24 February 2015

♥ rezeki 2015

Assalamualaikum blog. 

 Lamaaa nya nda buka blog. Lamanya nda update blog. Agak kebizian ba skrang ni. Dlm sminggu tu mesti ada bejalan 2/3 kali b2 dgn zafran. Sbb alhamdulillah skrang sudah mula berbisnes. Jual susu kambing mummylicious dan minyak kelapa dara treena. Jadi mini stokis dan agent. Alhamdulillah rezeki anak. Kalau ada masa free pun, tetap nda free sebab kena jaga zafran lagi yg semakin lasak. Btw baru2 ni 3/2/2015 alhamdulillah genap la zafran setahun usianya. Oleh sebab suda lama mengidam mau kek dr FZH, nah mengorder la sama dia. Order skali 2 kg terus. Masa tu sis fazriana sdg berpantang. Syukur la rezeki zafran dpt jua kek tu kena buat dgn sedappppp dan lawaaa. Tp sygnya ibu nya pula nda brapa slera sgt makan kek tu sebab nya hehehehe alhamdulillah zafran mau jd abang sudah. Baru lagi. Heartbeat pun belum dgr lagi. Cuma baru scan tgk dia dlm rahim jala. Doakan my 2nd baby ya. Aamiin. Rezeki 2015. Sebenarnya blm mau announce tp yala sapa juga baca blog ni kan hehee. Kehidupan sebagai bisnes women ni, mmg best la walaupun penatt sbb kejar masa. Yala mau urus diri sendiri lagi, anak lagi, hasben lagi, mana lg mau urus yg dlm perut hehe. Tp tula rezeki. Alhamdulillah. Enjoy sgt sbb kerja sendiri kan. Mau cpt mau lambat teda bos mau potong gaji. Wpun gaji ndala besar mana pun. Slalu nya mmg nda ambil utk bikin pusing balik modal. Kadang jakla ambil. Tu pun abis bikin beli makanan hehehe. Tp bru2 ni dpt juga la belikan hadiah sempena bday zafran yg ptama. Mainan kreta2 yg 4 roda tu jala. Tu ja ibu babah mampu heheee. Ok sbenarnya mau share. Beza sgt pregnency kali ni berbanding yg ptma ms zafran. Sbb dlu smua benda pun bole d makan. Teda loya teda muntah. Tp kali ni mmg beza. Kdg teda nafsu makan nasi. Loya tu hari2 pun. Pening. Muntah pernah skali. Pastu kadang rasa badan ni kan gemukkkkkk suda macam suda preggy 3 bulan ke atas padahal baru 8 minggu. Hehe. Kembang jak rasa tepi2 badan. Baju sluar rasa sempit ja. Dulu steadi jak lagi. Tp apapun brsyukur di beri peluang merasai utk kali kedua. Alhamdulillah. Masa cuti cny aritu ada pegi holiday. Babymoon + honeymoon di kundasang ranau. Besttt! Wpun nda banyak tempat kami pegi sebab nya ya ampunnn jemm pastu ramai gila org. Tp bestlaa sbb sampai hajat mau pegi sana. Lagi best sebab bawak zafran utk ptama kalinya. Hii. Bah okla ni jakla utk kali ni. Mau rehat2 dlu tgh mabuk2 ni. Byeee 

 Till then 

Wassalam


 

31 December 2014

♥ Ujian Rezeki



Assalamualaikum blog.

Awal nya, alfatihah, takziah, innalillahiwainnailaihirojiun utk smua penumpang dan anak kapal Air Asia QZ8501. Wpun berita tu mengejutkan dan menyedihkan, namun bersyukur sedikit kerana dijumpai jua dan diketahui pengakhirannya. MH370 masih belum jua d jumpai. Semoga Allah berikan ptunjuk yg jelas bt MH370. Aamiin. Juga takziah bt MH17. dan mangsa banjir d semenanjung. Allah jua sebaik perancang. InsyaAllah apa yg trjadi ada sebab dan hikmahNya. Malaysia, be strong!

Berblik kepada post asal. Manusia d bumi Tuhan ni ada bermacam2 jenis dan ragamnya. Manusia jua diberikan oleh Allah pelbagai bentuk ujian dan jua rezeki. Kaya, miskin, harta, kerja, duit, anak, rumah, senang, susah, semua itu ujian dan jua rezeki. Apa guna harta melimpah, hidup serba serbi lengkap, namun meninggi diri, sampai sanggup buang kawan, pantang lihat kawan ada itu ini, mula lah buang muka. Yaa! Aku mengalami situasi ni. Di saat dia senang, punya kerja tetap, ada harta melimpah, punya bisnes sampingan, namun dia lupa, alpa, sombong dengan smua itu. Kawan di buang. Pantang tahu kawan ada brg tu ni, dpt itu ini, mesti dia mau. Emm. Ada jugak kan manusia jenis begini. Its ok. Aku nda kata aku menyesal punya kawan spt dia. Cuma aku terkilan. Namun aku bersyukur sbb Allah berikan aku peluang utk merasai smua ni. Jd kan ia nya pegalaman dlm hdupku. Bhwa nda semua kawan tu sebenarnya betul2 kawan terbaik utk kita. Mungkin saja dia bukan sebenarnya kawan, tp kenalan. Its ok. Dia yg buang kawan, dia yg memutuskan tali silaturrahim yg ada. Pandai2 lah kan. Bumi Allah ni wpun luas tp pusing2 pun jumpa jua kan. Semoga Allah bri ptunjuk la dgn org yg sebgini. Kesian. Memang begitu kali kalau culture shock. Bukan kekejutan budaya apa tp kekejutan budaya sebab sudah senang. Duit boleh merubah manusia jd bermacam macam. Dr manusia tu saja mau membentuk dirinya ke arah kebaikkan atau kejahatan. Nauzubillahiminzalik! Semoga kita d pelihara dr semua itu. Aamiin. 

Wpun aku nda punya harta melimpah, duit berkoyan bulan2, kerja tetap. Namun aku bersyukur punya keluarga, suami, dan terutama anak. Syukur punya mereka dlm hidup. Semoga kita kekal hingga ke akhir hayat dan ke jannah. Aamiinn. Ibu loves u zafran. Bb love u my husby ajup. 😘

Till then

Wassalam~


24 December 2014

♥ ibu bekerjaya vs ibu surirumah




Assalamualaikum blog

Terpanggil lagi utk update. Ok kali ni mau update pasal ibu yg bekerjaya vs ibu surirumah. Baca yg aku share ni saja la aa. Better than aku mengulas panjang lebar. Credit utk hubby sbb tag aku d fb trus share benda ni. Kebetulan mmg tgh mencari psl ni. Jum baca ni. 


Copy paste dari ; https://m.facebook.com/drjaafauzi/photos/a.394572880706055.1073741828.382776108552399/407808969382446/?type=1&source=48&ref=bookmark


Calling upon WOMAN

Saya tidak faham dengan statement Dyana Sofya dan juga Marina Mahathir, jika saya ibunya, saya pasti amat berkecil hati dengan statement dari mereka seolah-olah memperlekehkan wanita yang bernama ibu

Saya, bekerja sebagai doktor sakit puan di hospital, pernah ada keperluan untuk oncall selama 10 kali sebulan, setiap kali oncall, duration nya adalah selama 36 jam tanpa henti. Saya amat sedih, bila pulang ke rumah, anak kecil saya lebih memilih untuk bersama orang gaji dan bukan saya.

Sekarang, saya ambil cuti bersalin dan cuti separuh gaji, total selama 6 bulan. Dulu, kerana penat bekerja, saya selalu mengidam-idamkan untuk menjadi surirumah. Pada fikiran saya, alangkah seronoknya berada di rumah bersama anak-anak.

Bila saya mula bercuti, fikiran saya teringat di tempat kerja. Kenapa? Sebab saya pun buntu memikirkan anak-anak kecil di depan saya dengan karenah yang pelbagai, kehendak yang pelbagai dan pening memikirkan bagaimana saya mampu instill nilai dan kefahaman dalam diri mereka. Saya tahu walaupun saya mempunyai anak tiga, saya tidak kenal dan tahu bagaimana menguruskan anak-anak. Sehingga saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan beberapa orang untuk belajar, hadir ke kelas, membaca buku untuk BAGAIMANA MENJADI IBU?

Waktu ini, baru saya tahu tugas surirumah dan menjaga anak-anak sangat sukar. Baru saya faham kenapa bila saya ke taman, saya melihat situasi, anak-anak dilepaskan bermain di playground tetapi ibubapanya memegang handphone di satu sudut yang lain. Mungkin sahaja, mereka pun tidak tahu untuk bermain dengan anak-anak dan mereka sendiri cepat bosan bersama anak. Baru saya faham kenapa, nasi dan lauk bungkus menjadi pilihan ibu bapa bekerja. Baru saya faham, bila suami saya bercerita, teman-teman tempat kerjanya tidak memasak di rumah walaupun sudah berkahwin kerana sejak kecil ibunya juga membeli makanan di kedai dan tidak memasaknya. Baru saya faham, kenapa institusi kekeluargaan jadi begitu rapuh sedangkan itu adalah tempat pertama bayi belajar erti hidup, sejurus selepas mereka dilahirkan. Kerana siapa mereka hari ini, ada yang mengajarkan mereka, dulu.

Bangun seawal 5 pagi untuk menyiapkan tugasan rumah, ada buku nota apa yang saya mesti lakukan bersama anak saya di rumah. Mencipta permainan-permainan menarik minat, bercerita tentang nilai dan akhlak sehingga dia sendiri memberikan saya tudung bila saya kata, ummi nak keluar buang sampah. Sungguh, kesabaran itu semua bukan sedikit. Sungguh, kekuatan yang berterusan untuk memastikan kefahaman itu sampai bukan senang. Tugas ini membuatkan saya membaca buku parenting, buku tentang development kanak-kanak, membaca bagaimana membentuk dan menerapkan akhlak islam dengan mengajarkan apa yang baik dan buruk, apa yang disukai dan dibenci Allah.

Saya gembira bila melihat cuti saya berbaki lagi 2 minggu, membuahkan hasil. Jika saya nak cepat, lupa baca doa makan, anak saya akan stop dan suruh baca doa. Saya gembira, jika anak saya tengok kawan tak pakai seluar, cakap malu tak baik tak pakai seluar. Saya bahagia, bila melihat anak saya cakap nanti berdosa pukul orang. Ini adalah nilai yang diajarkan tanpa henti bagi seorang ibu. 
Tapi, tugas itu telah di ambil oleh pekerja-pekerja di taska. Atau mungkin orang gaji di rumah. Dibayar kelas agama petang untuk mengajarkan nilai dan akhlak. Berkunjung di kedai-kedai makan, memberi makan kepada anak-anak. Sedangkan mereka semua itu, tidak punya pertalian kasih sayang dengan anak anda melainkan itu adalah tugas mereka semata. Tiada doa dan sentuhan ibu. Bila hilangnya fungsi seorang isteri/ibu di rumah, ketahuilah itulah kehilangan yang paling berharga pada masyarakat ini untuk 20-30 tahun akan datang, dan anda akan dapat melihat kesannya

Kami dari ISMA, bukanlah menidakkan kedudukan wanita untuk keluar dan bekerja dan bersosial malah saya sendiri seorang doktor dan aktivis ISMA. Tapi, untuk meletakkan wanita sejajar dengan lelaki dalam meningkatkan produktiviti negara, itu adalah salah. Why do you have to call upon women for that purposes? Saya yakin, wanita boleh jadi hebat, berkepimpinan, berkaliber, mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tetapi dalam lapangan mereka tersendiri. Tidak perlu dibandingkan dengan lelaki, kerana dari penciptaan kita sudah berbeza, apatah lagi fungsi dan kemampuan.

Kenapa tidak anda memberikan saranan supaya wanita itu menyambung pendidikan dan kerjaya yang lebih dekat dengan fungsi mereka? Contohnya early childhood development supaya mereka lebih memahami tugas penjagaan anak-anak. Kenapa tidak kita menyarankan wanita untuk memilih bidang O&G dan paediatrik dalam bidang kedoktoran supaya lebih dekat dengan keperluan dan jiwa mereka, sentuhan yang lebih sempurna kepada pesakit. Mengapa kita tidak menyarankan semua premis atau tempat kerja menyediakan taska sebagai salah satu kriteria dan insentif untuk memastikan wanita bekerjaya boleh menyusukan anaknya di waktu rehat. Mengapa anda tidak memberikan kelonggaran tugas-tugas luar seperti outstations, diberikan kepada lelaki sahaja, supaya mereka boleh pulang awal untuk melihat keperluan anak-anak mereka. Mengapa kita tidak boleh menjadikan waktu bekerja wanita lebih pendek berbanding lelaki. Mengapa kita tidak boleh memberikan offer untuk wanita bekerja secara part time dalam kebanyakan bidang supaya fungsi utama wanita sebagai ibu dan isteri tidak terabai di rumah? 

Ini adalah kerana, kefahaman dalam fungsi dan kedudukan wanita itu amat jauh berbeza antara anda dan saya. Sebab itu, kami akan memberikan saranan yang jauh berbeza dengan saranan kamu. Kamu akan memandang saranan kami pelik dan jelik, tidak mampu dicapai dan mustahil untuk dilakukan. Dan kamu yang menciptakan mustahil untuk mencapai itu ini, lebih-lebih lagi jika usul itu datang dari yang bernama Islam. 

Zaman Rasulullah, yang pergi perang itu adalah lelaki di hadapan, wanita dan kanak-kanak dikecualikan tapi bukan wanita itu duduk goyang kaki di rumah tetapi tugasnya adalah dengan menjadi jururawat dan menyediakan makanan bagi orang yang berjihad. Begitulah juga seorang isteri dan ibu, menyelesaikan semua perkara di rumah, agar suaminya boleh focus 

Dan ingatlah, kehancuran generasi kita pada masa hadapan, adalah kerana hilangnya sentuhan ibu pada hari ini, Mereka mungkin di kerah untuk bekerja dan memikirkan hal di luar lebih banyak dari memikirkan hal dalam rumahtangga dan anak-anaknya sendiri.

Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan dan bos saya kerana memberi kebenaran untuk saya mengambil cuti panjang untuk menjaga anak-anak. Saya amat berbangga kerana hari ini, saya mengenali anak-anak saya, saya tahu cara yang lebih baik untuk mendidik mereka, tahu cara yang lebih baik melayani keinginan dan kehendak mereka, paling penting, memahami bahawa tugas ibu dan isteri itu tetap yang utama.


......

Best bukan? Btw aku pernah merasainya. Sebulan bekerja, sebulan tu lah zafran manja dgn nenek nya. Sampaikan pernah zafran nangis saat aku yg mandikan dia. Sedih. Sgt sedih. Menangis dlm hati ja masa tu. Syukur d berikan kesempatan dan di buka kan hati dan minda utk kembali jd surirumah mcm dulu. Mmg perlu bekerja, tp nda guna duit wang beribu bejuta tp miskin kasih sayang anak. Anak kandung yg d kandung selama 9 bulan 10 hari. Hati seorg ibu saja yg tau tu. Tu pun kalau ibu tu mmg berhati naluri seorg ibu. Ada jugak kan yg nda kisah anaknya rapat dgn penjaga. Sampaikan boleh pulak masa dia bersama anak, si ibu berehat bersantai, si anak di biarkan dgn penjaga, si anak panggil penjaga nya 'mama' lagi. Nauzubillahiminzalik! Mmg jd depan mata. Nda terkata. Klu aku d tempatnya, mau menangis on the spot kali! Tp itulah lumrah manusia. Kadang di sebabkan wang, boleh berubah. Wang segala baginya. Sampai alpa dan leka dgn tanggungjawab dan amanah yg diberikan. Nauzubillahiminzalik! Semoga kita terpelihara dr sifat tu. 

Buat ankku zafran, insyaAllah selagi ibu punya kudrat yg kuat, ibu akan jagamu duhai anak. Biar hidup serba sederhana, ibu dan babah kaya kasih sayang mu anak. Sayang anak ibu dan babah dunia akhirat. 

Till then,
Wassalam~

15 December 2014

♥ Kisah si Pendengki



Assalamualaikum blog.

Baru berkesempatan curi masa kejap post. Btw post kali ni just nak share ja. 

Well, dlm dunia ni kan bermacam ragam jenis perangai manusia yg kita jumpa. Nda kira lah depan mata ataupun d alamaya dan d mana2 saja lah. Kadang yg sorg tu, perangai begitu, yg sorg lg begini. Manadala ba yg sama kan? Copy paste la tu kalau sama. Or kebetulan. Lumrahnya manusia ni teda yg sempurna. Melainkan yg rasa diri sempurna saja lah. Hakikatnya, memang tiada pun kan. Hmm. Sebagai contoh nya d laman sosial. Suka kamu la mau pikir d mana. Ig ka fb ka blog ka wechat ka. Janji laman sosial. Bila sorg post begitu begini, contohnya arini dia post pasal makanan yg sedap2 mahal2 nyaman2, esok dia post dia beli itu ini hp bagai etc segala, lusa dia post dia kawin, tulat dia post dia pregnent, esok punya tulat dia post dia beranak.. Ok dan seterusnyalaaa.. Jadi wujud la pula si polan yg mengata belakang. Kalau ikut nda juga la belakang sgt pun. Kira depan juga tp nda direct to the point sm tu org yg post, si A. Si polan, si B ni, dlm erti kata lain, jeles kali ah. Mula kan mengata si A ni tayang makanan, tayang kawin meriah bagai, tayang byk harta riak, tayang berduit sombong, tayang suda preg, tayang anak, tayang itu tayang ini. Maka si B pun, terus mengata dan mengata dan mengata. Tapi dlm sedar atau nda, sebenarnya almost semua yg si A buat ni tadi, si B pun buat juga. Walhal dlm pada bila si A membuat tu, si B mengeluarkan la segala kata2 nya siap bekeluaran hadith segala bagai. Nahh macamana tu?

Ok point nya d sini, sebenarnya satu ja ba. Sebelum mengata org tu, cermin diri dulu, yg dia buat tu kamu yakin ka kmu langsung teda buat? Org diam, tp dlm diam dia pun boleh menilai kamu. Jangan menampakkan sgt kebodohan diri. Dia mau post itu ini, lantak dia la ba kan. Kalau dia ada bapa bf tunang laki, dorg boleh tegur maa. Kamu siapa mau sindir dia? Biarkan la dia. Boleh memang menyindir. Tp nda kan sepanjang smua post nya d sindir. Alih alih esok lusa tulat, kebalikkan juga kan kamu juga buat balik apa dia buat. Hahaa. Bukan kah bodoh nama nya tu? Umpama meludah dlm parit yg kotor berabis pastu d jilat balik tu setiap inci ludah. Weew! Mana yg kamu rasa buruk dia post tu, jd kan iktibar, taudalan. Yg baik, nda salah ikut. Tp berpada pada lah. Lagi 1, kalau rasa apa saja post org3 tu salah, nahh rasanya org begini ni ahh memang nda patut pun ada laman sosial ni. Waimah ada hp smartphone sekali pun. Bagus nda payah ada. Bukan apa, semua pun salah d mata dia, tp dia buat boleh. Sakitkan mata nya saja hari2. Simple saja, nda payah ada tu segala laman sosial. Duduk diam2 d rumah. Or, nuuuuuu nahhh dlm zoo banyakkkk tu org org org org utannn d dlm, paling bagus dlm hutan rimba. Kenapa? Sebab org org org org tu ko mo bikin apa pun, ko sindir ka, ko maki ka, ko jeles ka, dia nada hati tu. Melainkan ko curi kali ahh makanannya. Hahaa.

Manusia d bagi akal untuk berpikir panjang, namun kesian ada juga manusia yg menggunakan akal nya secetek yg boleh. 

Peringatan buat diriku jua.

Till then,
Wassalam. 


♥ simple post

Assalamualaikum blog..

Fuhh bekurun nya nda update! Agak busy jugak la nda menang tgn mau update blog. So kasi padat dan ringkas sija la ahh.

Congrts to my beloved kazen ipar iyka dan ayat sbb sudah sah menjadi suami isteri pd 5/12/2014. Majlis yg sgt sgt meriah bg kedua belah pihak. And big thanks to iyka sebab suda merealisasikan impian ku menjadi MUA wpun sekali seumur hidup! Haha. Simple ja yg sempat d kasi mekap sbb rushing nda cukup masa. Itu pun aihh nda tau mau cakap apa. Sabar saja lah. Next post jak aku ceta! Hee. Congrts both of u. Cpt dpt baby k. 

And my baby saga si puput sudah nda lagi jd my baby. Bagi blik sama mama. So bt masa sekarang, tumpang pinjam kereta ipar saja la dulu. Si hubby pula pakai avanza sda. And and and insyaAllah soon.. Mudah2an d permudahkan. Aamiinn! LittleK is coming! Big thanks to hubby sebab lagi sekali merealisasikan impian bb yg mau ada kereta kecik! Tettt. Tunggu kluar dlu la br cakap apa. Hee. 

And apa lagi ahh. Oh yaa zafran semakin membesar suda dgn jaya nya. Hii. 10 months++ suda dia. Lagi 2 bulan 1 tahun suda. How times flies. Now dia belajar berdiri sendiri suda. Aww. Anak ibu cptnya besar. Tu pun bejuta lemon suda soalan tanya bila mau kasi zafran adik. Bahhh kasi doa saja la aaah. 

Haaaaa apa lagi aa. Tu jakla sesimple yg boleh. Banyak mau post. Tp soon la k. 

Wassalam.
Till then~

14 November 2014

♥ Pengaruh drama

Assalamualaikum blog :)

Agak bizi lately ni. Zafran kian membesar ni makin kluar tebiat dia. 3/11 tu zafran genap 9 bulan. Zafran 8.5kg suda, 72cm. Macam2 suda dia pandai. Berdiri, buat mcm2 aksi tgn mcm bye2, flying kiss, kira 1-2-3, tepuk tangan, tunjuk tiada/habis. Mcm2 lagi. Alhamdulillah. Syukur sgt melihat anak membesar dgn tgn sendiri, depan mata sendiri, rasa bahagia. Wpun hidup sederhana ala kadar saja, menumpang rumah mentua memandangkan suami tunggal lelaki, jd dia rasa besar tanggungjawab utk jaga keluarga, namun smua tu tdk menghalang kami utk merasai hidup bekeluarga. Biarlah hidup sederhana ala kadar, tp suami dan anak ada di sisi setiap hari depan mata. Syukur. Mungkin belum rezeki utk mjadi seorg ibu yg bkerjaya dan memiliki rumah sendiri. InsyaAllah satu hari nanti, mudah2an. 

Btw lately ni terpengaruh ipar2 layan ceta korea. Yg dulunya aku nda minat skrg bole minat. Tp ndala fanatik sgt. Cuma best juga drama2 dia. Yg skrang ni aku tgh berkomitmen tgk drama The women who married thrice. Di pendekkan cerita la kan, best ceta ni. Perkahwinannya ptama gagal sebab suami dia ni terlalu ikut ckp mama dia, memandangkan mak lelaki ni nda suka pempuan tu sebab dia dr kluarga yg miskin, si lelaki tu pula dr kluarga yg kaya. Oleh sebab pempuan ni nda tahan hari2 kena seksa jak oleh mak mertua dia, si lelaki ni pula nda mampu mau lawan mama dia, akhirnya bercerai. Kesian la sebab drg ada anak pempuan. Then pempuan tu kawin baru, suami ke2, duda tp teda anak, pun dr keluarga yg kaya raya. Lagiiii kesian sebab bapa mertua pempuan tu nda suka dengan anak hasil dr pkhwinannya yg ptama, d suruh la jauhkan diri dr anaknya, sian. Di pendekkan lg cerita, suami nya ke2 ni la pula buat hal, curang dan tidur dengan prmpuan lain, pelakon dan model. Yg ni part bikin panas ok. 2x pulak tu dia buat hal. Sudah d bg peluang sekali tp buat juga kali kedua. Yg skandal ni pun gatal jugakla kan gnggu suami org. Mentang2 kaya. Sampailah pempuan tu mengandung, tp dia nda mau suda bg peluang dgn suaminya ke2 ni. Yg bikin kesian, akhirnya nanti anak tu anak d rampas oleh mak dan pak mertua nya. Bikin pnas ok. Ingat senang ka mengandung dan melahirkan. Geram aku ngn ending dia. Eh maka selasa ni final episod tp awal suda tau ending hehe. Kan bagus klu happy ending, pempuan tu bagi pluang last tp mesti pindah rumah dan tinggal sendiri ngn anaknya ptama dan kedua tu. Ceh kunun. Over pula tu demand mau ending sendiri. Hikhik. Nama juga drama kan. Tp bila d pkir pkir, wujud ka juga org kaya yg begini ahh? Aduhaii. Ni la ba kan, kaya dunia nda semestinya menjamin apa apa. Nama jak kaya harta tp miskin kasih sayang dan cinta yg tulus. Nauzubillahiminzalik! 

Okla saja mau share sbb geram sebenarnya ngn ceta tu tp mau juga tinguk hahaa. 

Till then
Wassalam

♥ 141114, husby birthday


Assalanualaikum blog

Lamaaaanya nda update.

Hari ni mau update ni jakkk

141114.

 Happy birthday my beloved husby, my no1 bff, my son's father, my soulmate, my love, my everything. Mohd Nazrul @ ajup. Happy 25th sayang. Semoga menjadi suami yg trbaik utkku, babah trbaik utk our baby zafran, anak tunggal lelaki trbaik utk mama bapa, abg&adik lelaki satu2nya trbaik dlm adik bradik, && jd trbaik dlm sgalanya dlm dirimu. Tiada hadiah mampu bb bagi syg, hanya doa dan kasih sayang yg tidak akan henti buatmu. Semoga Allah berkati hubungan kita & kekalkan jodoh sampai ke akhir hayat dunia dan jannah. Ibu dan zafran sayang babah lillahi taala. 

Sekian. Wassalam


24 October 2014

♥ Hospital kerajaan vs swasta

Assalamualaikum blog

Kali ni mau cerita pasal hospital kerajaan vs swasta. Ini berdasarkan pendapat dan pengalaman sendiri.

Sesiapa pun mesti menginginkan utk bersalin d swasta kan? Sebab pastinya sangat selesa, d jaga rapi, boleh di temani suami 24 jam, malah boleh memilih doktor perempuan. Namun itu semua bergantung kpd rezeki masing2. Kalau memang ada rezeki lebih, apa salahnya utk mendapatkan khidmat swasta. Tp kalau rasa lebih memerlukan duit utk kegunaan masa depan anak, yalakan keperluan anak ni lebih banyak perlu duit, itu ini pun duit, nda salah juga beranak d kerajaan. Bagi pendapatku, beranak di swasta atau kerajaan sama saja. 

Masa aku bersalin d kerajaan, alhamdulillah d permudahkan. Cuma yg nda best nya ada antara VE yg aku kena buat oleh doktor lelaki. Walhal sudah minta excuse doktor perempuan. Tp apakan daya kan masa tu doktor lelaki saja yg available. Tawakal saja la demi anak dan nyawa. Pikir positive. Yg penting doktor tu niat utk selamatkan kita. Alhamdulillah masa aku bersalin tu, fully doktor bidan dan nurse perempuan yg uruskan aku. Suami pn ada di sisi. Syukurlah kitaorg ada ambik krsus father friendly d hosp likas. Jd banyak pengetahuan yg d berikan. Sampaikan masa bersalin bidan ckp aku pandai teran. Walhal anak pertama. Rezeki. Mungkin sbb aku sudah kesakitan kontraksi lebih 24 jam jd Allah permudahkan jua. Mmg berbaloi ikut krsus tu sbb budak praktikal nda brani mau tgk aku brsalin dan aku nda jd tontonan dorg. Masa d labour room seriusly aku mmg sgt puas hati dgn layanan dorg. Cuma masa d wad jala, teda juga d marah ka apa cuma mungkin sbb trlalu ramai pesakit lain kan, jd kurg lah prhatian dr nurse2. Kcuali bila d minta or d pnggil, mmg layanan drg ok. Hati jak la mau pulang ja. Masa d wad kuning pun, doktor dan nurse smua baik2 belaka. Kiranya alhamdulillah sepanjang ku d hospital kerajaan tu mmg ok la. Cuma maybe dorg mau make sure kita betul2 ok bru drg bg lepas pulang. Kena tahan lama sikit la d wad. Memandangkn aku kurang darah dan trpaksa d tambah darah, zafran lagi kuning terpaksa lg stay wad kuning. Tp kiranya mmg ok la sana. Mungkin rezeki aku kali. Oh yaa, dan d hosp kerajaan ni, dorg akan tgk keadaan pesakit, klu drg nampak kita ok dan boleh bersalin normal, drg akan suruh dulu try. Sebenarnya ada request juga masa nda tahan betul sudah sakit, tp nda d layan bila ckp mnta oprate. Syukur la dorg nda layan permintaan ku ituuu. 

Terkenangkan masa kakak dulu, sakit kontraksi dan nda tahan then dia request oprate, terus ja d oprate. Btw kakak2 aku 3-3 pun bersalin d swasta. Mummy long (memey), ummi ngah (naufal d swasta, yafiq kerajaan sbb ada masalah uri). Bunda chik (niyaz dan naila d swasta dan insyaAllah upcoming baby april nnt pun swasta). So memang aku tau la perbezaannya macamana.

Cumanya sometimes org yg beranak d swasta ni ada yg over bangga beranak sana. Its okla, rezeki dorg kan. Cumanya ada pula yg beranak d kerajaan tp berklinik d swasta, tym brnak nda pla update d kerajaan, tym bklinik update pula. Mcm2 ragam manusia sebenarnya. Apapun bersalin d mana, sama saja. Yg penting doa restu dr suami, keluarga, kawan2 & jangan lupa klu rasa diri tu ada bt salah zahir ka batin, mintak la maaf. Nda kira la dgn sapa. Kawan fb ka, kawan jauh ka. Beranak ni bukan senang. Nyawa ok. Klu org doakan kita baik, insyaAllah baik la juga. Tp klu kita sakitkan org, org tu berdendam, nahhh pikir sendiri lah.

Ok tu ja sebenarnya mau share. Alhamdulillah sgt bersyukur sbb Allah permudahkan ku bersalin zafran dulu. Dan dpt bersalin normal wpun kakak2ku semua oprate. Rezeki. Alhamdulillah. 

Till then
Wassalam