Syukur alhamdulillah..kandungan aku suda masuk week 23 pada minggu ni. Isnin lepas baru pegi jumpa doc..since daftar di Klinik Ibu & Anak tu..every month kena jumpa doc untuk pantau keadaan baby n mamanya ni.
As usual..darah & air kencing mesti kena test..lali suda dengan jarum (cuma takut jarum yg untuk masuk air..ngeri bila ingat balik kes kena admit hospital hari tu..huhu)..last month doc advised aku makan byk2 hati ayam n sayur bayam sebab darah aku (HB=hemoglobin?) aku turun every month. Tapi kali ni suda naik 0.1gm% tapi gula dalam kencing naik +1 (plus 1)!!! Oho..terlebih suda..apa lagi panjang lebar doc bagi nasihat keburukan2 kencing manis ni..huhuhu...risau gak aku..every half hour doc ambil test kencing aku sampai la berubah jadi negatif..baru la aku boleh pulang. Berat badan jangan cakap la..aku segan sebab berat badan aku naik daripada sebelum kawin..hahaha...selera tambah beb!
Doc check2 baby dalam perut..ukuran suda 22cm long (suda besar baby mama..hehe)..tapi baby dalam keadaan songsang. Tapi doc cakap nda payah risau sebab masih awal lagi..buat masa ni baby memang suka pusing2..insyaALLAH masuk 8 bulan nnti baby berada dalam posisi yg betul..
Doc bagi suntikan pertama Tetanus untuk aku hari ni..kebas tangan kiri aku 2-3 hari..badan pun macam lemah2..nda apa la semuanya untuk kebaikan aku jugak & yg paling penting kebaikan untuk baby kan..
Baby pula semakin kuat bergerak..kadang2 duduk, berdiri, tidur pun nda selesa..urat2 bahagian perut pula kadang2 sakit macam ditarik2. Tapi seronok. Hubby cakap,baby mau main-main dengan mamanya..hehe..Aku suka cakap2 dengan baby & dengarkan dia lagu. Mengikut beberapa info yg aku baca, pada bulan ke-5 pregnant..baby akan mula mendengar & bertindak balas dengan setiap apa yang didengarnya..
Ok la..jumpa lagi next update..!