Assalammu'alaikum wbt...
Sekarang ini laman sosial di internet sudah menjadi perkara biasa sehinggakan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara peratusan tertinggi rakyatnya menggunakan laman sosial. Laman sosial yang popular di Malaysia ialah facebook, whatsapp, tweeter, instagram dan wechat dll.
Masing-masing berebut-rebut untuk mengemaskini post...kadang-kadang perkara yang remeh temeh pun nak masuk...nak cakap " i love you" kepada suami dan isteri pun nak letak di laman sosial..pendek kata macam-macam ragam manusia ni.
Salah satu yang Pak Teh nak komen kali ni ialah meletakkan post yang menunjukkan kemewahan mereka, beli itu beli ini...shopping sana shopping sini...sedangkan kawan-kawan yang membacanya akan bercakap dalam hati "hutang akupun kau tak bayar"...