Tuesday, July 28, 2009

Kubah National Park

Hari kedua di Kuching, Bumi Kenyalang lagi menyeronokkan. Kalau mula-mula sampai akak pose-pose ikan duyung di tepian pantai, walaupun sebenarnya lebih kelihatan seperti ikan dugong yang terdampar kehausan, kali ini akak pose-pose orang hutan pulak.


Untuk hari kedua, akak pergi Matang Wilf Life Centre dan Kubah National Park.

Nama glamour camana tah.

Tapi memang best.

Sedikit maklumat mengenai dua tempat ini.

Untuk ke Kubah dan Matang ni, kita perlu memandu dalam keadaan kejab laju kejab perlahan bergantung kepada monyet jenis apa yang memandu di hadapan dalam lebih kurang 20 KM. Sepanjang perjalanan kita akan melihat beberapa bukit bukau yang menarik sekali iaitu Gunung Serapi, Gunung Selang dan Gunung Sendok (Bukan Kak Senduk tau)

Kat park ini nanti kita berpeluang melihat hutan hujan dan pokok-pokok di Hutan Sarawak dan binatang-binatang yang ada dalamnya. Tapi jangan risau kita tak payah meredah hutan macam tarzan untuk melihatnya sebab semua dah di bubuh dalam sangkar. Tapi kalau korang jenis advanturous boleh lah pergi trail dalam hutan tu dan sesat sampai ke Indonesia.

Tapi maklumlah, ko nak suruh akak gih masuk hutan melihat keindahan alam memang jawabnya mustahillah, jadi akak pose pose kat tempat yang senang nak dilawati je. Jadi akak tak gih le masuk Kubah National Park tu, akak gih mandi manda kat tepi dia je.

Kali ini akak pergi melawat sungai di Matang dan gih rendam-rendam kaki sahajork




Ni lah tempat kita amik tiket nak masuk kawasan ini. Harga tiket dia RM3 seorang. Nampak tu, masih ada lagi poster hari Gawai. Nampak sangat dah berbulan baru nak update blog kan. Very der cerita basi past tense camana tah.




Ini pulak pintu masuk kat tempat tu, Nampak tu dua batang balak besar. Kat Sarawak ni memang banyak balak so tiang-tiang dan infrastruktur kawasan ini banyak dibuat mengunakan kayu menjadikan ia nampak lebih rustik.
Kat dalam ni ada banyak pokok-pokok palma yang besar-besar dan tumbuh-tumbuhan yang pelik-pelik, kalau korang rajin mengkaji korang akan nampak lah tumbuhan-tumbuhan yang hanya ada di Borneo sahajork.
Tu tengah pose-pose feeling "be the one with nature" tu. Memang seronok berada kat sini. Sungai dia banyak batu-batu dari mana tah datang batu tu, tapi akak rasa batu tu datang dari gunung2 tu dan di bawa ke bawah oleh aliran sungai. Jadi kalau nak mandi kita kena pandai menyelit-yelit celah batu tu.

ah tu camana posing baring2 atas batu tu piulerrr. Macam gadis Genittt sangat kan. Nasib baik batu tak retak.



Air dia sangat sejuk dan nyaman sekali.
Tempat ni tak ramai sangat orang, mungkin sebab masa akak pergi tu on weekdays kot. Tapi tempat dia cantik dan best kalau nak piknik. Paling penting tempat ini sangat bersih, terjaga rapi dan banyak kemudahan awam. Toilet dan tempat mandi pun bersih dan banyak. Tempat makan pun ada, jadi kalau lapar-lapar ada kedai-kedai yang menjual minuman dan snek jadi kita takkan kebulur kat situ.
Takde mat rempit busuk dok mandi pakai underwear dan buat summersault, jadi akak takde le nak amik gambar dorang. Kalau ada pun, dah sah-sah akak tak berani nak tengok nanti kena sumpit dengan someone.
Masa akak kat situ, terjumpa dengan seorang pakcik ni yang over peramah dan dia dok menceritakan pasal sejarah negeri sarawak ni sampai sejam lebih. Akak dah buat nguap nguap pun dia masih tak faham-faham lagi. Dah lah banyak fakta dia salah, or sebenarnya fakta dia betul, tapi buku sejarah kita yang salah, tak tau lah.

Kalau lah kawasan perkelahan kat semenanjung pun terjaga elok camtu kan best.
So kalau sapa-sapa gih Kuching tu gih lah sana, tengok keindahan alam sekitar yang mengasyikkan.
Sampai jumpa lagi,
daaaaaaaaaaaaa








Sunday, July 26, 2009

Tribute to an angel

While most of our nations' leaders busy recommending the concept of one nation, wasting much of the public monies on promotional ads and enourmous posters that no one realize or even bother to stop and read, she has single-handedly, in her own way promoting the splendor of cultural diversity and racial harmony through her beautiful work, silently instilling love and solidarity to the people who appreciated her work.

A real candidate if alive worthy of a Datukship.


While everyone is busy doing film about "i, he, she and them", she make stories about "us"! The real us.

And in her quest to become colourless, she inspires a lot of people, although some find her to be a bit blunt and different to some extend she was labeled as a cultural disaster.


Albeit being very different, she is always honest in her opinion, she couldn’t care less of what some small people think of her, and she keeps on providing us love, tender, loving and care with her stunning works. While there are only few who could not understand her, many others admire her aspiration.

It will long before anyone could come even close to what she has achieved, internationally, placing Malaysian film into international fame, only it wasn’t Malaysian film at all, it was hers!

Falter not of how envious inhabitants treated her, she stood tall and become the hero to most who actually believe in her work, and what she wanted to transpire from it.

She is no longer with us, but her legacy will always remind us of how important to love one another regardless of one race, religion or status.

She is indeed an angel sent from above.


RIP Yasmin Ahmad,


semoga roh mu di cucuri rahmat, mendapat shafaat dan diletakkan bersama golongan orang yang dilindungi.


Amin

p/s: it will be very hard to watch TV nowadays during festival when there will be no more short movies of her that somehow move and make us smile.

Thursday, July 23, 2009

Pose-pose Monyet

Lama betul blog ni terbiar sepi tanpa sebarang berita kan. Tapi nak buat macamana, tuntutan kerja-kerja kebajikan menjaga binatang-binatang di zoo yang bertambah-tambah jumlahnya telah mengambil terlalu banyak masa sehingga terleka menjalankan tugas-tugas yang kurang hakiki.

Tetapi memandangkan zoo itu lah yang menjadi punca pendapatan untuk mendapat sesuap nasi, bak kata orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hendak tak hendak terpaksa di utamakan dulu.

Tidak cukup zoo sepenuh masa, terpaksa lah pulak menjaga zoo separuh masa dan zoo secara jarak jauh juga.

Kerja banyak sebab banyak kuda, monyet, ungka, hyena dan serangga-serangga perlu di beri makan, kandang terpaksa di bersihkan, perlu di buat inspection supaya binatang-binatang ini tidak dahaga kan kasih sayang penjaga zoo. Binatang-binatang ini perlu di jaga kesihatannya, walaupun dikhabarkan terdapat beberapa yang telah pun terkena H1N1.

Tidak cukup menjaga zoo, terpaksa pulak memasang aircond dan kipas angin menyejukkan pengurus-pengurus zoo yang lain supaya sorru tidak miss.

Begitu lah kehidupan penjaga zoo.

Tapi takpe lah, janji cukup tempoh sepurnama dan cukup edah masa untuk claim tugas-tugas secondary nanti mampu lah tersenyum manis bila mengenangkan banyak betul tanah dan pasir untuk aku kais pagi petang siang dan malam.

Yang pasti anak-anak buah aku nanti tersenyum riang di pagi syawal yang akan datang tidak lama lagi. Kepuasan menghamba kan diri untuk kepentingan orang lain, kadang-kadang mengatasi kepuasan memastikan diri sendiri happy.

Apa aku dok membebel kan ni, aku sendiri tak faham.

Anyway, one day, penjaga zoo itu merasakan bahawa semua itu terlalu memenatkan. Penjaga zoo perlu melakukan sesuatu, dan penjaga zoo kekurangan kasih sayang. Jadi penjaga zoo nekad membungkus baju, seluar dan beberapa helai seluar dalam dan tekan-tekan papan kekunci melayari website penerbangan tambang murah dan tahu-tahu si penjaga zoo telah pun berada di .....





Sarawak Bumi kenyalang.

Riang hati tidak terkira. Kerana di situ lah terletakkan separuh lagi hati penjaga zoo.



Bak empat ekor kucing batu di atas stage serba agam ini, saling lengkap dan melengkapi. Saling perlu memerlukan, saling jilat menjilati. Sehingga lah... mendapat cop mohor yang diperlukan.

Opssssssss.. cop mohor apa kah ituuewwwww.....

F for Fiebie katanya.

Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk




Maka mereka pun berlari dan berlari dan berlari sehingga mereka sampai di satu laluan ini.
Laluan apa kah itu?

Sebuah laluan menuju ke satu destinasi yang cukup indah dan mengesankan. Laluan yang menjanjikan satu pengembaraan yang cukup manis, cukup menarik dan cukup bermakna.




Dan laluan itu membawa ke satu daerah yang sangat terpencil, di hadang oleh dua orang Puteri Sarawak yang sentiasa cemburu mencemburui, Sejinjang dan Santubong.

Cemburu kan kecantikan destinasi yang dituju.


Setiap inci daerah itu di kaji, keindahan kacukan struktur buatan manusia dan keajaiban ciptaan ilahi sangat menghairahkan. Di abadikan setiap satu darinya sambil membuat posing-posing maut yang tidak perlu, contoh seperti posing-posing Ungka di bawah





Tu diaaaaaaaa, posing Ungka 1



Posing Ungka 2







dan posing ungka gemuk.






Posing gajah laut,



Posing merokok membahayakan kesihatan

dan juga posing-posing bermain pasir, melengkapkan proses percandaan di pesisir pantai.

Pendek kata, tidak ada yang lebih romantis lah, selain dari bermain dan membuat kerja-kerja tidak berfaedah seperti mengorek pasir macam budak terencat akal, membayangkan bersama-sama membina istana bahagia yang tidak semena-mena memberi kepuasan yang tidak terhingga.


Oittttt perut sapakah itu yang sungguh mengharukan ituewww??





"Sayang-sayang, cepat tengok tu... keindahan akan berlaku" kata sang kumbang


"Keindahan apa Habibie?" Kata bunga reflesia saiz bas sekolah




wohhhhh, memang keindahan yang luar biasa.

Terpegun dan syahdu mata memandang takkala mentari mula malu-malu menghilangkan dirinya setelah penat membakar diri sepanjang hari.



Kepenatan sepanjang hari dan malam hilang bilamana mata ini disajikan dengan satu fenomena alam yang maha menarik.

Walaupun ia berlaku setiap hari setiap senja, namun setiap kali ia berlaku, ia menjadi semakin menarik.

Dan ia semakin cantik bila ia di pandang penuh makna.

Berdiri berhati-hati ramai photographer-photograper tidak bertauliah yang merasakan diri mereka seperti seorang professional, hanya kerana mereka memegang kamera SLR dan DSLR. masing-masing tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

Kalau Air Asia cakap, "now everyone can fly"
Digital camera cakap "now everyone can be a photographer, and actually believe they are one"

Aku juga, walaupun tanpa kamera besar, tetap tidak mahu kalah. Menunggu dengan penuh yakin bahawa telefon bimbit ku juga boleh merakam keajaiban dunia.

Menunggu dan menunggu .....




Namun awan terlalu dengki.

Awan tidak mahu mengalihkan tirai tabirnya.

Awan dengan angkuh berkata, "esok-esok datang lagi, jangan jemu untuk kembali"


Awan turut berkata "Jangan risau, esok mentari akan terbit kembali, dan berlabuh seperti biasa"

Dan aku berjanji, suatu hari aku akan datang lagi. Dan berharap waktu itu awan tidak lagi cemburu. Dan aku memegang kata-kata penuh harapan awan, bahawa esok mentari akan datang lagi.



"Habibie, akan wujudkan menteri esok hari untuk kita berdua?"



tapi yang pastinya, aku akan kembali....



Puteri santubong, Puteri Sajinjang
Penjaga Gunung Negeri Sarawak
Manis sik ada dapat di lawan
Anak dak dewa turun kayangan.

Tuesday, July 14, 2009

Thai Assam Fish

Yuhuuu, tora datang lagi dengan entri makanan dengan hadiah ketam sepit. Hik, teringat aku zaman kanak-kanak dulu bila mat sentul keluar ke kat TV bersinar-sinar berkaca mata melihat hadiah-hadiah plastik sebesar tahi hidung yang dijanjikan bila beli tora, dingdang, kum-kum dan sebagainya.

Korang ingat tak, dingdang yang ada gambar doeremon dengan kum-kum. Banyak lagi makanan ringan zaman tu. Tapi dua ni paling popular lah. Sebab cik mur dan dapat hadiah.

Sekarang ni kalau kalau anak buah akak mintak duit nak beli makanan dalam kotak dengan mainan tu, akak sikitnya marah. Bukan apa, makanan ni bukannya berkhasiat. Tapi kalau tak berkhasiat, takde le aku jadi sihat macam sekarang ni kan. Dan kalau nak cakap makanan tu effect minda kita, takde le akak ni bengap sangat nak dikirakan.

Kalau aku tak makan kum-kum tu dulu, mesti akak dah jadi Doktor dah sekarang ni kan.

Tapi bila fikir-fikir balik, masa akak kecik dulu ada kawan akak mak dia memang tak kasi beli makanan ringan ni. Budak ni dok melalak meraung hempas kaki semua, takdenya mak dia nak beli, siap disebatnya ada. Takde pun dia jadi doktornya. Yang last akak dengar dia kerja jadi wireman je.


Anyway, berbalik pada entri kita, beberapa entri sebelum ni akak dok membebel lah pasal charity ni, dua orang je berminat. Mama Jajie dengan Kak Pnut.

Terima kasih kak Pnut yang offer diri nak sponsor cupcakes untuk dijualkan dan memberi proceed kepada anak-anak yatim palestin ni, tapi terpaksa di tolak. Bukan apa deknon, sebab dah ada 2-3 gerai jual cupcakes, dan dekat 10 gerai je jual kek dan biskut. Sebab takde kakitangan yang nak ada nak tolong tengokkan cupcakes tu. Unless lah kalau amik booth dan jaga sendiri, kecik tapak tangan, dulang astro akak tadahkan.

Atau pun, kak Pnut boleh pose-pose cantik dengan abang Mior dan dengan Nazmi dan Baby Girl, pose pose maskot depan pintu tu dan agih-agihkan cupcake percuma gitu. Make sure properly labelled so senang orang nak order kendian.

Tapi kalau towkey cupcakes kat dalam sentap, akak tak jamin lah. Tak mau lah tengok Kak Pnut nanti gaduh baling2 cupcakes pulak.

Tak pun, akak simpan je niat nak derma cupcakes tu sekarang, derma masa besday saya nanti boleh???

opssss...

Tapi niat suci anda akan ku kenang sehingga hari besday ku nanti.


hik.

Anyway, tu lah. Sedih lah akak dok menunggu respon. Dua orang je yang mengoffer diri nak gih charity drive tu. Takpe lah, bukan rezeki budak-budak tu sangat nak dapat bantuan dari pembaca blog ini. Dan akak pun sedih kerana gagal menjual tiket charity,


korang tak sedih ke deknon, akak buat cerita sedih ni?

Tapi jangan terlewat. Anda masih berpeluang untuk membeli tiket yang berharga RM20 dari akak ni, yang akan mendapat 3 coupon makanan, 1 coupon air, dan 1 coupon cabutan bertuah.

Ni makanan betul ni tau, bukan setakat snek snek karipap sekeping dengan kek buah harga 60 sen tu seketul.

Menu-menu nya semua very hearthy meal dan memang berbaloi duit RM20 korang tu.

Dan akak lupa nak mention yang bila akak cakap kanak-kanak masuk percuma, kanak-kanak di sini bermaksud school children.

Jadi kalau anak korang berumur 18 tahun ke bawah, masuk percuma.

Kalau anak korang umur 35 tahun, tapi nampak genit dan muda macam akak yang nampak seakan-akan gadis berusia 16 tahun ni, boleh cuba untuk masuk percuma jugak.

tapi kalau anak korang umur 15 tahun, tapi dah berjanggut bermisai dan berperut boroi, walaupun sebenarnya adalah laki korang, tapi korang spedo kata anak, maka diharapkan tengok le cermin tu dulu kot ya pun.

Sekali lagi Charity Bazaar at the Chow Food Court, The Weld Kuala Lumpur pada 25 hb ini menjemput semua orang untuk menghadirikan diri di samping beramal untuk membantu anak-anak yatim di Palestin.

Oh, another update, mengikut kata kawan akak, hadiah-hadiah lucky draw pun mantap beb. Contoh hadiah lucky draw ada DVD Player, voucher kasut bernilai RM1000 dari a very expensive shoe shop kat Pavilion, ada clothes, hamper and many more.

Imagine spend RM20, dapat makan, dan bawak balik DVD player, tak berbaloi??

Tapi hadiah tu semua tak sepenting kehadiran korang kat situ. Kita ni deknon nak menentang kejahatan, menentang Yahudi zionis lahanat tu kalau nak gih perang sana kita tak mampu. Kita set-set pandai bercakap dan jenis orang berilmu ni, bila nampak bom, tak sempat bom tu di baling, kita dah lari dulu. Nak pergi berperang kat sana pulak jauh, nak derma 1-2 juta, sorru pun kadang-kala miss. Jadi apa kita leh buat is to show support and bantu sedikit sebanyak.

Every effort count.

Jadi sekali lagi, datang lah beramai-ramai ke Charity Bazaar at the Chow Food Court, The Weld Kuala Lumpur pada 25 hb.

Tiket akak ada jualkan, kalau korang duduk area dekat-dekat, akak hantar sampai ke rumah.

Nak buat donation pun boleh.


Oke lah, cakap banyak-banyak pasal charity karang, meluat lak korang kan. Tahu-tahu je, esok takde sapa dah masuk blog akak.

Kalau akak cerita gossip yang kawan akak bagitau, sebab aunty kerja doktor kat hospital tu bagitau yang ada sorang artis wanita yang jatuh sampai masuk hospital yang dikatakan jatuh toilet, sebenarnya jatuh tangga sebab mabuk mesti korang suka kan.

Atau gossip artis realiti TV yang ada hubungan dengan mak datin, walaupun sebenarnya bukan mak datin, tapi Pak Datin, mesti korang suka kan.

Tapi akak tak mau lah cerita gossip murahan camtu, akak nak sambung cerita pasal makanan boleh?


Kannnnnnnnnnnnnnn

Tak habis-habis dengan entri makanan kan, macamana le tak gemuk macam raksaksa gorgon. Gorgon pun gorgon lah, tengah sihat ni kita makan lah, kang dah tak sihat tak leh makan pulak ya tak.


Cerita pasal makanan ni, orang cakap KL tu adalah syurga makanan. Pergi kat Bukit Bintang atau Bangsar, korang boleh makan anything under the sun. Kat sana banyak restoren mewah. Kalau konsep-konsep miskin sikit, pergi lah food court kat pavilion atau klcc. Kalau konsep miskin lagi hina dan tak berduit, ko makan je lah Ramli Burger.

Pendek kata, cakap lah apa nak makan pun dari makanan barat ke timur, dari selatan ke utara. Makanan Eskimo je takde, sebab belum ada restoren kat sini jual Ikan Paus masak asam, atau Anjing Laut masak tiga rasa ya. Kalau korang nak makan anjing, ada ko pergi le tempat banyak myanmar. Kat kawasan dorang lepak tu, jarang ko tengok anjing dengan kucing.

Pastu kalau terasa nak makan makanan pantai timur gih je kat Kampung Bharu. Nak makan makanan negeri sembilan sedap pergi Kampung pandan. Nak makan kari kepala ikan best, gih Kampung Attap, nak makan nasik campur pergi Kampung Kerinchi, nak makan penumbuk pergi Kampung Medan.

Banyak tul kampung kat KL ni kan, walaupun sebenarnya ntah mana kampungnya pun tak tau.

KL ni syurga makanan lah kiranya.


Tapi, Shah Alam pun apa kurangnya. Kalau kat KL tu syurga makanan, kat Shah Alam adalah Syurga Makanan Murah.

Betul deknon, ada banyak makanan murah-murah kat Shah Alam, kalau kita pandai carik. In fact kat Shah Alam merata pelusuk ada restoren, dan kebanyakkan restoren bukak 24 jam. Kaedahnya orang Shah Alam banyaknya pemalas dan kaki melantak. Kat sini ko bukak je lah restoren apa pun, ko rebus kayu dengan besi bubuh nama best-best gerenti orang datang. Contoh macam Sup Besi Mahligai Syurga, atau sup sampah sarap Taman Teman mesti orang beli punya lah.

Mungkin sebab kat Shah Alam ada ramai students, jadi banyak lah restorennya. Dan bila ramai student harga makanan dia pun murah.

Mana nak carik lunch RM3 nasik, ayam, sayur dengan buah dan air. Mana nak carik nasik lemak isi sendiri harga RM1.20, boleh ke ko dapat nasik putih, paprik dengan tomyam RM7 atau sotong kangkung harga RM3.

Kat Shah Alam je ada, tapi kena pandai carik kedai dia lah.

Dan salah satu dari restoren yang akak rasa berbaloi kat Shah Alam ni, adalah sebuah restoren makanan Cina. Nama Restoren tu Restoren Assam Fishhead. Well, takde le murah mana, tapi murah le kalau nak bandingkan dengan harga-harga kat restoren Cina yang lain. Unless korang makan kat restoren cina yang ada jual Ba Alif Ba Ya, tak tau le harga dia camana. Tapi since akak memang suka chinese food dan selalu makan makanan cina, akak tau le harga kat sini berbaloi.

Meh kita tengok antara menu-menu yang dihidangkan restoren ni meh. Sila Klik gambar untuk paparan lebih menarik




kangkung belacan, RM8, A-

Ayam Cili Thai, RM 8, A+


Lemon Chicken, RM 8, B+

Udang Goreng Butter, RM 20, B+

Tauhu Sizzling with mushroom and chicken, RM 8, B+



Well, as you can see the dia punya score dia maybe tak le tinggi mana, tapi oke lah dan boleh dikategorikan sedap jugak lah, tapi yang lebih penting adalah harganya.

Harga, A+


Makan untuk 4 orang (walaupun sebenarnya telah dimelantaki oleh dua orang sajork) adalah RM 55 dengan minuman dan nasi.


Emm, oke lah kan.


Itu je la kot untuk entri kali ini. Aku nak sambung membuta, dah kul 3 pagi kot ya.

However, izinkan akak sekali lagi meremind korang semua pasal Charity Bazaar tu, di the chow food court, the weld kuala lumpur, pada 25 July ini, tiket boleh dibeli dari akak dengan harga RM20. And you can leave your name and number by providing me your detail di


fiebierossa at yahoo dot com


Datanglah beramai-ramai, Lets membeli belah sambil menderma.



chouuuuuuuuu cinnnnnnnnnnn cauuuuuuuuuuuu


Monday, July 13, 2009

Tolong lah akak lahai

Yuhuu, sihat deknon?

Akak sihat sejahtera, walaupun sedikit penat minggu ni tapi akak puas gitu. Yang penting kalau korang baca Kisah Pertunangan Elyana Kat suratkhabar tu adalah sikit-sikit akak dok membantu. Sebab akak le yang buat press release dan jugak script majlis pertunangan Elyana, bukan MC script tau, tapi script yang kedua-dua orang tua tu dok berbalas pantun kelmarin bila PA dia mintak akak tolong. Walaupun....

Kembang kuncup akak kejab tengok kerja akak masuk surat khabar katanya, walaupun sikit je kerja aku buat ni, tetap nak amik kredit ni. Terima kasih Kat Asmidar bapok gergantuam yang sama-sama buat script dan press release tu. Masalahnya dia buat kerja lebih, aku dok mengarahkan je dan gih merayau.

Anyway, semalam akak mintak tolong lah kepada pembaca-pembaca blog ini, kalau sesiapa lah yang sudi. Sampai dua kali akak terpost entry tu. Tapi tak kisahlah.

Kaedahnya camni deknon. Akak ni dok sibuk menjual tiket untuk satu charity Bazaar yang akan di adakan di The Weld.

Nama dan detail Charity Drize dan Charity Bazaar itu adalah seperti berikut:


Charity Bazaat at the Chow
4th Floor The Weld, Kuala Lumput
25th July 2009
10pm to 3pm




Proceeds daripada charity ini akan diserahkan kepada anak-anak yatim Palestinian, dan akan di uruskan oleh professional lah yang ada hubungan langsung dengan charitable organisation sebelah sana. Jadi jangan risau duit tak sampai atau tersasar dan sebagainya.

Harga tiket dia RM20 je, dan kita boleh melawat Bazaar dan join aktiviti kat situ. Tiket masuk tu hanya untuk orang dewasa sahaja. Kanak-kanak free, tak payah bayar. So ibu bapa yang ramai anak boleh lah bawak anak dia untuk melawat dan belajar menghargai maksud kemanusiaan dan belajar bersimpati dengan penderitaan kanak-kanak palestin ni, di samping kita membantu sedikit sebanyak mengurangkan penderitaan mereka.

Orang cakap every action counts, tak mampu derma banyak, derma sikit, tak mampu derma, kita tunjukkan kita punya concern. Tapi kalau boleh jangan mendiamkan diri begitu sahaja. Ia seakan telah menjadi tanggungjawab kita untuk membuat sesuatu, jadi kita boleh mulakan dengan menghadiri bazaar ini.


Untuk kanak-kanak memang free, kalau korang ada 20 orang anak pun, semua free jangan risau. Tapi kalau anak ko dah umur 25 tahun pun korang nak masuk free aku hempuk kan je dengan meja registration kat bazaar tu nanti.


Kalau korang tengok poster yang buruk dan low budget kat atas tu, ada akak tunjukkan jenis-jenis coupon yang akan diberikan untuk setiap donation anda yang bernilai RM20 tu.

Poster tu buruk tak kisah, tak penting pun poster-poster cantik tu, tapi yang penting intipatinya.

Kalau korang tengok betul-betul, setiap tiket berharga RM20 akan mempunyai 5 coupon. Lima coupon itu menrangkumi

1 coupon tiket masuk yang melayakkan anda untuk satu lucky draw.
3 coupon makanan
1 coupon minuman.


Macam-macam makanan ada kat food court tu. Korang boleh guna coupon tu untuk memberli makanan. Nak makan nasik ayam, kueh teuw, mee goreng, macam-macam lah ada. Nak guna tiga-tiga untuk makan nasik ayam pun boleh. Takde masalah.

Korang imagine kalau korang bawak family gih makan kat KL, tak kan dapat harga camtu. Kat KL tu makan sorang je dah dekat 10 ringgit. Ini akak kasi 2 coupon makanan dan 1 coupon minuman, termasuk peluang nak menang cabutan bertuah lagi.

Just imagine korang suami isteri dan ada 4 orang anak. Beli beli dua coupon dan dapat tiket masuk untuk 6 orang, dan 6 coupon makanan. Boleh gih jenjalan kat the weld, shopping-shopping dan sebagainya.

Imagine kalau family trip ke KL seramai 6 orang, kalau tak abis 100-200 untuk makanan je tak sah. Ini RM40 je deknon untuk satu family. Ini contoh lah. Kalau ko ala-ala mesin seks, dan anak korang ada 12 pun tara hal!!!

Kecuali bapok-bapok yang ada anak ikan tak consider anak-anak ya. Korang kena beli tiket untuk anak ikan tu.

Gi lah ya, please come and join and support us for a good cause.

Kalau sesiapa yang berminat, sila tinggalkan hantarkan email, dan dalam email tu letakkan no telefon anda.

Dan kalau korang tinggal di kawasan dalam Klang Valley, akak sendiri akan hantarkan tiket itu ke rumah korang.


Itu je lah Iklan komuniti untuk kali ini, untuk pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada


fiebierossa at yahoo dot com


untuk sapa-sapa yang bengap macam lembu tu , at tu @ dan dot tu titik lah, jangan ko gih bantai hantar email kat fiebierossaatyahoodotcom pulak, sampai kiamat tak sampai email tu.


calling2 akak tau. Jangan lupa


Akak sayang korang semua.

Muahsss muahssss, dadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sunday, July 12, 2009

tolong...

sapa nak jumpa akak?

tapi kena beli tiket RM20.


Kalau korang beli tiket nak jumpa akak kan, akak kasi korang coupon makan 3 keping, coupon minuman 1 keping dan tiket masuk jumpa akak sekeping.

tapi kalau korang suami isteri lagi bagus kalau beli dua tiket. Boleh bawak anak-anak ramai pun takpe jumpa akak.

Kalau suami isteri, ada 4 orang anak lagi perfect. Sebab dapat 2 tiket masuk dewasa, dan 6 coupon makanan.

jumlah baru RM40.


Di samping itu korang boleh membeli belah, melawat bazaar, berkenal-kenalan dengan orang baru dan yang penting menderma pada tabung anak yatim Palestin. Sebab semua kutipan untuk melawat akak itu akan diserahkan pada tabung anam yatim Palestin.


Sapa nak jumpa akak? angkat tangan, akak personally hantar tiket tu kat korang kalau korang duduk area klang valley.



p/s : Leen Ash Burn beli lima kan, Abang Bad pun beli lima kan.
p/s: Kalau korang beli 10 tiket, akak akan buat moonwalk sekali sambil menyanyi lagu Beat It khas utk korang (tipu jeeeeeeeeeeee)

tolong...

sapa nak jumpa akak?

tapi kena beli tiket RM20.


Kalau korang beli tiket nak jumpa akak kan, akak kasi korang coupon makan 3 keping, coupon minuman 1 keping dan tiket masuk jumpa akak sekeping.

tapi kalau korang suami isteri lagi bagus kalau beli dua tiket. Boleh bawak anak-anak ramai pun takpe jumpa akak.

Kalau suami isteri, ada 4 orang anak lagi perfect. Sebab dapat 2 tiket masuk dewasa, dan 6 coupon makanan.

jumlah baru RM40.


Di samping itu korang boleh membeli belah, melawat bazaar, berkenal-kenalan dengan orang baru dan yang penting menderma pada tabung anak yatim Palestin. Sebab semua kutipan untuk melawat akak itu akan diserahkan pada tabung anam yatim Palestin.


Sapa nak jumpa akak? angkat tangan, akak personally hantar tiket tu kat korang kalau korang duduk area klang valley.



p/s : Leen Ash Burn beli lima kan, Abang Bad pun beli lima kan.
p/s: Kalau korang beli 10 tiket, akak akan buat moonwalk sekali sambil menyanyi lagu Beat It khas utk korang (tipu jeeeeeeeeeeee)

Monday, July 6, 2009


Yuhuuu,


Kembali kita bersiaran dalam rancangan jalan-jalan melantak. Kali ini kita akan ke Kuching Sarawak dan menikmati makanan-makanan popular di Sarawak. Al maklumlah bulan lepas akak feeling banyak duit, walaupun nan ado akak gih Sarawak boleh?


Anyway, kalau korang tengok kat tepi tu akak dah bubuh tag follower. Kaedahnya blog sedih ni pun ada follower ek. Akak bubuh korang paling atas sekali dalam blog ini, sempena nama mu di atas. Sebab apa tau, sebab akak kagum korang sanggup jadi follower ni. Nampak sangat korang takde kerja kat opis tu kan. Apa pun, dengan rasa rendah hati aku mengucapkan terima kasih le sanggup melangut kat blog ini. Mana le tau kalau one day nanti akak nak masuk bertanding jadi wakil rakyat, dah sure-sure akak ada undian ya tak.


Nanti akak mintak blogspot create tag worshipper pulak. Mana le tau ada abang-abang kendo yang worship akak kan, boleh le dia bubuh oren dengan kueh apam depan gambar akak, pastu pasang ubat nyamuk.


Kelas mak ayam masa tu.


Anyway, nanti akak cerita lah pengalaman akak kat Sarawak tu. Best gila. Dulu akak pergi dah sekali tak puas. Sebab masa tu kita akak pergi dengan Zarina Darai kita orang pose-pose orang kaya shopping je, duduk hotel turun naik supermarket. Paling advanture pun kita orang naik bot kat Sungai Sarawak yang nan ado nampak apa-apa kecuali biawak sahajork dan makan seafood. Tapi best jugak la sebab masa kita orang naik bot tu, ramai abang-abang kekar sedang bertanding Sarawak Regatta, tak mencapai kemuncak ko tengok abang-abang berlengan besi berurat dawai berseluar ketat dok pose-pose basah?


Tapi kali ini advanture akak lain sikit.


Orang cakap advanture 2 in 1.


Konsep melacur sambil jalan-jalan. Tu lah akak make up sokmo tu. Penat dok carik baju pelangi dengan make up eye shadow kaler turqoise tu.


Kat Sarawak kali ini akak gih jenjalan jauh sikit. Pergi Kubah National Park, Matang Wildlife Forest, pergi Permai Park kat Santubong dan macam-macam lagi aktiviti akak buat kat sana. Tapi akak cerita itu di lain siaran ek.


Akak nak cerita pasal makanan dulu boleh?

Akak sampai Kuching malam, pastu kita carik le dinner dulu ya.






Ini nama dia Teh C Peng. Kat Sarawak kat mana-mana boleh dapat air ni. Kat Shah Alam pun ada kat Mr. Kaya Cafe, Seksyen 7 Shah Alam. Kat sini kita panggil 3 layer Tea. Ini bukan gambar akak punya, sebab file akak corrupted. Ini aku kebas kat mana tah. Harap-harap owner dia tak marah le. Macam ada satu kes akak gih gatal amik gambar kek cawan ntah mana-mana tah, bubuh dalam blog. Konon nak promosi, sekali ada perempuan called akak. Aku ingatkan dia nak order kek, rupanya akak kena bambu. Pastu feeling nak saman akak pasal kek cawan. Nak je aku sembamkan kek tu kat muka dia.


Hik.


Tapi tu lah. Itu memang hak dia, akak pun memang le salah. Sebab bukan sebab kek dia cantik, tapi sebab gambar dia je cantik. Kamera akak sedih masa tu.


Kalau sapa-sapa nak order kek cawan yang sedap lagi cantik order lah kat akak ya.


Tapi kalau ko setakat nak order 25 biji 30 biji aku malas nak layan. Tak kuasa. Tak balik modal.


Kan kak Pnut kan kan kan Kak Pnut kan.



Anyway, berbalik pada Teh C Peng atau 3 layer tea tu, dia sebenarnya adalah air teh yang dicampur dengan susu dan gula kat bawah tu dia pakai gula merah yang dicairkan, atau gula putih yang dijadikan caremal dan dicampur dengan daun pandan.


Hasilnya adalah teh perisa cendol berasa daun pandan lah. Takkan rasa coke pulak ya tak?


Tapi kombinasi teh, susu, gula merah dan esen pandan tu menyebabkan air tu terasa begitu best sekali.


Kalau korang nak cuba takyah lah sampai gih Sarawak tu. Meh datang Shah Alam akak belanja (khas untuk follower follower sahaja)


Kalau kat Sarawak tu akak minum teh c peng tu, mengikut kata Abie akak, kat sini sedap sekali. Kat cafe nama one cafe kot. Tak ingat nama cafe tu. Tapi cafe tu betul-betul tepi roundabout depan masjid bertingkat-tingkat ini.

Korang carik lah roundabout kat Kuching tu ya.

Selain dari teh tu, kat sini Abie akak cakap makan mee kungfu dia sedap, jadi akak pun order lah mee kung fuu



Fuhhh memang sedap. Terasa nak berkungfuu ko makan lepas tu. Mee kung fu dia tak sama langsung dengan mee kung fuu kat KL yang berlendir cam emmm nak sebut pun tak sampai hati. Mee kung fuu dia kuah dia macam kueh mee bandung ada rasa tomato sikit. Pastu memang best lah.

Akak suka, akak kasi 2 bintang.

Pastu orang cakap kalau makan kat Sarawak kita mesti cuba makan mee kolok. Jadi akak pun makan lah mee kolok dia


Makan-makan akak rasa cam nak muntah. Sebab akak memang tak boleh go. Pelik tul rasa dia, tak tau nak explain camana.

Mee tu dia kasi kosong camtu pastu ada minyak-minyak perisa pastu kicap. Pastu ada le daging seketul dua, pastu ada taugeh. Kendian dia kasi sup dengan kicap pedas tu.

Lain orang lain pandangan kot. Sebab orang lain makan sedap je aku tengok. Mungkin sebab akak tak biasa dengan rasa dia, tu akak jadi noya kejab. Tapi sup dia sedap. Jadi akak tukar kan mee kolok akak kepada mee sup, dengan mencampurkan sup tu semua dan kicap dalam mee kolok tu.

Jadi le dia bertukar menjadi mee hailam atau mee sup berkicap. Baru akak boleh go.



Madame Tangs

Esoknya pula akak gih breakfast kat Madame Tang sebelum pergi berjalan-jalan tengok orang hutan dan menjadi orang hutan.

Madame Tang ni popular kat sana sebab orang cakap kesedapan Laksa Sarawak dia. Dia ada restoren dan juga dia ada jual kat food court kat mana tah.

Aku tak kuasa lah nak ingat nama tempat kat Kuching tu. Bukannya kena gih sana hari-hari pun kan. Tapi dia dalam area kuching. Kalau ko ada GPS, atau telefon korang ada GPS, ko boleh search Madame Tang's Restaurant jumpa lah nanti.


Sebenarnya nak cerita yang tepon baru akak ada GPS kan.

Binatang sangat.



Anyway Laksa Sarawak dia memang sedappppppppppppppppppp. Tidak syak lagi





Meh kita tengok close up meh. Camana rupa Laksa Sarawak tu.



Comel kan daun ketumbar dia halus-halus camtu. Kuah laksa ni macam rasa laksa johor, tapi lebih intense rasa dia. Rempah dia kuat camana tah, tapi akak tak tau apa dia pakai. Tak reti nak agak. Pastu ada ayam, udang dan taugeh lah cam biasa.

Akak pernah makan Laksa Sarawak kat Kuching Waterfront dulu masa pergi sekali. Tapi yang kat waterfront tu langsung tak sedap dan tertutup nafsu serakah akak masa tu. Share dua orang dengan Zarina Darai pun tak habis dan mahal nak mampus lak tu. Jadi bila Abie akak cakap kat Madame Tang ni sedap akak cuba lah jugak.

Memang tak menyesal pergi. Nanti cuba lah kalau gih sana ya. Mungkin orang kuching boleh rekemen tempat lain lagi sedap, tapi kat Madame Tang ni punya not bad. Dan yang penting, semua pekerja dia adalah ....

BAPOK!!!!!!!!!!!

Serious you all, pekerja Madame Tang ramai bapok dan berbulu mata palesu di siang hari dengan make up socket dan eye liner Mahduri Dixit.

Akak tak dapat imagine kalau Ginger dengan Imah gi sana, harus dorang smash budak-budak berani mati tu.

Tapi akak bangga tengok dorang cari duit halal nak beli eye liner dan bulu mata Rozita Che Wan tu. Bukan cam pondan kerja watson yang kebas shaving cream letak celah kangkang.

Anyway, sebab sedap sangat laksa dia, esok kita orang gih breakfast sana lagi. Tapi kali ni order benda lain pulak. Atas recommendation Abie akak akak makan Beef Mee Special, dan dia makan Beef mee (actually nama dia akak bagi sendiri sebab dah tak ingat dah nama dia apa)



Puas makan mee dia ni lemak lemak lembu tu bergelinangan dalam kuah tu. Pastu daging lembu tu banyak dan specialnya dia kasi rawan lembu tu. Rawan tu dah direbus lama dan dia makan cam jelly. Sedapppppppppppp


NI pulak macam mee kolok, but it somehow taste nicer. Jugak dengan daging lembu yang banyak, perut lembu, rawan lembu dan makan dengan sup kicap.


Pastu kita jugak makan roti bakar Madame Tangs. yang melimpah ruah dia punya butter tu.


Kalau tanya akak le, Madame Tang is one of the best place to eat lah kot. Sebab makanan dia sedap-sedap dan serving dia puas dan besar. Kalau korang nak diet dinasihatkan jangan le datang sini. Ko tengok je lah makanan dia memang tak sesuai untuk sesiapa yang menjaga badan.

Akak kasi A + untuk restoren ni.

Pastu lepas breakfast kita orang gih jenjalan tengok wayang, pastu gih mandi sungai. Best je. Malam tu kita orang balik Kuching dan gih makan nasik sebab dua hari tak sentuh nasik.

Tapi malam tu special sikit, sebab kita tak cari makanan Sarawak. Kita makan makanan Kelantan pulak.

Kiranya kalau nak makan makanan selain dari Makanan Sarawak ada jugak kat Kuching ini. Paling popular kat Kuching adalah Ayam Penyet. Kiranya ayam penyet ni merasa tempat adalah. Kat mana-mana pun boleh dapat Ayam Penyet.

Nanti di masa akan datang akak akan cerita pasal ayam penyet pulak ek.





Ini menu akak, Nasik Kerabu dengan Ayam percik. Rasa pelik tul bila orang yang datang order makanan tu dok cakap melayu lenggok sarawak dengan Abie akak sebab rupa dia macam orang Iban kot. Tapi bila kita order, pulak datang makanan Kelantan.

Macam kelas je.

Kat Bawah ni pulak menu my other half, nasik kerabu dengan ayam goreng dan ikan goreng





Ah itu je lah yang sempat akak snappy-snappy makanan kat Sarawak tu sepanjang duduk kat sana. Tak dapat amik gambar banyak sebab selalu nya terlalu lapar dan tak sempat nak amik gambar.


Oke lah, akak nak balik dulu.

Jumpa lagi..



byeeeeeeeeeeeeee... muahs muahsss





















Wednesday, July 1, 2009

makan-makan gila

Kaedahnya, bila ko dah bersama dengan pondan gemuk gila, makan taik mati tak nak, si asmidar tu, makanya ko pun sama-sama lah jadi pondan gemuk gila makan taik mati tak nak jugak.

Maka berlakulah sessi makan-makan yang tak hengat dan tak berhati perut antara kita berdua dan dijoin kemudian oleh pondan makan tak hengat si Syamsinar seterusnya yang dipanggil sebagai bantuan untuk membantu melantak makanan yang diorder tanpa rasa belas kasihan.

Sessi makan-makan kali ini adalah tidak digalakkan atas beberapa sebab ya. Nanti akak ceritakan.

Sebelum tu, yeah akak dah berjaya mengilakan diri lagi dan membeli sebotol lagi minyak wangi bulan ini. Akak beli semata-mata kerana akak sukakan botolnya. Boleh, macam siyal perangai kan. Hahaha, bulan ni je aku dah berjaya membeli 5 botol ya. Lepas ni boleh le akak berendam dalam minyak wangi tu semua. Wangi-wangi pun tetap tak laku.

bodoh.





akak suka akak suka (tepuk tangan). Bulan ni makan maggi.



Oke, untuk sessi makan-makan seterusnya kita akan membuat lawatan sambil belajar di Asia Cafe, SS 15 Subang Jaya.

Untuk pengetahuan semua, anda tidak digalakkan untuk makan di sini kerana terdapat beberapa kedai yang menjual ba alif ba ya. Jadi kalau tersalah order di kedai-kedai yang tidak berkaitan, maka anda telah menempah tempat ke neraka dengan sendirinya.

Tetapi disebabkan taraf keberanian yang melampaui batas, dan terdapat sebilangan orang Melayu yang makan disini kami telah memberanikan diri untuk makan-makan di tempat ini sambil melihat orang ramai makan khinzir.

Gila tau bapok yang memperkenalkan tempat ini pada akak. Kalau lah emak aku tau aku makan tempat camni, harus dia pukul aku dengan penyapu lidi time-time tu jugak.

Korang pernah kena pukul dengan penyapu lidi? Akak pernah ya masa kecil, dan rasanya sangat bisa sekali dan fobianya terasa sampai ke hari ini.

Satu lagi sebab anda tidak digalakkan untuk makan disini adalah kerana harganya yang agak luar biasa berbanding dengan gerai-gerai lain.

Jadi kalau korang berani mati, dipersilakan lah.

Apa pun, jom kita tengok apa kita orang makan na.




Tuuuuuuuuuu diahhhhhhhh, sikit je kan...

Ambil ko, order makan untuk satu batalian tentera darat askar di raja Malaysia katanya. Ko nak makan ke nak mentedarah gila.




Ops, ni akak punya kuehteuw goreng special dengan kerang dan udang. Tak sempat nak amik gambar lapar sangat. Dah abis dah.
Pastu kita makan tauhu bakar. Sedap sekali ya, very der crunchy on the outside, spicy in the inside.



Pastu kita makan rojak buah. Memang best gila bila dia kasi keropok tu lebih-lebih dengan ditabur kacang-kacang kisar yang banyak sangat mengiurkan.


Amik kooo, 3 biji popiah ini berharga RM6. Tapi isi dia padat gila dengan sayur-sayuran dan telur.

Crab meat paitee ini pulak harga dia RM5 hengget, tapi takde pun rasa crabmeatnya. Buat rugi je order. Tak best langsung. Paitee kat Tophat tetap the best. Paitee kat chicken rice shop lagi sedap.


Ni si asmidar bapok gemuk tu makan nasik ayam cruncy. Ayam tu halal ke nok? atau ayam dilanggar lori dia kasi ko makan tu?

Lala goreng pedas ni adalah paling best lah. Digoreng bersama-sama dengan ladies finger sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasik.


Ah itu je lah kita 3 orang makan.


Sorry kerja banyak, tak leh tulis panjang-panjang. Maklum lah kelas dah nak start tak lama lagi.


Adiossss amigosssssssssssss