Followers

Showing posts with label Donut. Show all posts
Showing posts with label Donut. Show all posts

Monday, 10 June 2013

Donut Labu



Assalammualaikum......

Wahhh! Bermula rutin harian seawal pagi lagi setelah 2 minggu cuti sekolah berlalu. Dah tak dapat bangun lewat. Cuti bermalas-malasan dah habesss...

Hmmm...mengenai donut labu kali ini, setelah mimie merasa donut kentang, donut tauhu, donut keledek dan ini antara donut-donut yang paling sedap mimie makan.
Tergoda pula melihat hasil dari dapur Tun Telani, dan keesokannya terus mencari sayur labu. Lagipun amat mudah cara penyediaanya. Semestinya kalau donut olahan ni sedap dan lembut dari donut yang biasa-biasa kita makan tuu... Memang sedap dan lembut sesangat donut ni. Si anak bujang yg sulung tu pun makan macam tak hengat...takut kehabisan. Sedap sangat ler tuuu.....hihihihi



DONUT LABU
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan
  • 500 g tepung gandum
  • 50 ml susu sejat
  • 11 g yis (mimie ltk 3sk saje)
  • 200 g puri labu
  • 100 g gula
  • 75 g marjerin (mimie ltk 60g jer)
  • ½ sk garam
  • 2 bj telur
Cara-cara

  • Campurkan semua bahan kecuali marjerin dan garam dan uli sebentar.
  • Campurkan marjerin dan garam dan uli lagi hingga tdk melekat ditangan. Rehatkan doh selama 15 minit. Campurkan sedikit air jika perlu.
  • Bentukkan menjadi donat dan biarkan 20 minit atau hingga kembang.
    Goreng dan tabur dgn gula.
 ps: dlm resepi ni tun x guna air sbb puri labu dh berair.


Thursday, 15 March 2012

DONUT TOFU LEMBUT


Assalammualaikum....donut lagi. Best betul makan donut time musim-musim hujan ni. Lembut bak tauhu lembut salah satu bahan dalam donut ni. Sedap laaa. Penyediaanya pun amat mudah. Haishhh...donut ni mengganggu jer diet den....segebusgebasnya umpama diriku ini...huhuhuhu.
Thanks kak Ros@jintanmanis yang sudi kongsi resepi yang hebat ini. Mimie panjangkan resepinya disini...


DONUT TOFU LEMBUT
Resepi Asal : Ros@jintanmanis

Bahan-bahanya


300 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
6gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder

sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

Cara-caranya :-

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Ros bentukkan donut taufu ni macam anyaman dan pintalkan, lepas tu goreng macam biasa, kasi lain sikit rupanya, anak-anak pun suke. topping saja donut ni ikut selera masing2, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut  ini, Selamat Memasak semua.
 
Tauhu Lembut (alamak...dah guna br teringat nak snap)

Thursday, 23 February 2012

Donut Mayo


Asslammualaikum.... N3 kali ini, adalah dalam dok tergesa-gesa membikin Donut Mayo dari dapur Kak Ros@Jintanmanis yang amat fofular dengan pelbagai jenis-jenis donut...

Huhhh.... lembuuttttttttt yang amat. Tak sempat salut dengan gula dah ngappp. Ehhhh...memang betullah lahhh donut mayo ni sedap dan lembut.... hanya yang pernah mencuba resepi ini saja yg tahu betapa sedapnyer donut nih.... 

Wahhh....donut ni akan ku buat lagi dan lagi dan lagiiiiii...(apa byak kali lagi daaa...) Terima kasih kak ros@jintanmanis kerana share resepi ni dan saya panjangkan resepi ini disini......


DONUT MAYO
Resepi Asal : Ros@jintanmanis

Bahan-bahanya

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)

sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.



Friday, 4 November 2011

Gebu lagiiii....



Atas permintaan Angah (refer anak dare No. 2) ingin makan donut untuk melayani 'mengidam' makan donut  seperti tempohari  lihat sini ku gagahi jua yang dah sedia gagah ni melayani permintaannya sambil-sambil tu umpama sambil menyelam minum ayaq....hihiihi

Nak buat donut ni tidak la sesukar mana...cuma ade kerajinan secubit cuma.....alaaaaa....kalau da lapar macam mimie ni...opkos laa rajin kan...kan....

Dari satu donut rupa nyer kite boleh pelbagaikan perasa donut ni.... sangkaan mimie donut hanya lah sekadar kueh donut yang mimie makan sejak kecil dahulu... terima kasih kepada yang mencipta resepi resepi donut yang sedap, lembut dan gebu ini....silap-silap haribulan si pemakan donut boleh jadi gebuuu....biar gebu tapi hati biar tulus tauuuu.....




DONUT KENTANG
Sumber : kakros@jintanmanis


Bahan-bahanya :-

250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Cara-caranya.

  • Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  • Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  • Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..


Thursday, 27 October 2011

sedapppp dan gebuuu....DONUT KELEDEK




dapat pujian harini dari keluarga mimie..... the best donut yang pernah mereka makan hasil tangan ini....manakan tidak...another donut tu...just donut biasa jerrr....hehehee

Tapi, yang donut satu ini...memang ade kelainan.... thumbs-up siapa yg cipta resepi donut keledek ini, terima kasih pada izahdaut dan KakNor@SecubitRasa kerana sudi kongsi resepi...dari 1 biji hingga 5 biji donut tak perasan dah masuk ke mulut ni...(manakan tidak, tuan tanah dah lebih gebu dari donut) dan yang paling best aksi rebut berebut donut oleh anak-anak mimie (kalau dah since gitu, sedap la kan).....


tak payah cerita panjang-panjang....jom intai resepi donut ni....



Bahan-bahan :-

500 gram tepung gandum  
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek  
4 sudu besar susu tepung   
1 biji telur -  dipukul sedikit  
200 ml air suam -  lebihkan air sbb guna 1bj telur jer   
3 sudu besar marjerin  
3 sudu besar gula  
3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket 




cara-caranya :-

  • Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  • Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  • Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..



Wednesday, 26 October 2011

manis dan simple....DONUT SURIA




kueh yang satu ni...memang boleh dikatakan peberet kanak-kanak dan orang dewasa....apatah lagi rasenyer yang enak, lembut dan gebu ni sesuai untuk mereka yang suka pada yang manis sebabnyer kueh ni kebanyakkannyer disaluti dengan gula halus....

Jom kita lihat kueh ini....




Bahan-bahan:-

3 cawan tepung gandum
3sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar shortening
200ml air suam  *
2 sudu kecil yeast  *  (* disatukan selama 2 minit)


Cara-caranyer :-

  • Satukan tepung gandum, susu tepung, gula, dan shortening. Gaul rata. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga menjadi doh. (Jika tak cukup air atau tepung tambah sedikit demi sedikit hingga tak melekat pada tangan dan mangkuk).
  • Canai doh dan terap dengan acuan donut. Alih ke dalam dulang yang telah ditabur dengan tepung agr donut tidak melekat hingga habis. Biarkan selama 30 minit hingga donut kembang.
  • Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Toskan. Gaul donut dengan gula halus atau hias dengan mangikut citarasa sendiri.