Assalamualaikum..
are you ready for the next ramadhan..?
prepare urself..maybe this is the last ramadhan..who knows the future..?
fasting will strengthen your soul,your mind and healthy..
believe it or not..?hehe..
lets hunting for a goal..khatam al-quran..
do sedeqah..
keep silent rather than talk nonsense..
prays for infinity times..
Salam Syaaban---->> Ramadhan will come..we miss u..<3 br="" nbsp="">
I miss my classmates too..hope everybody doing well in their life..
HALAWATUL IMAN
Carilah Penawar Dalam Keracunan Yang Mengulit Diri
Friday, June 6, 2014
Thursday, May 23, 2013
I Love To Be A Teacher
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
Doa kutitipkan dalam setiap kali solat agar Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa diriku, kedua orang tuaku dan paling penting guru-guruku terutama yang sudah pergi menghadap Ilahi.
Mei bulan bersejarah,bulan menggamit banyak memori..paling penting Hari Guru jatuh pada 16 Mei..Guru insan yang 'sempurna' bagiku..tiada salah dan silap..malah ketika zaman persekolahan, aku sangat menghormati guru..takut jika guru naik angin atau marah sebab, keberkatan ilmu terletak pada keredaan guru..nak masuk bilik guru pun setahun sekali dua(walaupun anak cikgu,tapi masih takut2 nak masuk bilik guru hehe)..
Zaman indah kanak-kanak sudah berlalu..Kini aku dan rakan seperjuangan mulai menginjak alam dewasa..ada yang sudah jadi mak ayah orang pun..baru ku mengerti betapa manisnya zaman kanak-kanak yang aku rungutkan kerna tugasan kerja sekolah dan kerja rumah yang tak putus-putus..menangis guling2 sebab tak siap kerja rumah..menyorok sebab nk ponteng kelas ngaji..dll..miss that moment..
Dulu suka tengok mak dan ayah akan bawa pulang macam2 hadiah pada setiap 16 Mei..Kami adik beradik sibuk nak buka dan tengok hadiah..Tambahan sekolah di kawasan kampung memang murid dan ibu bapa terlalu menghormati guru2..Setiap kali kereta mak sampai ke pintu pagar sekolah,murid2 akan berlari mengejar kereta guru untuk tolong angkat barang2 cikgu..Malah, jadi satu kebanggaan kalau mereka dapat bawakan barang cikgu..
Now it is my turn..This is my second year teaching..Still can be assumed as a new teacher..Less experience of controlling class, less experience about class management..and so on..I dont know how to nag and get mad on pupils..I dont know how to scold them..Sometimes, after rising my voice, then I will smile back(tak reti marah2 budak) ..This time, I have to teach English..I think the killer subject in my life..but its ok, I'm still lucky to achieve A in every English paper..My mom keep telling me, u have to communicate in English..Go for English communication skill class..Huhu..Insyaallah I will try my best lillahitaala and for the sake of my children..hehe
Pada tahun 2013, aku dapat mengajar dari tahun 2 hingga 5..Tetapi kali ni,banyak masa digunakan dengan kelas tahun 3 untuk subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. .Tahun ni dah mula nak tegas sikit..Tapi sekali-sekala je denda kalu tak buat kerja rumah..Hanya satu niat di hati, mengajar anak-anak murid agar mereka lebih pandai dan lebih tahu daripada sebelum ini..Aku turut menyandang guru kelas tahun 4 yang sangat bersejarah( dalam seminggu mesti ada kes disiplin daripada tahun 4)..Kadang-kadang murid ni tak tahu dan tak sedar apa yang dia buat..Pemikiran mereka singkat..Jadi, orang dewasa terutama guru di sekolah memang berperanan penting membetulkan persepsi kanak-kanak terhadap sesuatu perkara..
Bidang pendidikan ini banyak mengajar aku erti sabar dengan kerenah 25 hingga 30 murid dalam satu-satu masa. Namun, kadang-kadang kepenatan mengajar terubat dengan suara halus dan murni daripada murid.."Cikgu tak sihat ke..?..cikgu dah makan..?//cikgu demam..?..cantiknya cikgu arini (walaupun tak mekap pun).." terus hilang penat tu..luluh hati cikgu mendengarnya..bila sedar yang rupanya anak murid pun ambil berat tentang gurunya..[^_^]..ooh i fall in love with this profession..
Sempena sambutan hari guru tahun ni, banyak kad-kad ucapan yang tulus dari hati murid..kadang2 ia jadi penguat jiwa raga untuk terus mengajar mereka dengan berdedikasi (yeke..hehe)..Memang tak jangka akan dapat hadiah dari murid2 yang berjumlah tak sampai 200 orang murid ni..Aku tahu mereka ikhlas..Hati kanak-kanak suci dan ikhlas..Jiwa mereka ikhlas menuturkan saya sayang cikgu..Setiap tulisan pada kad ucapan datang jauh dari sudut hati mereka..
Cuti pertengahan penggal menjelang..2 minggu pula..ooh i will miss my kids,their voices, their faces, their works..especially year 3..Thanks for all your wishes and presents..I really appreciate them..Semoga kalian sentiasa mengamalkan nasihat dan kebaikan yang cikgu ajarkan..Berbakti kepada manusia dan agama tercinta..
HAPPY TEACHER'S DAY = SELAMAT HARI GURU = EID MUALLIM
Selamat bercuti ye..=)..Assalamualaikum
Sunday, February 17, 2013
Pengorbanan dan Kecintaan
Kaifahaluk? Insyaallah, ana bikhair alhamdulillah..Maza tafa'alu..? =)
Saja nak test bahasa arab yang dah makin luput dari ingatan..Bilalah nak amalkan bahasa Arab ni. (persoalan yang terbungkam di hati)..
Kali ni nak mencoret tentang pengorbanan dan kecintaan..sekadar pendapat biasa dari insan kerdil..yang mengaji takat degree ja..
Kecintaan itu lumrah bagi setiap benda hidup, termasuklah manusia, dan haiwan..dengan rasa cinta menukarkan segala perkara pahit mahupun sukar menjadi semudah A,B dan C..kuasanya mengubah raja menjadi hamba, lautan api menjadi air sejuk (hehe)..racun menjadi ubat..sehingga ia mengubah manusia normal menjadi hilang akal..
Dengan cinta manusia berubah laku dan identiti..dari mana datangnya perasaan ini..? hadirnya dari Tuhan Yang Maha Esa...Allah menurunkan hanya 1 daripada 100 bahagian rahmatnya ke muka bumi..maka dengan bahagian kasihNya yang teramat sedikit, maka segala makhluk dilimpahkan kasih sayang antara satu sama lain..hinggakan binatang buas di hutan sangat kasih kepada anaknya..
Tetapi,itulah kata-kata orang lama..kalau sayang tangan-tangankan(lempang ke..?ntahla)..kerana sayanglah kita perlu korbankan banyak perkara..
Ibu bapa kerana sayangkan anak-anak perlu korbankan tenaga,masa dan segalanya untuk memberikan rezeki yang halal dan baik buat mereka..kerana sayangkan anak-anak perlulah diberikan teguran demi teguran sehingga si anak bijak memilihi perkara hak dan batil..mungkin zaman sekarang orang dah letakkan prinsip tersebut ketepi..semakin sayang anak,semakin dibiar si anak dengan kelalaiannya dan kejahilannya..
Tegur anak berpada-pada,biar mereka akan tahu bila mereka dewasa bahawa teguran kerana sayang..
Kalau seseorang sayangkan sesuatu pasti dia akan melakukan apa sahaja untuk barang kesayangannya.. Sanggup berkorban,simpan duit mengikat perut demi perkara yang menjadi kecintaannya..Lelaki dengan motor atau keretanya..Perempuan dengan 'handbag',baju,mahupun fesyen tudung yang semakin hangat..
Bagaimana kalau cinta dengan seseorang..? Pasti akan menyebut-nyebut namanya..Teringat-ingat di hatinya..Dan akan berusaha melakukan perkara yang kekasih hati suka dan cuba meninggalkan perkara yang si dia tak suka..Do u get it..?
Hamba Allah yang mencintaiNya pasti akan cuba memenuhi undanganNya untuk melakukan perkara kebaikan dan menjauhi perkara laranganNya..Melakukan pengorbanan terhadap hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada perkara kemaksiatan..Membaca ayat-ayat cintaNya di kala kesusahan dan di kala senang..Berusaha untuk bersujud dan merayu kepadaNya di saat hamba lain nyenyak tidur di dua sepertiga malam..
Mari kita berusaha meraih kecintaan kepada Tuhan disamping cinta-cinta kepada keduniaan..kerana cinta dunia belum tentu membawa kita bahagia..cinta pada Tuhan itu pasti akan kekal hingga ke hari kebangkitan..
Sesungguhnya jika Allah mencintai hambaNya, ia akan memanggil Jibril seraya berkata, " Wahai Jibril, aku mencintai si fulan, maka cintailah ia." maka Jibril pun mencintainya, lalu ia Jibril menyeru penduduk langit, "Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia" Maka penduduk langit pun mencintaiNYA, sehingga ia pun dijadikan nya diterima (dicintai) oleh penduduk bumi" (HR Bukhari dan Muslim)
(Sekadar muhasabah diri..coretan sekadar peringatan untuk diri penulis sendiri..Wallahua'lam..)

Sunday, January 13, 2013
Melangkah Tahun 2013
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..bersyukur kepada pencipta diri ini kerana masih memanjangkan nafas untuk melihat alam ciptaanNya pada tahun 2013 ini. Terlalu banyak coretan kenangan pahit manis yang telah dilalui hanya dalam sekelip mata bagi tahun 2012.
Pada tahun ini ku berazam untuk terus meningkatkan amal dan iman, memperbaiki diri dan orang di sekelilingku. Semakin aku temui dan kenali kerenah dan ragam masyarakat. Kehidupan jauh dari keluarga membuatkan diri lebih berdikari dan dikuatkan hati menghadapi ujian daripadaNya.Tanpa ujian,kita pasti lupa akan tujuan asal kita dilahirkan ke muka bumi.Jadi,kadang-kadang hati merasa redha menerimanya tanpa banyak soal.
Tahun ini, lebih banyak tugas terpikul di pundak diri yang masih mentah. Semoga Allah sentiasa menguatkan dan menunjukkan jalan kebaikan kepada diri ini. Sekolah mengamanahkan aku sebagai guru kelas,guru RMT,guru penasihat uniform, jurulatih bola jaring sekolah, dan ketua panitia sains dan ketua panitia moral dan lain-lain.Kesibukan mulai terasa walaupun masih di awal tahun persekolahan.
Namun,dalam kesibukan tugas duniawi, tidak ku lupakan tugas mengisi kekosongan rohani. Dahulu, di kampus sudah terhidang kuliah-kuliah dan program agama. Tiba masa,hanya melangkah menuju ke musolla menghadap ustaz dan murobbi Tetapi, kini diri sendiri perlu mencari hidangan rohani untuk disuapkan kepada jiwa yang dahagakan ilmu-ilmu Allah. Mujur ada sahabat yang dikirimkan untuk terus menyokong dan mengingatkan diri ini.
Ya Allah,kuatkan aku untuk istiqamah di jalan ini.Untuk menapak di jalanMu, yang hanya orang layak untuk golongan yang tetap teguh dalam perjuangan. Hasbunallah wani' mal wakil...~
Selamat Tahun Baru Masihi 2013
(*Beberapa hari lagi, sambutan Maulud Nabi..Ya Nabi, tiada apa yang aku dapat lakukan untuk menunjukkan kecintaan kepadamu..Melainkan hanya selawat kepadamu dan mengikuti jalan-jalan para ulama'..Terimalah daku sebagai ummatmu..Syafaatkan daku..Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad..)

Tuesday, October 9, 2012
Isi Ruang Itu
Bismilahirrahmanirrahim..
Secalit pengalaman ingin diposkan sebelum tahun 2012 melabuhkan tirai. Rasanya sekejap sahaja masa berlalu. Bulan dan dan matahari kekal pada kedudukannya, menjalankan sunnah alam untuk berkhidmat pada manusia sejagat. Andai alam mampu berkhidmat dengan patuh dan taat, apa lagi manusia yang dikurniakan akal kebijaksanaan.
Selain tugasan mengajar, masaku terisi dengan perkara-perkara bermanfaat sebagai orang bujang.Semoga kita disibukkan dengan perkara kebaikan berbanding perkara kemaksiatan. Teringat kata-kata seorang tokoh, jangan bertangguh melaksanakan kebaikan kerana engkau belum tentu akan saat ajal menjemputmu. Rasa beruntung kerana berada berdekatan dengan Bandar Ilmu (Bandar Baru Bangi) yang tenang dan , penuh dengan kuliah agama.
Peluang yang ada digunakan untuk memperbaiki bacaan al-Quran dengan ustazah yang berpengalaman dalam bidang ini. Semakin banyak dipelajari baru kutemui kejahilan diri. Tuntutlah ilmu,takkan rugi kerana ia akan menjadi benteng kita di dunia dan akhirat. Selain mempelajari ilmu al-Quran,daku cuba mengajarkan kepada sesiapa yang mahukan ilmu ini, kerana tidak rugi orang mengajarkan al-Quran, malah ia akan jadi bekalan amalan apabila kita berada di alam barzakh kelak.
Baru-baru ini, berkesempatan menemani rakan untuk mengajar ilmu bermain kompang pada anak-anak murid sekolah di Puchong. Sekali-sekala rasa bertuah kerana dapat menimba ilmu tentang alat-alat muzik tradisional ini. Daripada tidak tahu menjadi tahu. Tiba-tiba rasa seronok memalu kompang walaupun hanya tahu sejenis dua rentak sahaja. Di samping,teringin juga nak melengkapkan diri dengan bidang pastri dan jahitan. Rasa kekurangan jika tiada kemahiran dalam bidang ini. Mari isi ruang-ruang kosong dengan perkara kebaikan. Jangan sia-siakan masa lapang, kerana masa ibarat nyawa, betul tak..?
Ok.Wa ilalliqa'.Assalamualaikum wbt.

Friday, July 13, 2012
Menimba pengalaman, mencurah ilmu..
Bismillahirrahmanirrahim..
Sudah menjangkau 7 bulan berkhidmat sebagai penjawat awam..Masih banyak benda yang perlu dipelajari..Dalam tempoh 3 minggu,saya berkesempatan berkursus Kepimpinan Asas Puteri Islam Tahap Satu di IKBN Hulu Langat, Kursus Penyebaran KSSR Pendidikan Kesihatan di PPD Hulu Langat dan Kursus Penyebaran KSSR Pendidikan Jasmani di Ampang.
Setiap kursus memberikan pengisian berbeza justeru melahirkan impak yang berbeza. Kursus pertama iaitu kursus Puteri Islam memberikan satu momentum dan semangat baru dalam mengendalikan PPIM di sekolah. Peserta (iaitu guru-guru) diberikan pelbagai tugasan yang menguji mental seperti ujian bertulis, penulisan buku log,pengajaran mikroteaching dan penilaian kawad kaki dan tatacara pembukaan dan penutupan. Setiap majlis kami tidak lekang dengan selawat dan asmaul husna memuji nama-nama Allah. Paling seronok adalah semua ahli dan jurulatih terdiri daripada kaum hawa.Tidak lupa juga sesi bersalam selesai acara iaitu acara penutupan.
Walaupun bukan dari bidang agama, tetapi setiap muslim itu dai'e bagi diri,masyarakat dan keluarga. Justeru, murid adalah mad'u-mad'u kecil kita. Kehadiran ke sini menyegarkan semangat ambil peduli terhadap masalah anak muda yang sering dikaitkan dengan kekurangan ilmu agama. Ingat,bahawa tanggungjawab menyebarkan agama bukan sekadar tergalas pada bahu ustaz dan ustazah, tetapi kitalah, gurulah, ibu bapalah yang berperanan penting. Semoga saya masih ada kepedulian itu.
Ketika di kursus pendidikan kesihatan, guru didedahkan kurikulum baru bagi tahun 3 iaitu kurikulum standard sekolah rendah yang bertujuan mengurang beban guru menyemak kertas peperiksaan (yeke.?hurm). Pembelajaran lebih kepada berpusatkan murid dan guru hanya sebagai fasilitator. Namun,jauh di sudut hati, saya rasa kurang bersetuju dengan bab pertama berkaitan mempelajari organ seksual yang perlu mendedahkan segala-gala organ sulit badan manusia. Guru yang nak menyebut ni pun rasa segan.(rasa macam menc-rut plak). Di sini,kami banyak membuat aktiviti mikroteaching dan melakonkan situasi murid yang diancam keselamatannya. Guru-guru memang berikan kerjasama yang baik. Best juga berlakon jadi budak-budak.
Di kursus KSSR PJ,lokasinya terletak agak jauh dari rumah. Memang kawasan K.Lumpur dah. Hari pertama pergi memakan masa sejam,sebab kena redah jem (tambah roti na) di kawasan Hulu Langat. Lepastu serik, tak nak pergi ikut jalan tu dah. Saya agak bernasib baik,sebab dapat tumpang seorang guru daripada Kajang yang mengikut jalan yang lebih dekat. Alhamdulillah. Peserta terdiri daripada guru-guru PJ berpengalaman. Adala dua tiga orang yang baru posting macam saya. Hari pertama dan kedua lebih kepada mendengar penerangan berkenaan KSSR dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Pada hari ketiga,bermula lah aktiviti padang. Guru-guru mempraktikkan beberapa kemahiran dengan arahan Jurulatih Utama (JU). Antaranya jala ikan, main lambung-lambung bola, leret bola, pukul bola guna gulungan surat khabar. Petangnya,kami melakukan aktiviti gimnastik asas. Kena guling belakang, hambur depan,bina piramid manusia, dan macam-macam lagi. Aktivit yang agak merisaukan adalah binaan piramid manusia, kerana jika tersalah pijak mengakibatkan kecederaan tulang belakang.Saya tengok je,sebab pernah sakit belakang, jadi tak nak amik risiko.
Hari terakhir,kami mula berjemur di padang bermula jam 9.00 pagi sehingga mencecah 12.30 tengah hari. Time ni, JU menekankan kemahiran balingan bola, hantaran, pukulan dsb. Guru perlu menekankan konsep TGFU (teaching game for understanding) yang memberikan keseronokan berganda kepada murid walaupun kandungan pengajarannya adalah sama. Misalnya bagi aktiviti lari perlahan dan pecut, murid boleh melaksanakan aktiviti lipas kudung, iaitu dalam barisan murid akan berlari anak. Murid belakang akan memotong barisan dan berada di hadapan sekali. Pada waktu petang,kami mendapat pendedahan berkenaan pergerakan berirama (tarian la tu). Perlu laksanakan pelbagai step diiringi. Boleh tahan banyak juga step nk kena ingat. Antaranya Step Close, Polka,Pivot, Joget, Step-Kick dan lain-lain. Hurrm..Boleh kalau nak belajar pergerakan, tetapi tak perlulah bercampur gaul lelaki dan perempuan.(part ni memang segan). Sekiranya kita merasakan percampuran lelaki dan perempuan adalah perkara biasa, pasti kita adalah masalah pada iman. Sekian dulu laporan dari guru novis ni (hehe)...Wasalam..
* Salam Ramadhan Kareem..Smoga Ramdhan kali ini mengubah kita menjadi muslim yang sejati..

Saturday, March 10, 2012
Bukit Broga
Bismillahirrahmanirrahim..
Hampir sebulan lebih ana mula membiasakan diri di tempat tinggal baru dan dunia pekerjaan di pekan Kajang. Dikurniakan seorang rakan serumah yang baik dan guru-guru yang baik. Ada beberapa kenalan dan saudara sangat membantu ana menyesuaikan diri di sini.
Waktu hujung minggu agak terisi dengan sekolah ganti dan pengisian ilmiah di sekitar Bangi dan Kajang. Hujung minggu ini, ana berpeluang mendaki Bukit Broga yang terletak beberapa minit daripada Universiti Nottingham kampus Malaysia. Tempat ini sangat menarik dan menjadi tarikan pengunjung tempatan dan juga luar dari Selangor kerana dari sini, pengunjung dapat melihat keindahan matahari terbit dan terbenam. Cuaca yang dingin dan berangin akan membuatkan pengunjung bersantai dan tenang.
Ana hanya mendaki berdua bersama adik bermula jam 7.45 pagi. Kami hanya membawa sedikit bekalan sandwich dan air mineral. Sebelum memulakan pendakian, kami melakukan sedikit regangan agar kaki tidak kejang dalam perjalanan naik dan turun dari bukit. Jalan-jalan denai dan kelihatan bertangga agak membantu pengunjung untuk mendaki dengan lebih mudah dan pantas. Terdapat juga tali-tali yang diikatkan di beberapa laluan yang agak curam untuk membantu pendaki naik dengan lebih selamat.
Kira-kira 40 minit kemudian, kami tiba di puncak pertama dengan peluh bermandian di wajah dan seluruh badan. Tetapi, memang sangat berpuas hati dan kepenatan terus hilang sebaik sahaja melihat puncak bukit Broga yang berkabus dan kehijauan. Kanak-kanak seawal umur 4 tahun turut berada bersama di sini. Kagum dengan ketahanan dan semangat kanak-kanak ini. Terdapa juga warga tua dan muslimat yang berpurdah turut serta dalam pendakian pada kali ini. Ada juga pasangan kekasih yang tidak segan silu berdating di celah-celah batu. Semuanya datang dengan tujuan dan niat yang berbeza-beza. Hanya niat yang baik akan dinilai oleh Allah sebagai pahala di sisinya.
Sambil mengalas perut, ana dan adik berkesempatan berbual-bual menikmati kedinginan udara di atas puncak. Kawasan puncak dipenuhi dengan lalang-lalang putih yang menyerikan kawasan bukit. Subhanallah. Indahnya pagi di bukit Broga. Kabus masih tebal membuatkan sang matahari tidak kelihatan walaupun jam dah menunjukkan jam 9.30 pagi. Ana dan adik membuat keputusan untuk turun kerana risaukan cuaca hujan yang pasti akan menyukarkan perjalanan untuk turun. Sekiranya hari hujan, pengunjung tidak digalakkan mendaki kerana batu-batu dan jalan denai akan menjadi licin dan merbahaya.
Kira-kira pukul 9.50 pagi, ana dan adik sudah sampai di bawah. Ana sangat bersyukur kerana berpeluang untuk menikmati keindahan alam di sini. Memang sangat berpuas hati kerana aktiviti ini meningkatkan kekuatan kaki dan memang sangat mengeluarkan peluh. Aktiviti mendaki ini memang sesuai untuk pemuda-pemudi yang hendak menguruskan badan dan meningkatkan ketahanan otot kaki. Semoga ana dapat datang lagi, untuk mendaki buat sekelian kalinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)