Pengikut

Selasa, 17 Disember 2019

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2017/2018

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Kredit gambar kepada Sinar Harian 

Pada 26 November 2019 telah berlangsungnya majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2017/2018 di Balai Seni Budaya, Tun Syed Nasir DBP. 

SENARAI PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM) 2017/2018

KATEGORI A: BUKU

NOVEL: 
1. Ruhaini Matdarin - Hari-hari Terakhir di Jesselton


KUMPULAN CERPEN: 
1. Roslan Jomel - Roden yang Cenderung untuk Bunuh Diri


KUMPULAN PUISI: 
1. Muzaf Ahmad - Sepasang Sayap di Bahu


KAJIAN SASTERA: 
1. Rahimah A Hamid - Proses Kreatif Sensitiviti dan Kreativiti Pengarang


BIOGRAFI/AUTOBIOGRAFI: 
1. Johan Jaafar - Jejak Seni: Dari Pentas Bangsawan ke Media Prima Berhad


KATEGORI B:

CERPEN ECERAN

1. Nisah Haron; Perempuan dan Kain Layang

2. Hafizah Iszahanid; Mulieres

3. Mana Sikana; Di Negeri Pembohong

4. SM Zakir; Cendeng Biawak

5. Saharil Hasrin Sanin; Ops Akliah

6. WB Rendra; Bukan Diksi atau Stanza

7. Clayton Robert; Penjaga Piala

8. Lee Keok Chih; Sentiasa Mencintai Pentas ini

9. Anis; Bukit Janna

10. Zainal Rashid Ahmad; Lain Jalan Bunuh Diri


CERPEN ECERAN REMAJA
1. Salina Ibahim; Anak tanpa Watan

2. Mawar Shafei; Bulan di Gifford Avenue

3. Maskiah Masrom; Bagai Terkurung dalam Perut Paus


PUISI ECERAN
1. Ridzuan Harun; Menghening Sunyi

2. Rosli K Matari; Dari Barus ke Quds terlalu payah, Akhirnya Dijumpai di dalam Rumah

3. Fahd Razy; Catatan yang ditemui dalam tangan Anak Kecil di Lorong Tak Bertanda

4. SM Zakir; Tanahtanah dan Lampulampu

5. Marsli NO; Ketika Sunyi Ini (Tanah Rata)

6. Jelison Jupin; Kaizen Merdeka

7. Ariff Mustafa Hamzah; Cerita Kota 2

8. Rudi Mahmood; Di kala Hujan Luruh

9. Hasyuda Abadi; Pada Hari-hari yang Berharga

10. Roslan Jomel; Di atas Pasir Tertulis Sebuah Sajak.

KATEGORI C:

NOVEL KANAK-KANAK
1. Mass Ruhaiza Ali @ Hamid - Budak California 

KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK
1. Mazni Md. Ramly - Menjadi Bintang 

BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK 
1. Ladin Nuawi - Burung Budiman 

KATEGORI D:

NOVEL REMAJA 
1. Lisa Nurisha - Kembara Iman 

KUMPULAN PUISI REMAJA 
1. Hilmi Rindu - Potret Kemesraan 

Bagi edisi 2017/2018 ini menyaksikan nilai hadiah telah dikurangkan. Sebelum ini, bagi kategori A: hadiahnya bernilai RM10,000 tetapi kali ini dikurangkan kepada RM8,000. Bagi kategori B pula, dahulu nilainya RM2,000, kini RM1,500. Manakala Kategori C dan D pula, dahulu nilainya RM5,000 tetapi kini RM3,500 sahaja. 

Beberapa kategori berikut menyaksikan tiada pemenang.
1. Kumpulan Drama 
2. Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
3. Kumpulan Cerpen Kanak-kanak 
4. Kumpulan Drama Kanak-kanak
5. Kumpulan Cerpen Remaja 
6. Kumpulan Drama Remaja

Harapan saya, HSPM akan terus dianjurkan bagi mengiktiraf karya penulis tanah air. 


Isnin, 2 September 2019

Bagaimana Saya Mula Membaca Buku?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



BAGAIMANA SAYA MULA MEMBACA BUKU?

Saya suka membaca pengalaman orang lain mula membaca. Pengalaman tersebut mampu mencetuskan inspirasi dan motivasi untuk saya tekal membaca.

Kali ini saya petik pengalaman rakan-rakan bagaimana mereka mula membaca. Pengalaman begini amat berharga dan wajar dikongsikan. Oleh itu, saya kumpul dan susunkan semula untuk dikongsikan bersama.

Ketika umur saya 6 tahun, saya terkena demam campak. Jadi saya dikuarantinkan dan duduk di rumah sahaja padahal ketika itu hujung tahun (cuti sekolah) semua kawan bermain setiap hari di luar. Saya bosan. Suatu hari bapa pulang dengan beberapa buah buku yang dipinjamnya daripada perpustakaan awam untuk saya baca.


Seingat saya, saya mula membaca di kedai buku. Selalu dibawa oleh abah ke kedai buku. Lokasi wajib singgah setiap hujung minggu. Bermula dengan membelek gambar-gambar ilustrasi buku yang cantik, kemudian beralih membacanya setelah mula boleh membaca. Jarang-jarang dapat pergi ke perpustakaan. Seingat saya belum ada perpustakaan awam di tempat saya ketika itu.


3. Suri Noor 
Saya suka berkunjung ke kutubkhanah ketika darjah 4. Petang balik dari sekolah, saya wajib ke sana. Saya baca buku macam-macam. Saya rindu bau buku-buku dalam kutubkhanah dan juga rindu pada muka buku dulu-dulu.


Tok sedara saya simpan buku-buku sekolah anak-anaknya dalam satu almari. Setiap kali cuti penggal, saya pergi ke rumahnya baca novel Inggeris klasik.


5. Shahrul Ahlami Tukiran 
Pada satu hari, pihak sekolah saya menjemput seorang penulis buku datang ke sekolah untuk sebuah program. Penulis itu memberi galakan dan dorongan kepada para pelajar untuk menanam minat membaca ke dalam diri masing-masing. Penulis itu juga mempromosikan buku-buku yang ditulisnya di samping menjual buku-buku yang ditulis oleh penulis lain. Pada masa itu, dengan sumber kewangan yang terhad, saya hanya mampu membeli sebuah komik bertajuk Misi 8A.


Selain itu, penulis juga ada mempromosikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada tahun tersebut. Pihak sekolah juga ada membuat program lawatan ke PBAKL itu. Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menyertai program tersebut.

Oleh sebab saya berasa masih belum puas semasa mengikuti program lawatan ke pesta buku yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya mengajak pula abang dan kakak saya untuk pergi ke pesta buku tersebut pada hujung minggu.

Bermula daripada itulah, saya semakin bertambah minat membaca dan teruja untuk terus menghadiri ke mana-mana pesta buku yang berdekatan. Selain itu, saya juga berasa seronok setiap kali menjejakkan kaki ke dalam mana-mana kedai buku walaupun saya tidak membeli apa-apa buku.

Kakak saya tak gemar belikan saya dan abang alat permainan jadi dia gantikan dengan membeli komik. Minat membaca timbul bila lihat komik-komik yang kakak belikan dan buku-buku cerita kanak-kanak lupusan dari perpustakaan yang berikan oleh kawan ayah.


Rasa rugi menjadi buta huruf ketika itu kerana tak mampu menikmati kesemua bahan bacaan menarik itu maka saya pun bersungguh-sungguh belajar mengeja dan membaca.

Sewaktu di bangku sekolah, saya telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita peringkat daerah. Selepas waktu pengajaran dan pembelajaran, saya akan menghafal skrip cerita sementara anak-anak lain sudah sibuk di rumah. Sejak dari itu, membaca adalah sebahagian daripada diri Emalina dan masih terus menikmatinya.


Ketika di peringat menengah, saya aktif mewakili sekolah dalam pertandingan pantun, forum remaja, Bahas Ala Parlimen sampai peringkat negeri Sabah. Terlibat secara aktif begini memang menjadikan saya seorang pembaca yang aktif.

Saya bermula dengan komik pada zaman kanak-kanak. Pada usia remaja, daripada suka membaca komik, saya beralih kepada novel remaja dan novel thriller. Masuk usia pertengahan 20-an, pembacaan saya mula terarah kepada buku-buku yang lebih berat seperti politik, sains dan keagamaan.


Mak ayah dulu kongkong saya. Tak bagi saya keluar ke mana-mana. Lepas sekolah, wajib balik rumah dan berkurung sampailah esok hari untuk ulang rutin yang sama. Itu menyebabkan saya mencari sesuatu untuk saya isi 'kekosongan' yang ada dan apa yang saya temui adalah buku!


Berbondong-bondong buku saya pinjam daripada pusat sumber. Novel remaja paling kerap saya ulang pinjam. Makin lama apabila makin berusia, bacaan saya juga berubah; kepada novel thriller dan berat. Saya menghabiskan novel RAM pertama ketika saya menginjak usia 12 tahun.

Begitulah cerita bagaimana buku menjadi penyelamat saya.




Selasa, 16 Julai 2019

Jasa Komputer Riba Pertama

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. 



Komputer riba Compaq ini saya beli sewaktu saya belajar di UPM sekitar tahun 2007. Jika tidak silap, saya beli menggunakan duit ayah saya separuh dan selebihnya duit saya.

Banyak jasa komputer riba ini. Dengan komputer inilah saya menyelesaikan tugasan di universiti. Ketika itu saya belum mula menulis karya kreatif. Saya mula menulis karya kreatif selepas saya tamat belajar di UPM.

Saya masih ingat, cerpen saya pernah 'lesap' dek kerosakan yang dialami oleh komputer riba ini. Komputer riba ini juga pernah dibaiki papan kekuncinya. Setelah lama berkhidmat, akhirnya tamat jua riwayatnya.

Namun begitu, saya masih menyimpannya sebagai tanda penghargaannya yang banyak membantu saya menghasilkan karya termasuklah karya yang dimuatkan dalam buku Tetamu Istimewa, Madu di Tangan, Bila Ayah Berkaca Mata Hitam dan sejumlah karya eceran yang lain.

Kini saya menggunakan komputer riba Asus sejak dari tahun 2015. Itu pun sudah ada tanda-tanda yang komputer riba ini perlu dibaiki ataupun meminta saya mencari penggantinya.


#CatatanPenulisanMHA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78