Dengan izinNya, insyaAllah dalam beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2011 Masehi (sengaja aku letak Masehi sebab ada mende aku nak citer nanti)...dan setiap kali menjelang tahun baru akan berlakulah 3 perkara ni...sambutan detik 12 tengah malam, ucapan tahun baru dan masing-masing sibuk dengan azam tahun baru...
Apa yang nak luahkan rasa hatiku tentang isu di atas, pertama..sambutan detik 12 tengah malam...aku ni bukanlah alim sangat tapi aku secara peribadi terasa janggal bila kita umat Islam menyambut tahun baru Masehi iaitu kalendar Nasrani....secara tak langsung kita mengiktiraf kaum Nasrani, tambahan bila menyambut tu pulak bercampur gaul antara lelaki dan perempuan...teringat aku salah satu soklan yang dikemukakan oleh Rasulullah saw kepada Iblis sewaktu Allah saw memerintah Malaikat menyuruh Iblis berjumpa Rasulullah saw..Baginda bertanya kepada Iblis, "Wahai Iblis, di manakah tempat kamu berkumpul?" Jawab Iblis, " Ya nabi Allah, tempat kami berkumpul ialah tempat di mana terdapat orang ramai seperti tempat-tempat pesta asalkan di sana lelaki dan perempuan bercampur gaul dengan bebas".
Jadi banyaklah perkara yang tak elok berlaku pada malam tu kerana Iblis dan tenteranya pun sama hadir malam tu...tak payahlah aku nyatakan perkara2 tak elok tu..apa kata mulai tahun ni kekawan berazam tidak lagi mahu menyertai sambutan tu...orang kata kalau dah gian sangat, tengok je kat tv...memanglah kurang ummpph nya tetapi secara tak langsung kita tak bersama dalam perhimpunan tu, itu lebih baik..apa kata yang ini kita jadikan azam...
Aku memang sedia maklum, hidup kita berinteraksi dengan dunia luar...tapi apa salahnya kita mengiktiraf kalendar Masehi hanya sebagai tujuan berinteraksi dengan dunia luar dalam urusan seharian, bukan kita meraikannya...yang patut kita raikan ialah sambutan Maal Hijrah, tahun baru Islam..
Begitu juga dengan azam tahun baru, sepatutnya azam tahun baru kita buat semasa awal Muharram bersama-sama dengan membaca doa awal tahun Hijrah...
Pasal ucapan lak, pada aku, memadailah kita membalas ucapan tahun baru jika ada orang yang wish..elakkan kita yang memulakan..
Mungkin ramai kekawan yang kurang setuju dengan apa yang aku perkatakan di atas tadi..tapi itulah apa yang aku rasakan..kita perlu buat sesuatu...kita perlu berhijrah, sekurang-kurangnya untuk diri kita dan keluarga kita..jadikan azam tahun baru kita...
Soalan Rasulullah saw kepada Iblis merujuk kepada buku "Rasulullah saw bertanya iblis menjawab"
ANGIN DAN TAKDIR
Pak Teh | Isnin, Disember 27, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Sebagai makhluk Tuhan, kita tak mampu mengelak daripada dugaan kerana itu adalah takdir Allah swt. Kita sepatutnya berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu dan meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah swt. We can't direct the wind but we can adjust our sail ...kita tak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Bila dikaitkan dengan kehidupan kita, hati adalah merupakan kemudi dalam pelayaran kehidupan kita...hati kita akan tenang menempuh dugaan bila kita beriman kepada Allah swt..Setiap takdir Allah swt yang ditimpakan ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kita nampak negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan ke atas hambaNya pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi.
Kita memang dituntut untuk menyelesaikan masalah yang menimpa kita, namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baiklah kepada Allah swt berdasarkan firmanNya yang bermaksud: "Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya"; Surah Al Baqarah: 216

CERITA BERGAMBAR
Pak Teh | Ahad, Disember 26, 2010 |
FIKIR-FIKIRKAN....
Picture credit to: http://wow-berita.blogspot.com/ |
Suatu hari di sebuah taman tema...
Timah: Taknak akulah nak pakai bikini...malu aku...lagipun haram dedahkan aurat..
Minah: Alaaa..apa yang kau susah sangat...kau pakai je legging aku ni...dah sah tutup aurat..(percakapan orang yang tak faham maksud pakaian menutup aurat)
Timah: Ok lah..aku pakai tapi aku tak mau bukak tudung tau, nanti aku tak tutup aurat gak.. (percakapan orang yang sama-sama jahil tentang pakaian menutup aurat)
Akhirnya....terjadilah seperti dalam gambar di atas...bukan sahaja tak menutup aurat dengan betul malah nampak pulak seluar dalam...haiiiiii apa nak jadi...fikir-fikirkan
Rujuk entry berikut:
KETENANGAN JIWA
Pak Teh | Ahad, Disember 26, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir. Ya Tuhan kami, janganlah Kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjukkan dan berilah kami hadhiratMu rahmat keranaMu Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah tetapkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk. Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohon kepada Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan denganMu dan redha atas keputusanMu serta merasa cukup puas dengan pemberianMu.

LEBIH TUA
Pak Teh | Rabu, Disember 22, 2010 |
DUNIA PENDIDIKAN
Ahmad: Berapa umur kau Omar?
Omar: Umur aku dah 20 tahun
Ahmad: Betul ke umur kau 20 tahun?
Omar: Betullah...kalau kau tak percaya, kau tengok mycard aku ni...
Ahmad: mmmm...sebenarnya umur kau lebih dari 20 tahun
Omar: ??????( tak pandai kira kot si mamat ni)
Sebenarnya kiraan umur oleh Ahmad dan Omar, kedua-duanya adalah betul....Betul? Pelik gak ni...Kiraan umur oleh si Omar adalah berdasarkan Tahun Masehi, manakala si Ahmad mengira umur Omar berdasarkan Tahun Hijrah...Kenapa boleh berlaku perbezaan? Ini adalah kerana jumlah hari dalam setahun Tahun Masehi adalah 365 + 1 hari, manakala jumlah hari dalam setahun Tahun Hijrah tidak melebih 360 hari...Ini bermakna, berdasarkan Tahun Hijrah umur kekawan melebihi dari umur yang kekawan raikan setiap kali tibanya "birthday"...Apa kata selepas ni, kekawan cuba raikan befday kekawan berdasarkan Tahun Hijrah...sekurang-kurangnya, secara tak langsung kekawan tahu kalendar Hijrah...Macam mana nak tau tarikh lahir kekawan berdasarkan Tahun Hijrah? Senang je...gunakan "converter" kalendar seperti yang aku letak widget kat sidebar sebelah kiri... Tarikh lahir aku 14 March tahun......, bila aku convert ke Tahun Hijrah, aku dilahirkan pada 18 Jamadil Akhir, hari Jumaat jam 3.00 pagi (jam 3.00 pagi berdasarkan Sijil Lahir)...
Panduan:
1. Mula-mula klik tarikh lahir (DD)
2. Kemudian click 'single arrow' sama ada kiri atau kanan sehingga jumpa bulan lahir (MM)
3. Kemudian click 'double arrow' kiri sehingga jumpa tahun lahir.
4. Di bahagian atas widget tu terpapar tarikh lahir kekawan dalam Tahun Hijrah
5; Jika nak kembali semula kepada tarikh hari ini, click perkataan "today"
Cubalah...

........PLEASE
Pak Teh | Ahad, Disember 19, 2010 |
DUNIA PENDIDIKAN
Kekadang aku berasa pelik gak bila orang Melayu berkomunikasi, bila bercakap dalam bahasa orang putih selalu diakhiri dengan PLEASE...setahu aku please tu bermaksud tolong...Ironinya bila bercakap dalam bahasa Melayu takde pulak perkataan tolong tu...Adakah penggunaan "please" tu merupakan style bercakap? atau nak sedapkan lagi bunyi tu supaya bunyi lebih lembut dan manja? Atau adakah bila digunakan perkataan tolong dalam ayat Melayu menjadikan janggal, walaupun membawa maksud yang sama dengan please!....Memang aku tau ada orang Melayu berkomunikasi menggunakan perkataan tolong, tapi tak semua terutamanya melibat percakapan dengan dengan orang bawahan atau lebih muda usia...Dah lama aku fikirkan perkara ni, akhirnya alhamdulillah aku terjumpa jawapannya, bila aku terbaca sebuah buku bertajuk Keramat Sebuah Hati karya Mohammad Qayyum A. Badaruddin.. ini petikannya...
KELUARGA NABI (Part 2)
Pak Teh | Ahad, Disember 19, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Entry aku kali ni merupakan sambungan kepada part 1, mengenai keluarga Rasulullah s.a.w. Kali ini pasal anak-anak baginda.. Rasulullah s.a.w. mempunyai 7 orang anak, 3 putera dan 4 puteri...
Lelaki
1. Al-Qosim r.a.
2. Abdullah r.a.
3. Ibrahim r.a.
Perempuan
1. Zainab r.h.
2. Rugayyah r.h.
3. Ummu Kalthum r.h.
4. Fatimah r.h.
Fakta yang berkaitan
1. Kesemua anak Rasulullah s.a.w. adalah hasil perkahwinan baginda dengan Khadijah bt. Khuwalid r.h. (isteri pertama) KECUALI Ibrahim r.a.; iaitu anak hasil perkahwinan baginda dengan isteri terakhir (ke 12) Mariah bt. Syam'un r.h.
2. Kesemua anak lelaki Rasullullah s.a.w. wafat semasa kecil
3. Rasulullah s.a.w. dikurniakan 10 orang cucu, 6 lelaki dan 4 perempuan

UCAPLAH DENGAN BETUL
Pak Teh | Jumaat, Disember 17, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Assalammualaikum |
Walaupun sudah banyak teguran telah dibuat tetapi masih ramai anggap isu cara memberi ucapan salam suatu perkara remeh atau ambil mudah je...tetapi kita kena fikirkan implikasinya apabila kita memberi ucapan salam yang tidak betul..Jadi sempena hari Jumaat ni, aku panjangkan info mengenai ucapan salam yang betul sebagai peringatan kepada kita semua. Info ini aku ambil dari blog Elhidayah Elias (elle punye blog) .Terima kasih elle.. |
Baiklah pembaca-pembaca sekalian. Kali ni aku nak share tentang adab memberi salam. Aku post entri sebab aku baru je ditegur oleh seseorang kat FB yang berbunyi macam ni "Cekom cekgu"... Huisshh.. Perlu ke aku jawab salam macam ni? Terus aku tak reply. Rasanya dah banyak kali tegur budak tu "Lain kali bagi salam betul²".. Ni yang kat bawah ni aku copy & paste ja untuk perkongsian bersama pasal memberi salam...
LOVE VS HATE
Pak Teh | Khamis, Disember 16, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Jika ikut percakapan remaja sekarang... "aku cinta giler kat dia beb.." atau "aku benci giler kat dia wak"... semuanya menggambarkan tahap yang terlampau, terlalu cinta dan terlalu benci...Cinta dan benci lahir dari hati kita....dalam bahasa Arab hati disebut dengan QALB yang ertinya bolak-balik atau berubah kerana sifat yang mudah berubah...
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari bekas yang berisi air mendidih." (HR. Ahmad)
Jangan mudah hairan atau terkejut jika kita berjumpa orang yang sekelip mata berubah tutur katanya atau perlakuannya kerana apa yang ada dihatinya dizahirkan melalui tuturkata dan perlakuan....begitu juga kita jangan ikutkan sangat hati kita, jangan sampai tahap giler kerana kita sedia maklum sifat hati manusia yang sentiasa berubah, mudah berubah....
Rasullulah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: "Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah sesuatu yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti." (HR Tarmidzi)

GIVEAWAY BY CIK PUAN NETTY
Pak Teh | Rabu, Disember 15, 2010 |
TAG DAN AWARD
Masa aku nak update blog, aku tengok dulu shoutbox kot2 ada blogger yang singgah blog aku..rupanya adalah salah sorang blogger tu pesan amik GA dari blognya...akupun pun tengok blog netty ni...WONDERFUL LIFE dan mengenali diri sebagai CIK PUAN NETTY...ceria gak blognya..bakal cikgi katanya...dahlah dia bagi GA, bagi pulak hadiah kepada penerima GA yang kreatif menjawab soklan dia...ni dia GA nya
Biasalah bila terima GA kena jawab soklan, tapi nasib baik Cik Puan Netty hanya bagi satu soklan je...kalau tak berpeluh gak nak fikir jawapannya..soklannya:"Subjek apakah yang paling disukai di sekolah menengah dan kenapa suka subjek tu"
Ni jawapan aku: Subjek yang paling aku suka di sekolah menengah ialah MATEMATIK. Aku mula suka matematik bila cikgu matematik tu kata 1+1=10 (sistem binari)..maklum jelah masa sekolah rendah, bila 1+1 tentu jawapannya 2 kan? kan? kan?
Harap Cik Puan Netty puas hati dengan jawapan aku.....

APA ADA PADA TONGKAT
Pak Teh | Isnin, Disember 13, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Rasanya bila sebut sahaja tongkat, tentu ramai yang terbayangkan tongkat ali...tapi tak ramai yang terbayangkan tongkat yang digunakan sebagai alat sokongan kepada orang kurang upaya atau orang tua untuk bergerak atau berjalan..Tapi tentu kita akan berasa pelik apabila orang yang sihat menggunakan tongkat..kenapa jadi begitu?
Dalam entry aku kali ini akan menceritakan kisah orang yang sihat menggunakan tongkat...apa rasionalnya dia menggunakan tongkat..
Mungkin ramai kekawan yang mengenali Imam Shafie kan? Imam Shafie pada usia empat puluh tahun sudah berjalan dengan menggunakan tongkat. Orang ramai berasa hairan kerana mereka tahu Imam Shafie masih sihat dan cergas. Bahkan Imam Shafie adalah seorang pemanah yang tepat dan penunggang kuda yang hebat dan cekap.
Ketika ditanya kenapa dia bertongkat, Imam Shafie menjawab, "Tongkat ini untuk mengingatkan bahawa aku telah tua. Cukuplah semua hadiah dan sanjungan yang telah aku terima selama ini. Aku tidak perlukan lagi. Tumpuan sepenuh hatiku sekarang ialah menuju Allah!"
Sama-samalah kita muhasabah diri berdasarkan kata-kata Imam Shafie di atas...
Sumber: Keramat sebuah hati

KELUARGA NABI (Part 1)
Pak Teh | Ahad, Disember 12, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Sempena dengan Maal Hijrah 1432, aku nak kongsi pasal sirah Rasulullah s.a.w... mungkin ada yang lebih tau atau lebih arif tentang sirah Rasulullah s.a.w, tetapi aku nak kongsi tentang fakta keluarga Rasulullah s.a.w. semoga kita semua dapat mengenali Rasulullah s.a.w. dengan lebih dekat..kepada yang dah tau, anggaplah sebagai mengingat kembali.. tak kenal maka tak cinta...
Isteri-isteri Rasulullah s.a.w (mengikut susunan perkahwinan)
1. Khadijah bt Khuwailid r.h.
2. Saudah bt Zam'ah r.h.
3. Aisyah bt. Abu Bakar r.h.
4. Hafsah bt. Umar r.h.
5. Zainab bt. Khuzaimah r.h.
6. Ummu Salamah Hindun bt Abu Umayyah r.h.
7. Zainab bt Jahsy r.h.
8. Juwairiyah bt. al-Harith r.h.
9. Safiyyah bt Huyai r.h.
10. Ummu Habibah Ramlah bt. Abu Sufian r.h.
11. Maimunah bt. al-Harith r.h.
12. Mariah bt Syam'un r.h.
Fakta berkaitan:
1. Rasulullah s.a.w. tidak berpoligami ketika beristerikan Khadijah r.h.
2. Semua isteri Rasulullah s.a.w. dikahwini berstatus ibu tunggal kecuali Aisyah r.h. (anak dara)
3. Semua isteri Rasulullah s.a.w. berbangsa Arab kecuali Juwairiyah r.h. dan Sufiyyah r.h. (Israel) dan Mariah r.h. (Qibtiy)
4. Hanya dua orang isteri Rasulullah s.a.w. lebih tua ketika dikahwini iaitu Khadijah r.h. (40 tahun, Rasullullah s.a.w. 25 tahun) dan Saudah r.h. (65 tahun, Rasulullah s.a.w. 50 tahun)
5. Menjadi isteri Rasulullah s.a.w. paling singkat ialah Zainab r.h. (tidak sampai 3 bulan) kerana wafat.
6. Tempoh perkahwinan yang paling lama (25 tahun) dengan Khadijah r.h. kerana wafat
Nantikan sambungannya....
Sumber: Paspot Rasulullah

TENTANG HIDUP DAN CINTA
Pak Teh | Jumaat, Disember 10, 2010 |
MUTIARA ISLAM
HIDUPlah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati
CINTAI siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
LAKUkan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya
dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan
IBNU ABBAS

BURQINI
Pak Teh | Jumaat, Disember 10, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Kekadang kita tengok kesian gak kat anak-anak bila mandi samada di laut, kolam renang dan air terjun..yelah...biasanya ibu-ibu akan duduk di tepi jer walaupun hati berkobar-kobar nak join sama. Salah satu sebab mengapa ibu-ibu tak join kerana masalah pakaian mandi...takkan nak pakai bikini kan? tentulah hukumnya haram..Maklum jelah bila pakai bikini, dah tentu ketat nampak susuk badan walaupun boleh dikatakan dah tutup aurat.. Masalah ini telah menimbulkan idea kepada seorang pereka fesyen di Australia, Aheda Zanetti mencipta bikini khas untuk muslimah yang dikenali sebagai BURQINI...burqini ini menitikberatkan kepada kepada ciri tidak ketat dan menutup aurat..ia diperbuat daripada bahan UV dan polyester kalis air ...di bawah ni ada beberapa contoh burqini ciptaan beliau...fikir-fikirkan sejauh mana burqini ini menepati kehendak Islam...
SINDROM TEH TARIK
Pak Teh | Khamis, Disember 09, 2010 |
FIKIR-FIKIRKAN....
Naik lagi....ish...ish...itulah keluhan ramai orang bila diumumkan kenaikan harga gula dan petrol...dalam situasi semasa ramai yang menyalahkan kerajaan kerana menaikkan harga bahan tersebut tetapi mungkin ramai yang tidak faham kenapa kenaikan harga tersebut...dan ada juga yang buat-buat tak faham..kerajaan telah membelanjakan berbilion RM untuk mempastikan harga kedua-dua bahan tersebut berada di paras yang rendah melalui subsidi. Kesannya kerajaan tak dapat berbelanja untuk tujuan lain...Oleh itu kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi untuk membolehkan subsidi itu digunakan untuk tujuan lain. Bila subsidi kurang, maka secara tak langsung harga barang itu meningkat. Inilah yang berlaku kepada harga petrol dan gula. Apa yang aku terkilan ialah ada pihak yang ambil kesempatan dengan kenaikan harga barang ni terutama peniaga. Mereka menaikkan harga dengan alasan kenaikan harga petrol dan gula. Rasanya para peniaga sebelum kenaikan harga memang telah mendapat keuntungan, tetapi disebabkan ada perasaan tamak, takmau keuntungannya berkurang, maka kenaikan harga petrol dan gula menjadi alasan. Kekadang kita para pengguna terasa dibodohkan oleh peniaga. Sebagai contoh yang mudah, peniaga teh tarik menaikkan harga sebanyak 20 sen segelas dengan alasan harga gula naik 20 sen sekilogram. Ironinya adakah setiap gelas teh tarik itu menggunakan sekilogram gula? Inilah yang dikatakan "sindrom teh tarik"...fikir-fikirkan
WANITA IDAMAN
Pak Teh | Rabu, Disember 08, 2010 |
FIKIR-FIKIRKAN....
Dalam memilih pasangan hidup, tidak semua lelaki memilih wanita berdasarkan nafsu semata-mata. Ini bermakna kecantikan tidak menjamin menjadi pilihan lelaki. Lelaki perlu juga melihat seseorang wanita itu melalui akal dan hati (rujuk post Apa kata nafsu, akal dan hati tentang wanita) kerana wanita yang dipilih merupakan pasangan hidup hingga ke akhir hayat...Macam manapun kita takkan dapat pasangan yang sempurna seperti yang diidamkan...terimalah sebagai ujian dari Allah swt dalam mengharungi kehidupan berumahtangga..Dalam aku belek-belek fail lama, aku terjumpa artikel mengenai ciri-ciri wanita pilihan lelaki, antaranya
Keanak-anakkan
Penuh Pengertian
Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini
SOAL HATI
Pak Teh | Rabu, Disember 08, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Ini bukan tajuk filem tetapi tentang hati yang kita miliki..Hati merupakan pengawal manusia dan juga elemen yang terpenting dalam diri manusia kerana hati manusia dilebihkan oleh Allah swt berbanding dengan makhluk yang lain. Hati manusia ada 3 bahagian iaitu:
1. QALBUN MAYYIT (hati yang mati) iaitu hati jenis ini tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang salah
2. QALBUN MARIIDH (hati yang berpenyakit) iaitu merasakan sudah banyak melakukan kebaikan dan merasakan sudah berjasa dalam perkembangan agama Islam. Juga sering menganggap remeh terhadap orang lain dan cenderung kepada melakukan hal sendiri. Hati jenis ini juga mempunyai ciri-ciiri seperti
(i) suka menganggap mudah terhadap dosa
(ii) suka melakukan maksiat
(iii) terasa terhina bila diberi nasihat dan tidak mahu menerimanya
3. QALBUN SALIM (hati yang lurus dan bersih) iaitu seseorang yang hidupnya terarah manakala hatinya selalu tenang dan selalu mengingati akan kebesaran Allah swt. Orang yang berhati lurus dan bersih mempunyai ciri-ciri seperti
(i) selalu mendambakan kasih sayang dari Allah swt
(ii) rela dibenci oleh semua makhluk demi mencapai kasih sayang Allah swt
(iii) takut akan azab Allah swt
(iv) menyedari kebesaran Allah swt
Jadi apakah status hati kita...fikir-fikirkan

KEJAHATAN VS KEBAIKAN
Pak Teh | Rabu, Disember 08, 2010 |
FIKIR-FIKIRKAN....
Apalah kau ni...orang buat jahat kat kau pun, kau masih nak buat baik kat dia"....biasa dengar ungkapan ni kan? Tetapi sejauh mana implikasi teguran itu, adakah teguran tersebut membawa kebaikan atau sebaliknya..Semua orang tahu, jahat lawannya baik tetapi adakah setiap kejahatan dibalas dengan kejahatan atau setiap kejahatan dibalas dengan kebaikan? Apapun tindakan kita, ada kaitan dengan hati kita...hatilah yang menentukan apa tindakan kita..
Apabila sesuatu kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka itu adalah dendam
Apabila kebaikan dibalas dengan kebaikan, itu adalah perkara biasa
Apabila kebaikan dibalas dengan kejahatan, itu dinamakan zalim
Tetapi apabila sesuatu kejahatan dibalas dengan kebaikan, itulah adalah yang terpuji dan mulia

APA KATA NAFSU, AKAL DAN HATI TENTANG WANITA
Pak Teh | Selasa, Disember 07, 2010 |
FIKIR-FIKIRKAN....
Cantiknya seseorang wanita itu bergantung kepada siapa yang melihatnya....cantik adalah suatu yang subjektif;ada yang mengatakan cantik sahaja, ada yang mengatakan sangat cantik..wanita itu memang cantik kalau perempuan sendiri yang mengatakan cantik, berbeza dengan cantik yang dilihat oleh lelaki. Ini kerana lelaki mengatakan cantik mungkin disebabkan nafsu atau akal atau hati...Jadi apa kata nafsu, akal dan hati tentang wanita cantik...
NAFSU mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya
AKAL mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya
HATI mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya
NAFSU mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya
AKAL mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya
HATI mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya
TAWAKKAL YANG TAK BETUL CARANYA
Pak Teh | Isnin, Disember 06, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Ramai orang yang ambil jalan mudah dengan berkata "tawakkal jelah" dalam mengatasi sesuatu perkara tetapi bertawakkal yang tidak betul caranya. Tawakkal ialah menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada iktiqad bahawa Allah subhanahu wata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu. Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya.
Jadi sebelum kita bertawakkal sepatutnya kita sertakan dengan ikhtiar, telah habis ikhtiar dan usaha kita barulah kita bertawakkal.. fikir-fikirkan
Jadi sebelum kita bertawakkal sepatutnya kita sertakan dengan ikhtiar, telah habis ikhtiar dan usaha kita barulah kita bertawakkal.. fikir-fikirkan
PERGI YANG TAKKAN KEMBALI LAGI
Pak Teh | Isnin, Disember 06, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Sebaik sahaja masuk waktu solat Magrib hari ini, bermakna berakhirnya tahun Hijrah 1431 dan bermulalah tahun yang baru 1432. Maka sudah tentu ramai yang akan menanam azam baru untuk ke arah yang lebih baik dan lebih bertaqwa kepada Allah swt. Sehubungan itu sekadar ingat mengingat antara kita, amalan sunat yang digalakkan kita lakukan sempena tahun baru ialah
1. Berdoa akhir tahun 3 kali selepas waktu Asar
2. Berdoa awal tahun 3 kali selepas waktu Magrib
3. Banyakkan solat sunat, zikir dan sebagainya
4. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
5. Melakukan amalan sunat pada Hari Asyura (10 Muharram), antaranya ialah
NAK JADI MACAM KITA GAK...
Pak Teh | Ahad, November 28, 2010 |
DUNIA PENDIDIKAN
Apa nak jadi budak-budak sekarang ni...tak macam kita dulu!"...inilah ungkapan yang selalu kita dengar bila menceritakan hal remaja sekarang ni..tapi adakah tanggapan kita tu betul atau setakat hendak menuding jari kepada remaja....Sepatutnya kita tidak boleh bandingkan dengan zaman kita dahulu..lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang..yang pasti persekitaran remaja terlalu jauh bezanya dengan persekitaran kita dahulu..Persekitaran amat mempengaruhi hidup seseorang, kalau persekitarannya penuh dengan keganasan, secara tak langsung anak-anak itu juga akan bertindak ganas. Jadi peranan kitalah untuk mempastikan anak-anak itu tidak terpengaruh. Aku tertarik dengan kata-kata Hamka; Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. Apa yang aku faham, sepatutnya kita mendidik anak-anak untuk mereka menempuhi masa depan mereka bukannya mendidik anak-anak menjadi seperti zaman kita...Fikir-fikirkan..
HADIAH TERBAIK
Pak Teh | Jumaat, November 26, 2010 |
FIKIR-FIKIRKAN....
Sebut sahaja hadiah, tentu dah terbayang barang-barang yang mahal...tetapi adakah barang yang dijadikan hadiah itu benar-benar bernilai? benar-benar membawa makna? adakah diingati hingga akhir hayat? Jadi bila bagi hadiah kepada seseorang tu janganlah difikirkan sangat tentang harganya mahal ke tak; yang penting keikhlasan kita memberi...
Hadiah yang terbaik...
kepada kawan - Kesetiaan
kepada musuh - Kemaafan
kepada ketua - Khidmat
kepada yang muda - Contoh terbaik
kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
kepada manusia - Kebebasan

KERANG
Pak Teh | Khamis, November 25, 2010 |
MASAKAN
Kerang adalah sejenis haiwan moluska yang boleh di makan...tengok seleralah, ada orang suka makan cecah sos, ada yang suka makan dijadikan lauk seperti masak sambal..tapi sebelum tu kenalah keluarkan isi kerang tu dari cengkerangnya, samaada dikeluarkan mentah-mentah, direbus dahulu atau dibakar...tapi kalau taknak hilang manisnya jangan di rebus...habis camne? samada di bakar atau masuk dalam periuk atau kuali hidupkan api (tanpa air)...nak tau kerang tu dah masak atau mudah "dikopek" senang jer, bila cengkerang tu dah ternganga...tapi kekadang cengkerang tu ternganga gak kalau dah busuk...tu yang bidalan ada mengatakan "macam kerang busuk" ...apa maksudnya? ( carilah sendiri! hehehe)..
Kekedang tu yang lecehnya bila nak bersihkan cengkerangnya, maklum jelah masa beli cengkerangnya kotor dengan lumpur dan ada kotoran yang melekat pada cengkerang...kalau setakat basuh gitu jer, lumpur tu bolehlah hilang tapi kotoran tu tak hilang...melalui pengalaman dan bertanya pada orang, ada beberapa petua nak bersihkan cengkerang tu...kalau kekawan ada petua lain kongsilah kat comments ...:-)
1. Amik beberapa batang serai, titik tapi jangan sampai lumat pulak, gaulkan dengan kerang dalam bekas, tambah air sehingga kerang tu tenggelam, biarkan selama 10 minit, lepas tu bilas.
2. Ambil pelepah pisang, kerat-kerat dalam 50 cm panjang (supaya senang dipegang), lepas tu genggam seberapa banyak yang boleh keratan pelepah pisang tu, pastu tenyeh-tenyehkan hujung pelepah kat kerang yang ada dalam bekas berair. (petua yg ni pada aku lebih cepat bersih)
3. Ramas dengan menggunakan hampas kepala
4. Petua yg ni untuk orang yang terlebih rajin! hehehe..gunakan berus sabut
Wallahhualam
MASALAH ISBAL
Pak Teh | Isnin, November 22, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Dalam entri Jilbab yang lepas, aku ada menyentuh tentang pakaian yang benar-benar dikatakan menutup aurat iaitu bukan setakat menutup seluruh badan (kecuali muka dan tapak tangan). Tanpa kita sedari baik lelaki atau perempuan, mereka cuba memakai pakaian yang labuh berbanding yang singkat untuk mempastikan dapat menutup aurat. Memanjang atau melabuhkan pakaian ada kaitan dengan masalah isbal iaitu memanjangkan pakaian sampai ke bawah dari buku lali, bahkan ada pakaian yang menyentuh dan menyapu tanah.
Larangan isbal (memanjangkan pakaian) berlaku pada semua jenis pakaian, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA, bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "(Larangan) Isbal itu berlaku pada sarung (izar), baju dan serban. Barang siapa yang memanjangkan sesuatu daripadanya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memerhatikannya pada hari kiamat"
Adapun kaum wanita, dibolehkan menguraikan ( memanjangkan pakaiannya) sejengkal atau sehasta untuk menutupi tumitnya (tambahan jika tidak memakai sarung kaki) sebagai tindakan berhati-hati; dikuatiri tersingkap oleh hembusan angin dan sebagainya. Namun begitu tidak boleh melebihi batasan tersebut, sebagaimana yang biasa kita tengok sebahagian pakaian/gaun pengantin yang terjurai panjang sehingga kekadang tu sampai terpaksa diangkat....Wallahhualam
Sumber: World Organization Presenting Islam

BERBISIK
Pak Teh | Isnin, November 22, 2010 |
DUNIA PENDIDIKAN
Berbisik mengikut Kamus Dewan, "bercakap dengan suara yang perlahan (kepada seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya"......maknanya bila berbisik paling kurang ada dua orang...camne pulak kalau sorang-sorang cakap perlahan? hehehe...tapi kekadang tu ada orang yang salah guna untuk berbisik, berbisik bukan bertujuan ke arah positif...positif tu maksud aku, untuk tujuan keselamatan misalnya... paling malang bila berbisik tu bertujuan untuk mengata seseorang....lebih malang lagi jika orang yang dikatakan tu ada di sekitarnya...jadi berhati-hatilah bila nak berbisik kerana kita tak tau penerimaan orang ketiga dan yang lain-lain...syaitan sentiasa mengambil kesempatan keadaan macam ini, syaitan pulak nanti berbisik kepada orang ketiga tu , " diaorang tu cerita pasal kau!"... tak pasal-pasal jadi cerita lain pulak...silap-silap timbul perasaan berkecil hati...
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud, "Apabila kalian bertiga, maka janganlah dua orang berbisik-bisik tanpa menyertakan yang ketiga, kerana yang demikian dapat membuatnya bersedih" (HR. Bukhori)
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud, "Apabila kalian bertiga, maka janganlah dua orang berbisik-bisik tanpa menyertakan yang ketiga, kerana yang demikian dapat membuatnya bersedih" (HR. Bukhori)
USIA UMPAMA HARTA
Pak Teh | Sabtu, November 20, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Usia umpama harta...
Bukan banyaknya menjadi perhitungan tetapi keberkatannya
Harta yang berkat...
Sedikitnya mencukupi
Banyaknya boleh diagih-agihkan
Begitulah usia yang berkat...
Pendeknya bermanfaat
Panjangnya melimpahkan kebaktian

BULAN TERAKHIR
Pak Teh | Jumaat, November 19, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Pejam celik, pejam celik...tak sedar kita dah berada di penghujung tahun 1431 Hijrah...kita sekarang berada di bulan yang terakhir, bulan ke 12 dalam kalendar Hijrah.. kalendar yang mula digunakan di zaman Khalifah Umar Al-Khatab...kalendar berdasarkan penghijrahan Rasullullah saw dari Mekah ke Madinah...ops lupa lak, bulan terakhir kalendar Hijrah ialah Zulhijjah...apa maksud Zulhijjah? Terlanjur tu aku bagi maksud bulan-bulan dalam kalendar Hijrah (maaf kalau kurang tepat/tidak tepat)..
Bulan 1: MUHARRAM - yang diharamkan, iaitu dilarang menumpahkan darah atau berperang
Bulan 2: SAFAR - safar bermakna kosong, kerana pada bulan itu semua orang laki-laki Arab dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang, sehinggakan kampung mereka kosong dari orang laki-laki.
Bulan 3: RABI'ULAWAL - berasal dari kata rabi’ (menetap) dan awal (pertama). Maksudnya masa kembalinya kaum laki-laki yang telah meninqgalkan rumah atau merantau. Jadi awal menetapnya kaum laki-laki di rumah. Pada bulan ini banyak peristiwa bersejarah bagi umat Islam, antara lain; Nabi Muhammad saw lahir, diangkat menjadi Rasul, melakukan hijrah, dan wafat pada bulan ini juga.
Bulan 4: RABIU'ULAKHIR - maksudnya masa menetapnya kaum laki-laki untuk terakhir atau penghabisan.
Bulan 5: JUMADILAWAL - berasal dari kata jumadi (kering) dan awal (pertama). Penamaan Jumadil Awal, kerana bulan ini merupakan awal musim kemarau.
Bulan 6: JUMADILAKHIR - maksudnya musim kemarau yang akan tamat.
Bulan 7: REJAB - maksudnya mulia. Penamaan Rejab, karena bangsa Arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini, antara lain dengan melarang berperang.

BLOGGER CIKGU
Pak Teh | Jumaat, November 19, 2010 |
DUNIA PENDIDIKAN
Yahooooooooo.........itulah bunyi sorakan murid-murid apabila sampai hari terakhir sekolah terutamanya cuti hujung tahun...mana tak seronoknya, ada yang naik kelas, ada yang dari sekolah rendah ke sekolah menengah, ada yang dah habis periksa dan macam-macam lagi sebab mereka bersorak kegembiraan...yang pasti bila cuti sekolah, murid tak ke sekolah...macam mana dengan cikgu? adakah mereka juga bercuti...mungkin ramai yang tak tau atau buat-buat tak tau yang cikgu sebenarnya tidak cuti...ada yang jadi pengawas peperiksaan, ada yang terlibat dengan perancangan tahun depan dan ada juga yang terlibat dengan kursus..terutamanya cikgu sekolah rendah, maklum jelah tahun hadapan akan bermula kurikulum baru..Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)...Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) akan tamat tahun ini setelah digunapakai sejak 1995...pendek kata cikgu-cikgu tak cuti walaupun cuti sekolah yang panjang...
Sebagai penghargaan kepada insan yang bergelar guru, yang terlalu banyak berkorban untuk anak bangsa kita, aku nak bagi tag di atas kepada blogger di kalangan guru... Tapi aku tak pasti berapa ramai cikgu-cikgu yang ada blog..jadi untuk kali ni aku bagi kepada 5 blogger yang aku kenalpasti mereka adalah guru... aku harap tag aku ni mereka akan panjangkan kepada cikgu-cikgu yang lain..secara tak langsung dapat memanjangkan silaturrahim di kalangan blogger khasnya kaum guru dan dapat bertukar pendapat dan pengalaman di kalangan mereka..Tapi jangan lupa lak, sambil-sambil tu promolah sikit blog matahariku kat diaorang ek...hehehehe
ikhlas dari....
TELEFON
Pak Teh | Khamis, November 18, 2010 |
DUNIA PENDIDIKAN
Ringgg...ringgg.... itulah bunyi asal bila telefon berbunyi...tapi bunyi macam tu dah dikira ketinggalan zaman...sekarang ni bermacam-macam bunyi telefon berdering (ring tone), pilih saje bunyi yang macam hendak... "tepuk dada tanya telinga"...Tapi apa yang nak aku ceritakan dalam entri kali ni ialah tentang adab bertelefon supaya berkomunikasi melalui telefon betul-betul memberi manfaat..
1. Kawal nada suara...jangan terlalu kuat atau terlalu perlahan
2. Jaga tempo pertuturan...kata orang jangan bercakap "macam keretapi lajunya"
3. Sebutan biarlah jelas terutamanya yang melibatkan fakta
4. Membuat panggilan pada waktu yang sesuai
5. Beri perhatian penuh semasa bercakap
6. Jawab panggilan dengan segera
7. Jangan menyampuk
8. Beradab walaupun pemanggil salah nombor

MANA SILAPNYA
Pak Teh | Isnin, November 15, 2010 |
FIKIR-FIKIRKAN....
Semasa aku beratur panjang di kaunter bayaran sebuah mini market, aku ternampak seorang ibu mendukung anak kecil dan disisinya seorang budak perempuan yang aku jangka umurnya dalam lingkungan 12 tahun, memegang sebuah bakul barang belian...kemudian aku nampak budak perempuan itu dengan megah menunjuk sesuatu kepada ibunya. "Ishh..tu bunga kantan, bukannya serai! Serai pun tak kenal" tempelak ibunya...tersipu-sipu budak perempuan tu..maklum jelah ramai orang di situ...Terfikir aku ketika itu, mana silapnya sampai budak perempuan tidak dapat membezakan antara bunga kantan dan serai..salah budak itu ke atau salah ibunya atau salah pihak lain...walaupun isu ini kecil tapi kita perlu lakukan sesuatu supaya tidak melibatkan perkara yang lebih besar....jangan salahkan sesiapa, yang penting apa tindakan kita...fikir-fikirkan
¿ıu ıpɐɾ ɥɐp ɐdɐ
Pak Teh | Ahad, November 14, 2010 |
UMUM
˙˙˙ɥɐlɐqnɔ uɐʍɐʞǝʞ undɐdɐ˙˙˙uʍop ǝpısdn uıɹʞs uɐʞʞılɐqɹǝʇ ɐʎuɐɥ nʇ ɟıʇɐǝɹʞ ɥıqǝl ƃuɐʎ nɐʇɐ˙˙˙ıu ılɐʞ ıɹʇuǝ ɐɔɐq ʞɐu ƃuǝƃƃuouǝɯ uɐʍɐʞǝʞ ɹɐıq `ıu ılɐʞ ɐʇɐʞ ɐdɐ ıpɐɾ˙˙˙nʞıɹɐɥɐʇɐɯ ıɹʇuǝ ɐɔɐq uɐsoq uɐʍɐʞǝʞ uıʞƃunɯ ʞɐƃ ɐɯɐs˙˙˙uɐuɐsoqǝʞ uɐʞlnqɯıuǝɯ uɐʞɐ ıɹɐɥ dɐıʇ uɐʞnʞɐl ɐʇıʞ ɐɯɐs ƃuɐʎ ɐɹɐʞɹǝd ɐlıqɐdɐ ɐlɐʞƃuɐpɐʞ˙˙˙ɐʎu ʇxǝʇ ʞɐl ʞılɐqɹǝʇ ɐdɐuǝʞ ¿uɐʞ ıu ılɐʞ nʞɐ ıɹʇuǝ ʞɐƃ ʞılǝd
6 SOALAN KUIZ IMAM AL GHAZALI
Pak Teh | Ahad, November 14, 2010 |
MUTIARA ISLAM
Imam Al Ghazali bertanyakan soalan kepada murid-muridnya mengenai 6 perkara iaitu paling dekat, paling jauh, paling besar, paling berat, paling ringan dan paling tajam.
1. Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita?
Murid-muridnya menjawab: 'orang tua', 'guru', 'teman'. 'kaum kerabat'
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali Imran:185)
2. Imam Ghazali: Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Antara jawapan muridnya: "negeri China' , 'bulan' , 'matahari' , 'bintang-bintang'
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang paling benar ialah MASA LALU. Bagaimanapun kita. apapun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan agama.
MENYELERAKAN ATAU HILANG SELERA
Pak Teh | Ahad, November 14, 2010 |
MASAKAN
Macam-macam cara untuk menarik minat pembeli...bukan setakat sedap dimakan tetapi sedap juga mata memandang...kekadang yang tak sedap pun nampak sedap...kata orang pandangan pertama tu penting, rasa sedap jatuh nombor dua...begitulah kreatifnya pengusaha biskut untuk menarik minat pembeli dengan mempelbagaikan rupa biskut, ringkasnya biskut pun di makeup supaya lebih menyelerakan...cuba tengok biskut yang di bawah ni, menyelerakan atau langsung hilang selera nak makan..
Mungkin bila dah tengok gambar di atas timbul pulak idea seumpamanya...Cuba jangan tak cuba
Langgan:
Catatan (Atom)