Monday, June 13, 2016

DAY 2: HONG KONG DISNEYLAND & AVENUE OF STARS HONG KONG

Bersambung untuk hari kedua, kami ke Disneyland Hong Kong... Yeaa!!!

Dari hotel kami yang terletak di Tsim Sha Tsui, kena ambik train menuju ke Central Station. If korang stay di Tsim Sha Tsui boleh ikut route ni:

Tsim Sha Tsui MTR - Central station - Tung Chung Line (menghala ke Tung Chung) - Disembark at Sunny Bay - ambil Disneyland Resort Line - Sampai

Suasana dalam Disneyland train


Mesin redeem tiket untuk online purchase (sorry gambar blur, snap pakai phone je)

Dah sampai tu apa lagi kita photo stop la dulu kan. Waktu beroperasi untuk Disneyland Hong Kong adalah dari 9am - 9.30pm. Disebabkan terlalu excited, kitorang sampai terawal sejam. So kami pergi redeem entrance ticket dulu dekat mesin yang disediakan.


Ni la Tiket kitorang. Sebab waktu ni Disneyland buat promo 10 years Anniversary so kitorang dapat free meals

Masa dekat entrance tu akan ada orang untuk check beg kita. Macam aku, aku bawak botol air je so dia tak tahan. Makanan junk food dalam Disneyland agak pricey, my suggestion kalau bajet RM80 just cukup untuk makan sahaja. Keychain Disneyland antara termahal aku pernah jumpa. Keychain start dengan harga HKD78 ke atas. Pen Disneyland lebih kurang HKD38, Fridge Magnet HKD50 keatas... Actually kalau korang rasa takut tak cukup duit if tershopping banyak di Disneyland. Korang boleh decide je dulu nak beli yang mana sebab nanti masa dekat airport akan ada Disneyland kiosk. so sama je harga dekat airport dengan Disneyland itself. Aku enjoy shopping dekat airport sebab 1) salesgirl & cashier lebih ramah dan murah senyuman, 2) Selected items so easy untuk kita pilih. Macam t-shirt, aku suggest better beli dekat Disneyland ok :)






Make sure sebelum nak masuk ke Disneyland ni, semak jadual pertunjukan terlebih dahulu. Sebab nanti akan ada Parade dimana semua watak-watak dalam cerita Disney akan berarak. So ni lah masa terbaik korang untuk snap seberapa banyak gambar yang boleh. 





Disneyland ni senang cakap sesuai untuk semua peringkat umur dari 2 tahun hingga warga emas. Tempat makan pun banyak dan ada restoran yang dikhaskan untuk MUSLIM, so jangan risau. 

Datang sini jangan lepaskan peluang untuk enjoy kesemua ride yang diorang tawarkan antaranya Jungle River Cruise, Raft to Tarzan Treehouse, Tarzan Treehouse. Ikut pengalaman kitorang best sebab boleh rileks enjoy cruise dan rehatkan kaki yang sakit.

Untuk anak-anak korang boleh bawa ke Fantasyland sbb kat sini semua ride dia slow motion contohnya Cinderella Carousel, Dumbo the flying elephant, even ada sesi bergambar bersama Sofia the First untuk anak2 korang. (I have no idea of who is Sofia the First until I'm at the Disneyland)... sign*

Macam kitorang, once enter the themepark terus Q untuk naik keretapi dari Mainstreet USA ke Fantasyland. 

Train station @ Fanstasyland

Dekat sini jangan lupa masuk rumah Pooh sebab ada Mickey's PhilharMagic, The Many Adventure of Winnie The Pooh and of course Sleeping Beauty Castle.

Berita baik untuk korang yang jenis suka collectible items Disney's characters, kat sini ada macam fair gitu. So korang boleh beli or exchange dengan ahli-ahli yang lain untuk batch yang korang idam-idamkan tu okey!!!

Then kitorang terus ke Tomorrowland naik roller coaster dia yang superlaju tu (Hyperspace mountain)... hahaha. Settle naik permainan di Tomorrowland kami ke Toy Story Land pulak. 
Slinky Dog Spin... 
RC Racer @ Toy Story Land

Wajib naik masa dekat Toy Story Land adalah RC Racer, Slinky Dog Spin, and Toy Soldier Parachute drop. Next attraction is Mystic Point. Seriously aku tak pernah tengok cerita ni..ada ke??? hahaha 
Recommended ride is Mystic Manor. Wajib masuk dan enjoyyy!!! 

Mystic Point...
Lepas tu kitorang pergi makan free dekat Explorer's club Restaurant dekat je dengan Mystic Point. (Pass kitorang dapat free meals). Makanan dia biasalah Indian food but rasa not bad dan paling penting korang tak sakit perut after that. Lastly kitorang ke It's a Small world dan Mat Hatter Tea Cups.  

Untuk yang berjiwa kental dan sukakan aktiviti lasak, sejujurnya Disneyland bukanlah tempat anda. Aku suggest korang ke Oceanpark Hong Kong sebab disana lebih banyak ride untuk golongan dewasa. Kitorang tour whole Disneyland ni dalam masa 8 jam. Nak shopping pun, for me sini tak berapa sesuai untuk beli souvenir ke adik kakak jiran sebab MAHALLL!!!! Cuma syukur sebab grab jugak sehelai t-shirt Disneyland untuk diri sendiri sebagai kenangan. Pukul 5.45pm macam tu dah keluar sebab bosan.

So tak nak buang masa kami amik train ke Avenue of Stars Hong Kong. Waktu kitorang pergi ni Avenue of Stars tutup so tak banyak tapak tangan untuk di-snap. Tapi biasa la orang berjiwa kental macam aku dgn kawan aku ni, kitorang gigih jugak nak pergi sbb alang-alang dah sampai kan. So dapat lah enjoy night view Hong Kong pada waktu malam dan syukur Alhamdulillah sepanjang hari kami di sana tak hujan. 


Untuk makluman korang, Hong Kong ni nampak macam sejuk, tapi sebenarnya panassss. Sebab disana bangunan tinggi-tinggi jadi faham-faham la kenapa angin tu tak berapa nak rasa. Ada few people yang aku jumpa semasa kat Hong Kong, diorang selalu pesan jangan datang HK waktu musim panas sebab cuaca kat sini tersangatlah panas boleh bawa demam.

Untuk transportation macam previous entry kami dah beli kad Octopus ni dengan harga HKD150 then aku topup lagi HKD100 untuk kegunaan harian. 

Sekian story untuk hari kedua di Hong Kong... Please jangan tanya berapa kami spent dekat Disneyland hahaha... ^_^