Miliki ARMA

Miliki ARMA

MUZAKARAH BERKELOMPOK & KAMSIS MINGGUAN BERMULA !

SHIBIN EL-KOM, 23 SEPTEMBER – Majlis Pelancaran Muzakarah Berkelompok dan KAMSIS Mingguan telah diadakan bermula selepas maghrib bertempat di Markaz Darul Irsyad hari ini. Majlis yang mengumpulkan ahli DPMS ini, menjadi titik mula yang penting rutin tarbiah mahasiswa Azhari bagi sesi DPMS 2010/2011.

Majlis dimulakan dengan laungan bacaan burdah, memuji dan berselawat ke atas Nabi S.A.W. UDPI sesi ini mengharapkan budaya membaca burdah dapat disebatikan dalam mengisi program-program DPMS sepanjang sesi.

Dalam menyampaikan kalam penerangan mengenai majlis pelancaran tersebut, Sdr. Nik Mohd Arif Zakaria, Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan, yang juga sebagai pemangku Unit Pengetahuan dan Pendidikan menekankan tiga perkara utama untuk dihayati bersama. Beliau menyeru semua ahli untuk menghidupkan Muzakarah Berkelompok, mengisi masa dengan talaqqi, dan mecipta prestasi yang lebih baik dalam pengajian kuliah.


Seterusnya, Pengerusi DPMS, Sdr. Mohd Redhuan Haji Arshad, menyampaikan ucapan aluan beliau sempena pelancaran tersebut. Beliau menegaskan tema pembawaan PMRAM sesi 2010 “ Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah” perlu difahami dengan baik oleh segenap ahli supaya wibawa mahasiswa Azhari dapat dipertingkatkan sesuai dengan imej Azhari yang dikagumi umum.

Dalam sesi perasmian, Penasihat 1 DPMS, Sdr. Jamnul Azlan Mulkan turtu menyentuh beberapa perkara yang menjurus tentang hadaf mahasiswa datang ke Mesir. Terutama untuk mahasiswa tahun akhir, beliau menyarankan agar waktu yang berbaki ini dimanfaatkan sebaik-baiknya sebelum pulang menabur khidmat di tanah air nanti.

Dalam majlis ini juga disertakan sesi pelantikan Ketua Fakulti untuk setiap jurusan. Terdapat sebelas orang telah dilantik mewakili kuliah dan syu’bah masing-masing. Peranan Ketua Fakulti ini lebih kepada untuk membantu meningkatkan pencapaian mahasiswa melalui Study Group dan sebagainya.

Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-Asr. Sebelum bersurai, hadirin yang datang dijamukan dengan juadah yang disediakan.
Baca Seterusnya...

Perubahan Pemangkuan UPP,UKK & Timbalan Pengerusi

Untuk makluman semua,

Mesyuarat AJKT DPMS yang berlangsung pada 19 September 2010 yang lepas telah menetapkan pemangkuan terbaru AJKT DPMS 10/11 adalah seperti berikut :

1.Timbalan Pengerusi - Ust. Ikram bin Sidek
-dipangku oleh : Ust. Ahmad Faizal Ishak (SUA)

2.Timbalan Setiausaha Agung (UKK) - Ust. Khamaruddin Ismail
-dipangku oleh : Ust. Mohd Hafidz Yahaya (UPP)

3.Unit Pengetahuan & Pendidikan (UPEP) - Ust. Mohd Radzi Bachok
-dipangku oleh : Ust. Nik Mohd Arif Zakaria (UDPI)

Untuk sebarang maklumat lanjut,sila hubungi Pengerusi DPMS, Ust. Mohd Redhuan Haji Arshad di talian +2011 3678 371
Baca Seterusnya...

Jom sertai Majlis Pembacaan KUTUB SITTAH!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

kepada semua pencinta-pencinta ilmu agama,
kini pihak pelaksana program Pembacaan Kutub Sittah PMRAM telah membuka pendaftaran untuk semua peringkat. Jadi kepada yang berada di Perlembahan Nil ini jangan lepaskan peluang keemasan ini, segerakanlah diri anda untuk membuat pendaftaran kepada Unit Pengetahuan dan Pendidikan BKAN/DPM masing-masing. Penyertaan adalah terhad, siapa cepat dia dapat.

Untuk pembetulan pada tarikh tutup yang sebenar bagi tahun akhir adalah pada 25 September 2010.

Sila Rujuk http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/
Baca Seterusnya...

Pelancaran Muzakarah Berkelompok & KAMSIS



Baca Seterusnya...

ARMA - HAK KITA & JASA MEREKA



Baca Seterusnya...

Himpunan Aktivis PMRAM Kali ke-2

Pengarah Dan Timbalan Pengarah Sila Laporkan Diri

KAHERAH, 21 September - Makluman penting kepada seluruh Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi unit-unit di bawah PMRAM sesi 2010, Himpunan Aktivis PMRAM kali ke-2 akan diadakan dalam masa terdekat ini. Seluruh Pengarah dan Timbalan Pengarah diminta untuk melaporkan diri kepada Badan Pengurus dan HEWI PMRAM yang melibatkan portfolio masing-masing, dan mengosongkan waktu yang akan dimaklumkan secara langsung oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah PESAT.

Himpunan Aktivis PMRAM kali ke-2 merupakan kesinambungan bagi Himpunan Aktivis PMRAM kali pertama dalam memperkasakan gerak kerja setiap unit di bawah PMRAM. Selain itu, ia adalah untuk menilai akan kekuatan dan kelemahan bagi memperkemaskan gerak kerja di seluruh peringkat unit dengan tugasan dan objektif masing-masing.

"Pada sesi ini, PMRAM optimis untuk memperkasakan kekuatan di seluruh peringkat. Ia termasuk juga akan unit-unit di bawah PMRAM yang membawa misi dan dasar PMRAM dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru, himpunan ini adalah bagi membina kekuatan dari masa ke semasa di samping menyelesaikan kekurangan yang berlaku di beberapa unit." jelas Saudara Muhamad Zuhaili Saiman, Timbalan Presiden PMRAM merangkap Ketua Lajnah Perancang Dan Panitia.

Justeru, PESAT pada sesi ini akan lebih fokus dalam menjayakan pembawakan ucapan dasar Presiden dalam subtajuk 'Ke arah melahirkan Aktivis Islam' dengan mengadakan beberapa aktiviti, dan yang paling utama ialah Himpunan Aktivis PMRAM yang lebih memfokuskan seluruh unit di bawah PMRAM dengan permulaan membentuk kekuatan bersepadu di kalangan Pengarah dan Timbalan Pengarah unit, di samping beberapa perancangan yang lain.

Dijangkan lebih 20 unit akan dilibatkan dalam himpunan ini di antaranya ialah PMC, MANHAL, Hisbah, Bait Muslim, Fityan, Unit Penerangan Umum, Mini Pavilion dan lain-lain lagi.

Sebarang makluman lanjut berhubung Himpunan Aktivis PMRAM kali ke-2 akan diberikan secara langsung oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah PESAT kepada seluruh Pengarah dan Timbalan Pengarah.
Baca Seterusnya...

MASAF ’10 SANTAI DAN CERIA

SHIBIN EL-KOM, 3 Syawal – Bermula seawal jam 8.30 malam, Majlis Sinaran Aidilfitri atau MASAF ’10 telahpun diadakan sejurus usai solat Isyak . Bertempat di Markaz Darul Irsyad, MASAF’10 kali ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran ahli yang memuaskan di samping menerima kedatangan para tetamu jemputan yang diundang.

DPM Shibin El-Kom kali ini berbesar hati atas kehadiran wakil BP PMRAM yang juga merupakan BP angkat DPMS, Ust. Abdul Aziz Ali yang sudi hadir merasmikan MASAF’10 tahun ini. Dan lebih menarik perhatian warga DPMS ialah kunjungan rakan taakhi daripada Tanta yang diundang, bagi menyerikan lagi sambutan Aidilfitri di Shibin El-Kom pada tahun ini. Kehadiran ini sememangnya merupakan lambang komitmen DPM Tanta dalam membina hubungan yang baik dengan rakan taakhi lain. Bagi DPMS, keprihatinan seumpama ini adalah bukti ruh rasa kebersamaan di bawah nama PMRAM telah dihayati dengan baik oleh pimpinan DPM Tanta. Jazakumullah khairal jaza’.

Pada majlis yang dianjurkan kali ini, secara umumnya telah berjalan dengan baik. Untuk tahun ini, tema ‘Syawal Memugar Fitrah Kehambaan’ menjadi satu tema yang ingin dikongsikan bersama-sama dengan ahli DPMS. Dalam sesi ucapannya, Pengarah program MASAF ’10, Ust. Ikram Md. Sidek menyeru setiap insan muslim untuk menjadikan ketibaan Syawal ini makin menyuburkan rasa kehambaan setelah mengharungi madrasah Ramadhan al-Mubarak yang baru berlalu.

Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi DPMS, Ust. Mohd Redhuan Haji Arshad, sebelum beralih kepada ucapan taujihat dan perasmian oleh wakil BP PMRAM. Dalam kalam beliau menghuraikan tema MASAF’10 kali ini, Ust. Abdul Aziz Ali yang mewakili PMRAM pusat sempat menyentuh bahawa konsep kehambaan harus terus wujud dalam setiap jiwa muslim walaupun Ramadhan telah berakhir. Konsep kehambaan atau dengan kata lain ketaatan pada Pencipta tidak harus punya batas waktu tertentu untuk terus disuburkan.


Setelah selesai sesi perasmian, majlis memberi laluan kepada pembentangan laporan kewangan MAT ke 18 yang tidak dapat disahkan pada MAT yang diadakan 29hb Ogos lepas. Setelah disemak oleh semua yang hadir, laporan kewangan tersebut dipersetujui bersama untuk dicadangsahkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Setelah itu, tiba sesi taaruf AJKT baru DPMS sesi 2010/2011. Seramai tujuh orang AJKT hadir, manakala baki empat orang lagi pulang bercuti. Tiga muka baru ditampilkan pada sesi ini. Semoga taaruf dan harapan daripada para AJKT itu menjadi penghubung untuk ahli lebih memahami dan bersedia untuk memberi dukungan dan sokongan sebagaimana sepatutnya kepada sesi kepimpinan kali ini.

Setelah majlis berakhir, hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Dan sebelum itu, pimpinan majlis bersama tetamu sempat untuk merakamkan gambar sebagai kenangan bersama.Terima kasih kepada semua yang hadir. Kullu ‘aam wa entum bikhair!
Baca Seterusnya...

JOM MERIAHKAN MASAF '10


Baca Seterusnya...

MALAM GEMA AIDILFITRI DI SHIBIN EL-KOM



SHIBIN EL-KOM, 1 Syawal – Majlis Malam Gema Aidilfitri anjuran UDPI DPMS sesi 2010/2011, telah diadakan bertempat di Dewan Syeikh Mustafa Al-Arusi , yang bermula sejurus selesai solat maghrib. Takbir raya dikumandangkan sebagai tanda kesyukuran setelah genap tiga puluh hari menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.

Setelah solat Isyak berjemaah, takbir raya diteruskan lagi. Masing-masing yang hadir tidak melepaskan kesempatan untuk mengalunkan takbir, mengiringi kerinduan kepada tanah air dan keluarga yang jauh di mata. Dalam menghayati kedatangan Syawal yang mulia, sedikit perkongsian ilmu oleh UDPI telah dibincangkan bersama dalam persediaan menyambut Syawal dengan tuntuan -tuntutan ibadah yang dianjurkan.

Majlis kemudiannya beralih kepada sesi yang lebih rasmi iaitu penyampaian perutusan Aidilfitri daripada Presiden PMRAM sesi 2010. Sebelum perutusan itu dibacakan, Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMS 2010/2011, Sdr. Ust. Nik Mohd Arif Zakaria, sempat untuk melontarkan sedikit kalam muqaddimah beliau bagi sesi kenaikan baru DPMS. Beliau menyeru para hadirin untuk setia mendampingi dan memberi komitmen terhadap aktiviti-aktiviti UDPI dan DPMS sepanjang sesi baru ini.

Dalam perutusan Aidilfitri yang dibacakan oleh Pengerusi DPMS, Ust. Mohd Redhuan Haji Arshad, beberapa perkara penting telah disentuh oleh yang berbahagia Presiden PMRAM. Antara lain, menyusuli berakhirnya Ramadhan al-Mubarak, Presiden menyeru para mahasiswa untuk menjadi hamba Rabbani, yang setia beribadah dalam skop waktu dan bidang yang tidak dibataskan. Beliau juga mengajak seluruh warga mahasiswa untuk menyatakan bantahan terhadap isu iklan televisyen di Malaysia yang miskin sensitiviti agama. Meletakkan Islam boleh digabungkan bersama-sama agama lain, adalah sesuatu yang sama sekali tidak boleh diterima, walaupun sekadar iklan TV. Lebih parah lagi, iklan sedemikian yang ditayangkan di serata negara dibimbangi boleh mengelirukan pandangan awam terhadap imej Islam itu sendiri.

Kemeriahan majlis diteruskan dengan slot Ucapan Hari Raya dan pengumuman rumah terbuka. Dapat diperhatikan di sini, walaupun status ahli DPMS makin susut bilangannya, DPMS masih mampu untuk meraikan hari yang berbahagia ini bersama-sama komuniti mahasiswa Melayu di bumi Shibin El-Kom ini. Empat rumah terbuka akan diadakan termasuklah yang dianjurkan oleh DPMS sendiri iaitu pada hari Raya ketiga.

Sebelum majlis berakhir, masing-masing yang hadir sempat bersama-sama merakamkan memori malam raya dengan sesi bergambar. Setelah itu, hadirin yang hadir dijamukan dengan sedikit juadah yang disediakan.

Baca Seterusnya...

Malam Gema Aidilfitri 1431 H


Baca Seterusnya...

RAMADHAN BERLABUH SYAWAL MENJELMA


Dengan Nama Tuhan Yang Maha Mengasihani..

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah..

Ketika mana Ramadhan telah tiba di penghujungnya, kaum muslimin seluruh dunia mulai bersedia untuk menyambut bulan Syawal yang dinanti-nantikan. Ketika berada di penghujung ini, senyum dan tangis, gembira dan sayu, terukir di wajah-wajah insan muslim. Sedih meninggalkan Ramadhan, gembira dan syukur berjaya menyempurnakan sebuah kewajipan. Tahniah dan takziah!

Ramadhan yang penuh barakah itu punya nilai sejarah. Sejarah tulen yang tertulis dengan tinta emas – perjuangan Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.anhum dalam perang Badar al-Kubra. Perang yang mengajar umat selepasnya bahawa begitu getirnya perjuangan untuk menyampaikan risalah dakwah. Dan sekarang kamu wahai insan muslim dapat menikmati nikmat Iman dan Islam itu. Ayuh ikut berjuang, agar dua nikmat itu terus tersebar ke seluruh dunia..

Ramadhan yang penuh rahmat itu punya nilai ibadah yang tinggi. Satu-satunya bulan yang difardhukan puasa buat umat Sayyidina Muhammad. Satu-satunya bulan yang ada padanya solat sunat tarawih. Bulan yang sangat subur untuk didirikan amalan berqiamullail. Berada dalam bulan ini, umpama menyaksikan cahaya-cahaya langit turun menerangi bumi, mengisi jiwa-jiwa hamba dengan zuq ibadah. Ayuhlah wahai insan muslim, perbanyakkan amal sementara masih ada kesempatan..


Ramadhan yang penuh ganjaran itu punya kunci khazanah pahala yang tidak bernoktah. Suatu bulan yang penuh keajaiban – amalan sunat berpahala fardhu, amalan fadhu berpahala 70 ganda fardhu. Kelebihan beramal dalam bulan ini nyata sangat lumayan. Dari itu, usahakanlah untuk lebih rajin beribadah. Usahakanlah setiap amal bernilai ibadah. Ayuh wahai insan muslim, rebutlah peluang ini. Marilah bersama-sama teruskan sunnah Rasul, melakukan amal-amal Islami mencontohi gerak langkah Rasul - hingga Islam kembali berdaulat di atas muka bumi ini!

Dan sekarang Ramadhan itu, akan meninggalkan kita..

Daripada hadis riwayat Imam Bukhari, al-Baihaqi, al-Thabrani dan Ibnu Hibban menyebut, mafhumnya:
Suatu saat ketika Rasulullah menaiki mimbar, pada setiap kali menapaki anak tangga, Baginda menyebut amin. Lalu para Sahabat r.anhum hairan dan bertanya. Lantas Nabi s.a.w menjelaskan bahawa Baginda mengaminkan doa yang disebut oleh Jibril a.s. Salah satu doa yang diaminkan oleh Baginda s.a.w ialah “Celakalah dia yang melalui Ramadhan yang diberkati tanpa memperoleh keampunan.”Minta dijauhkan. Ayuh wahai insan muslim, bermuhasabahlah. Taati perintahNya dan sucikan diri dengan taubat – tiada pilihan lain.

Akhirnya, diucapkan selamat menyambut Syawal dengan azam baru. Semoga bertemu lagi Ramadhan akan datang. Jadilah kamu insan Rabbaniyyun, bukan Ramadhaniyyun. Ketahuilah bahawa jika kamu menyembah (beribadah kerana) Ramadhan, Ramadhan itu pasti pergi. Tetapi jika kamu menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu tetap hidup tidak mati selama-lamanya. Semoga Tuhan menerima amal kita semua, amin..

Sumber rujukan : Kitab Fadhail A’mal-Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi,Kitab Fiqh Sirah –Syeikh Said Ramadhan al-Bouti(Terjemahan) –Disediakan oleh UDPI DPMS 10/11
Baca Seterusnya...

MAJLIS PEMBACAAN KUTUB SITTAH SIRI 2


Baca Seterusnya...