Friday, January 31, 2014

..:: Afsheen ::..

"Weyh Afsheen.. Pasaipa.. Dekat muka hang ada....."

Luthfi bertanya pada Afsheen. Budak-budak lain semua diam dan memandang ke arah Afsheen.
Andrea cuak. Tiba-tiba rasa malu sangat-sangat. Tetapi kaki Afsheen tetap pada bumi. Tidak berlari.

"Ummi cakap, aku istimewa! Hehhe.."

Afsheen berusaha untuk respon seriang yang mampu.

Luthfi mengangguk. Dan seraya melaungkan "Jom lari sembunyi! Afsheen istimewa, dia kena bilang sampai 100 dan cari kita!!!"

Afsheen terus berlari ke arah pokok dan tersenyum dalam sebak.
Air mata mengalir sambil membilang angka.

Afsheen membesar dengan bijak sekali. Dia selalu berdampingan dengan bahan bacaan. Mungkin kerana dia malas bergaul dengan kawan-kawan sepermainan di kampung. Afsheen juga rajin ke kelas mengaji Al Quran di kampung. Kadang-kadang, hanya Afsheen seorang sahaja budak perempuan yang hadir. Afsheen sudah biasa berseorangan.

Kebanyakan masa lapangnya diisi di rumah bersendirian. Buat kerja rumah, baca buku cerita, tonton televisyen dan main rumah-rumah dengan kucing. Mungkin juga kerana banyak peristiwa disakat oleh kawan-kawan sepermainan yang dilaluinya membuatkan Afsheen hanya keluar untuk mencari kawan apabila perlu sahaja. Ummi cakap, kena belajar bersungguh-sungguh baru pandai. Bila pandai, akan jadi orang yang berjaya.
Afsheen rasa bersemangat untuk berjaya. Baginya, orang yang berjaya itu juga istimewa. Mungkin..


Suatu hari di asrama puteri. Afsheen dan teman seangkatan sedang lepak di bilik tv.

"Afsheen."
"Hmm?"
"Hang memang nak kekalkan muka hang yang macam tu ka?"
Tanya Elena sambil menyelak majalah Remaja.
"Awat?"
Afsheen menoleh memandang Elena 3 saat. Kemudian matanya kembali tertumpu pada drama Jepun di kaca tv.

"Tak dalah.. Kotla hang berminat nak jadi model ka apa."
Afsheen senyum nipis.
"Model tak boleh ada parutkan? Tapi aku tak bercita-cita nak jadi model ka apa."
"Model muslimah laa. Macam Wardina Waheeda semua tu.."
"Mak ai.. aku mana lawa macam depa.."
"Tak pa.. boleh aih.."
"Mengarutla hang Elena."

Sememangnya jauh di lubuk hati Afsheen, dia berkeinginan untuk menjadi seperti insan normal biasa. Dia sememangnya malu jika orang memandangnya. Tambahan orang-orang yang baru pertama kali berjumpa. Dia tahu apa yang dipandang oleh mereka. Dia sangat takut dengan anak-anak kecil yang baru sahaja petah berbicara. Pernah suatu ketika di kenduri di hujung kampung.

"Mamma.. Muka kakak tu.."

Bibir comel Batrisya berbicara sambil menuding jari ke arahnya. Afsheen malu. Tetapi dia sudah berjaya mendidik dirinya untuk tidak menumpahkan air mata di hadapan orang ramai. Hatta di hadapan ummi dan walid.

Afsheen selalu bermuhasabah diri. Dia mungkin banyak membuatkan ummi dan walid bimbang akan dia. Dia mungkin banyak menumpahkan air mata ummi dan walid tanpa pengetahuan dia sendiri. Anak kecil yang tidak tahu erti ketabahan, mesti selalu bertanya kepada ummi dan walid kenapa dia mempunyai wajah sebegitu sewaktu kecil. Hari demi hari, Afsheen mendidik diri untuk lebih berkeyakinan seperti ummi dan walidnya. Yang setia berbangga menggendongnya ke hulu ke hilir sejak dia kecil. Tabah dan penuh kesyukuran memperkenalkan dia sebagai puteri mereka.

Cukup umur 17 tahun, Afsheen nekad. Dia berjumpa dengan doktor pakar untuk mencari solusi bagi masalah yang membelenggu fikirannya sejak kanak-kanak.

"Oh.. That means, you got the scar because of the surgery. You dah dioperate time kecil dahulu la kiranya."

"Ya Dr. Ummi saya yang cerita. Saya kecil lagi waktu tu."

"If that the story, there's no other way dear. If you still insist to get rid it, plastic surgery is the only way."

"Ok.. Thanks Doc. For the consultation."

Afsheen bingung lagi.

Haihh.. Plastic surgery confirm la mahal. Mana mampu..

Afsheen memadamkan niatnya untuk menjalani pembedahan seusai tamat zaman persekolahan. Dia menanam azam untuk melakukannya suatu hari nanti, apabila dia sudah bekerjaya. Mungkin..


Afsheen melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di sebuah kolej. Dia berkenalan dengan seorang rakan sekelasnya, AmalAmal sangat comel orangnya. Jujur dan baik hati. Tidak cepat menghukum dan sangat positif orangnya. Mereka melalui liku-liku persahabatan dengan kasih sayang Allah. Allah jua mengilhamkan kepada Amal untuk tidak jemu memberi peringatan dan kata-kata Nabi saw kepada Afsheen.

"Afsheen, hidup ni kena banyak bersyukur. Mana boleh merungut banyak.."

"Afsheen, kita kena bersyukur sebab kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Kena buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang."

"Afsheen, tutup aurat tu satu kewajipan. Allah suruh sebab Allah sayang. Kita buat sebab kita nak balas kasih sayang Allah.."

"Anggap jala aku bagi benda ni sebab ni dah rezeki hang. Anggaplah ni kasih sayang dari Allah.."


Afsheen sangat senang bersahabat dengan Amal. Pada suatu malam, Amal tiba-tiba bertanyakan mengenai parut di wajah Afsheen.

"Afsheen.. Parut tu.. Macam mana hang dapat?"

"Oh.. Waktu lahir dulu, ummi cakap tak ada pun. Lepas beberapa bulan macam tu tiba-tiba macam jadi something. Macam benjol merah yang makin membesar. Then ummi bawa pergi hospital. Doc cakap kena operate. Get ridkan sumber ketumbuhan tu. Otherwise maybe dia akan membesar. Then aku pun dioperate. So tinggal parutnyala sekarang."

"Ohh.. Kiranya kalau macam tu, memang bolehlah kan nak buat surgery balik, hapuskan parut tu?"

"Yes. Boleh. Plastic surgery."

"Hmm.. Kalau macam tu, yang aku tahu, hukum dia harus. Sebab nak jadi normal macam orang biasa. Bukan nak ubah ciptaan Allah ka apa. Nanti hang dah kaya hang buat la kalau hang nak. Tapikan Afsheen, Allah tak pandang rupa paras kita.. Allah pandang hati.."

Afsheen senyum.

Entah kenapa bagaikan disiram air zamzam, hatinya tenang sekali.

"Afsheen anak yang istimewa sayang.. Allah sayang Afsheen.."
"Allah tak pandang rupa, Allah pandang hati.."


Sejak itu, Afsheen memadamkan sahaja impiannya untuk menjalani pembedahan plastik tersebut. Dia bersyukur kerana Allah hadirkan insan-insan yang berhati mulia yang mendidik hatinya untuk lebih ikhlas. Ikhlas dengan pemberian Allah. Dia bangga mempunyai ummi dan walid yang begitu menyayanginya. Dia bangga mempunyai sahabat dunia akhirat yang erat memegang tangannya, beriringan menempuhi jalan-jalan yang membawa mereka ke syurga Allah.





Afsheen, 7 bulan.



Afsheen & Amal 6 tahun.













31012014 | Afsheen's Story

Sunday, January 19, 2014

..:: Ahmad Ammar, A diary ::..

Pagi Subuh yang penuh dengan emosi. Nawal memandang ke arah tingkap. Langit mulai cerah. Gajet tiba-tiba berbunyi.

"Assalamualaikum.."

"Wa'alaikumussalam.."
"Howdy?"
"AlhamduLillah.Still living.."
"Sunyi sepi dekat Facebook, Twitter, Insta segala. Awat?"
"Memang orang duk update segala benda tu 24/7 pun kan..?"
Kedengaran Ked ketawa di sana.

"Awatnya?"
Nawal tanya sepatah.
"Apa dah jadi?"
"Tak da apa-apa.. Roommate dah berangkat pulang ke hometown lepas Subuh tadi.."
"I see.. Patutla you moody."
"Oh please, memangla orang betul-betul praktikkan English as a second language in daily life. Tapi memang tak boleh terima la guna I- You mix up with malay words. Macam baru kenai orang semalam ja."
Ked ketawa lagi. Nawal time emo memang macam ni.
"So, apahal nak emo segala? Mana cool emo-emo ni?"
"Pfffttt.. At least ini membuktikan orang wanita sejati sebab ada fitrah insani setiap wanita. Ada emosi."
"Alaah.. Kena tinggal sikit dah emo segala."
"I need something to distract my loneliness. Nak tanya apa lagi?"
"Oh ok before you go for Ustaz Nouman Ali Khan, listen to me first."
Nawal tersengih.
"Don't be jealous laa.. Orang nak dengaq his lectures saja pun."

"Yala. Taula. Dengaq sini orang nak tanya ni. Pernah dengaq pasal cerita Ahmad Ammar?"
"Oh student Malaysia yang meninggal di Turki tu?"
"Yup. That one. Dia meninggal time on the way nak pi mengajar. Syahid."
"Oh yaka? Ingatkan digelar syahid sebab still tengah belajar di sana. Ada terbaca arwah banyak join misi kemanusiaan di luar negara. Even di Syria pun dia pi."
"Ya. Perasan dak? Arwah is younger than me."
"Yes. Younger than us."
"Mati tu boleh mai bila-bila masa."
"True."

Jari Nawal menari di atas keypad laptop.

"Sebab arwah ingat pasal mati dan bakal berjumpa dengan Allah la arwah banyak buat amal kebaikan semasa hayat dikandung badan."
"Orang tengah tengok video
The Memoir of Ahmad Ammar ni."
"He was a wise and a very smart young man."
"Betul. Banyak sungguh arwah buat dalam masa 20 tahun."
"Allah has blessed him in every way."
Nawal diam.
"Arwah serius dengan amanah sebagai seorang hamba, sebagai seorang ummat dan sebagai seorang Islam. Subhanallah.. Husnul Khotimah ganjaran dia."

Nawal diam lagi.
"Arwah betul-betul memaknai tarbiyah yang dia dapat dalam kehidupan seharian. Everyday he woke up to serve for the sake of Allah. Doing everything that he can just to please Allah. He give the best in everything that can bring the ummah forward. Dia berjihad dengan bersungguh-sungguh. Jangan nak kata ganjaran akhirat yang Allah saja yang tau tu, dekat dunia lagi Allah dah angkat darjat dia. Tengok saja macam mana jenazah arwah seolah-olah ditangisi dengan penuh kerahmatan."

Video hampir sampai ke penghujungnya.
"Bila tengok arwah senyum, rasa macam arwah betul-betul tengah senyum sekarang di alam sana. Rasa macam arwah tengah hidup ja."
"Memangla.. Allah dah kata dalam surah Ali 'Imran ayat 169, 
Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."
"Allahurobbana..Kita tak tau lagi macam mana.."
"Kadang-kadang bila Allah ambil pemuda-pemuda yang tangkas berjuang demi Islam kerana Allah..Allah..Kembalinya mereka sebagai para syuhada'.Betapa beruntungnya Subhanallah.."
Air mata meleleh di pipi. Nawal menyeka dengan tangan.
Ked sebak.

"Sorry tertambah dose emo."
"Takpa. Emo untuk muhasabah diri. Emo to beat the emotion and settle things up."
"Good lady."
"Good muslimah la."
"Seriously ramainya yang solatkan mayat dia dan hadiri pengebumian arwah. Didoakan oleh ramai umat Islam.. Subhanallah.."
"Kan?"
"Teringin."
"Tak terlambat lagi. Ingat misi kita? Lets strive together.."
"InsyaAllah. Pray for me."
"So, silalah. Nak pi dengaq Bro Nouman punya talk."
"Erm.. Takpalah kot. Dengaq talk Bro Ked saja pun dah light up my morning with ruhhul jihad dah AlhamduLillah."
Ked ketawa bahagia.
"Ked?"
"Hmm?"
"Jazakallah khairan kathira. And I'm smiling now."
"Waiyyaki. Smiling back to you."

Ked dan Nawal terus berusaha, berjihad demi redha Allah. Itu cerita mereka.
Cerita Ahmad Ammar terus disampaikan dan dikenang sebagai pemuda yang dianugerahkan syahid. Syahidnya beliau mencetuskan inspirasi buat para mujahid dan mujahidah. 













 "Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda/pemudi yang

tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.." 

-As-syahid Imam Hassan Al Banna


"Sudah tentu saya akan merindui kebaikan arwah.."

- Ibu Arwah Ammar


His body might not be here anymore.
But his soul is here,as in he stay alive.

Al Fatihah.

Saturday, January 11, 2014

..:: Mimiesstar ::..



[Confession000_After Hijrah]

I wanna be that extraordinary star, shining so bright
twinkling all the times
and being known by them.
Famous among them.
Allah knows me.
Rasulullah saw knows me.
All the sky's creatures know me.
Hahah.. Perasan.
But I really want.
Biiznillah.

So, to those who want to join me,
let us~!
And for those who wish to mess around,
I pray to Allah for He guide us all the way
let fate fares us better~

May Allah bless everyone who strive for the blessings~!
ameen..

A lullaby~
 Hakikatnya bahagia itu..
adalah ketenangan..
bila hati mengingati Tuhan..

#Another 1 paper to strive for.
  Tapi tangan terketar-ketar sebab addicted nak update belog. 
  Lame.




Wednesday, January 1, 2014

..:: 1st Jan 2014 ::..


If I have to fill in a form now,
at the age part,
I have to write on 23 years old.

A 23 years old young lady
 which was born on 
23rd of Oct 1991.
That is me, myself.

People asked me,
"Apa azam hang?"
"Awat tanya?"
"Penting ada azam. Hidup kena bercita-cita."

Of course I do have my dreams.
But sometimes, there are something 
that we can't extremely wish for.
Things like when will be my ptptn loan is totally paid off
and others.
Because Allah knows it better.


23/10/1991
Makes me wonder what Allah says in Quran
on verse 23:10

"Those are the inheritors"- Al Mu'minun : 10


Inheritor for what?
Read more the next ayat.


"Who will inherit al-Firdaus. They will abide therein eternally."
- Al Mu'minun : 11


Allahurabbi..
That's my eternal dreams.
There will be the eternal bliss there.
To see Allah face to face.
To meet Nabi Muhammad saw.
The joyful,love,togetherness,loyalty,sweetness and 
everything that bring us happy ever after
will be there, insyaAllah.


May Allah invite us to His Jannah.
Ameen.