Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 29 October 2011

Kejam Nya Dunia..

Kejam nya dunia..
Di pagi hening ini..
Air mata tumpah lagi ke bumi..
Mengenangkan layanan yang diterima..
Jauhnya aku dari yang kau warwar kan..
Begini kah nasib sepatutnya ku terima??
Sebagai seorang yang kau katakan kesayangan mu??..

Kejam nya dunia..
Meminta aku menjadi baik..
Mengecam aku memberi layanan yang terbaik..
Tapi akhirnya aku dilayan sebegini.. 
Umpama kehadiran ku tidak di perlukan..
Umpama kebaikan yang ku lakukan tidak bermakna..

Kejam nya dunia..
Perlukan aku hilang dari pandanganmu?..
Untuk aku melihat penting nya kehadiran ku bila ku tiada dalam hidupmu?..
Atau mungkin aku memang tidak bermakna walau selepas pergi..
Jika itu faktanya, aku sedia undur diri..
Mungkin juga menghilang dari muka bumi ini..

Kejam nya dunia..
Dan jika waktu itu baru kau hargai..
Apalah guna semua itu..
Kerana hatiku telah tertutup rapat..
Untuk mu yang tidak pernah walau sekali..
Cuba untuk menoleh ke arah ku..

KEJAMNYA DUNIA!!

Friday, 28 October 2011

Pelangi Yang Hilang..

Wahai Pelangi..
Kenapa kau semakin hilang?..
Bukankah kau sering dipuja-puja?..
Puas ku pertahankan pelangi itu..
Tapi setiap kali,musnah di mamah hujan..

Kejamnya wahai hujan..
Kenapa pelangi itu yang kau mahu?..
Tidak cukupkah langit yang terbentang luas?..
Kenapa pelangi juga yang kau pilih?..
Pelangi hanya duduk di satu tempat..
Ingin menyenangkan sesiapa yang melihat..
Tidak terlintas mengacau sesiapa..
Tapi hujan bagai tidak ingin melihat..
Mahupun menerima kewujudan pelangi..
Kenapa perlu begitu?..
Bukan kah lumrah alam,berkongsi lebih baik dari berseorangan..

Pelangi..
Tolong jangan merajuk..
Ku ingin dan mahu lagi kewujudan mu..
Ku ingin dan mahu lagi cahaya indah mu..
Biar kau jauh di atas sana..
Kau tidak pernah mengganggu ku..
Malah kau menyenangkan ku..
Sangat menyenangkan..
Maafkan mereka yang tidak menghargaimu..
Teruslah menyinar di langit biru..
Kelak, kehadiran mu pasti dinanti semua..

P/S: Teruskan senyum wahai pelangi...walau tiada siapa tau kau sedang menangis..


Sabar La Wahai Hati...

Sabarla Wahai Hati..
Ku tau kau memang kuat..
Biar la ape dunia lakukan..
Ku tau mampu kau tempuh sehari lagi..
Dunia yang kejam tidak mengenal mangsanya..
Malah suka bila tau kita dilukai..
Atau bersorak meraikan kejayaan di atas air mata kita..
Sabarlah..
Akan ada waktu..
Kita gembira kelak..
Dan semoga hari itu, akan menghapus semua kedukaan yang kau lalui sekarang..

Mood: Mengumpul kekuatan untuk hati yang dilukai!