Huh.. mungkin apa yang barlaku kat aku bakal sampai kemuncaknya. Kalu kelmarin aku gelak sampai tak ingat dunia. Harini aku menangis teresak-esak.
Tapi aku redha. Aku anggap ni lumrah alam. Dah buat salah kan. Mengaku jelah. Walaupun terpaksa menahan caci maki orang sebab marah aku buat salah. Betulla kata orang tu, kalau benda dah jadi, marah pun tak guna. Aku setuju dengan dia. Kalau nasi dah jadi bubur, takkan nak buang bubur tu. Bubur pun still makanan jugak kan.. At least, sekarang kita bincang jalan penyelesaian macam mana nak bagi bubur tu sedap supaya orang tak sedar bahawa kita dah buat salah. Tu yang aku belajar hari ini. Hmm.. buat aku terpikir.
Aku tak terasa sangat bab orang marah aku tu. Tapi aku hairan dengan sikap sesetengah manusia kat muka bumi ni. Bila dah jadi kes, masing-masing nak salahkan orang tu. Masing-masing nak tuding jari. Masing-masing takmau salah sendiri. Yela, sapa nak mengaku salah kan? Tapi kenapa ada orang macam tu? Kenapa ada orang yang takmau mengaku salah sendiri.. KENAPA?? Adooi.... Susah sangat ke?