Friday, September 28, 2007

Deras Ramadhan... (3)


Sepanjang pokcik berjalan2 dikedai depan tu, nampak cam dah mula oang berjual kuih2 atau biskut raya. Macam jenis ada, bersusun2 penuh satu meja. Harganya pun boleh tahan juga. Ada oang kata naik sikit tahun ni, Ntah la, pokcik tak pernah beli pun.

Selain kuih2, ada gak ler kerepek2 yang bermacam jenis. Ada kerepek ubi, rempeyek, kacang2 dan juga muruku.

Alahaii.. pokcik suka betul dengan muruku. Dulu masa pokcik kecik, time mak nak buat muruku, maka berkobar2lah pokcik menawarkan diri untuk membantu. Cuma bantuannya tu hanya sekadar si tukang picit acuan saja. Adunan seme pokcik tak kacau, nanti jadi lain plak. Acuan kayu yg serupa lampu aladin tu, memang kadang2 susah nak dipicit. Pada pokcik sajalah mak bergantung harap ( kekononnya la tuh ). Sampai pokcik jadi berskill sungguh dalam menggelek2 acuan tu utk mendapatkan muruku bentuk bulat dan kemas. Tu pasal la, dah tua2 sakit pinggang.. kekekek saja jek.. hu huu

Kuih bangkit ( yg pokcik sampai skg pun masih konpius dengan namanya. Tang manalah yg bangkit tu? ) pun rajin mak buat. Masa tu pokcik tukang tekan jek bila tepung dah siap digelek sampai leper.. kalau ada keja lebih tulun2 la susun dalam tutup periuk saiz kecik untuk dimasukkan ke dalam oven tu.

Lagi satu yang pokcik suka makan ialah kek. Dan memang tak sah raya kalau tak wat kek. Kalau untuk wat kek tu, letak dalam acuan yg lopong di tengah, yang oang salu wat kuih bakar guna bekas tu. Lepas tu dibakar dalam oven empat segi, cap rama2 bewarna hitam, yang ditenggekkan atas dapur minyak tanah. Panasnya membahang hingga ke serata dapur. Arwah mak memang rajin buat kuih. Walau pun kuihnya sama je tiap2 tahun tapi sedapnya tak berubah.

Amat seronok kalau beraya kesana kemari, sebab tiap2 umah ada kuih yg berlainan jenis, dan tersendiri rasanya. Resepi keluarga barangkali.

Zaman sekarang ni, kalau pergi 10 umah, kesemunya ada kuih yg sama. Maklum la, ditempah dengan Cik Bedah hujung simpang sana. Kalau yg Almond London2 plak, tak yah susah2 pergi cari sampai ke London atau Indon, tempah saja dengan Makcik Maimon. Dia memang pakar membuatnya. Belum lagi kuih suji, semprit, tat, makmur dan sebagainya. Ada saja ejen yang menjualnya.

Domkian la yg pokcik perhatikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Budaya membuat kuih dah terlalu ditinggalkan. Barangkali manusia sudah semakin sibuk apatah lagi dalam menghadapi perayaan besar sebegini.

Apa agaknya yang akan terjadi pada genersi akan datang ek? Tentu langsung tak pandai nak buat2 kuih ni, apatah lagi nak kenal ayak tepung, penggelek, acuan dari tembaga, oven cap kupu2 dll.


Entah la.. Bila mengenangkan akal hal itu, sedih pokcik dibuatnya..

Eh, pokcik nak ke keluarlah. Cadangnya nak ke umah Marpunah janda.. kata oang kek nye gebu2 gitu, pokcik pun tak pasti... keknya gebu ka, atau oangnya yg gebu kekekek ..

Tapii.. alahh.. pokcik malu la.. hik hik


Alahaiii…

Wednesday, September 26, 2007

Syahdu..

Lagu raya pokcik paling suka sekali..

Uiii syahduu... jangan tak syahduuu.. hik hik


Rindu Syahdu Di Hari Raya - Nurul

Indahnya sungai yang mengalir
Nyamannya angin yang beralun
Kicauan burung dipagi yang dingin
Bersama terbitnya mentari

Terbayang sanak saudara
Gurauan sesama keluarga
Mesra berkunjung ruih suasana
Riang menyambut hari mulia

( 1 )
Kini ku di perantauan
Di kota indah dan menawan
Tapi hati rindu pada kampung halaman
Desaku yang telah di tinggalkan

( 2 )
Ku memohon maaf serta ampun
Salamkan ku kirim pengganti diri
Doa restu ayah serta ibu
Menjadi penawar
Rindu syahdu di hari raya

Monday, September 24, 2007

Deras Ramadhan... (2)


Kalau zaman pokcik muda2 dulu, setakat berterawih 20 rakaat dengan tambahan witir lagi 3, tidak jadi masalah sesangat. Bertenaga dan laju sahaja temponya. Siap boleh tergelak2 lagi selepas itu. Bukan gelak kerana seronok dan gumbira terawih, tapi dok geli hati kerana menenguk gelagat para oang2 tua yang bermacam ragam dan aksi dalam berterawih.

Kini setelah 50 tahun berlalu, ragamnya tak banyak berubah. Domkian la kebiasaanya setiap kali malam berterawih ni. Imam Dolloh yang sering mengetui makmum yang lain pun semakin perlahan tonggang tonggek nya bila dah hampir nak ke rakaat yang ke 8. Makin tak larat agaknya oang tua tu agaknya. Maklom la , dah tua gitu.

Pokcik sebagai makmom yang setia, taklah berapa kisah sangat. Walau pun tidak di piawai kan sebanyak mana setiap tempat nak buat , kalau ada yang hendak buat lebih apa salahnya.

Cuma kadang2 geli hati tenguk kawan2 pokcik , oang2 tua tu punye gelagat. Bila dah duduk Tahiyyat Akhir tu.. nak bangun pun cam susah. Ada yang terpicit2 paha, terketuk2 kepala lutut, ada yang cam dah surrender, tenguk kanan sini.. kut2 ada oang yg selepak dengannya kekek.

Ada juga yg terpinga2 seolah bertanya sendiri, Eh, kan dah abih ni.. kekek Bila ramai yg naik semula utk rakaat seterusnya, terbongkok2 la dia bangun sambil tergaru2 pinggang dan punggung.

Cuma satu jek yang tak berubah sejak dulu iaitu aktivit lepas terawih. Sambil2 membuang lenguh, sambil2 la pula mengadap apa yg ada, kuih2 karipap ka, lepat ka, cekodok ka. Pulak tu kalu disediakan seteko besor kopi O kaw, lagi la boleh melangut lama jadinya.

Makanya, selepas berterawih, kita tar “kuih”lah pulak ye.. hik hik

Alahaiii…

Friday, September 21, 2007

Kad Raya...


Ada sesuatu perasaan yang agak menghalus terbit dalam diri ini tatkala terpandangkan sebuah replika kad yang amat besar dan berwarna warni dikedai buku di pekan itu. Dalam benak pokcik yang agak perlahan sejak bermula puasa ni, masih juga nak terfikir2 dengan soalan bodoh, “ Siapalah nak menghantor kad yg besor2 tu?”

Akhir sekali, baru pokcik perasan bahawa ia sekadar hiasan sahaja.

Pokcik pun tak berapa ingat bila kali terakhir pokcik dapat kad hari raya. Agaknya pada raya tahun lepas kut bila beberapa kad mula mengunjungi pondok pokcik dari insan2 yg sudi menghulur salam persahabatan. Oh! terharu sungguh pokcik dibuatnya. Serta merta pokcik menggantungkan kad2 tersebut di siling pondok dan tak lama kemudian menjadi mainan Cik Tom gemar pula. ( Seronok dia tengok beraneka rupa yg bergantungan agaknya, lalu selalulah dia melompat2 sambil cuba mencapainya)

Pada sesiapa yang berjalan2 weekend ni. Singgah la dikedai2 buku dan boli kad raya banyak2. Hantar la kat ayah ibu, adik abang, sedara mara atau teman tapi mesra. Walau pun sekarang ni dah ada berjenis cara kiriman yang tidak melibatkan setem dan kertas nyata, namun perasaan yang jauh tersembunyi didalam hati anda kadang2 tidak dapat di zahirkan secara nyata2 jua.

Sekarang ni dah canggih, ada kad letrik lagih. Boleh antor bila2 masa dah tak payah menyusahkan sang posmen. Cuma bila dah terlalu mudah mengucapkannya, takut akhirnya kadi sekadar mainan dihujung jari sahaja.

Pokcik bukan nak kata tak bagus. Tapi kalau diberi pilihan, pokcik lebih suka kad.

Kad pengganti diri , yang sering di ulangi sang penjual kad, jua mengusik peduli pokcik untuk mengakui akan benarnya hal ini. Maklom lah, pokcik kan oang lama, serba pejam IT, tak berapa trendy dan klasik nasonol lagi. Tentulah amat suka kalau dapat kad yang asli lagi boleh dibaca serta dipegangi. Kemudian lekat kat dinding dan ditatap dengan penuh suka hati.

Ada jugalah yang bertanya akan alamat pondok pokcik ni. Dan sejak beberapa hari lalu, jenuh pokcik mengucapkannya hinggakan waktu tidur pun tercakap-cakap mengenainya. Hik hik.

Alah.. musti oang kata pokcik ni mengada-ngada dan saja nak glamer. Isyy.. jangan ler cam tuh, kecut hati pokcik dibuatnya. Menggebu2lah pilu dalam dada ini.

Tak ada la niat cam tuh. Tapi kalau oang tua cam pokcik ni selalu diceria2kan hatinya, alangkah besor pahalanya gitu. Apatah lagi diingiti2 dalam saat nak beraya besor ni. Hik hik.

Dah.. manalah tahu.. kalau2 hayat pokcik tak berapa nak panjang tahun depan. Dah tua2 ni selalulah juga badan2 sakit sana sini.. alahaii.

Kalau yang sudi nak menghantar tu, alamatnya pokcik dah letak sana siap2 ( atas kanan, bawah gambar pokcik yg kecik lagi hensem tu).

Dan untuk lebih adil dan saling ingat mengingati, Hah, pokcik pun sangatlah sudi nak memberi kad raya. Esok2 pokcik akan pergi boli kad raya barang satu dua guni kekekek..

Sila lah mengirimi alamatnya ke sini mersik40@yahoo.com kalau anda mahu titipan dari orang tua ini.
Pada yang sudah memberi, jangan bimbang, insyaAllah akan pokcik utusi nanti..

Akhir kata... selamat bercuti hujung minggu. Selamat berpuasa, berbuka dan bersahur.

Alahaiii…

Tuesday, September 18, 2007

Deras Ramadhan...

Sedar tak sedar, sudah hampir seminggu kita berpuasa. Itulah yg pokcik selalu terpinga2kan , yakni bertapa cepatnya masa berlalu. Apatah lagi disaat umah Islam seluruh dunia meraikan bulan ramadhan yang berkah ini. Memang tak terasa berlalunya.

Hari2 Ramadhan pokcik cam biasa sahaja. Macam dulu2 dan sekadar begitu2 lah jua. Segala aktivitnya juga sama tak berubah. Cuma tak boleh makan dan minum serta tido yg tersangat2 gitu.

Petang2 kalau tak hujan, pokcik pergi la berjalan2 ke Bazar Ramadhan dikawasan perumahan sana mencari sang popia yang lama tidak ditemui kekeke. Kali ini pokcik tidaklah mahu teruja2 , kerana apa yg kita harapkan tahun2 lepas tidak semestinya ada tahun ini. Pokcik berasa sungguh pasrah kasih gitu. Namun, rasa sedih dan terkilan ni pokcik buang jauh2.

Bazar Ramadhan di tempat yang digelar oang seksyen 7 ni agak sesak hampir setiap hari. Berduyun2 oang dtg dan kebanyakannya adalah siswa siswi Uitm yg menyewa nyewi disitu. Jenuh la pokcik nak menempuh dan meninjau kuih2 yg ada kerana sekali gerai2nya dikerumumi oang, maka tercongok2 la pokcik kematian idea.


Nak menyelit takut tersentuh anak dara yang nakal mata. Nak melompat2 takut terpijak kaki mak janda pula. Aduh payah laa cam ni. Melainkan si penjual tu menjerit2 , murtabak ka, air tebu ka kuey tiaw ka, korma ka, nasi kerabu ka..., baru laa pokcik tahu apa yang dijualnya. Domkian la betapa dasatnya keadaan Bazar Ramadhan di kawasan ini.

Sesekali pergi pun seronok juga. Rambang mata dibuatnya. Makanan beraneka rupa dan warna. Dari yang seringan2 keropok lekor sampailah seberat2 nasi berlauk, semua ada. Pilihlah saja yang mana suka. Ada yang memborong sampai rebeh bahu dan penuh dua tangan menjinjing. Pokcik takde la nak bersangka jahat, mungkin dowang ada anak ramai kut hik hik.. Tapi kalau membeli kerana nafsu yang tak de sempadan tu, maka akan membazirlah nanti jawapnya.

Dengan sesak yang menyukarkan pergerakan, pokcik pun terhanyut dalam lautan manusia yang penuh berselera nak berbuka macam2 benda tu. Ikutkan hati memang lah nak makan apa saja, tapi karang lepas togok dua tiga cawan air dan beberapa biji kurma serta kuih2, mau kenyang dibuatnya. Kalau ditambah pula dengan nasik, aduh... bisa terduduk gitu, dan perlahan2 terlelap kekenyangan kekekek..

Tah lah, macam2 cerita bulan puasa ni. Memang cite makan la yang selalu diulang. Nak wat cam mana? Manusia berubah, generasi bertambah… sebab tu kena ulang2 nasihat selalu. Hik hik

Nanti cite lagi lah.. dah lambat rasanya. Pokcik pun nak bersiap2 ni gi bazar ni.


Semalam, boli patplo ketul popia salut sambal, cam tak cukuppp jek kekekekekeke

Alahaiii…

Sunday, September 16, 2007

8 Fakta. Ada apa dengan pokcik?


Pokcik mengambil peluang ini untuk menjawab tag dari Iza , norra dan jua John Norafizan yang men tag pokcik baru2 ini. Terima kasih lah daun keladi, banyak2 keladinya kekeke. Murah rexeki pokcik kena tag sejak akhir2 nih hik hik

Antaranya yang menarik tentang tag ini ialah, ia menyatakan kita perlu memberitahu seklain akan fakta atau kebiasaan mengenai diri anda sendiri. Ooo itu macam ka? Alahaii.. cam sesi meluah2 rasa pulak.. Yo la.. tak kisah ler tuh. Lagi pun, biasa ler.. bagi diri pokcik, tiada ruhsia antara kita.. hu huuu


Jadi pokcik akan memberitahu fakta yang berkenaan dengan diri pokcik. Tiada yang berfakta melainkan fakta fakti belaka..hik hik


1. Pokcik sebenarnya peramah dan suka tersenyum. Cuma sejak2 dah tua ni.. senyumannya menjadi semakin kurang kacak dan meleret2. Ditambah pula dengan gigi yang dah hilang banyak sehingga tinggal jadi dua batang saja, menyebabkan senyum pokcik yang berseri2 tu jadi sengih2 kerang ditengah hari pulak. Maap jek la.. kekekek


2. Pokcik tak berkisah sangat pasal bab makan2 ni. Maklom lah, dah tua dan tak berapa laju suapnya ( tapi kerap kekekek ). Sebab tu lah, kalau pokcik pergi umah oang atau dijemput bertandang, prinsip pokcik satu jek Sangat senang ( dan selalu dikabo2kan pada tuan umah) yakni ..” Yang tak ada jangan keluarkan…! “ hik hik


3. Pokcik salu melihat hidup ini sebagai sesuatu yang indah dan tersendiri. Setiap manusia ada bahagian susah senangnya masing2 didunia ini. Namun dengan sedikit rasa rendah diri, mentaati, syukur serta tabah hati, insyaAllah segalanya rintangan dapat diatasi. Walau pun tinggal didalam pondok tapi pokcik rasa tenang dan senang. Apa ruhsia nya..? Haaa… kenalah tinggal dalam pondok dulu.. kekeke hu huuu


4. Pokcik sebenornya sangat benci pada kesedihan. Tak tahulah kenapa. Mungkin pokcik terlalu takut untuk mengalaminya dan menderita berhari kerananya. Sebab itulah, walau apa pun yang terjadi, pokcik cub amenanganinya dengan ceria dan cuba menyembunyikan kesedihan disebaliknya.


5. Pokcik suka berjaga sampai jauh malam. Selain ngeteh2 pokcik pun sukalah melihat bulan sambil melayan perasaan. Cuma sejak akhir2 ni timbul kepelikan pulak. Apabila pokcik dah mula duduk2 , baru nak memikir2 dan melihat,sedar2 jek dah siang.. iksh iksh.


6. Peperangan paling dasat yang pokcik alami selain kisah2 zaman Jepun dulu ialah menentang si Dol Leman masa cuti sekoloh hari tu. Sejak pagi, pondok pokcik dibedil tanpa sesaat pun dibiarkan sunyi. Walau pun pokcik manawarkan gencatan senjata kayu, namun dia buat kayu jek. Akhir kemanangan pokcik ialah apabila bantuan datang lalu memiat telinga budak nakal itu dan mengheretnya pergi. Fuh! Terima kasih Mak Limah.. kekekek


7. Permainan masa kecik2 yang sampai sekarang masih pokcik main lagi ialah ialah “pondok-pondok” . Cuma kali ini, pokcik main sendiri jek.. hu huu

8. Pokcik selalu terkilan melihat peluang yang terlepas atau dilepaskan. Secara tak langsung akan membuatkan hati jadi sedih dan menyesal. Sebab dalam hidup pokcik sendiri, ada banyak peluang yang pergi begitu sahaja. Dari itu.. sebagai bebelan yang selalu pokcik beri pada semua. Rebut sahaja peluang yang ada didepan mata dan terus berusaha hingga berjaya. Jangan lupa berdoa sekali.

Tu jek la, fakta fakti tentang diri pokcik yang serba glamer mamer ni.. kekek

Dan seperti selalunya, pokcik malu nak tag sesapa kekeke.. sesapa yang sudi, sila la keke


Wednesday, September 12, 2007

Sakit puasa...


Sejak beberapa jam yang lepas, ada rasa tersentak2 berdatang di dalam dada pokcik ini. Rasa seperti menekan2 serta menghimpit sangat2. Menyesakkan rasa ingin bernafas pokcik saja. Berbotol2 minyak cap kapak sudah dilumur, namun sakitnya yang agak degil ni kerap berpindah randah pula.

Kadang ke hulu hati mengutil2, pas tu menggeletek paru2 sebelah kiri pulak, tak lama kemudian, mengucil2 dalam perut, terus mengusik2 pula buah pinggang dan lain2 bahagian dalam badan, hingga hampir monopous pokcik jadinya.

Apalah punya sakit yg melanda ni? Sarat dan serba berbisa gitu...

Aduh.. susah betul kalau cam gini.

Cam mana pokcik nak puasa nanti? Tentu tak leh puasa kalau kena sakit2 cam ni..

Kan? kan? kan?

Kekekeke… alahaiii..


Nota cagu .

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Puasa jangan tak puasa tau.. hu huu

Friday, September 07, 2007

Le memoir de kampungku... (2)

Sekali air bah, sekali musim berubah. Dalam terik2 manja mentari pagi yang menyinar, sesekali turun juga hujan ditengah hari. Domkian la.. pasang surut air laut yang membentuk atmosphera kg pokcik yg redup dan hening hawanya. Siapa datang kemari dan merenung air di kali tentu rasa nak datang berkali2. kekekeke

Amat sukar untuk diluahkan dengan kata2. terlalu tersendiri dan asli keindahan alam di dunia nan satu ini.

Kalau masa cuti2 tentulah riuh sikit, pabila anak cucu teringatkan mak ayahnya dan tersibuk2 lah pula nak balik selalu. Memang lumrahnya begitu2lah. Tapi, sudah cukup untuk membuatkan oang tua merasa suka dan terhibur dengan gelagat anak2 cucu di zaman “ kota batu “ itu. Yang agak jakun dengan suasana kampung hingga terjerit2 neneknya bila kepala angsa dan itik dipulas2 dek mereka.. adohh

Pak Iman Dolloh tersengih2 bila pokcik menyapa. Katanya, skg ni musim oang kahwin.. sibuk sikit jadualnya asyik ke sana ke mari dok menikahkan oang. Maklom la, anak2 dara kg.. sejauh mana pun mengembara berhijrah merata, bila nak kahwin ke situ juga baliknya. Lagi pun di situ jualah majlisnya akan diadakan nanti.

Ya, majlis kenduri kahwinnnya yang maintain meriah macam dulu. Dimana, sekelian warga kampung berduyun2 datang membantu dan kadang mem“batu“. Walau rata2 mereka yang datang adalah si tua2 belaka , namun atas semangat berkumpul dan bermasyarakat penyayang yang bergelora2, yang bermukin tegar dalam diri masing2, sayugialah mereka semua hadir sama.

Setengah darinya sudah uzur bebenar dan langsung tak dapat membantu hatta memasukkan telur dalam kotak pun berjam2, eh... tetap juga nak pergi.. Agaknya, sambil2 jumpa kawan lama, sambil2 tu la nak bercerita pasal mende yang lama2 dan tentunya.. benda yg sama.

Ah, tak mengapalah… nanti pokcik cerita lagi ya.. alahaii..

Thursday, September 06, 2007

Berulang...


Pagi ini lidahku terkoma
Kaku berbicara terdiam lama
Kerana fikirku menjadi lama
Takut2 terulang benda yg sama.

Ah.. !
Ketuaan ini merimaskan
Menyempitkan minda
Menyekat logistika
Mengalih pesona
Serta memberi tanda

Bahawa..
Aku semakin uzur agaknya..

Tuesday, September 04, 2007

Le Memoir de kampungku...

Pokok kelapa komeng depan umah masih lesu lambaiannya. Sesekali di hurung kera2 liar dari hutan berdekatan semakin bertunggul2 jadi daunnya, hingga jelas kelihatan pucuk2nya yang togel. Angin dari selat pun sering merderu laju saban pagi memaksa penghuni2nya tercari2 selimut yg tercampak entah kemana dalam tidur ganas nan semalam.

Domkian la kg pokcik ini… terlalu nostalgia untuk dirasai, hinggakan kalau jauh dimata pun tetap nak jejak kaki kesini. Walau bahang pemodenan sering mengugat kesejahteraan permandangan nan hijau permai, namun warga2 tua yang bermastautin disini ada kisah dan identitinya yg tersendiri.

Sesekali duduk disini, rasa tenang hati dibuatnya. Sukma berlagu2 dizapin bersama kicau burung dan haruman tumbuhan yang subur melata disekitarnya. Musim durian, manggis dan rambutan sudah lama berlalu. Namun musim cempedak baru hendak bermula, mengaromakan setiap umah dipinggir kota ini. Membuat selera bertambah terbuka lagih.. Goreng pun sodap! kekeke

Tenang air di kali pun sentiasa mengusik perasaan. Membuai nostalgia, mengimbau kenangan dulu2 yang semakin kelabu. Dulu tempat itu adalah tempat berkubang berendam, zaman kecil2 dulu. Sekarang ni... sudah tohor dan sesuai untuk sang lembu minum sambil merumput sahaja.

Belum lagi bersama warga emasnya yang hanya tinggal tak seberapa. Mujur Tok Lipat masih ada dan masih terus melipat2 (mengurut).

Ah, terlalu banyak yang hendak diceritakan perihal kampung ku ini... Namun pokcik tak berdaya, kerana terbit pula bisul di ketiak ni sejak semalam.. alahaii..


Nota cagu :

Pokcik tak dapat nak terangkan kaitan antara bisul diketiak dan ketidakupayaan bercerita.. sungguh complicated gitu.. kekekeke