Tinggalkan link anda disini and i will catch u! ;)

Monday, November 29, 2010

Hepy day! ~ Rapunzel ~

   

<3 Beautiful Rapunzel and her flynn rider soulmate. <3 

     Zaman kesunyian ku telah berakhir! yeehaa!! Tadi sangat hepy sebab pergi nengok cita Rapunzel ngan my hensem nephew and his mama.. Hehehe.. First time bawak dak Rayyan Hakim neh pergi menonton wayang. Mula-mula risau gak la sebab dia ni jenis tak duduk diam tapi boleh pulak masa tengok cita tu dia behave. Maybe dia suka kot nengok sebab cita katun and katun tu sangat cantek and funny giler.. Saya yang dah dewasa ni pun seronok tengok. 3d plak tu, lagi la best! hehehe.. Macam-macam perangai Rayyan wat masa kat sana tadi. kelakar giler! Hahaha.. dari dia berjalan ke mall tuh, maen game sampai la part dia mengerjakan pop corn hampir separuh. Hahahaha.. Such a great moment! Niway, sangat enjoy spend tyme wif Rayyan Hakim and his mama and have a great day wif dem.. ;)

   Pergi ngan dak Rayyan neh la tadi.. Good katanyer... hehehe...

Bosan! Arif and Hikmah! Cepat pulang!


Hikmah dan Arif. ;)
    

      Ya! Kebosanan telah melanda diriku yang kesepian ini. Ini semua gara-gara ketiadaan adik2ku yang pergi ke kem Ibadah kat Simpang Renggam nuh.. Adoii.. Bosan tahap tak tawula nak describe camne. Nengok tv boring. Bukak fb lak, nothing special. Tngok video kat youtube, xde mood.. Nak bermessaging, boyfrend xdak, kawan2 sibuk bercuti. Hadeh!!
     Menghitung hari menunggu kepulangan adik2ku.. diowang balik sini, saya pulak kena balik uia. Hurm.. sama jek datangnye..Sempat la jumpa diowang sehari before balik. Erm, cita pasal dak2 neh, teringat pulak keletah diowang masa nak pergi kem tuh. Yang Hikmah tuh bukan kemaen lagi tak menyabar nak pergi, kemas barang awal, ajak mak pergi beli barang sume. Senang cita, sangat excited la dia nak pergi ke kem tuh sampai tak leh nak tido malam sblum pergi tuh. katanya..... Berbeza dengan si abang neh. Asyik bagi alasan jek nak mengelak dari pergi tempat tuh. Haahaha.. Barang-barang dia pun saya ngan adik Hikmah yang tolong kemaskan. Sikit pun dia tak amek tahu. Haish dak neh....
     Tiba hari yang diowang kena pergi neh, Hikmah pun excited la an.. Bangun pun awal. Manis berbaju labuh biru dan bertudung putih blink2. (kalah mak datin). Ahaks! Yang si abang tuh pulak relax jek sarung t-shirt Kampung Boy. Apa dia ingat nak pergi melancong ke?? hahaahaha~ Sampai-sampai sana kami pun pergi la jumpa ustaz untuk register dak dua orang neh. Selepas register, dak Arif tuh kena tukar baju. Dia kena pakai jubah putih n kopiah. Wah! da macam ustaz pegi haji 3 kali. Haji, Haji, Haji Arif. Wakakakka!! Sangat hensem. Sejuk perut mak ngandungkan dia. Ahaks! Lepas jek tukar baju, dia terus kena pergi surau. Start ngaji! Tanpa banyak bunyi, dia terus mengambil Quran dia dan memulakan mengaji. Hurm, bagus pulak budak neh. Tak ada pulak dia mengeluh ke hape..
     Lepas hantar Arif, kami terus pergi ke tempat Hikmah. Tempat lelaki dan perempuan tak sama. Saja diorang asingkan. Hikmah nye tempat kat rumah ustaz tu. Tenang jek tempat tuh. Sampai-sampai jek kat sana, Hikmah pun kena terus mula mengaji. Mak ada la tanya-tanya kejap dengan ustazah yang menjaga tempat area perempuan neh. Tanya punya tanya, rupanya ada barang yang diowang tak bawak. Baldi! Adeh! nak tak nak kena beli la sebab diowang kena basuh baju sendiri kat sana. Padahal berlambak baldi kat umah tuh. Tapi terpaksa la mak membelinya.
     So, saya, mak n abah pergi le mencari baldi budak2 neh then hantar balik kat tempat diowang. Mula-mula hantar kat Arif dulu. Berjumpa balik la kami ngan budak neh. Tersengih-sengih dia. Takda pulak dia mengeluh ke hape. Masih tenang n relax. Huhuhu.. Bagus pulak.. Lepas hantar barang kat Arif, kami pergi pula kat Hikmah. Sempat la jumpa dia jap, n salam-salam. Ngah salam-salam tuh sempat lagi dia bisik kat mak. Kata dia: "Sampai-sampai jek da kena ngaji. Kita da ulang banyak kali da surah tu mak." Wakakaka.. Padahal dia yang paling bersemangat nak pergi, sekali dia yang paling banyak mengeluh. Hahahha.. Macam-macam la budak-budak neh. Hahahaha...   
     Selesai jek dengan budak2 tuh, kami pun pulang. Sampai2 jek rumah, perasaan sunyi tuh mula datang. Sangat la senyap rumah ku ini seperti tiada penghuni. Hanya bunyi Tv yang memeriahkan suasana. Huh! berbeza lau diowang ada. Haru biru rumah! Padahal 2 orang jek tapi cam 23 orang. Wakakaka... Arif n Hikmah! lekas pulang! Porak perandakan rumah kita! Jyeah! Hahaha...

Saturday, November 27, 2010

Can I have dis?



Tahun 2011 adalah tahun untuk saya mencari dan mengumpul duit tuk mendapatkan EOS 1000D neh. Walaupun model ni mungkin agak lapuk bagi penggemar2 d-slr namun saya nak jadikan model ini sebagai barang pertama yang dibeli dari hasil titik peluh saya. Hehehehe.. Walaupun masih belajar, tapi saya masih mampu untuk bekerja dan mengumpul duit untuk ini.. Hehehe.. At least nampak gak r perginya wet yang dikumpul. Setelah di compare2 harga-harga model canon neh, nampaknya ni la yang paling layak saya beli sebagai permulaan. Tak larat nak beli yang mahal2. Tunggu kerja and dapat gaji besar nanti baru leh beli yang pro nyer.. Hhehehe.. EOS 1000D... Wait for me haa.. i'll catch u. Ahaks!

Friday, November 26, 2010

Harapan

Jari digenggam wajah kecil ditatap
Harapan si ayah melihat anaknya berjaya kelak dewasa
Harapan hanya tinggal harapan tanpa usaha mahupun keringat
Ayah pergi mengadap Illahi..

Redha dengan ketentuan Illahi
Harapan ibu sebagai pengganti
Melihat anaknya berjaya kelak dewasa
Berbahagialah ibu didunia dan akhirat

Si anak kecil semakin dewasa
Baru mengenali erti kehidupan
Tiada arah mahupun petunjuk
Hanya bahagia mampu dikejar

Tiada lagi harapan ibu dan ayah
Hanya air mata pengubat lara
Tiada lagi rasa hormat
Yang tinggal hanya kata-kata kesat

Bertaburan air mata si ibu
Menyesali kelahiran si anak yang disayangi
Tiada lagi subuh bagi si ibu esok
Tiadalah syurga bagi si anak

Harapan si anak hanya tinggal harapan
Tiada kesempatan untuk memohon ampun
Tiada lagi kemaafan tuk keterlanjuran laku
Menyesallah si anak tidak berlagu
Kembalilah si anak pada yang satu
Hanya pada Tuhan tempat nya mengadu..

first masterpiece. Reject!

Nampaknya masterpiece ku yang pertama dikritik hebat oleh orang-orang yang dengki atau erti kata laen tidak senang melihat diri ku ini yang terlebih jiwang. Hahahahaha...
Erm, agak geli jugak la apabila membaca kembali hasil nukilan ilusi ku itu. Wakakaka..
Takpe, agenda berikutnya... Penghasilan karya2 baru yang lebih series.. hehehe..
Nantikan.. akan kukerah kepala otakku ini tuk berfikiran lebih kritis dan kritikal dan menjauhi segala jiwang-jiwangness... ;)

Expressivenes

Cinta,
Bagaikan kain tanpa coraknya
Tak kutahu apa ertinya
Tak dapat disentuh namun tak mudah tuk dirasa
Hambar.. kosong.. tiada rasa..
Cinta,
Entah bila ku rasakan ada,
Perlahan-perlahan menusuk jiwa,
Ada sinar dimata,
Ada rasa melambai didada,
Ada cinta dapat kurasa…
Cinta,
Sedikit pun tidak terpengaruh dengan rupa
Apatah lagi harta
Cukuplah sekadar kewujudan iman dan takwa
Dambaku terlalu pada dirinya  
Cinta,
Kekadang dekat kekadang jauh
Sukar  tuk dikejar  apatah lagi tuk dimiliki
Pedih tak tertanggung dijiwa
Air mata ditekan agar tidak bertabur dipipi
Cinta,
Malu tuk memiliki cinta sejati
Akhirnya ku bertawakal dan redha
Hanya Tuhan tempat memohon
Istikharah dan hajat penambah usaha
Cinta,
Bukan mudah tuk memiliki sesuatu yang tak pasti
Namun ku yakin pada usaha dan diri ini
Setelah lama menyendiri tanpa rasa
Akhirnya ku yakin dengan cinta ini
Bakal membimbing dan menyayangi
Ku yakin dengan kekuatan doa
Kuharap pada Nya demi dirinya
Namun kuharap cintaku ini tidak melebihi cintaku padamu Tuhan…


Mode: Full of love!Terlebih jiwang.
Ekpresi pertama tentang cinta. ;)

Sunday, November 21, 2010

Harry Potter

                Hari ni saya, mak, adek Arif and adek Hikmah pergi menonton wayang. Kitorang pergi tengok cerita Harry Potter. Ni sume gara-gara nak memujuk adek Hikmah. Hari ni abah pergi Kuala Lumpur. Bukan maen lagi dia nak ikut. Mentang-mentangla cuti sekolah. Malangnya banyak hotel di Kuala Lumpur hari ni full so tak dapat la kami ikut. yeah! Hahaha.. Bosan sudeh duk Kl. Ngehngeh.. bagi memujuk Hikmah yang excited giler nak gi Kuala Lumpur tapi tak jadik tu, kami pun bawalah dia pergi menontong wayang. Asalnya nak tengok cerita ‘Ngankung’ tapi cerita tu tak kuar lagi jadik kami pun pergilah tengok cerita Harry Potter. Best gak ar cerita neh walaupun ending dia ade sedikit sedey. Huhuhu.. 
                Sebelum masuk tengok cerita Harry Potter tu, sempat la message Rifdi kawan baek saya neh. Ingat lagi haritu dia bukan maen provoke saya kata bila saya balik Kluang nanti dia ngan Nana nak pergi tengok Harry Potter kat KLCC. Mentang-mentanglah budak KL. Huh! Hahaha.. Sekarang neh saya yang pergi tengok dulu cerita Harry Potter tuh. Hahaha.. Tak sabar nak provoke dak Rifdi tu balik.. Hahahaha~

Saturday, November 20, 2010

Breakfast @ railway coffee kluang

    
      Hari ni pagi-pagi lagi mak da kejutkan kami 3 beradek tuk pergi breakfast kat luar sebab air takdak. Aduh.. jenuh gak la kami nak bangun, mana taknya semalam tidur lewat kot sebab duk tengok si Arif tuh maen PS dia. Lepas subuh terus sambung tidur, tak larat da nak berjaga. Hehehe.. Selepas dikejutkan, kami pun bangunla dan mandi dengan kuantiti air yang tidak begitu memberangsangkan. Air kena jimat coz tak dop air.. Huhuhu.. Siap-siap da semua, kami pun pergi la menuju ke warong Sejahtera, tempat yang selalu kami pergi tu. Mee bandung dia sangat sedap tapi malangnya warong tu tutup lak. Adoi.. asyik tutup jek kedai makan yang kitowang nak pergi.
     Kami pun ketandusan idea nak pergi breakfast katne. Tak mau dah pergi tempat laen. Takut jadik cam kes haritu. Lambat+tak sedap+mahal! Tiba-tiba adek ku yang Arif pun mencadangkan la kami pi breakfast kat kedai mamak kat Kluang neh. nak pekena tosei katanya. Budak neh memang suka makan makanan mamak, muka pun da ada iras2 mamak dah. wakakakaka~ Adeh, memang tak teringin la nak pi breakfast kat mamak. Lau lunch best la gak, leh pi pekena nasi daun pisang, ni breakfast kot.. Huhuhu..
     Tiba-tiba mak ajak kami pergi makan kat railway coffee Kluang. Lama dah tak makan kat situ. Windu dengan roti bakar dia yang meletup tuh. Sultan Johor pun penah pekena roti bakar kat railway coffee kluang ni.. Huhuhu.. bangga sebentar menjadi anak Kluang. Sampai kat sane, saya ngan mak order la lontong, arif makan nasi lemak ayam, abah order mee kari pastu Hikmah makan roti bakar. Then kitorang add on lagi roti bakar. Hehehehe...
     Tengah-tengah makan tuh tetiba mak ternampak lak kawan mak tengah makan ngan family dia dekat jek ngan meja kitowang. Mak pun pergi la menerpa kawannya tu yang agak lama tak jumpa tuh. Saya pun dengan segera pergi la kat kawan mak tuh untuk bersalam. Tiba-tiba mak tanye, 'kenal lagi tak neh?' Erk, sumpah tak kenal! sape la dia neh.. rupa-rupanya dia cikgu matematik masa sekolah rendah dulu. Adeh!! malu nyer. Da la tak ingat cikgu sendiri.. Hehehe.. Untuk mencover malu tuh, saya pun segerala pergi balik kat meja and continue makan. Hehehe..   



 Ni la roti bakar special kat railway coffee Kluang.. Nyummy...

Nasi dagang~

     Hehehe... Hari ni, for da first time saya dan mak masak nasi dagang. Walaupun hanya berbekalkan sekeping kertas resepi, kami berjaya jugak menghasilkan nasi dagang yang special di abad ini. Weeee.. Walaupun kami terpasa mengukus dua kali nasi dagang tuh kerana kekurangan santan dan tak berapa nak masak sangat berasnya, tetapi, resultnya sangat la membanggakan especially kuah nasi dagang tuh. Ngehngehngeh.. Mak dengan bangganya siap cakap lagi yang dia nak bukak restoran jual nasi dagang. Mak memang, bila dia masak kari dia cakap nak bukak restoran jual kari special. Bila masak asam pedas nak bukak restoran jual asam pedas special lak. hahhaha.. Tapi pe2 pun masakan mak memang meletup!! Heheehhe...
     Time menjamu nasi dagang tu, orang yang paling meriah sekali makan tentu-tentu lah abah saya. Dua tiga pinggan jugak la dia mengerjakan nasi dagang tuh pahtu abah leh cakap ngan mak daripada 100 dia bagi 60 jek. Hangin jek mak dengar. Hahaha.. Lagi sorang yang seronok sangat makan nasi dagang tuh adalah kakak saya. Memang feveret dia la nasi dagang tuh. Kebetulan malam ni dia da nak balik Terengganu, tu yang kami masak untuk dia. Takdelah mengidam nanti.. hahahaha.. Niway hari ini sangat best sebab dapat belajar masak nasi dagang. Sok lusa nak belajar masak nasi kerabu lak.. ;)

Friday, November 19, 2010

Kenyang perut sakit hati..

         Selalu kita dengar kenyang perut suka hati. Tapi kali ni berbeza sedikit. Pertama kalinya pergi makan then sakit hati. Malam ni abah saya bawaklah kami sekeluarga makan kat luar. Nak sambut besday adek Hikmah. Katanye… Padahal besday dia da lepas kot tapi dia nak tunggu kakak dia ni balik dulu baru nak pergi makan sesame. Huhuhu.. Plus kakak saya da nak balik UMT esok malam so kitowang pun pergi la malam ni..
          Rancangan asalnya kami nak pergi makan kat restoran two-city yang kami selalu pergi tu tapi tutup pulak malam neh jadik kami pun pergi ke restoran hape entah. (tak teringin pun nak tawu). Sampai-sampai jek kat restoran tu kami ape lagi, order la makanan.. kitowang order siakap masak stim, tomyam campur, kailan ikan masin, daging rusa masak black pepper and nasi goreng ayam (adek arif nyer). Kami pun menunggu la dengan hati yang tenang dan perut yang lapar.
          Seminit demi seminit masa berlalu. Dari mula berita start sehinggalah separuh cerita Ahmad Dhurrah tu makanan kami masih lagi belum sampai. Adoiii.. Dah ler lapar, makanan pulak lambat sampai. Dekat sejam gak la nak menunggu makanan sampai. Sedang-sedang menunggu makanan tu, adikku arif sorang neh mula la mengomel2. Dia memang sangat dikenali dengan perangai yang tidak sabar. Hehehe.. Dengan muka masamnya, dia pun membebel cakap bila nak sampai la makanan ni.., lau pegi restoran lain tadi da sampai da la.., ni la.., tu la.., bla..bla..bla.. Sakit gak la telinga ku ni mendengarnya. Orang lain pun bengang gak tapi takdela nak membebel2 cam dia. Pastu mak saya pun sound la dia. Mak kata “sabar la… pernah tak belajar bersabar?” wakakakaka…. Terdiam gak la budak tuh. Hahahha..
          Penantian demi penantian… Makanan masih belum kunjung tiba. Masing-masing yang tadi kenal erti sabar seakan-akan sudah tidak mengenali lagi apa itu sabar. Sehinggalah satu tahap mak yang tadi sound adek arif pun terlepas gak. Mak mengadu,  “bila la nak sampai makanan ni, lau masak kat umah tadi da siap makan da.” Pastu dengan pantasnya adik arif ku sorang neh jawab, “sabar mak…..” Pergh! Kene setepek. Melawan adekku sorang neh tapi kelakar gak r. Hahaha.. Mak pun terkesima sebentar pahtu tergelak2 la mak saya.. hahaha.. At least, hilang kejap perasaan bengang kami tadi.
             Selesai melawak, ketawa, bercerita, berangan dan sebagainya, makanan pun sampai. Tanpa membuang masa, saya tanpa menoleh kanan kiri pergi la menerpa makanan yang terhidang diatas meja. Ku rasa satu persatu makanan yang ada… adoiii… Bukan mahu menghina makanan tapi memang sangat tak sedap, senang cerita, takdak rasa langsung! Nasib la lapar sangat, habis jugak la ku kerjakan makanan2 tu suma.. Akak and adik2 ku suma makan tak habis. Memang patut pun tak habis sebab tak sedap. Tambah lagi sakit hati, dah la tak sedap, mahal pulak tuh! Adeh! Baru jek rancang tak nak mengumpat tapi sangat tak leh tahan. Uish! Tak mahu dah pergi restoran tu lagi!

Hate to talk about my past.

Yang lepas rasanya biarkanla berlalu kot. Tak perlu nak diungkit lagi. Setiap manusia pernah wat silap.  Honestly, saya sangat tak suka bila orang bercerita balik pasal apa yang penah saya wat specially time ‘kecik2’ dulu. Allergic giler! Perkara yang ingin sangat dilupakan suddenly timbul balik. Aish! Extremely dislike! Unhappy with my childhood but quite satisfy with this new life. Sangat bahagia dengan kehidupan skang. Allah bagi ujian yang besar masa kecik. Alhamdulillah.. Setiap ujian sangat mematangkan diri. Try to blow my past away….

Wednesday, November 17, 2010

Raya Haji di Rumahku Syurgaku ;)

     First tyme tahun ini kami sekeluarga sambut Raya Haji kat umah. Kebiasaannya lau Hari Raya, kami sekeluarga akan pulang ke kampung di Mersing. Beraya dengan atuk, nenek, pakcik, makcik and yang paling penting beraya bersama kazen-kazen yang best2 and giler. hahahaha~ Tapi tahun neh kami sekeluarga bercadang nak cuba beraya kat umah. Best jugak beraya kat umah sendiri cuma penat sikit la. Sehari sebelum raya da kena kemas2 rumah then masukkan beras pulut dalam daun ketupat, potong daging kambing, ayam. fuh! Tapi yang paling penat mak la kot sebab mak yang masterful bab masak2 kari, rendang sume. hahaha..
     Pagi raya tu everything done! Ada ketupat, ketupat pulut and kari kambing special mak. hehehe.. Rumah sume da kemas, mandi pun dah, adek2 sume da siap mandi dan berbaju raya, semayang raya pun dah so skang neh, makan time! perkara paling ditunggu2. hehehe.. Punya la tak hengat dunia saya melantak kari kambing sampai mabuk-mabuk. Aduh, pening kepala tak hengat kot sampai tak dapat nak ikut family balik kampung tengahari tu.  ;(  idok la dapat berjumpa atuk, nenek dan kazen2 ku sume. Duduk la dirumah sengsorang di petang raya. hukhuk..
     Malam hari raya masih saket kepale, naseb la ade adek Hikmah tolong urut. Dah alang-alang dia terlebih rajin malam tu, bukan suh die urut kepala jek, satu badan dia tolong urut. Thanx adek! Best giler dapat adek yang pandai mengurut. Heaven giler. hahaha~ Hari ni da ok and masih ada mood raya. hehehe.. Niway, Hepy Eidul Adha! ;)

Tuesday, November 16, 2010

Sehari bersama... ;)

     Before balek and presentation haritu, saya dan kak jie dengan rajinnya telah bercadang untuk pergi berjalan-jalan mencari bahagia (trademark zamlubawi) di Jusco Wangsa Maju. Dengan slide yang masih didalam pendrive tanpa belum diprint lagi, saya masih bersenang lenang bersama-sama kak jie pergi makan kepci dan berjalan-jalan didalam Jusco tu for retail therapy. ngeee.. Punyela lama menunggu kak Jie makan. Sangat lama! hehehehe... Kenangan bersama kak Jie before balik cuti sem..

peace (^_^)v. shedapnyer kepci...


retail therapy wif kak jie.. ;)

Sunday, November 14, 2010

Inspire song.. ;)

NOTHING'S GONNA CHANGE MY LOVE FOR YOU

If I had to live my life without you near me 
The days would all be empty 
The nights would seem so long 
With you I see forever oh so clearly 
I might have been in love before 
But it never felt this strong
Our dreams are young 
And we both know they'll take us 
Where we want to go
Hold me now 
Touch me now 
I don't want to live without youNothing's gonna change my love for you 
You ought know by now how much I love you 
One thing you can be sure of 
I'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for you 
You ought know by now how much I love you 
The world may change my whole life through 
But nothing's gonna change my love for you
If the road ahead is not so easy, 
Our love will lead the way for us 
Like a guiding star 
I'll be there for you if you should need me 
You don't have to change a thing 
I love you just the way you are 
So come with me and share the view 
I'll help you see forever too

*Special song for my mother, father, brothers, sisters, friends.. LOIKE!! ;)






Saturday, November 13, 2010

Fiza! Chill please~

     Ya Allah... Kenapalah hari ni. Emosi sangat tak stabil. Pasal exam besok ke? Erm.. Mungkin. Tapi mungkin jugak sebab ramai kengkawan yang da balik. Hari ni Wana balik (T_T).. Semalam baru teman Wana study, gelak sama-sama, makan sama-sama tapi hari ni Wana da balik kampung. Esok Kak Aten lak balik. Pasni tak jumpa kak Aten da sebab kak Aten da grad. Tadi tolong kak Aten kemas barang. Sebak tengok kak Aten kemas barang. Kak Aten kakak bilik paling best and paling caring. Sayang giler kat Kak Aten! Aduh.. camne la nak study neh. Apehal la ngan aku hari ni.. Erm, Ya Allah.. tenangkanlah hati hambaMu ini..

Friday, November 12, 2010

Burfday my cute lil sis

     Hari ni burfday adek saya yang saya sayangi and saya kasihi (NurHikmah Rosli).. hehe.. Besar da budak neh. Hari ni, genaplah umur my sis ni 10 tahun.. Tahun depan masuk 11 da, tahun lagi satu 12 da.. Da nak jadik anak dara dah adekku sorang neh. huhu.. Tadi baru lepas call dia, wish burfday kat dia. Seronok sangat la dia sebab hari ni burfday dia. Bila tanya dia celebrate ke tak, dia kate tunggu kakak balik dulu. huhu.. Terharu diri ini mendengarnya. Ingat jugak dia kat kakak dia sowang neh walaupun dia sering dimarahi oleh kakak nya ini. ngehngeh...
     Balik ni plan nak beli hadiah tuk adekku sowang neh. Nak beli pe ek?? Nak bagi gaun, mintak maaf la dia nak pakai kan. Perangai da serupa abang dia.. Adeh! Nak bagi teddy bear, da berlambak plak kat umah plus bagi semak bilik jek. Erm, bagi buku je la.. Biar pandai sikit. ngehngeh... Tak sabar da nak balek umah neh jumpe family plus burfday girl sowang neh. hehe..

Ini la Besday girl. ;)

Me n my cute lil sista. ;)
NurHikmah Rosli. ;)

Thursday, November 11, 2010

F.R.I.E.N.D.S ;)

Hari ni mood kengkawan.. Teringat kat sume kawan-kawan. So, hari ni nak upload sume pic kengkawan kat sini.. Sayang mereka! ;)

Me n Nana Azad

Again. Me n Nana but different Nana. ;)

Wana n Nana

Me n Wana

Nurul n Wana.. ;)

K.A.M.I

Fazie n Fiza yang comey! Ngeee~

My best buddies: Rifdi, wana, nana. ;)

Again. Me n Faz

Yang takde dalam neh pic Fara n Ila.. akan diusahakan kelak tuk meletakkan pic mereka disini. ngehngeh~

@McD with dear wana ;)

     Baru pas melantak double cheese burger large! Burp~ kenyang! hehehe.. Tak rancang pun nak pi makan McD. Tadi duk kat library study ngan Wana pahtu hujan lebat.. Sangat sejuk didalam library. hehehe.. Tengah-tengah khusyuk study (study ke?) si Wana ni pulak tetiba ngadu lapar, padahal baru pas makan tengahari tadi. Dia cakap nak makan goreng pisang. wakakka.. Mane nak cari goreng pisang lam UIA neh. hahaha.. So, kitowang pun segera la mengemas barang dan keluar dari library tuk mencari makanan. Tengah-tengah berjalan tu tetiba plak saya terasa nak makan KFC, yang si Wana ni pulak teringin nak makan Pizza. Last-last, kami pun ke JJ wangsa maju pi pekena McDonald. wakakaka~ Sambil-sambil makan ni, kami pun ber0n9 la disini. Sementara line ngah laju neh, update la jap blog ni n berfesbuking jap. ngeee... ;)

Me n Wana ;)


Dapnyer~



Wednesday, November 10, 2010

Biological vs Sociological

     Tadi baru lepas habis presentation tuk subjek Medic. Pergh, da cam doktor da neh haa rasenya. Tadi present pasal topik Leptospirosis. Semangat la explain kat sir pasal apa itu leptosprosis, camne virus tu boleh effect orang. Macam-macam term Medic da tadi keluar, terbelit-belit gak la lidah neh nak menyebut tapi naseb la da praktis so tak la teruk sangat. Da semangat-semangat present pasal topik tu then sir pun start la dengan Q&A session dia. Bila dengar soalan dari sir baru ku sedar, saya ni seorang Sociologist, bukan nya doctor tapi punya la explain pasal topik tu tadi mengalahkan doktor. wahahaha~
     Sir tanya camna nak relatekan issue neh dengan culture sociology. erk?! soklan final exam arituh. Mak ai, time ni la suma nak blur n lupa. Saya pun tersengih la cam kerang busuk dihadapan sir mengharapkan soalan yang lagi 'mencabar' diajukan. wakakaka~ Then sir pun bagi la hint sikit-sikit bagi ku paham and ingat balik and...  finally! tawu jugak nak menjawab kepada persoalan sir tu tadi. ngehngeh.. Nasib la sir baek, siap bagi hint lagi tu nak suruh jawab soalan dia. huhuhhu~ Tq sir!
     Beban belum habis lagi, masih ada lagi satu presentation lagi harus disettlekan. ish... Saya memang suka la kan present time-time final exam ni. Orang sibuk study, kami sibuk presentation, naseb la sir best, ku layankan la jugak. hahaha~ next presentation pasal obesity lak. Adeh! tak carik lagi article neh. Takpe, esok-esok leh carik. ngehngeh~ (^_^)v

Monday, November 8, 2010

happy day! ;)

       Hari ni saya dan dua kawan yang bernama Nana (Nana Hafiq n Nana Zahim) ngan sorang budak separuh normal ni (Rifdi a.k.a Mak Mah) kuar pergi Central Market. Teman budak separuh normal tu pegi cari kompang dia. huhu.. Best giler hari ni spend time ngan diowang bertiga. Pergi CM cari kompang then makan McDonald. Jalan jauh-jauh semata-mata nak makan McD je pun. hahaha.. Punya la bahagia hidup macam da habis exam padahal masing-masing berlambak lagi paper pas neh. nak release tension katenye. layankan je la.. Huhu~
       Pas gi CM, mood masing-masing sume masih ingin berjalan. Jadik kami pun pergi la menyambung perjalanan pada hari ini dengan pergi ke KLCC pulak untuk menonton wayang. ngee~ Sampai KLCC kitowang pulak berbincang la nak tengok cite hape. Kali ni kitowang da decide tak nak bagi Mak Mah pilih cite ape kitowang nak tengok pasal haritu dia pilih cita tak best. Konon nak release tension nengok wayang, last-last makin tension kitowang tengok cite ntah hape-hape tuh. wakakaka~  Kali ni kitowang decide nak tengok cite unstoppable. Actually Mak Mah gak yg decide tapi disebabkan kitowang mengejar masa, kitowang pun setuju la nak tengok cite tu. Naseb la kali ni cite best so Mak Mah tidak lagi dipersalahkan. wakakaka~
      Perkara paling yang tak dapat dilupakan tyme Mak Mah ni pergi beli popcorn yang bapak besar! mentang-mentang la suh beli large, extra large die bagi. Akibatnya, banyak la lebihan-lebihan popcorn yang tak habis and masing-masing tak nak pegang. Suh buang tak nak. Mak Mah ngan Nana Zahim la tu. Bila suh buang kata sayang la, ini la, itu la.. Pegang tak nak. Last-last, bergilir-gilir la diowang bawak popcorn tuh. wakakaka~ thanx guys. Ahaks..
       Dari perjalanan pergi sampai la pulang, memang gelak je la keje kitowang. Seronok sangat. Nak2 si Mak Mah tu. Tak habis-habis nak meloya buruk. Tapi time balik teringat pulak kat Wana. Tak lengkap la lau takde Wana. Tapi takpe la, next time kitowang boleh kuar sama-sama lagi. ;) 

Sunday, November 7, 2010

Bilik ku yang Horror..

Sekian lama dihantui pelbagai rasa tinggal di bilik skang neh, akhirnya berjaya jugak nak story  pasal hal bilik kat blog neh. Uish, sebenarnya saya ni memang percaya pasal perkara-perkara ghaib ni. Perkara ni pun ada tertulis dalam Al-Quran so tak leh la nak deny. Semua tu makhluk Allah juga. Cuma nya, saya tak pernah la terfikir yang perkara-perkara yang tak diingini ni akan berlaku pada diri sendiri.
Kisahnya bermula masa kali pertama saya duduk disebuah bilik di Universiti tempat saya belajar ni. Pada awalnya, selalu la kena kejut awal-awal pagi. Sape yang kejut? Ha, saya pun tanya diri sendiri sape yang kejut. Tiap kali tersedar mesti kul 2 pagi. ‘dia’ suh bangun wat semayang sunat kot. Sampai satu masa tu terbangun, da leh bajet da time tul kul 2. Hurm, memang sah kul 2! Masa tu tak fikir apa-apa pun, ingat memang ada masalah dengan tidur, tak pun disebabkan mimpi ke sebab selalu bangun terkejut. Ok, then saya pun wat tak tahu je la…
Kisah berikutnya pula bermula apabila barang-barang saya mula hilang dan kemudian jumpa balik kat tempat yang tak mungkin la saya tak nampak kan. Adoyai, menguji minda gak r benda-benda ni kan. Tapi saya ignore jugak la lagi. Sehinggalah benda-benda ni mula menunjukkan taringnya dengan mengeluarkan bunyi-bunyi bising di bilik. Habis diterajang nye loker-loker kat bilik tuh. Marah sangat la tu kot. Ape yang dimarahnya pun tak tahu la haa…
Nak dijadikan cerita, rummate saya yang sorang neh, penakutnya jangan cakap la. Punya la nasihat orang kata takut Allah je. Lau kita takut Allah, benda-benda lain akan takut kat kita gak. Tapi die nye penakut pulak melebihi kami-kami yang lain. Sampai nak tidur kat compartment saya sedangkan compartment tu yang bermasalah. Adeh! Tapi takpela, kawan punya pasal ku bagi la dia tidur sekali. Dah tidur kat compartment saya, dia pula mengalami masalah bangun terkejut di awal pagi. Nampaknya servis sudah bertukar tangan. Huhu.. Aman kejap la haa saya tidur. Wakakakaka~
Acara kemuncaknya pula adalah apabila saya telah disergah oleh makhluk yang saya tidak tahu tentang kewujudannya. First time woo kena sergah, cram kaki eden ni haa.. ni suma gara-gara pulang lewat dari kerja. Masa tu balik kerja kul 2 pagi, dengan tingkap bilik tu lupa ditutup dan dengan ketiadaan semua budak-budak kat bilik tu haa.. masa dalam perjalanan pulang nak ke blok tu actually terdengar la ada satu suara ni menangis merengek. Eden ni pun haa gatal la haa mata ni mencari puncanya, tetiba meremang lak rasa. Tengok jam kul 2.15. ok, ada lagi ke sister yang tak tido lagi masa ni. Ya, mungkin ada, tapi apa kejadahnya sister itu menangis merengek kuat-kuat kul 2 lebih? Erk~ tiba-tiba berfikiran rasional lak. Saya pun cuba la mengingati ayat-ayat yang boleh dijadikan pelindung. Ku baca la haa ayat Kursi sampai ke bilik.
Bukak-bukak je pintu bilik, tengok takde orang. Ok, masih boleh terima lagi. Masuk jek compartment, Masya Allah… tingkap ku trang tang tang terbukak lupa nak tutup. Aish, masa tu da seram sejuk gak la. Masa tutup tingkap tu, memang tak berani la dah nak tengok luar especially pokok kat depan tingkap tuh. Seghiau gak la nengok pokok tuh. Lepas jek tutup tingkap tu tiba-tiba ada satu suara garau ntah datang dari mana nyergah betul-betul dekat tepi telinga. Pergh! Masa tu Allah je la yang tahu kot perasaan neh. Seminit saya terkesima selepas disergah. Berfikir sejenak. Suara apakah?! Erk~ meremang tuk kali kedua. Dengan segera saya mencapai handphone duk betul-betul depan pintu bilik. Nak kuar bilik baru pas dengar bunyi merengek, nak masuk bilik, kene sergah pulak. Adeh! Berfikir lagi tuk keberape kali nya. Lantas la ku mendail nombor kawan ku sorang neh, bilik dia atas bilik saya ni je haa level 4. Terpaksa la menyusahkan dia, call die pepagi buta pasal nak tumpang tidur. Naseb la ada kawan ku sorang neh, lau tidak tak tahu la haa nak duk mane pepagi buto tu haa..
Ok, dapat green light dari kawan nak tidur bilik dia. Masalah seterusnya adalah, macamana la nak masuk balik compartment nak amek bantal n my dear lulu tuh (teddy bear). Masa tuh jangan kata ayat Kursi, Al-Fatihah pun den dok ingat. Apa yang ingat masa tu cuma Astaghfirullahalazim..  saya baca la kuat-kuat zikir tu, dah tu jek yang ingat. Betul la orang kata, bila da kena, suma da tak ingat. Baca zikir tu kuat-kuat then masuk amek bantal sume pahtu cepat-cepat lari kuar tutup pintu n kunci. Pahtu den pun lari la haa ke bilik kawan macam kene kejar anjing. Adoyaii.. itu la serba sedikit kisah pasal bilik ku yg horror tuh. Aritu da pasang cd yang tuk menghalau makhluk-makhluk halus ni, hopefully la die da lari..  huhu~

kalau 'mende' tu comey n frendly cam casper neh tak pe la jugak. hehehe~
  

Best buddies. ;)

Cite ni actually da lame tapi baru nak tulis kat blog. Tak sempat nak tulis. Ngee~  cite ni istimewa coz melibatkan my best friends so nak kene tulis gak dalam neh. Hehehe~ Actually, hari ahad yang lepas2 masa Ramadhan aritu Rifdi my best buddy ni bawak la saya ngan Wana pegi study kat Taman Tasek Titiwangsa. Best giler study kat situ. Syiok habis. Ramai yang datang situ sume duk berdating2. Ish2, pose2 pun leh lagi berdating ke? Huhu.. tapi kitowang datang situ nak study so kire exceptional la kot. Haha.. selalu lau study asyik2 library ngan hs cafĂ© tp aritu kitowang wat kelainan sikit study kat sane. Sambil2 leh cuci mata. Ahaks.. tengah-tengah study tu tibe2 ade la plak owang call dak wana neh ajak pi berbuke sesame kat KLCC. Ajak makan ayam penyet katenye. Kitowang pun segera la menghabiskan discussion tuk mid term esoknya dan segera pergi ke KLCC tuk berbuka puase, huhu..
Mase nak pi berbuka tu, tetiba la teringat kat nana. Tak lengkap rasenye lau takde nana. Kami sentiase berempat: Fiza, Nana, Wana ngan Rifdi. Tapi aritu nana takde. Punyela kami memujuk nana gi berbuka skali tapi atas sebab2 tertentu, tak dpat la nana nak join kitowang berbuka sekali. ;( tapi takpe, next time kitowang leh makan same2 lagi.
Bile duk ngan diowang ni, makan same2, gelak same2, share suka duka same2, kadang2 tu timbul gak rase sedih. Yer la, nanti diowang bertiga grad dulu. Diowang wat 3 tahun stengah jek. Tinggal la saye sengsorang kat sini. Hukhuk.. siyes bergenang time tulis part ni. Huhu.. takpela, pe2 pun saye sayang kawan2 saye ni. Huhu..
                                            I LOIKE.. :) 

Pffftt.. tired!

Ok.. i'm not working from 9 to 3 but till 6.. mak ai, longeh da haa badan-badan ni haa.. da la basuh baju dari kul 9 tadi tak berambik-ambik. ape jadik la haa ngan kain baju tu haa.. huhu.. naseb la kawan-kawan exam, ku gagahi jugak la bekerja walaupun penat. fuh! balik ni nak kuar! ponat den duk sini ajo haa, nak jugok meraso kuar-kuar ni haa.. Adios~ :)

Saturday, November 6, 2010

Aktiviti di cc

Hari ni kene keje dari kul 9 pagi sampai 3 petang. Boring gak r. Orang da la tak ramai.. Nak study malas plak, lagipun exam lambat lagi kot. ngee.. duk ngadap fesbuk jek pun 24 jam bosan jugak. So tadi, bagi menghilangkan rase bosan neh, bukak la youtube, tengok cite Lagenda Budak Setan. Walaupun cite ni da lame gak la ditayangkan tapi baru la dpat nengok hari ni.. Best pulak cite neh. Ade sedih kelakar tapi banyak part sedih la.. Kisah cinta Ayu dan Akasyah... ade je halangan.. huhu.. Tak nak la mood sedey2 hari ni, nak cari cite kelakar2 lak.. huhu.. ;)

Lagenda Budak Setan bila cinta edited with lyrics