Thursday, April 28, 2011

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...



1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

p/s:Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..PEACE!=D

Tuesday, April 26, 2011

Really Good Brain stuff

What do you see?

You probably read the word ME in brown, but.......
when you look through ME you will see YOU!


Next, let's play with some words.
What do you see?

This one is quite tricky!
The word TEACH reflects as LEARN.


You may not see it at first, but the white spaces read the word optical, the blue landscape reads the word illusion. Look again! Can you see why this painting is called an optical illusion?




In black you can read the word GOOD, in white the word EVIL (inside each black letter is a white letter).Now, what do you see?


LAST ONE!
Read out loud the text inside the triangle below.

More than likely you said, 'A bird in the bush,'! and. .......
if this IS what YOU said, then you failed to see
that the word THE is repeated twice!
Sorry, look again.;p

Kalkulator dolu2

PSSTT~~~ pernah x korang tgk kalkulator zaman dulu2??ha,kalo blom,tgk ni!;D











Saturday, April 23, 2011

Hey,its my birthday!!



Yesterday was my birthday! :::> 22nd April 2011


HAPPY BIRTHDAY TO ME!!^___^ tanx to all families & friends for wishing my birthday..sgt terharu~ =')




warrgghh!~ sdh 26 tahun??!!Insyallah this will be my last birthday celebration as 'orang bujang' because next year i'll celebret my birthday as 'bini orang'.hoho!;p Anyway,i am very grateful and tanx to Allah swt for giving me chance to live until this time.Syukur Alhamdulillah!I really hope rezekiku smakin melimpah ruah, dberikan kesihatan tubuh badan n kegembiraan serta kebahagiaan hdp d dnia n akhirat..amin3!!=)

p/s:gambar tikus itu xda kaitan dgn topik di atas ye..hrp maklum!;p

Sunday, April 17, 2011

Awan Nano



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Thursday, April 14, 2011

CODE 'E'

Sebagai informasi utk diriku & rakan2 y masih ragu-ragu @ tidak tahu kod2 yang mengandungi bahan2 yang diharamkan.. =)

Kod2 tersebut ialah:-

E100, E110, E120, E140, E141, E153,
E210, E213, E214, E216, E234,E252, E 270, E280,
E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337,
E422, E 430, E431,E432, E433, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E 474, E475, E476, E477, E478,E481,E482, E483,E491, E492, E493, E494, E 495,
E542, E570, E572,E631, E635,E 904










*Gambar2 di atas adalah antara cth makanan2 yang mengandungi bahan yang terlarang*

p/s:untuk rujukan lanjut lawati http://www.facebook.com/album.php?aid=35269&id=145748998814429

Friday, April 8, 2011

Aku Ingin MencintaiMu..



Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Reff:

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi..

Perkahwinan: Dilema yg sering melanda Bakal2 Pengantin



shared from:www.pengantin.com.my


Kenapa hantaran sekarang makin mahal???


Sebab.....

1. Anak pompan sorang

2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat

3. Anak pompan paling jambu dalam family

4. Anak pompan kerja high post

5. Anak pompan biasa pakai barang branded

6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan

7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus

8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala

9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif

10 Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer - ( tak lah ni tipu..mana der...:o) )


Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang berbual antara family lelaki je..;p):-

1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?"

2."Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."

3."Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan"

4."Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek

macam kena lennyek je."

5."Apa dorang ingat kita ni sedara Bill Gates ke?"

6."Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"




Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :- =D

1."Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member

tak cerewet."

2."Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu

bayar pelan-pelan cara installment"

3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua

kita sponsor."

4."Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff

discount. Korang cuma kasi 10% je."

5."Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak

pompan kita ramai lagi."

6."Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."



P/S:Sekadar perkongsian ttg realiti perkahwinan pd ms kini..mgkn ada yg btul ada y x..tepuk dada,tnya selera~

Thursday, April 7, 2011

Nenek Perkasa!






MAMPUKAH ANDA MELAKUKAN AKSI2 SEPERTI YG DILAKUKAN OLEH NENEK INI??!


*Gile ah!!!!*(@_@)

Telur 'Tipu'


*Telur tiruan yg di sebelah kanan itu*

Baru2 ni negara kita kecoh dengan telur tipu a.k.a telur tiruan. Haih~ ingatkan barangan2 ja yang diciplak..telur pn boleh ditiru ek..dunia2..~

Ha,mcm mn nak tau telur yg kita beli 2 ori ataupun 'ciplak' ek??sila teruskn membaca tanpa berasa segan dan silu...hihihi!;p




1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

P/S:Hati2 bila membeli telur lenkali ye..sbb dikhuatiri telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang HARAM dimakan oleh orang Islam.huhu..~

Saturday, April 2, 2011

Tahukah anda...



Kambing mempunyai karakter seperti berikut;

1. Tegas.
2. Berpendirian.
3. Matang.
4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
5. Memahami arahan.
6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
7. Tinggi EQ (emotional quotient).
8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
9. Tersenyum.


*ngeeee~~^___^*

Anda seorang GURU??



SEORANG GURU BIASA:
1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu



6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan



11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya



21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan




*Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita..HIDUP GURU2!!(-apakah..;p-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...