Pages

Wednesday, January 28, 2015

SABAH DI BAWAH BAYU

Alhamdulillah..Ya Allah syukur sangat..mungkin ini yang dinamakan rezeki kami untuk semua calon simpanan selepas setahun lebih tersimpan dengan penuh kesabaran, akhirnya kami semua dipostingkan walaupun kena campak ke seberang laut.. tq bagi pihak yang dah kerja keras untuk postingkan kawan-kawan calon simpanan semua.. hanya Allah yang boleh balas jasa korang :)

Dalam kalut-kalut aku baca komen-komen dekat group.. wassap pun naik bertubi-tubi.. macam perang dunia dalam alam  maya sekejap..kecoh pasal posting! aku yang dah tawar hati ni rasa berat la sikit nak buka egraduan tu laju-laju..takut terkecewa sekali lagi..dah macam orang putus cinta la pulak kan..heee.. menggigil tangan ni..tangan nak menaip no ic pun gigil-gigil.. sekali dah berjaya masuk egraduan terkelu lidah.. rasa macam kena strok jap.. first yang aku tengok nama negeri untuk aku posting.. SABAH???!  taktau nak buat ape masa tu.. nak jerit??? dah pukul 1 pagi kot.. tapi last-last satu rumah bangun juga..hahaha

so dalam masa seminggu sebelum lapor diri aku setelkan semua urusan penting sebelum terbang ke sabah.. mula-mula aku takda perasaan langsung pasal posting ni.. nak kata hepi macam tak.. nak kata sedih pun macam tak.. so aku pun konfius dengan perasaan sendiri..hihihi.. sebelum terbang semua bakal guru kena berkumpul di Nouvelle hotel untuk taklimat posting.. masa mak abah nak balik lepas dah siap tolong aku angkat barang check-in bilik hotel, aku rasa pelik sebab aku takda rasa nak menangis.. mungkin sebab masih ada dengan kawan-kawan.. lepas habis taklimat, 20 Januari 2015 kami semua dah kena berpecah ikut negeri posting masing-masing.. yang ke serawak ke serawak.. yang ke sabah ke sabah.. 

sampai sabah memang la sedikit teruja kan.. yela first naik belon kan.. first time jejak kaki kat negeri di bawah bayu mana la tak eksited.. so kami yang bakal jadi guru di sabah ni kena check-in plak kat hotel yang agak grand kot.. rasa beruntung la pulak kan..haha.. lebih kurang sehari setengah ada sesi orientasi guru baru kat hotel tu..dah jumpa semua pegawai ppd dah jumpa sendiri dengan pengarah pendidikan sabah, so tibalah masa untuk kami masuk ke sekolah masing-masing.. hati semua orang sebelum tu memang la tak tenteram.. taktau mana daerah nak kena campak..alhamdulillah nama aku di kota kinabalu aka kk

dah tau sekolah so say goodbye la dekat kawan-kawan.. yang nak terasa sangat aku la sebab takda partner pun nak masuk bertugas ke SMK Taman Tun Fuad.. rasa terasing sangat-sangat.. habis serabut kepala mana nak cari rumah sewa mana nak fikir transport.. Allah.. nak pulak abah aku kol tanya itu ini.. mau tak menangis masa first day datang sekolah.. kalah budak tadika daftar masuk ok! hahaha.. bukan main menangis dalam bilik guru.. tak cukup bilik guru sambung menangis dalam pejabat sekolah..kahkahkah.. cikgu ape la kan..hahaha

tapi alhamdulillah.. sekolah aku ni ramai je dari semenanjung..yang nak terasa sedih tu bukan ape.. mungkin sebab semua benda nak kena fikir sendiri.. yela orang baru nak kenal hidup sebenar.. baru nak melangkah alam pekerjaan..paling syukur sangat sebab akak yang aku menumpang sekarang sangat best! maybe sebab dah mak orang.. tapi layanan superb.. mungkin dia memahami sebab dia pun pernah mengalami.. tq kak muna! 

so sekarang hanya menanti jadual waktu untuk masuk mengajar.. buat masa ni diorang bagi aku rehat puas-puas.. dah dapat la jawatan sikit-sikit.. biasa la tu kalau cikgu baru..takpe semua tu cabaran..bila lagi nak belajar kalau bukan sekarang kan? habes ko nak relax ko buat sekolah sendiri..opsss!!!

so kawan-kawan.. kat mana je korang.. SELAMAT BERTUGAS! SELAMAT MENDIDIK ANAK BANGSA! 

ps: syok je menaip sambil tongkat dagu...orang takda keje kan :p