkan keadaan?)...
InsyaAllah lps ni akn kembali memblogkan diri.. ( betul ke apa yg aku tulis ni?) hehehe...