Wednesday, March 30, 2011

.::mesej dr enta::..

1 message receive.

from..a guy..
tazkirah..lovely~[supposed to be]


SAYA TAK PERLUKAN MESEJ DARI SEORANG LELAKI.

hehhe..bunyi macam lawak sarkas pulak..yala..hidup zaman sekarang..lelaki and perempuan can be found everywhere,anywhere..except; toilet..=p
kata-kata yang sebetulnya ialah : "saya tak perlukan mesej yang tak penting dari seorang lelaki."
haa..baru betul..

ada orang cakap kunola..konservatifla..whatever..know what? so what if i'm the conservative 1?so what if i'm the schematic 1? this is my skema..any objection??

Surah an Nur ayat 30: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." 

Surat an Nur ayat 31: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Menjaga kesucian diri itu wajib.Tapi orang just simply thinking bout this matter.Small the pieces eak? Berani betul.


Bila nak tegur tengok ada kopiah atas kepala gak kekadang.Means that orang macam tu ada ilmu ada agama.
Itu belum masuk kes orang yang tak selalu ada kopiah atas kepala.Yang suka bagi feedback standard : "kubur masing-masing.Kau jaga hal kau,aku jaga hal aku."


Habis tu cemmana?
kadang-kadang naik hairan jugak golongan pak ustaz to-be ni buat perangai macam tu.

I-K-H-T-I-L-A-T


Buat main-main ja kan?
Bila tanya cakap pulak.."ana bagi mesej tazkirah ja kat enti ngn shbat2 yg lain.sentap apanya?"
ni bukan isu sentap pak cik ustaz to-be oi..
meh sini cheq nak tanya..


1.Dah mati semua ka lelaki dalam dunia ni sampai kena jugak-jugak mesej kat perempuan yang boleh dikahwin?

2.Dah habis list dah semua saudara-saudara perempuan dalam henset tu sampai kena mesej perempuan yg jangan nak dikatakan bukan keluarga rapat,bau-bau belacan pun takda?

3.Dah hilang dah semua ustazah-ustazah sampai takda ilmuwan dari kalangan wanita untuk tarbiyah gadis-gadis? Apa ustazah-ustazah pindah g Pluto?

4.Pak cik tak malu ka mesej seorang perempuan yang jodoh dia tidak diketahui lagi?Tak malu dekat suami dia nanti,pernah kacau privasi dia?Kalau suami dia tu confem pak cik baguslah.Pak cik kahwinla dengan semua perempuan-perempuan yang pak cik simply mesej-mesej.Kan nak buat amalkan..?

5.Mana pak cik dapat lesen nak mesej anak dara orang ramai sesuka hati?Betul ka hati pak cik tak ada niat lain selain nak bagi mesej tazkirah ja? 

6.Pak cik..mesej pasal meeting gerak kerja Islam dengan tazkirah santai sama eak?Takda jalan lain dah nak berdakwah?Perlu sangat approach seorang gadis?

7.Pak cik tak ada kawan lelaki eak nak kongsi info n ilmu?Pak cik belajar kat sekolah semua perempuan?Pak cik sorang ja lelaki?


8.Pak cik,alergi eak mesej-mesej dengan lelaki?Takut orang cakap x cool eak xpernah mesej perempuan?


9.Bangga eak dapat mesej ramai-ramai perempuan?xkisah tudung labuh or tak asalkan perempuan,line clear..apa beza pak cik yang tau agama dengan orang yang tak tau agama?


10.Pak cik..pandaikan pak cik baca Al Quran..yala..tak cukup sekolah agama,kat pondok pon p mengaji.pak cik tak malu pun buat main-main apa yang Al Quran suruh.


11.Pak cik tau tak..adanya orang macam pak cik ni,memberi fitnah kepada pak cik ustaz to-be yang lain.kerana? kerana masyarakat di luar memandang golongan celik agama macam pak cik ni akan menjadi imam yang paling ideal..instead of orang-orang yang suka merempit,amik dadah and all those kind of things that will bring to the hell 2 la.so, cemana tu pak cik?never take easy on it okey..

12.Pak cik cakap hati pak cik kuat.Takkan kena penyakit hati.Sure ka? Pak cik sendiri yang buka lubang bagi syaitan masuk cucuk-cucuk.




dan jawapan eksklusif saya pabila bhadapan dgn isu sebegini..


1.Saya xperlu mesej yg syubhah coz lm henset saya ada almost 2000 msj yang best2 n tazkirah2 yang bmanfaat utk saya ulang baca.

2.Cukup bagi saya mesej nasihat&tazkirah drpd abah saya,abang2 saya,adik lelaki saya,pak cik2 saya utk saya merasai nikmat tarbiyah drpd seorang lelaki b4 saya ditarbiyahkan oleh yang paling layak,jika ALLAH izinkan.

3.Kalau dah terpaksa sangat nak mesej saya,amik 6ber abah saya.Kami memang tak da rahsia regarding orang luar..tambah-tambah insan macam pak cik ni..nanti abah saya sendiri akan tarbiyah saya balik dengan apa yang pak cik ustaz to-be cuba sampaikan.yala..abah sayakan bukan sekolah agama.x macam pak cik.

4.Pak cik ustaz to-be should know well.. if ada niat di hati nak selamatkan perempuan yang tidak halal bagi pak cik  dr api neraka atau kejahilan,hadiahkan dia seorang muslimah untuk membimbingnya.Pak cik xpayahla wat blagak terer coz orang dah tau dah pak cik ni terer.




so..to all mujahid-mujahid ISLAM.teguhkan ikatan ukhwah antara anda.jangan biarkan ikhtilat berleluasa.syaitan akan menang jika kita kalah pada nafsu.jangan biar shbt anda diselubungi penyakit hati dalam misi memperjuangkan Islam.dakwahkan diri b4 dakwahkan orang lain..
may our life be bless by ALLAH always~
perjalanan kita masih jauh.


Monday, March 21, 2011

..::my heart said::..

SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanMu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanMu
Ternyata ku perlukan cinta dari diriMu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai Kamu
Kerana Kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya Kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya Kamu


dedikasi buat YG MAHA AGUNG..
[hanya DIA yg layak menerimanya~]

Saturday, March 19, 2011

..::misteri Kaabah::..


Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.


Ketika Neil Amstrong melakukan perjalanan untuk pertama kalinya ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”

Para astronot telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian kandungan website tersebut hilang yang seolah-olah mempunyai alasan tersembunyi disebalik penghapusan kandungan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.


Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sedikit pun kerana daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita di-charged berulang-ulang oleh suatu kuasa misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.


Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengambang di dalam air. Di sebuah muzium di Barat, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Kaabah ) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem cerekawala kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda:
Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
dicopy dr : 
http://zharifalimin.blogspot.com

..::Kalimah Allah @ Jepun ::..

Kalimah Allah semasa Tsunami di Jepun


Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab akhirat adalah lebih keras dan tak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari (azab) Allah.
Surah Ar-Ra’d ayat 13 
Gambar-gambar  atau video yang diambil ketika terjadinya tsunami di Jepun terlampau banyak akan tetapi ada sekeping gambar atau video yang menarik perhatian. Video tersebut telah dirakamkan dari atas helikopter televisyen NHK memaparkan timbunan-timbunan kereta yang bakal diesksport terdampar dihempas Tsunami.
Imej tersebut sangat mengujakan kerana ia jelas menunjukkan khat ‘bismillah’ dengan tulisan arab. Mungkin masyarakat Jepun tidak faham dengan tulisan ‘bismillah’ tersebut, namun bagi umat ia amat jelas dan nyata. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan ‘petunjuk’ Allah swt ini, namun bagi penulis, ia jelas memaparkan kalimah ‘bismillah’.
Sebagai umat Islam, kita harus mengambil hikmah atas apa yang terjadi di Jepun pada 11 March yang lalu.

..::ShippingCarsFire@Japan::..

..::j.a.p.a.n.2::..

Iktibar Dari Tsunami Jepun

Sab, 19 Mac 2011 08:22 | Mohd Syahid Mohd Zaini | Editor: kasihsayang @  http://www.iluvislam.com


11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.
Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.
Sebagai mahasiwa yang cakna dengan keadaan semasa, saya tampil untuk rasa bertanggungjawab membawa para pembaca khususnya mahasiswa untuk buka minda, buka mata dan buka hati mengenai isu ini. Pertamanya saya ucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi disana.
Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah. Firman Allah :
"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]
Jika satu masa dahulu kita mengambil Jepun sebagai salah satu negara yang mengamalkan sunnah nabi walau tidak beragama namun sekarang jelaslah bahawa betapa pentingnya agama perlu ditekankan dalam sesebuah negara. Penting sekali penghayatan dan pengamalan oleh pemimpin sebuah negara itu sendiri.
Namun, mengapa kita sibuk-sibuk mahu masuk campur hal negara orang lain? Jagalah kain sendiri. Malanglah yang memikirkan perkara sebegini. Dan saya rasa amat sedih dan kecewa sekali bilamana tragedi ini seolah-olah menjadi satu gurauan sesetengan manusia yang tidak empati dengan jiran kita.
Akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Itukah tanda keprihatinan kita? Sehinggakan aksi ini telah disiarkan disiaran di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN. Sungguh menjengkelkan dan memalukan bukti betapa tidak sensifnya kita.
Dalam kesibukan dunia mengenai gempa bumi ini, kerajaan Malaysia amat prihatin sekali di mana, buletin di televisyen berbicara mengenai implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta implikasi kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato' Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.
Tiada kenyataan rasmi Perdana Menteri kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga setia negara matahari terbit itu dari dahulu lagi. Itulah bukti keperihatinan kita. Agungkan?
Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah?
Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :
"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)
Mari kita ambil iktibar atas kekuasaan yang telah ditunjukkan. Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepada-Nya. Jangan khuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.
Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indikator terbaik buat kita semua supaya bisa belajar dan mengambil iktibar daripadanya.

nota kaki:: buka mata buka hati buka minda~

dicopy dari ~
http://www.iluvislam.com

..::Maafkan Teman::..

[1ofmybiggestdream~]

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman..

..::I REFUSED TO BE DISCOURAGED::..

I refuse to be discouraged,
To be sad, or to cry,
I refuse to be downhearted,
And here's the reason why...

I have a God "Allah" who's mighty,
Who's sovereign and supreme,
I have a God "Allah" who loves me,
And I am on His team.

He is all wise and powerful,
Most Merciful is His name,
Though everything is changeable,
My God "Allah" remains the same.

My God "Allah" knows all that's happening,
Beginning to the end,
His presence is my comfort,
He is my dearest friend.

When sickness comes to weaken me,
To bring my head down low,
I call upon my mighty God "Allah",
Into His arms I go.

When circumstances threaten,
To rob me from my peace,
He draws me closer,
And with that i find ease.

Where all my strivings cease..

And when my heart melts within me,
And weakness takes control,
He gathers me into His arms,
He soothes my heart and soul.

The great "I AM" is with me,
My life is in His hand,
The "Allah" is my hope,
It's in His strength I stand.

I refuse to be defeated,
My eyes are on my Lord "Rabb",
He has promised to be with me,
As through this life I trod.

I'm looking past all my circumstances,
To Heaven's throne above,
My prayers have reached My God "Allah",
I'm resting in His love..

I give God "Allah" thanks in everything,
My eyes seeks for him,
The battle's His,
the victory is mine,
He'll help me win the race.

InsyaAllah ...Ameen Ya Rabb..





..::Allah.The.Only.1::..


Tika begini

Whenever you feels like..there's no 1 beside you..and you feels like you lost in your own world..you feels like there's nobody turn to you..and it shows that you were dump away especially by your beloved 1..and you feels like you want to fly to the sky..leave away all the emptiness and sadness..YOU should think baout ISLAM first! stay standing coz of ALLAH..and ALLAH will never let you be alone..~


"Tika kau lemah,jadikanlah ALLAH tempat meluah rasa.Tika kau goyah,kau harus kuat kerana kau pembawa agama.Tika kau rebah,tabahlah kerana kau mujahidah muda."

“Truly in the heart there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah and being true to Him. And in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him."

KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.


"without a word it come,,without a word it goes.."



Ingat janji-janjiNya! 



 

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:




Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:



Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.


Menuju Kebahagiaan Abadi 

 Penghargaan Allah terhadap para syuhada

At Taubah~111.
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Friday, March 18, 2011

..::Kewajipan Menyertai Perjuangan Islam::..

"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"
(Hassan al-Banna)

 


Banyak orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai orang
Islam mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi seorang muslim yang diredhai
Allah. Anggapan ini tidak benar . Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu
perlu memenuhi syarat syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan
tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita
simpulkan dari firman Allah:
قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا یَدْخُلِ الْإِیمَانُ فِي 
قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِیعُوا اللَّھَ وَرَسُولَھُ لَا یَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَیْئًا إِنَّ اللَّھَ غَفُورٌ رَّحِیمٌ
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِینَ آمَنُوا بِاللَّھِ وَرَسُولِھِ ثُمَّ لَمْ یَرْتَابُوا وَجَاھَدُوا بِأَمْوَالِھِمْ 
وَأَنفُسِھِمْ فِي سَبِیلِ اللَّھِ أُوْلَئِكَ ھُمُ الصَّادِقُونَ
“Orang orang Arab badui itu berkata; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu
belum beriman , Cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar
masuk) dalam hati kamu. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir
dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalanl kamu,
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang
percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak
ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan
Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”
Ertinya keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha
perjuangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang itu menjadi hamba Allah yang
mendaulatkan agamanya. Islam bukan sekadar beberapa kalimah yang dituturkan tapi
adalah suatu Iltizam dan komitmen yang lengkap dan menyeluruh terhadap ajaran Islam.

Sebab itu dalam Surah al Baqarah :208-209 terdapat ayat yang menegaskan:
یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّیْطَانِ إِنَّھُ لَكُمْ
عَدُوٌّ مُّبِینٌ
فَإِن زَلَلْتُمْ مِّن بَعْدِ مَا جَاءتْكُمُ الْبَیِّنَاتُ فَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّھَ عَزِیزٌ حَكِیمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan
mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya
Syaitan itu), sesudah datang bukti keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah
bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana…”.
Seorang muslim yang benar ialah orang yang memperjuangkan seluruh dimensi ajaran
Islam baik akidah, syariah, politik, ekonomi, pendidikan dan seterusnya.
Orang yang tidak mahu memperjuangkan politik Islam umpamanya, tidak mahu
menjadikan Islam landasan perjuangan politiknya adalah mereka yang terang-terang
mempunyai sikap bercanggah dengan perintah Allah dalam surah al Taubah ayat 38-41
یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِیلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِي سَبِیلِ اللّھِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ 
أَرَضِیتُم بِالْحَیَاةِ الدُّنْیَا مِنَ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَیَاةِ الدُّنْیَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ قَلِیلٌ
إِلاَّ تَنفِرُواْ یُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِیمًا وَیَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَیْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّوهُ شَیْئًا وَاللّھُ 
عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِیرٌ
إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّھُ إِذْ أَخْرَجَھُ الَّذِینَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَیْنِ إِذْ ھُمَا فِي الْغَارِ 
إِذْ یَقُولُ لِصَاحِبِھِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّھَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّھُ سَكِینَتَھُ عَلَیْھِ وَأَیَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ
تَرَوْھَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِینَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّھِ ھِيَ الْعُلْیَا وَاللّھُ عَزِیزٌ حَكِیمٌ
انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاھِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِیلِ اللّھِ ذَلِكُمْ خَیْرٌ لَّكُمْ إِن 
كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
38.Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu:
Pergilah beramai-ramai berjuang di jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka
tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka
dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana
kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup)
di akhirat kelak.
[39] Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah membela
agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat
menggugat Allah sedikitpun . (ingatlah) Allah Maha Kuasa mengatasi segala-galanya.
[40] Mengapa kamu tidak mahu menyokongnya (Nabi Muhammad) pada hal Allah
sendiri telah menyokongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari
negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka
berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau
berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan rasa tenteram
dan damainya kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera

(malaikat) yang kamu tidak melihatnya . (Dalam masa yang sama ) Allah jadikan seruan
(dasar syirik) orang-orang kafir itu rendah dan hina . (Sebaliknya) Allah jadikan dasar
perjuanganNya (Islam) mulia dan tinggi Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[41] Berangkatlah kalian beramai-ramai (untuk berjuang di jalan Allah), samada dalam
keadaan ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian di
jalan Allah (untuk membela Islam). Itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui.
Penganut agama Islam yang sebenarnya ialah mereka yang sedia berangkat dan keluar
berjuang untuk menegakkan cita-cita Islam dalam segala dimensinya yang mungkin.
Mereka tidak dihalang oleh kesempitan hidup atau dilalaikan oleh kesenangan
kebendaan. Mereka rela berkorban apa sahaja demi Allah dan Rasul. Mereka sedar
bahawa jika mereka tidak bingkas berjuang keimanan mereka akan dipersoalkan oleh
Allah dan amalan mereka menjadi sia-sia.
Pada zaman Rasulullah dahulu orang yang enggan berjihad dan enggan pergi berhijrah
bersama Rasulullah dihukum dengan hukuman yang berat . Allah berfirman dalam Surah
al Taubah ayat 81-90
فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِھِمْ خِلاَفَ رَسُولِ اللّھِ وَكَرِھُواْ أَن یُجَاھِدُواْ بِأَمْوَالِھِمْ 
وَأَنفُسِھِمْ فِي سَبِیلِ اللّھِ وَقَالُواْ لاَ تَنفِرُواْ فِي الْحَرِّ قُلْ نَارُ جَھَنَّمَ أَشَدُّ حَ  را لَّوْ كَانُوا
یَفْقَھُونَ
فَلْیَضْحَكُواْ قَلِیلاً وَلْیَبْكُواْ كَثِیرًا جَزَاء بِمَا كَانُواْ یَكْسِبُونَ 
فَإِن رَّجَعَكَ اللّھُ إِلَى طَآئِفَةٍ مِّنْھُمْ فَاسْتَأْذَنُوكَ لِلْخُرُوجِ فَقُل لَّن تَخْرُجُواْ مَعِيَ أَبَدًا 
وَلَن تُقَاتِلُواْ مَعِيَ عَدُ  وا إِنَّكُمْ رَضِیتُم بِالْقُعُودِ أَوَّلَ مَرَّةٍ فَاقْعُدُواْ مَعَ الْخَالِفِینَ
وَلاَ تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِّنْھُم مَّاتَ أَبَدًا وَلاَ تَقُمْ عَلَىَ قَبْرِهِ إِنَّھُمْ كَفَرُواْ بِاللّھِ وَرَسُولِھِ 
وَمَاتُواْ وَھُمْ فَاسِقُونَ
وَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُھُمْ وَأَوْلاَدُھُمْ إِنَّمَا یُرِیدُ اللّھُ أَن یُعَذِّبَھُم بِھَا فِي الدُّنْیَا وَتَزْھَقَ 
أَنفُسُھُمْ وَھُمْ كَافِرُونَ
وَإِذَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ أَنْ آمِنُواْ بِاللّھِ وَجَاھِدُواْ مَعَ رَسُولِھِ اسْتَأْذَنَكَ أُوْلُواْ الطَّوْلِ 
مِنْھُمْ وَقَالُواْ ذَرْنَا نَكُن مَّعَ الْقَاعِدِینَ
رَضُواْ بِأَن یَكُونُواْ مَعَ الْخَوَالِفِ وَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِھِمْ فَھُمْ لاَ یَفْقَھُونَ 

لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِینَ آمَنُواْ مَعَھُ جَاھَدُواْ بِأَمْوَالِھِمْ وَأَنفُسِھِمْ وَأُوْلَئِكَ لَھُمُ 
الْخَیْرَاتُ وَأُوْلَئِكَ ھُمُ الْمُفْلِحُونَ
أَعَدَّ اللّھُ لَھُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِھَا الأَنْھَارُ خَالِدِینَ فِیھَا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِیمُ 
وَجَاء الْمُعَذِّرُونَ مِنَ الأَعْرَابِ لِیُؤْذَنَ لَھُمْ وَقَعَدَ الَّذِینَ كَذَبُواْ اللّھَ وَرَسُولَھُ 
سَیُصِیبُ الَّذِینَ كَفَرُواْ مِنْھُمْ عَذَابٌ أَلِیمٌ
Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan di belakang (tidak ikut serta berjuang)
merasa seronok disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah) dan
mereka tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah;
malah mereka (menghasut pula dengan) berkata: Janganlah kalian semua keluar
(berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad): "Api Neraka
Jahanam itu jauh lebih panas lagi, kalaulah mereka sedar.
Oleh itu biarkanlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini); namun mereka akan menangis
banya kkelak (di akhirat), sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan.
Maka jika Allah mengembalikan engkau kepada segolongan dari mereka (orang-orang
yang munafik itu di Madinah), kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar
(ikut serta berperang), maka katakanlah: Kamu jangan sekali-kali keluar bersamasamaku
buat selama-lamanya dan kamu samasekali tidak akan memerangi musuh
bersama-samaku; justeru kamu dahulu telah rela tinggal duduk diam di belakang (tidak
ikut berjuang) pada kali yang pertama, oleh itu duduklah kamu bersama-sama orangorang
yang duduk (di belakang).

Dan janganlah engkau(wahai Muhammad) sembahyangkan seorang pun yang mati dari
kalangan mereka itu selama-lamanya dan janganlah pula engkau berdiri di (tepi)
kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan
mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).
Dan jangan pula engkau terpesona kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana)
sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia dan hendak
menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir .
Dan apabila diturunkan satu surah Al-Quran (yang menyuruh mereka): "Berimanlah
kamu kepada Allah dan berjihadlah bersama-sama dengan RasulNya", nescaya orangorang
yang kaya di antara mereka meminta izin (berdalih) kepadamu dengan berkata:
Biarkanlah kami tinggal bersama-sama orang-orang yang tinggal ( di belakang ;tidak
turut berperang).

Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan
(dengan sebab itu) hati mereka di sel mati , sehingga mereka tidak dapat memahami apaapa
lagi.
(Mereka tetap tidak ikut serta) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman
bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orangorang
yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.
Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya anakanak
sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
Dan (kemudian ) datanglah pula orang-orang yang menyatakan alasan keuzurannya
dari orang-orang A'rab, memohon supaya mereka diizinkan (tidak turut berperang),
sedang orang-orang (munafik di antara mereka) yang mendustakan Allah dan RasulNya,
duduk (mendiamkan diri). (Oleh itu) orang-orang yang kafir di antara mereka, akan
dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Golongan mukmin pada zaman dahulu yang telah mengaku beriman tetapi enggan ikut
serta berjuang mendaulatkan Islam telah dihukum sebagai munafik dan kufur oleh Allah.
Allah melarang Nabi mendoakankan mereka dengan berdiri di tepi kubur mereka, Allah
melarang Nabi menyembahyangkan jenazahnya. Ini tentulah kerana perbuatan tidak ikut
serta berjuang menegakkan kedaulatan Islam sebagai suatu dosa besar yang
menghapuskan kekuasaan dan kemegahan Islam.
Sebab itu menjadi seorang muslim bermakna kita mesti iktu serta berusaha mengukuhkan
gerakan Islam , meramaikan bilangan mereka agar kita berjaya di dunia dan di akhirat.
Oleh sebab itu wahai saudara marilah kita bersama-sama dengan golongan ulama dan
cendikiawan ikut serta memperjuangkan Islam. Masuk menjadi ahli parti Islam
semalaysia yang diterajui oleh kalangan ulama dan cendikiawan Islam yang dikenali
ramai demi mendaulatkan ajaran dan syariat Allah di muka bumi ini . Kita tidak mahu
nanti dihukum oleh Allah S.W.T. seperti manusia manusia yang menyimpang dari
ajarannya. Kita tidak mahu mati sebagai insan munafiq yang tidak istiqamah dalam
perjuangan, sebaliknya di humbankan pula oleh Malaikat ke dalam neraka.

AGS
21 Jun 06

..::The Plan::..

Assalamualaikum...Sahabat-sahabat sekalian..Cuba buka Microsoft Word korang. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY (no. pesawat langgar WTC). Tukar saiz font tu kepada saiz 48. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS. Apa yang korang nampak? Allahuakbar. Kebetulan atau dirancang?
rnung2kn..

dicopy dr DERMArian group @ fb.

:: Sahabat Yang Baik Membawa Ke Syurga ::


Persahabatan adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.”
Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.
Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.
Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.
Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.
Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.
Diruang ini adalah bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.
Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.
Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.
Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:
“Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu.”
Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:
# Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.
# Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.
# Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.
# Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)
# Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.
# Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.
Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.
Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

~ Mohd Zawawi Yusoh

..::j.a.p.a.n::..

Tsunami JEPUN Di sebalik ALQURAN



1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Tuesday, March 15, 2011

..::h.l.o.v.a.t.e::..

Tuesday, March 15, 2011
Mari berikan laluan.....
salam dan selamat sejahtera semua

kita berikan laluan

kepada perjalanan

sebuah Contengan Jalanan


yang membosankan.





may Allah bless
Posted at 12:11 am by hlovate
Comments (8)  
dicopy drpd page novelis yg sy minati..
dya bru update blog.. >_< | =) | ^_^
smmgnya rindu thenti.[even sketika]
sy sgt2 minat??
mmg mnatla..
dya..
slah sorg pcetus smgt driku..ikhlas.
dya..
hamba ALLAH yg mncari kredhaan Illahi dgn caranya tsendiri..
dya..
belia yg Islam mahukan..
seorg yg sntiasa menebalkan ilmu akhirat di samping kjayaan dunia..
dya..
seorg yg cintakan ilmu..
dya..
pncinta Islam..
sya..
ingin bsmangat spti dya..>_<
insyaALLAH ..
hlovate::
i thank 2 ALLAH 4 giv me da chance 2 know u.
may ALLAH keep us in HIS pathway till da end..
insyaALLAH..
may all of us be bless by ALLAH always~
no matter what..


hlovate= tulip gurl:: u accompany me.with ur words..
may we together..
keep on moving..4 da sake of ISLAM..Addeenul Haq~
LILLAHI TA'ALA~

Monday, March 14, 2011

..::daie=kita::..

Buat yang begelar da'ie
Ketahuilah bahawa..
Bahtera dakwah ini sentiasa sarat dengan insan-insan yang rela menumpahkan darah dan air mata,
Bahtera dakwah ini sentiasa menjadi idaman mereka yang rindukan syahid di jalanNya,
Hakikatnya bahtera dakwah ini akan terus belayar walaupun tanpa kita,
Hakikatnya kitalah yang bertuah sekiranya memilih untuk menaikinya,
Mungkin saja kita terasa penat menghadapi perjuangan yang penuh derita,
Mungkin saja kita terasa seakan ingin 'turun' dan berlabuh di mana-mana,
Namun ketahuilah bahawa bahtera inilah bukti iman kita,
Bahtera ini adalah tanda kepatuhan kepada Pencipta,
Kerana hakikatnya dakwah ini bukan pilihan, bahkan tuntutan.
- Artikel iluvislam.com

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


4 further exploration~ 
http://web.youngmuslims.ca/online_library/books/tmott/

Sunday, March 13, 2011

..::dream::..

" Setiap orang diciptakan Allah dengan matlamat untuk berbakti kepada Allah dan
berbuat baik terhadapnya serta bertindak mengikut apa yang diredhai oleh Allah
supaya Allah mengasihinya. Oleh itu,manusia mesti menyeru kepada yang makruf
dan mencegah kepada yang mungkar.Inilah konsep pengabdian kepada Allah dan
ketaqwaan kepadanya yang merupakan ciri utama dalam kehidupan Muslim "
"Hidup ini adalah untuk bersyukur.Bersyukur kerana ada orang yang menyakiti kerana adanya dia, Allah menabahkan hati kamu.Bersyukur kerana ada orang tidak mengendahkan kamu kerana adanya dia,Allah melatih kamu berdikari.Bersyukur kerana ada orang yang menjatuhkan kamu kerana adanya dia, Allah memperhebatkan kebolehanmu.Bersyukur kerana ada orang menyeksamu kerana adanya dia, Allah meningkatkan kesabaranmu.Bersyukurlah dengan segala ujian kerana itulah sumber kebahagiaanmu."
Ya ALLAH.
Tabahkanlah hati-hati kami yang mengejar keredhaanMu..
Tsabatkanlah hati-hati kami di atas jalanMu..
ALLAH .matlamatku.
Rasulullah SAW qudwahku..
Al Quran perlembagaanku..
Jihad jalanku..
Syahid cita-cita tertinggiku..
insyaALLAH..
may ALLAH bless~