My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Friday, April 29, 2011

Banyak benda kene settlekan...

Assalamualaikum & happy friday.. 

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar di bumi Allah. Masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat makanan yang sedap-sedap di pagi hari..

Mungkin malam ni akan bergerak ke Penang. Tak tahu lagi pukul berapa nak gerak. Kereta perlu diservis. Oh man... semalam sampai umah lewat. Dengan traffic jammed & hujan renyai-renyainya, memang kesesakan Federal Highway tu terserlah lah sangatttttt! Intai-intai workshop tu dah tutup. Alahai.. hari ni jugak kene settlekan semua. Hopefully sempat lah ye. InsyaAllah...

So, pukul 4 dah petang nanti dah kene gerak balik Shah Alam.. pergi workshop, servis kete. After that kene bergegas balik ke KL, mengambil Kak Annin & Zaza yang masih tersadai di sane. hehehe! Harap-harap dipermudahkan semua urusan utk hari ni.. Amin.....


 Notakaki: Harap-harap harini tak hujan ye. Tapi biasenye petang-petang akan selalu hujan... adehh! (banyak sangat harapan aku ni)

Wednesday, April 27, 2011

Sedar tak sedar

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar, ni adalah entry kedua aku utk bulan April. OMG... sgt tidak productive ok. Since my first entry, dah hampir 20 hari aku tak hapdet ape-ape... aduhai. Disebabkan keterbatasan internet di ofislah aku jadi macam ni. Dulu memang rajin semacam je. Orang tak suruh hapdet pon aku laju je. Nak hapdet tru BB lak tak syok. Takde feel lebih. ahakss!

Tunggulah aku aktifkan balik aku punya broadband. Last week aku dah terminate Broadband aku pakej RM68 tu.. Mau taknye, dah hampir 3 bulan tak bayar, langsung tak guna. Tunggakan RM134.60. Waaaaa! Boleh buat serbis kete hocay! Tapi rasa macam nak ambik balik yang pakej RM48 tu. Untuk suft tenet tu oklah. Bukan aku nak buat ape pon. Rasa nak blogging balik tu kembali menggelegak. (hahaha.. xleh blah ayat)

Kene tunggu selepas 29/5/2011 baru boleh subscribe pakej baru... so sabar lah sebulan lagi baru aku aktif blogging balik. Sangat merindui buah hati saya ini... hohohoho!


BRB soon.... :)


Thursday, April 7, 2011

Berhati-hati dengan telur tiruan

Aku menerima satu emel dari akak opis aku... korang tengoklah sendiri ye.
Telur goreng, telur rebus, atau apa sahaja jenis masakan berasaskan telur merupakan menu ringkas kegemaran ramai. Tapi berhati hati lah ketika membeli telur terutamanya yang diimport dari China. Sebab telur telur ni dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia.

Bukan itu saja, malahan kat Chinasiap ada sekolah lagi untuk mengajar sesiapa yang berminat dengan proses pembuatan barang tiruan termasuklah telur ayam tiruan. Dan di katakan kelas untuk membuat telur tiruan mendapat sambutan yang paling menggalakkan.


Percaya atau tak untuk menghasilkan telur, ayam sudah tak diperlukan lagi. Tapi itulah hakikatnya di sana. Jom tengok proses pembuatan telur tiruan ni.



Bahan-Bahan Untuk Membuat Telur Tiruan:


  • Glucolactone
  • Asid Benzoic
  • Kalsium Klorida
  • Selulosa
  • Alum
  • Asid Amino
  • Pewarna Makanan
  • Sodium alginate
  • Gelatin




1 : ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning

2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida  tanpa pewarna makanan = Putih telur

3: Acuan untuk

4: Acuan untuk kuning telur

Step 1




Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.

Step 2




Lepas telur kuning tadi dah beku keluar kandan masukkan ke dalam acuan (3).  Bahagian acuan (3)  tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1jam untuk membeku dan  telur boleh dibasuh selepas itu.

Step 3




Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.




Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding  dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pon lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.






Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut lah pon siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China.

So, hati hati lah time kita nak beli telur. Tak pasti sama ada telur tiruan ni dah ada di Malaysia atau belum.

Related Posts with Thumbnails