Thursday, October 27, 2011

Sidang Pleno 3



Disampaikan oleh YBhg.Datuk Prof Madya Dr, Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Pendidikan dan Rancangan Kreatif, Inovasi dan Multimedia, Melaka Plenetarium Sdn Bhd.

Sidang Pleno 2

Slot ini disampaikan oleh Prof Madya Dr. Idris B Md Noor Pensyarah Kursus Reseach Methodology UniMAP, Tajuk yang dikupas adalah Guru Cemerlang - Cabaran dan Masa Depan

Sidang Pleno 1


Sidang Pleno 1 membincangkan Developing Soft skills Among Malaysian School Students oleh Dr. Rusmini Bt Ku Ahmad. Pesyarah Kanan IAB Cawangan Utara

Ucaptama Persidangan

Slot ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Sufa'at Bin Tumin , Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan.Beliau telah mengupas MASA INSTRUCTIONAL. Semua guru hendaklah menggunakan masa mengajar dengan berkesan

Slot Wacana Ilmu

Slot ini telah disempurnakan oleh PN HAJAH NORMAH BINTI HAJI ISMAIL , Ketua Sektor Penaziran Kepimpinan Insitusi Pendidikan, JNJK. Beliau telah mengupas budaya kerja x- plus dalam kalangan guru.

Persidangan Kebangsaan MGCMTahun 2011


Betemakan Guru Cemerlang Pemacu Transformasi Pendidikan Persidangan ini telah diadakan dengan jayanya dari 21 - 24 okt 2011 bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra Kedah.
Pengisian Persidangan Kali ini adalah seperti berikut
1 Mesyuarat Agung MGCM 2011
2. Wacana Ilmu
3. Tiga sidang Pleno
4. Empat kertas sidang selari
5. Satu Slot Perbengkelan.
6. Pameran Inovasi hasil kerja Guru Cemerlang

Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam

Monday, May 30, 2011

Program Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang

Program ini telah berjalan serentak di tiga tempat iaitu pada 23 - 27 Mei bertempat
1. Kem BTN Gunung Pulai Johor - Untuk Zon Selatan
2. Kem BTN Kundasang Ranau,- Zon Sabah
3. Kem Setiu Terangganu - Zon Timur

Semua Guru Cemerlang yang hadir tepah mendapat " input" dari
a) Biro Tatanegara
b) JNJK
C) Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
d) IAB ( Institute Aminuddin Baki)
e) Majlis Guru Cemerlang

Semuga dengan ilmu yang dicurahkan akan dimaanfaatkan oleh Semua Guru Cemerlang yang hadir

Wednesday, May 11, 2011

Manual Kajian Tindakan EPRD

Manual Kajian Tindakan EPRD

Sunday, April 10, 2011

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.

Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:


* Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011.

Klik Untuk Borang Permohonan

Sunday, April 3, 2011

Mesyuarat Pembinaan Modul Peningkatan Profesionalisme GC 2011

Pada 30 mac - 1 April yang lepas saya telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat yang tersebut diatas di Permaisuri Resort Port Dickson . Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah beberapa orang pegawai dari JNJK, BPG, IPG dan Wakil MGCM. Mesyuarat membincangkan kandungan modul yang sesuai bagi Guru Cemerlang.Seramai 1200 orang GC akan menghadiri Kursus ini dari bulan Mei - Sept 2011 ditempat-tempat yang berlainan. (KEM BTN) Seluruh Malaysia.Antara slot yang akan diberi ialah Modul dari BTN , SKPM (JNJK) SGM (BPG) Mengenal Potensi Diri (IAB). Bagi SLOT MGCM GC akan mendapat input Amalan Terbaik P&P dan Kreaviti dalam P&P . Di sini saya mengambil peluang meminta pendapat semua rakan GC samaada baru atau lama untuk menyatakan apakah input yang sebenar-benarnya diperlukan oleh GC supaya GC dapat berperanan sebagai GC yang berkesan kepada sekolah tempat GC berkerja. Jika ada cadangan sila beri komen disini.
Insyallah saya akan kemukakan di mesyuarat akan datang. Semuga Kursus ini benar-benar memberi input yang berguna kepada semua GC yang terpilih. Sekian

Sunday, January 16, 2011

Pengumuman Penulisan Amalan Terbaik GC

Guru-guru Cemerlang yang dihormati,

Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) akan menerbitkan buku Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang untuk semua mata pelajaran.

Sehubungan dengan itu, MGCM mempelawa semua guru cemerlang untuk menghantar hasil penulisan mereka berdasarkan syarat-syarat yang berikut:

1Hasil penulisan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu Baku dan panjangnya sekitar 2000 – 4000 perkataan (12 – 20 halaman kertas A4)

2. Rencana mestilah hasil karya asli penulis, tidak diciplak, diubah suai, diterjemah atau pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk cetakan atau elektronik.

3. Tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensetif atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan dan budaya di Malaysia.

4. MGCM berhak untuk menerbitkan rencana yang terpilih, dan dalam berbuat demikian, kami berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu, ke atas rencana yang berkenaan. Rencana yang dihantar kepada MGCM tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain.

5. Gambar, gambar rajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan rencana, hendaklah dinyatakan sumber rujukannnya. (Sebaik-baiknya dilukis atau gambar fototo diambil sendiri)

6. Karya hendaklah bertaip (komputer), Ariel dan fon 12, berjarak dua (double spacing) dengan menggunakan kertas taip saiz A4 dan ditaip pada sebelah kertas yang digunakan dan disertakan juga dalam bentuk CD (soft copy).

7. Penyertaan hendaklah disampaikan menggunakan borang rasmi.

8. Setiap guru cemerlang boleh menghantar tidak lebih daripada dua buah rencana sahaja.

9. Hanya rencana yang mencapai tahap penilaian akan diterbitkan.

10. Penulis yang rencananya diterbitkan akan menerima sebuah buku dan honorarium yanag difikirkan sesuai.

11. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Mac 2011. Karya mesti sampai kepada MGCM pada atau sebelum tarikh tersebut. Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan.

12. Pada muka hadapan rencana hendaklah dituliskan butiran yang berikut:

a. Nama Penulis (seperti di dalam kad pengenalan)

b. Nama dan alamat sekolah

13. Hantarkan hasil penulisan dalam bentuk soft copy (CD) dan hard copy kepada:

AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

7, JALAN BAUNG, TAMAN BINTANG,

83500 PARIT SULONG

BATU PAHAT, JOHOR.

012 7373690

È

blogger templates | Make Money Online