Ramai yang kata tidak minat mengemas. Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas.
Jangan putus asa. Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci. Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.
Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita. Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas. Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur. Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah. Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas.
Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!
Assalamualaikum, saya pernah belajar mengaji dengan Puan Hajah Maznah waktu sekolah asrama di batu pahat dulu. Macam mana, sihat lagi ke hajah?Puan Hajah Maznah masih mengajar Al Quran lagi ke? Terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumsalam, dulu skolah tigs ya? hajah maznah sihat alhamdulillah tapi usia dah meningkat 70an..uzur juga sikit2. Skrg masih mengajar ngaji di rumah. Pagi sampai malam jadual penuh hehe. Buat masa ni dia dlm edah kematian suami, ayah kami baru meninggal 7 apr haritu sebelum raya.
Delete