Monday, March 28, 2011

Kelucahan terlampau




cuba teka kenapa monyet ni terkejut beruk???


p/s : monyet adalah binatang tidak berakal yang akan menjadi terkejut beruk apabila melihat sesuatu yang menarik minat mereka. Dan bila dia mula menjadi excited mereka akan melompat-lompat dan menjerit-jerit bak seekor ungka, selayaknya dalam keluarga beruk.
Monyet juga dalam beberapa keadaan boleh menjadi tenuk gemuk yang hitam

mati lah.


Dapat teka??







Sebab dia telah melihat kelucahan terlampau! Tu dia tetek lanyut seekor monyet tua. Stim tak jantan-jantan tengok?

Rasa macam nak pergi merogol tak? Rasa macam diri anda telah ditarik hak asasi sebagai manusia kerana dipertontonkan dengan gambaran-gambaran lucah yang boleh memesongkan akidah?


Jelas lah tu tetek mak vass. Kalau tak suka nampak tanda pangkah tu, dan sila klik!


Kekwat macamana tak monyet tu kan.

Tapi itu lah, kita bukan monyet. Kita adalah manusia dan manusia ini diberikan akal dan fikiran. Contoh monyet kat atas tu. Dia bukan pandai buat bra ke beli bra ke, jadi dia takde pilihan untuk menutup tetek dia dengan coli dan sebagainya. Terpaksa mendedahkan segala-galanya macam tu.

Sebagai manusia kita ada pilihan. Bayangkan kita feeling-feeling nak membeli belah disupermarket bagai pastu kita hanya pakai kain je. Kat atas kita tak tutup haruslah tak sempat masuk supermarket tu kita akan dirogol oleh bangla yang mengumpul troley tu bergilir-gilir. Provided kita cantik lah. Kalau rupa dan tetek kita cam beruk kat atas, beruk pun fikir dua kali nak merogol katanya.

Jadi berbalik pada titik persoalan. Sebagai manusia kita ada pilihan. Sebagai orang bertetek kita boleh buat pilihan samada untuk keluar dan berjalan-jalan topless dan menampak kan tetek kita, atau kita boleh menutupnya.

Dan sebagai orang yang melihat pulak, kita boleh menasihatkan orang itu untuk menutup teteknya dan kalau orang itu taknak, kita boleh tutup mata kita atau pandang tempat lain.

Dan sebagai seorang blogger pulak, kita akan melaporkan yang kita nampak tetek. Bloggers hanya menyampaikan apa yang terjadi pada dia dan perkara-perkara yang dia rasa menarik untuk dikongsikan.

Unless blogger itu menunjukkan teteknya sendiri, kita kata lah bloggers itu gila. Tapi kalau bloggers itu mempamerkan tetek-tetek yang dicari maka macam jugak wartawan-wartawan mereka hanya melaporkan.

Kesalahan adalah pada orang yang mempamerkan, bukan orang yang melaporkan. Walaupun laporannya ada niat-niat yang tersendiri.

Contohnya, ada seorang rakyat yang mengambil video seorang ahli politician sedang beromen. Salahnya pada politician yang beromen atau orang yang mengambil video tersebut?

Macam jugak wartawan yang menulis dengan etika profesyen mereka sendiri, at the end of the day mereka akan dapat gaji bulanan. Walaupun mereka cakap mereka tulis sesuatu yang berilmiah dan penting untuk masyarakat, secara self interestnya mereka menerima pendapatan bulanan. Ada ke orang nak jadi wartawan dan tulis free?

Bloggers pun macam tu. Ada sesetengah bloggers yang menulis kerana mereka mahu berkongsi sesuatu yang penting dalam hidup mereka. Ada yang sengaja cari pasal dan ada yang sebab orang lain menulis blog dia pun nak menulis blog jugak yang end up copy and paste dan plagiarism tanpa ada perasaan malu dan mengaku itu adalah hasil mereka yang original.

Jadi masyarakat bloggers ini ada ramai dan berbagai jenis dan masing-masing akan menulis apa yang paling dekat dalam kehidupan mereka. Pilihan hidup mereka adalah hak mereka sendiri, seperti yang telah termaktub dalam undang-undang sebuah negara. Pilihan hidup mereka mungkin tidak betul dalam mata masyarakat, tetapi itu adalah kehendak mereka.

Kita tidak paksa orang untuk respect atau menerima, tetapi cukuplah sekadar tidak mengenakan atau memberi kesan yang negetif seperti menakut-nakutkan, memeras atau mengugut untuk memalukan bloggers tersebut.

Unless kalau bloggers tersebut jelas telah melakukan kesalahan dari segi undang-undang di bawah akta contoh akta keselamatan dalam negeri dengan berniat untuk merosakkan negara dan menganggu gugat kesejahteraan hidup rakyat lain yang tiada pilihan atau tidak mampu membuat pilihan dengan menyebarkan cerita dan dakyah jahat dan tidak benar dan sebagainya.

Jadi macam jugak orang lain, some bloggers they get better in time and they are better than anyone else. Dan a good bloggers, terutama dalam dunia yang semua-semuanya berasaskan pada pengetahuan ni will somehow have readership yang ramai. Readers ini membaca kerana mereka menyukainya atau mereka rasa mereka perlu tahu dan dapatkan maklumat untuk mendedahkan diri mereka dengan ilmu-ilmu baru.

Jadi bloggers popular ini pulak boleh ambil kesempatan dengan reward themselves dengan menjana pendapatan dari iklan-iklan yang ada dan sebagainya.

You see, dalam isu ini bloggers itu tidak lah bersalah jika blognya hanya dibaca oleh 2 orang, atau 3 orang, atau 4 orang. Tapi bloggers itu automatik jadi bersalah bila blognya di baca oleh 1000, atau 2000 orang sehari. Atau 50,000 dan sehingga beratus-ratus ribu orang sebulan.

Jadi sapa yang bersalah sebenarnya?

Adakah pembaca? Mereka boleh pangkah dan tekan alt+ctrl+del

Adakah kerajaan? Kerana menyediakkan infrastructur yang canggih untuk rakyatnya

Adakah SKMM? sedangkan mereka boleh sahaja menghalang blog ini dari dipublish dengan hanya satu klik sahaja

Adakah blogger? kerana mereka hanya menjadi penglipurlara.


Jadi yang salah adalah mereka dan keluarga mereka, sebab mereka tidak pandai membuat pilihan dan sentiasa cuba untuk mencari kesalahan orang lain. Kerana keluarga mereka tidak memberi pendidikan yang betul untuk menjadikan mereka insan yang lebih bijak.

well, you cant blame others for being stupid and ugly you see. Its not fair.


So yang bersalah adalah mereka yang tidak mampu membuat pilihan. Marahkan orang ini, jangan dimarahkan orang lain.


Apa ntah aku melalutkan ini.




Anyway, ini adalah satu entri mengenai satu gambar yang sangat lah lamanya. Tapi masa akak dok tengok-tengok perhatikan gambar-gambar lama ni, akak rasa macam rindu pulak.

Especially sekarang ni jiwa akak terasa begitu kosong dan kacau bilau. Dalam bersedih dan berduka itu, akak pun bukak lah balik gambar lelama ni. Pastu tersengeh sendiri macam orang gila.

Banyak perkara berlaku yang menyebabkan akak terfikir balik dan merefleksi semula apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup.

Anyway, tengah dok tengok gambar-gambar tu akak terlihat gambar aiskrim ni.


NI aiskrim yang special kat Songkla tu. Masa akak gih jenjalan ke Hatyai tahun lepas. Sempat lah singgah kejab je Songkla ni. Songkla dalam sejam lebih perjalanan ke utara Hatyai. Berani mati walaupun ada dua orang dalam rombongan tu hanya memakai border pass sajork. Kalau kena tangkap pastu tak leh balik mampus kat penjara siam tu jadi nang nak katanya.




Tu dia, sikit punya suka kakak ni tengok wanita bertubuh gergasi datang nak makan aiskrim dia. Untung-untung sekali sales boleh balik terus, tak yah kerja 3 hari ni.



Keistimewaan aiskrim ini adalah ia diperbuat dari santan. Bukan macam aiskrim biasa yang mengunakan susu. Jadi lemak manis dia tu lain sikit. Rasa dia pun dah sah sah le lain kan.

Dan aiskrim ini dihidangkan dalam tempurung kepala muda yang masih ada isinya. Bila kita makan aiskrim tu kita korek isirong kelapa tu.

Pastu aiskrim tu ditop up dengan roti, kacang, buah nipah, halwa dan juga betik yang telah dijerukkan.

Rasa dia memang nyaman dan menyegarkan sekali.


Tu dia, sila abaikan tetek akak yang senget sebelah itu.



Thursday, March 17, 2011

Mimpi Ngeri

Korang pernah bermimpi tak. Mimpi yang sangat jelas sehingga mampu untuk mengingati setiap kejadian dan keadaan sekeliling mimpi tersebut.

Selalunya, bila akak mimpi kan, akak tak hingat pun mimpi tersebut, kecuali mimpi main. Hazab. Pastu aku dok merengsa sendirian memikirkan pasal menda tu sampai tetek akak menjadi keras secara automatik.

boleh.

Anyway, akak memang jarang bermimpi. Dan bila sedar dari mimpi akak akan cuba ingat apa yang akak mimpikan, tapi akak selalunya gagal untuk. Tapi kali ini lain sikit. Mungkin sebab akak tidur lewat dan kena bangun awal, jadi time frame mimpi tu pendek jadi akak boleh ingat semuanya.

Kisahnya macam ni...

Akak tengah jalan-jalan pastu akak nampak menerusi satu tingkap ada orang hingar bingar kat luar tu. Akak perhatikan ada ramai orang macam sedang membeli belah di pasar malam. Ada satu kedai ni tengah jual Apam Balik dan semua orang dok beratur nak beli apam balik dia.

Jadi akak macam berminat akak pun pergi ke kedai tu. Tapi dalam mimpi kita tak yah jalan-jalan kan. Lambat, tak macam filem melayu nak tukar scene tu punya editing lambat gila. Tahu-tahu je akak automatik je terus ada depan kedai tu tengah beratur turn akak nak beli apam balik.


kau mampu mimpi beli apam balik?


Jadi akak beratur lah dalam ramai-ramai tu menunggu turn akak nak beli apam balik lah ni.

Pada masa yang sama makcik yang jual apam balik tu, dia jugak jual lengkong buah-buahan. Dan ada lah sorang budak pompuan ni beli lengkong RM5 hengget, tapi dia dapat 3 ketul je. Pastu ada sorang budak laki lain beli lengkong yang sama, dia bayar RM3 tapi dia dapat sepinggan lengkong tu terus, dengan pinggan-pinggan makcik tu bagi.

Budak laki tu amik lengkong tu dan akak tengok kat hujung jari-jari dia hitam macam orang pakai inai. Hitam pekat, kecuali kat bahagian kuku dia. Maksudnya bahagian atas tak hitam lah.

Lepas dia amik lengkong tu dia pusing, dan dia tengok dan jeling akak dengan wajah yang sangat sombong tapi agak menakutkan. Kekwat camana ntah dapat beli jelly.

So bila dia selesai beli lengkong, turn akak pulak beli apam balik.

Akak pun orderlah apam balik tu. "Makcik nak apam balik dua"

Kat kedai tu ada banyak apam balik, bertingkat-tingkat kalau akak nak dua patut nya boleh je dia bagi yang ada tu. Tapi instead dia gi masak apam balik baru.

So akak tunggu lah apam balik tu masak.

Bila apam balik tu dah masak, makcik bungkus pastu dia bubuh atas dacing dengan beberapa apam balik yang telah sedia ada atas dacing tu. Makcik tu letak kemudian dia tengok dial kat dacing tu berubah.

Pastu dia buat derk je, dan terus masak apam balik lain. Sambil tengok akak dengan muka selamba je.

Dia tak layan pun akak, dan terus amik order lain dan buat apam balik. Satu pun apam balik dia tak jual.

So akak pun naik hantu lah, akak pun belah. Masa nak pergi tu akak nampak ada satu lagi kedai apam balik kat tepi tu.

Akak pun gih lah kedai tu nak beli apam balik.

Kedai tu yang jualnya ada budak-budak. Ada dua orang budak pompuan, dalam usia 10-12 tahun gitu. Cantik sangat budaknya.

Dia cakap kat akak

"nak apam balik ke, tak dapat ya beli kat kedai tu"

Pastu akak jawab ah ah... budak tu macam tahu akak nak apam balik

Pastu dia jawab,

"kita tahu, awak nak apam balik"

Pastu dia pun buat lah apam balik tu.

Tapi cara dia buat apam balik tu pelik. Dia tak amik bancuhan apam balik tu pastu masuk dalam kuali, instead dia keluarkan waffle yang pudar yang belum masak pastu dia celup dalam campuran apam balik tu.

Dia siap sental sental siap perah perah waffle tu dalam larutan apam balik tu, sampai menda tu kembang pastu baru dia bubuh atas kuali.

Pastu dia cakap dengan akak

"Awak nak kemanisan hidup" (lebih kurang camtu la, tapi tak berapa ingat apa dia sebut"). Dia macam nak offer akak something untuk melegakan hati akak yang tengah panas tu lah.

Akak tanya dia balik, "apa dia?"

dia cakap awak nak kemanisan hidup, awak minum lah air soya ni.

Dan depan akak ada satu air soya. Kiranya macam dia suruh akak minum air tu sambil dia masak apam balik tu lah.

akak tak minum pun.



Tahu-tahu akak tertido.


Bila akak sedar, akak rasa macam masa dah lama. Pastu akak nampak budak dua orang tu pun tidur jugak.

Sebab akak tertido depan gerai dia. Dan bila akak celik mata, akak nampak dorang dua pun tengah sedap tido bawah meja.

Akak bangunkan dorang, dan cakap apam balik akak dah hangit.

Dia orang pun cepat-cepat bangun dan amik apam balik tu dan bagi kat akak.

Budak tu ada dua. Sorang tu yang buat apam balik, sorang lagi tu diam je post post tak cantik, sebab dia chubby.

Pastu akak pun makan le apam balik tu. Tapi apam balik dia rasa tak sedap dan kenyal, dan pelik sebab waffle kat dalam tu macam plastik dan dikelilingi oleh tepung apam balik yang nipis.

Bila akak pusing balik nak tanya budak tu, tiba-tiba semua orang dah takde.

Tinggal budak tu tengah jual apam balik, dan kat atas dia ada chandeliar yang lampu dalam banyak-banyak tu ada satu je nyala. Yang lain semua dah padam dan tempat tu gelap sekali.

Rupanya budak tu ada dalam bilik, dan dia jual apam balik dalam bilik dia. Akak tengok dari cermin tu sebenarnya akak tengok dari luar rumah.

Dan dalam bilik tu di sebelah kanan akak ada pintu lain. Dan orang-orang kat gerai tadi sebenarnya kat bilik sebelah atau kat luar rumah tu sebenarnya.

Dan pintu sebelah kiri akak tengok ada orang yang yang kuku hitam tu sedang perhatikan akak dan dia tutup pintu.

Pastu budak tu pandang akak, pastu dia cakap

"saya kerja jual apam balik sebab nak carik duit lebih nak beli lampu dan bayar bill elektrik."

And bila dia habis cakap je, lampu yang kelam-kelam yang nyala sebiji tu je pun padam.

Terus semua gelap.


...........................................


Pastu akak pun bangun.


Ntah apa punya mimpi pun akak tak tau. Dan mimpi ni sangat vivid gitu. Jelas sangat semua nya kecuali wajah-wajah orang lain, wajah budak jual apam balik dengan budak yang berkuku hitam tu amat jelas.


Pelik sebab akak tak pernah mimpi sebegini jelas, dan akak tak mungkin dapat ingat mimpi akak selalunya.


Jadinya, sapa-sapa yang pandai tafsir mimpi tu, cuba jelaskan sikit pada akak apa maksud mimpi ini.



Adakah dia ada makna, atau sebenarnya akak mengidam nak makan apam balik. Maklumlah hari ini ada pasar malam kat tempat akak.



Wednesday, March 2, 2011

Saman ekor

Sekadar ingin berkongsi bagi sesiapa yang ingin mengetahuinya.

Berikut adalah satu artikel yang ditulis oleh seorang pengamal undang-undang tentang hak penguna jalan raya mengenai

1. status saman ekor: adakah ia sah atau tidak
2. Pemberian diskaun untuk kompaun bagi kesalahan yang belum dibuktikan : adakah ia dibenarkan.
3. Kaedah-kaedah pemberian saman yang betul
4. Dalam kes apa, JPJ boleh mengambil tindakan seperti menghalang pembaharuan cukai jalan.
5. Apakah yang boleh dilakui jika kita dihukum tanpa pengadilan yang betul
6. Adakah penguatkuasa dalam menjalankan tugas legislatifnya boleh mengatasi tugas mahkamah.



Tiada unsur seks, atau perlakuan lucah, atau lawak-lawak sengal.

So sila buat lawak sendiri.


OLEH : Zulhazmi Shariff

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Gambar Hiasan : Diambil dari Encik Google

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Tuesday, March 1, 2011

business

Sekarang ni ramai kawan kawan akak semua sibuk nak business.

business ni kalau buat betul betul memang sangat menguntungkan. Sembilan dari sepulu kekayaan dalam dunia ni ddatang dari peniagaan. Orang kaya-kaya yang kita tengok dan ada kat sekeliling kita semuanya disebabkan business.

Belum lagi lah kita dengar orang kerja kat pejabat ke kat seven eleven tu jadi kaya. Kalau ada pun orang yang kerja bahagian management dan operational kat syarikat-syarikat multi nasional jadi CEO ke CFO ke CKO ke atau jadi VP syarikat.

Anyway tahniah kat kawan akak yang telah di pilih untuk interview bagi jawatan VP bagi sebuah syarikat oil and gas yang agak besar gak. Alhamdullilah rezeki Allah kalau nak bagi, Dia akan bagi. Bangga akak dengar walau masih muda dan ciklempuk tidak menjadi masalah utk dibagi jawatan yang tinggi ni.

anyway memang kalau nak kaya tu memang kena buat business lah. Kalau nak senang dan mewah lite-lite kita boleh lah kerja keras dengan orang, tapi still berada.di bawah telunjuk orang.

Kalau kerja gomen macam akak ni jangan haraplah nak kaya. Dah lah gaji kecik, increment pun sedih. Bonus pun bagi macam tak nak bagi je. Orang lain dapat bonus tujuh lapan bulan, pekerja kerajaan dapat limaratus je. Kalau kat kl ni lima ratus ni kalau pergi beli kain kan jakel tu, setengah jam dah habis.

Lain lah kita kerja kat badan-badan berkanun yang ada financial freedom dia sendiri dan tidak mengharapkan duit cukai macam socso ke EPF yang bonus sampai 5-6 bulan. Tak makan hati semua.

Kalau gaji pulak unless kita ni dah tahap JUSA, marasalah gaji besar sikit.

Kalau kita tengok ada.kakitangan gomen.yang kaya banyak duit tu dia ada 4 sebab je.

1. Sebab dia memang dah sedia ada kaya. contoh macam anak tony fernendes atau ananda krishnan atau syed bukhari yang kerja gomen semata-mata sebab dia memang suka kerja kerajaan sebab pergi kursus boleh makan 6 kali sehari.

2. Sebab laki atau bini dia kaya raya dan dia kerja semata-mata sebab dia suka borak-borak dan gossip gossip yang tidak boleh buat di syarikat swasta.

3. Sebab dia sendiri secara part time buat business samada dengan izin atau diam-diam. Masuk MLM ke atau business avon ke jual zhullian ke atau one drop perfume katanya. Macam kawan akak ni kerja cikgu tapi dia part time kerja make up buat pelamin dan kerja-kerja kahwin ni nak jadi jutawan dah. Pendapatan dari business yang dia buat hari minggu tu kadang-kadang lagi banyak dari gaji dia setahun.

Atau

4. Dia amik rasuah.

Cara-cara lain memang tak lah.


Nak dijadikan cerita, masa akak dengan kawan-kawan akak dok lepak minum borak-borak pasal business dan dok cerita pasal business kawan-kawan dan business anak ayam akak yang semakin berkembang kita pun masing-masing berangan lah jugak nak business.

Sorang kawan akak ni nak jadi wedding planner yang berjaya, especially lepas dia dapat banyak job wedding lepas dia handle job wedding elyana dan siti sarah. Sorang lagi kawan akak yang pernah kerja drngan dato mahathir lokman nak meneruskan part time buat compare atau jadi emcee.

Sorang lagi kawan akak ni tak mau kalah dia pun nak buat business gak ni. Masa orang dok bincang dia tiba-tiba nyampuk. . .


Katanya

"nok, mak ingat mak pun nak buat business lah"

bila kita tanya nak buat business apa, dia jawab. . . Selepas berfikir kejab dan dengan muka serius. . . Pastu dia jawab,



"mak nak buat business cleaning service. Mak suruh lah emak mak jadi cleaner"



*pengsan.


Kurang asam punya budak memang cadangan nak masuk neraka sangat kan?

Bila kita orang cakap. . . Ko gila kan nyah nak suruh mak kau jadi cleaner.

Pastu dia jawab dengan muka confident



MAK LANTIK LAH DIA JADI SUPERVISOR!!!






akak terus pengsan mulut berbuih tak bangun bangun.