MASA ITU EMAS

ahlan wa sahlan

;

Wednesday, December 30, 2009

MUHASABAH TAHUN BARU

Disiplin, amal ibadat, zikir bantu ummah perangi cengkaman hawa nafsu

MENDEKATI detik terakhir penghujung tahun ini, sememangnya agak gementar mengimbas kembali catatan kealpaan diri sepanjang tahun. Orang mukmin yang jujur suka mengorek rahsia hatinya dengan mencari kelemahan dan menangisi kerugian yang ditanggung. Mereka merumuskan makna kejayaan dan peningkatan pencapaian sebenar bagi setiap tahun dalam kehidupan mengikut kacamata agama.

Sesungguhnya peningkatan agama bergantung dengan ibadat, peningkatan harta kerana pandai merancang dan berjimat, peningkatan ilmu kerana mengkaji, peningkatan akhlak kerana lemah lembut dan mengawal emosi, peningkatan dalam hubungan sesama manusia kerana membuang sifat sombong dan riak, peningkatan kesabaran hati kerana banyaknya musibah, peningkatan kualiti diri kerana disiplin yang kuat.



Kelemahan diri pula menjadi agenda yang paling penting untuk diinsafi setiap masa, misalnya ketika kita kekurangan harta akibat nafsu membeli-belah yang tinggi dan tidak pandai merancang. Sewaktu ditimpa surutnya cahaya di hati kerana malas beribadah dan meninggalkan ilmu. Kerasnya jiwa kerana jauh dari al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Berkurangnya kawan dan renggang ikatan persaudaraan kerana suka menambah musuh, takbur, menunjuk-nunjuk dan berdengki. Bertambahnya penyakit kerana banyak makan, malas, berehat dan berhibur secara berlebihan. Berkurangnya umur dan sedikitnya bekalan ke akhirat juga menunjukkan betapa ruginya manusia sepanjang tahun ini.



Saat bermuhasabah tidaklah terbatas hanya pada hujung tahun, kerana Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk sentiasa mengakui kelemahan diri melalui firman Allah yang bermaksud:



“Orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (Surah al-Najm: 32)



Jangan sesekali menganggap diri sudah berjaya sebelum benar kepastiannya mengenai pintu syurga atau neraka yang akan dimasuki. Sepanjang kehidupan yang kita lalui di dunia, banyak kemungkinan akan terjadi. Berubahnya hati dan turun naiknya iman, pasang surutnya amalan dan bertambah atau berkurangnya dosa dan pahala. Hakikatnya ramai yang menjadi tawanan hawa nafsu dan sedikit saja orang yang selamat. Layakkah kita menjadi golongan yang sedikit itu?

Suatu hari Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menziarahi gurunya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang sedang dipenjara dan difitnah musuh-musuhnya. Melihat keadaan gurunya itu beliau pun menangis. Ibnu Taimiyah berkata: “Apakah kamu menangis melihat keadaanku? Demi Allah, wahai anakku, aku bukan seorang tawanan. Sesungguhnya orang yang menjadi tawanan itu sebenarnya adalah orang yang menahan hatinya dari ikatan Tuhannya membiarkan hawa nafsunya menawannya.”



Allah SWT berfirman yang bermaksud:


“Terangkanlah kepadaku akan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya.” (Surah Al-Furqan: 43)


Mulakan muhasabah ini dengan melihat sejauh mana kekuatan hawa nafsu mempengaruhi diri. Betapa hebatnya cengkaman hawa nafsu terhadap jiwa raga kita sehingga kedudukannya boleh jadi setaraf dengan Tuhan dalam pandangan manusia yang lalai. Bahkan Baginda pernah memberi nasihat kepada seorang sahabat supaya berwaspada dengan jerat nafsu.



Rasulullah SAW bersabda:



“Wahai Rabi’ah, mintalah kepadaku”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah biar aku fikirkan sebentar. Lalu aku mengingat-ingat dunia serta kefanaannya sehingga aku berkata: “Aku tidak akan meminta kecuali akhirat. Kemudian aku mendatangi Baginda SAW dan berkata: “Aku meminta supaya aku boleh menemanimu di syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah adakah yang selain dari itu? Aku menjawab: Itu saja. Maka Rasulullah SAW bersabda lagi: Berjanjilah untuk kamu mengendalikan hawa nafsumu dan banyakkan sujud (nescaya kamu akan menemaniku di syurga).” (Muslim)



Hawa nafsu boleh dilemahkan jika manusia berdisiplin memeranginya. Satu kata kunci untuk kejayaan adalah disiplin. Ia wujud dalam sistem ibadat kita, solat lima waktu dan solat sunat, puasa, haji, zakat dan sedekah. Zikrullah dengan terang ataupun tersembunyi, memelihara al-Quran sentiasa hidup di dalam hati dan melaksanakan sunnah Rasul adalah disiplin. Mengisi masa dengan amal, menguasai dunia demi akhirat memerlukan disiplin yang tinggi.



Ibnu Al-Qayyim pernah berkata: “Wahai orang yang lemah semangat! Sesungguhnya di atas jalan ini Nuh menjadi tua, Yahya dibunuh, Zakaria digergaji, Muhammad diseksa dan anda pula inginkan Islam datang dengan mudah di bawah kakimu?”



Selepas meneliti kuasa hawa nafsu dalam diri dan mengakui cengkamannya yang melemahkan amal salih maka langkah yang kedua ialah menentukan azam baru untuk memerangi, merancang jalan mana yang mahu ditempuhi, lebih tajam membuat siasat perang dan berwaspada dengan muslihat musuh setiap saat.



Musuh manusia yang paling licik berada di sekelilingnya. Ia tidak memilih apakah orang itu alim atau jahil, ahli ibadat atau ahli maksiat, mukmin atau kafir. Syaitan tetap syaitan, semua orang dipengaruhi syaitan masing-masing. Rasulullah SAW bersabda:



“Sesungguhnya syaitan itu mengalir di dalam tubuh anak Adam laksana mengalirnya darah dan sesungguhnya aku bimbang dia akan menimbulkan di dalam hati kamu sesuatu yang jahat.” (Al-Bukhari dan Muslim)



Setiap konflik yang muncul dalam pergaulan manusia kerana dengki, dendam dan sombong, perselisihan suami dan isteri, terputusnya ikatan sanak saudara, anak menderhaka, orang tua tidak amanah, orang kaya tamak, pemimpin zalim serta lalai dan kufurnya manusia terhadap Allah SWT, semua itu berpunca daripada hasutan syaitan akibat diri menjadi tawanan nafsu.



Orang mukmin sentiasa mengingati diri mereka supaya berlindung dari gangguan syaitan, mengenali bahawa kejahatannya itu adalah hasil kerja syaitan dan cepat-cepat kembali bertaubat dan berwaspada supaya tidak tertipu lagi dengan kenikmatan yang dijanjikan syaitan. Oleh kerana sifat dosa adalah nikmat sesaat manakala pahala pula bersifat susah, perit dan seksaan maka ramailah yang kecundang dalam memilih.


Tetapi bagi orang mukmin, seksaan melawan hawa nafsu dan syaitan itu sedikit demi sedikit berubah menjadi nikmat jiwa yang paling bernilai yang tidak pernah dirasai orang fasik lagi lalai. Nikmatnya seakan-akan di dalam syurga walaupun mereka masih berada di dunia lagi.


Ibnu Taimiyah berkata: “Sesungguhnya di dunia ini ada syurga, sesiapa yang belum masuk ke dalamnya dia tidak boleh masuk syurga akhirat. Murid-muridnya bertanya: “Apakah syurga dunia itu? Beliau berkata: “Syurga mengenal Allah, mencintai-Nya, merindu dan berlemah-lembut kepada-Nya.”

Read more...

Tuesday, November 17, 2009

Aspura Jaya


Untuk memenuhi aktiviti selepas peperiksaan, Ust Rizal bersama-sama dengan pelajar-pelajar telah melaksanakan satu projek yang diberi nama Aspura Jaya. Ia hasil daripada kerjasama dan gotong-royong daripada pelajar-pelajar aspura yang mengambil masa selama 2 minggu untuk disiapkan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan projek ini.



Pelajar-pelajar Putera begitu bersemangat untuk menyiapkan projek  kolam Aspura Jaya.




Beginilah rupa kolam Aspura Jaya hasil sumbangan idea daripada Perunding Landskap tersohor, Ust Rizal (PK Hem)



Pelajar Puteri sedang menyiapkan bangku rehat, hasil daripada idea kreatif mereka sendiri

Read more...

Sunday, November 1, 2009

EPILOG SATU PERJUANGAN

Perjuangan ini tak bertepi
meruntun belas
kasih terpateri takkan mati.

Menyusuri lereng derita ini
meniti onak duri bersatu hati
memperjuangkan bahtera tradisi
dari acuan Rabbani
acuan Rabbul Izzati.

Tersedarkah watan?
Mengharung gelombang bergulung
dihempas samudera fikir?

Terlewatkah?
Menerka bahaya
yang datang menggila
menyepikan episod duka
epilog perjuangan
prolognya perpaduan
serumpun manusia yang aman.




Read more...

Wednesday, October 14, 2009

PUISI DARI HATI SEORANG GURU


Telah tiba saat waktu di takdirkan kita bersama.
kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan.
gembira rasa hati ini bila melihatkan
wajah-wajahmu yang menceriakan.
tulus ikhlasmu,luhur akhlakmu bagai tiada peganti.
senyum tawamu juga usahamu menghiburkan kami.
kenangan indah setiap hari terus bersemadi.
kaulah muridku,kau permata hati.
Ya allah jadikanlah mereka insan mulia,
insan yg taat perintah agama.
wahai muridku..bangkitlah dalam perjuangan ini..
walaupun nanti ku tiada di sisi..
perjuangan ini masih jauh beribu batu..
selagi ruh masih dijasad,ilmu harus dicari,
sedih rasa hati ini bila mengenangkan.
andai kau masih lalai dan leka..
Ya Allah,hadir kami bukan tuk dihargai.
bukanlah pula untuk disanjungi malah bukan untuk disakiti..
sekadar mengisi ruang di hati..
moga bahagia dan berjaya dikau akhirnya..
setangkai doa juga harapan terus ku kirimkan...
moga akhirnya dikau bersama para solihin..
kaulah muridku..kau permata hati..



Read more...

Sunday, October 11, 2009

LIMAU MADU TITIAN MESRA KG CHAROK PUTIH




diusahakan sendiri oleh salah seorang guru MMBG iaitu Ust Ishak Che hin.
untuk tempahan sila hubungi talian 019 4611619.



Read more...

Friday, October 9, 2009

PERUBAHAN SISTEM PEGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SPM MULAI TAHUN 2009

Makluman kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2009 berkenaan dengan sistem pengredan SPM 2009.. Makluman ini penting untuk permohonan ke IPT tahun 2010.Dibawah Adalah penggerdan baru bagi SPM 2009.

Gred Sedia Ada--------------Gred Baru
--------------------------------A+
1A------------------------------A
2A------------------------------A-
3B------------------------------B+
4B------------------------------B
5C------------------------------C+
6C------------------------------C
7D------------------------------D
8E------------------------------E
9G------------------------------G




Read more...

Wednesday, October 7, 2009

AKTIVITI KO-KURIKULUM MAKTAB MAHMUD BALING 2009

LAPORAN AKTIVITI KO-KURIKULUM MAKTAB MAHMUD DARI JANUARI HINGGA OKTOBER 2009
SUKAN

1. SEPAK TAKRAW BAWAH 15 DAN 18 (1& 2 FEB 2009)- ZON BALING (MSSZ)
KELOLAAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

2. PING-PONG LELAKI DAN PEREMPUAN BAWAH 15 DAN 18 ( 2 &3 FEB 2009)- ZON BALING (MSSZ)KELOLAAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
LELAKI 15 - TEMPAT KETIGA

3. BADMINTON LELAKI DAN PEREMPUAN BAWAH 15 DAN 18 (3&4 FEB 2009) - ZON BALING (MSSZ)KELOLAAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH



4. BOLA JARING BAWAH 15 DAN 18 (11&12 FEB 2009)-ZON BALING (MSSZ)
KELOLAAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

5. BOLA TAMPAR LELAKI DAN PEREMPUAN 15 DAN 18 (7 & 8 APRIL 2009)- ZON BALING (MSSZ)KELOLAAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
BOLA TAMPAR LELAKI-JOHAN ZON

6. BOLA TAMPAR LELAKI BAWAH 15 (16 APRIL 2009) - DAERAH BALING (MSSD)
KELOLAAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
BOLA TAMPAR LELAKI-JOHAN DAERAH BALING

7. BOLA TAMPAR LELAKI BAWAH 15 (TARIKH BELUM DIPUTUSKAN)-NEGERI KEDAH (MSSK)KELOLAAN PEJABAT PELAJARAN NEGERI

8. PERTANDINGAN CATUR LELAKI DAN PEREMPUAN BAWAH 15 DAN 18 (17 FEB 2009)- ZON BALING (MSSZ)KELOLAAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

9. SUKAN PERINGKAT SEKOLAH ANTARA RUMAH-RUMAH (10 HINGGA 25 FEB 2009)- MAKTAB MAHMUD BALING
10. BADMINTON LELAKI DAN PEREMPUAN (2 MAC 2009)PERINGKAT KUMPULAN B
MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH (KESUMAM)
LELAKI – JOHAN SINGLE
LELAKI – KEEMPAT SINGLE
LELAKI – KEEMPAT DOUBLE

11. BOLA TAMPAR LELAKI DAN PEREMPUAN (3 MAC 2009)- PERINGKAT KUMPULAN B
MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH (KESUMAM)

12. PING PONG LELAKI DAN PEREMPUAN (4 MAC 2009)- PERINGKAT KUMPULAN B
MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH (KESUMAM)

13. SEPAK TAKRAW (5 MAC 2009)- PERINGKAT KUMPULAN B-MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH (KESUMAM)
JOHAN KUMPULAN B

14. BOLA JARING (10 MAC 2009) PERINGKAT KUMPULAN B-MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH (KESUMAM)

15. BOLA SEPAK (11&12 MAC 2009)PERINGKAT KUMPULAN BMAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH (KESUMAM)

16. BADMINTON LELAKI (1 APRIL 2009)- PERINGKAT SUKU AKHIR DAN AKHIR MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH D.A
SINGLE LELAKI - KEEMPAT

17. SEPAK TAKRAW(1 APRIL 2009) - PERINGKAT SUKU AKHIR DAN AKHIR MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH D.A
JOHAN MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH D.A

18 PERARAKAN KONTIJEN(2 APRIL 2009)-PERINGKAT MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH D.A(KESUMAM)
JOHAN MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH D.A

19. SEPAK TAKRAW (APRIL 2009)KEJOHANAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI KEDAH D.A
JOHAN

20. SEPAK TAKRAW (7 HINGGA 11 JUN) PERINGKAT KEBANGSAAN KEJOHANAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MALAYSIA

Read more...

Monday, October 5, 2009

Tahniah Kepada Kumpulan Wardatul Islam



WARDTUL ISLAM

SOUTUS SHABAB

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Nasyid Wardatul Islam MMBG kerana telah berjaya di dalam Festival Nasyid Maktab Mahmud Kali ke 3 yang bertempat di Maktab Mahmud Yan dengan meraih Naib Johan.Warga MMBG amat berbangga dengan kejayaan ini. Kumpulan ini telah mencipta sejarah tersendiri di mana sepanjang penyertaan MMBG sebanyak tiga kali dalam Festival Nasyid Maahad , inilah kali pertama MMBG tersenarai dalam kedudukan ke 2 terbaik. Menurut jurulatih, Ustaz Mohd Rusdi:' Ini adalah berkat kegigihan, kesungguhan dan disiplin pelajar-pelajar ketika menjalani latihan.Terima kepada guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tahniah juga kepada kumpulan Soutus Shabab kerana dapat memberikan satu  kelainan dari segi persembahan dan memberi saingan yang begitu sengit. Diharapkan kedua-dua kumpulan ini dapat berusaha dengan lebih gigih lagi demi kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.


Read more...

Sunday, October 4, 2009

Pengumuman Penting

Untuk pengetahuan semua, borang kemasukan tingkatan 1 2010 di MMBG telah habis.Sambutan yag diterima amat menggalakkan. Tahniah kepada waris yang sempat mendapatkannya. kepada yang belum mendapatkan borang, bolehlah mendapatkannya di mana-mana cawangan Maktab Mahmud Negeri Kedah. Harap Maklum



Read more...

Thursday, September 17, 2009

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2010

SYARAT-SYARAT MENGAMBIL BORANG
(menggunakan keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR 2009)


1.1 Warganegara Malaysia dan dilahirkan tahun 1997

1.2 Syarat pengambilan borang

a) Maktab Mahmud Alor Star:
Lulus minima 4A 1B (48 mata)

b) Maktab Mahmud Yan, Pokok Sena dan Pendang:
Lulus minima 3A 2B (46 mata)

c) Bagi Maktab Mahmud Daerah yang lain(termasuk Maktab Mahmud Baling)
Lulus sekurang-kurangnya 34 mata

** Catatan: Perkiraan mata adalah seperti berikut:
A=10 mata, B= 8 mata, C= 6 mata dan D=4 mata.

1.3 Kelayakan masuk:

a) Lulus Ujian Bertulis Maktab Mahmud
b) Lulus UPSR berdasar syarat yang ditetapkan seperti di para 1.2 (a - c) di atas.
c) Boleh membaca al-Quran
d) Bergantung kepada kekosongan tempat belajar

Tarikh keluar borang : 27/9/2009 - 15/10/2009
Borang terhad!!! boleh didapati di pejabat semua cawangan Maktab Mahmud

Read more...

PROGRAM IFTOR JAM'IE DAN QIAMULLAIL PERDANA

Program ini dimulakan pada pukul 5.30 petang. dimulakan dengan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Fadhil bin Omar dari Yayasan Khairiah, Kupang,. seterusnya Majlis berbuka puasa bersama PIBG. Program disambung dengan Solat Terawikh diimamkan oleh al hafiz ustaz Rafaie.
Pelajar-pelajar bersama guru-guru bangun seawal 3.30 pagi untuk berqiamullail bersama-sama dan dipimpin oleh pengetua Ustaz Zaini bin Hassan... berikut adalah gambar-gambar yang diambil..



Pengetua merasmikan program Iftor Jam'ie








Read more...

Saturday, September 12, 2009

Petua Imam Al Ghazali dalam mencari Lailatul Qadr


PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.


PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

IV) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 21 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 20 hb Oktober 2008.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam Qadar ialah:

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Read more...

Read more...

Wednesday, September 9, 2009


perlawanan peringkat zon A

Read more...

Read more...

Salammm ya Ramadhan

Read more...

WARDATUL ISLAM

Followers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP