SALAM MAAL HIJRAH 1438H

SEKALI CAKAP CUKUPLAH!

Pak Teh | Selasa, Jun 12, 2012 |


Ada sesetengah orang memang tidak suka percakapan yang sama diulang banyak kali, sampaikan ada yang kurang sabar tidak teragak-agak berkata " Sekali cakap cukuplah..kau ingat aku pekak ke?" Tetapi hakikatnya kita tidak tahu apakah niat seseorang itu bercakap berulang kali atau mengulangi perkataan yang sama. Mungkin dia menyangkakan orang tidak dengar apa yang dicakap atau si pendengar tidak memberi perhatian. Apapun andaiannya, mengulangi percakapan atau perkataan adalah lebih baik.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Ahmad, Abu Dawud dan Abu Syaikh: Aishah r.a. meriwayatkan bahawa " Rasulullah s.a.w. tidak pernah berbicara seperti anda semua yang berbicara dengan sangat jelas. Adalah cara Rusulullah s.a.w. berbicara dengan jelas dan satu persatu sehingga orang duduk bersamanya dapat menghafal kata-katanya"

Percakapan Rasulullah s.a.w. jelas, tegas dan tidak terlalu cepat. Apabila bercakap, baginda gemar mengulanginya sebanyak tiga kali supaya mudah difahami.

Hadis riwayat At-Tarmizi dan Hakim: Anas bin Malik r.a. membenarkan pernyataan di atas bahawa " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengulangi perkataannya sebanyak tiga kali agar difahami oleh pendengarnya"

Sumber:Biografi Agung Rasullullah s.a.w.


Next previous home