My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Thursday, November 24, 2011

Alhamdulillah... rezeki 24/11/2011 - Huawei Ideos S7

Assalamualaikum...

Tak sangka pagi tadi dapat email ni..


Klik untuk tumbesaran...
      
Try call tapi tak dapat. Disebabkan KPT sebelah KPL je, aku pun decide pegi hantar by hand je. If mende ni xwujud ke boleh terus serang kan. hehehe...

Alhamdulillah.. pegi jumpa Pn Sarina & dia cakap boleh ambik hadiah tu lagi 2 minggu. Tak kisah la lama lagi pun asalkan betul kan. Tapi aku tak pernah terfikir pun ada cabutan bertuah ke apa masa buat kajian tu. Aku fikir kalau buat kajian tu untuk dorg simpan details mane tau nak bagi kerja lagi baik ke kan.

Tup-tup dapat email tu. So aku check dalam Website graduat.mohe.gov.my/kajiansusulan, aku fikir dorang akan undi untuk dapatkan hadiah. Rupanya dah terpampang nama pemenang & hadiah ape yg bakal dapat. Alhamdulillah, org ckp rezeki. Festime seumur hidup dapat merasai peluang macam ni. Syukur alhamdulillah...


Eksaited kot terpampang nama di situ.. :)
Aku pun sempat google amende la Huawei Ideos S7. Oh rupanya Android Tablet. Erk... dulu beria-ia nk beli Galaxy Tab ok. Cuma tak mampu. muahahaha. Tak sangka Dia balas kesabaran aku. Alhamdulillah.. Nanti dah dapat aku tunjuk ye.. ngeeeeee~



Notakaki: Di sebalik kesedihan yang sedang aku alami, Dia berikan aku rasa kegembiraan. Alhamdullilah.. syukur padaMu Ya Allah.

Thursday, November 17, 2011

Camnilah perangai orang melayu kita

Assalamualaikum & morning...

Tadi tengah sembang dengan kawan kat GTalk, menjadi kebiasaan bertanyakan menu breakfast pepagi. Dia cakap dia ambik nasi goreng, paru & telur goreng. Harga semuanya RM7!!!!!!!!! Mak aih.. cekik darah namanya. Baik ambik ayam 2 ketul kan.

Sangat tak patut. Bukan nak mengata bangsa sendiri, tapi hakikat yang nyata memang begini. Mana-mana pergi pun situasi tetap sama. Melayu hanya tau nak untung cepat tanpa memikirkan tentang pelanggan mereka. Tapi try tengok cara orang cina berniaga, mereka lebih mementingkan pelanggan terlebih dahulu dari untung. Sebabnya, apabila dah ada pelanggan tetap, untung akan berlipat kali ganda.

Tapi tidak bagi Melayu, sangat obses untuk cepat kaya tapi tak berfikir jangka masa panjang. Rata-rata bila orang cakap, contohilah cara orang cina berniaga. Macam mana dorang tak berjaya & kaya-raya, sebab dorang jujur & ikhlas. Melayu sesama melayu pun nak cekik darah.. Bila masa bangsa sendiri nak maju? Fikirlah....

Thursday, November 3, 2011

Kakak ipar Vs Adik ipar

Aduhai.. macam-macam rupanya ragam manusia ni kan. Aku ingin kongsikan kisah benar dari sahabat aku sendiri. Quite terkejut gak la bila dengar dia bercerita.

Pelik bila dengar kisah akak ipar dengki dengan adik ipar. Apa saja yang adik ipar buat semua tak kena. Tambahan pula adik iparnya sudah mempunyai tunang. Keluar dengan tunang pun tak boleh. Walhal abangnya sendiri tidak pernah bersuara. Si akak ipar tu nak si adik iparnya sentiasa menemani di rumah. Walhal dia sudah mempunyai suami & anak. Mungkin dia kepingin untuk kembali ke zaman bujangnya.

Bila adik ipar bergaya sakan, mulalah resah gelisah tak tentu arah. Ingin kelihatan lebih hebat & gah dari adik ipar. Kalau adik ipar pakai baju kurung moden, dia pula ingin pakai kebaya sendat & ketat. Bila adik ipar pakai heels 3 inci, dia pula inginkan heels 5 inci.

Pelik tapi benar. Memang berlaku dalam dunia realiti kita sekarang. 

Im gonna miss you.. so much!

Assalamualaikum & morning..

Mood bercampur baur. Happy sebab esok balik kampung, boleh jumpa yang tersayang. At the same time, i feel so sad. Semalam mendapat berita yang mengembirakan untuk kami berkongsi sama, tapi sangat sedih kerana bakal kehilangan sorang lagi ahli rumah HIJAU. T_T

Khairun Nisa... Itulah gerangan si gadis yang manis berkulit putih. Bakal meninggalkan kami serumah & warga MM2H juga. Nisa akan pulang ke negeri asalnya , Johor untuk memulakan kerja barunya di sana. Sedih.... tapi gembira kerana itu peluang terbaik untuknya. Kami semua, Kak Annin, Zaza, Fuza akan tetap mendoakan yang terbaik untuk dia. 

Im gonna miss u & all the sweet moment together... 
Aku mesti rindukan suara merdu ko.. Ko nyanyikan aku lagu.. "Jah oh Jah". Ko teman aku ke sana ke mari. Ko ambikkan air panas time aku nak makan megi. I gonna miss everything about you!


"Nisa, i wish u all the best in whatever u do in ur life. I'll always pray for you success. Jangan lupakan kami semua kat sini. Hope kita dapat jumpe balik semua one day.. Amin."




Notakaki: Hope our friendship will last forever!

Wednesday, November 2, 2011

Semalam yang tak seindah dari biasa

Assalamualaikum & morning..

Lamanya tak update blog. Bukannya kerja yang bertimbun membataskan semua, tapi rasanya seminggu dua ni asyik tak duk umah je. Camne nak update. Laptop berat plak nk bawak ke hulu ke hilir. Lainlah ada galaxy tab ke ape. ahaks! *hint

Semalam.. hari yang paling membosankan bagi aku. Selasa yang sangat tak best. Badan rasa lemau semacam. Mungkin dah lama tak drive jejauh pagi-pagi hari. Until this thursday, terpaksa berulang alik dari Shah Alam - Putrajaya. And on friday pulak drive balik Terengganu. Ya Tuhan, cukup rehat ke aku nanti?

Hopefully boss tak bacalah blog aku ni ye. Just nak update untuk semalam. Sangat-sangat lesu badan, sampaikan 1 keje pun tak aku sentuh. Yup, honestly! Seharian makan gaji buta. Astaghfirullah.... So harini aku datang ofis dengan penuh semangat untuk buat kerja tertangguh. Alhamdulillah... selesai sudah hampir separuh.

So, take a break kejap. Teguk air putih sambil makan kerepek, tetibe teringin nak bukak blog. So, update la terus. Alang-alang dah ade BE dua. hihihi! Nak cakap banyak sangat tu takde lah, lepas jugaklah minyak kete untuk 2-3 minggu, tu pun kalau tak bergerak jauh. 

Tapi semalam memang sangat-sangat down. Nak bercakap dengan orang pun malas aku rasa. Tapi sekurang-kurangnya takdelah aku nk berang tak tentu pasal kan.


Notakaki: Terkadang ada sesuatu yang bermain di fikiran kita sehinggakan menggangu konsentrasi kita untuk focus.
Related Posts with Thumbnails