25 tahun memali
Wednesday, November 25, 2009
Tuesday, November 24, 2009
JIHAD MEMALI TETAP MEMBARA
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
BALING: Jika Allah memuliakan dan mengangkat tinggi martabat para syuhada dengan segala pujian dan keistimewaan, sewajarnya mereka yang memfitnah dan memburuk-burukkan para syuhada perlu dikutuk dan dicela serta dihadapkan dengan peringatan dan hukuman tegas.
Sebagaimana hidupnya roh para syuhada di sisi Allah, seperti itulah hidupnya roh perjuangan Islam di kalangan pendokong sejati PAS.
Lantaran tulisan dan kedegilan penulis Zulkifli Manzor dan majikannya akhbar Kosmo! kerana memfitnah para syuhada Memali dalam siaran mereka 26 Oktober lalu, majlis peringatan peristiwa Memali yang telah dua tahun tidak diadakan kerana halangan pihak tertentu, kembali diadakan.
Lanjutan tindakan pembelaan yang dilakukan para pendokong PAS melalui laporan polis, demonstrasi, kenyataan media dan penyerahan memorandum pada 26 dan 27 Oktober lalu, atas inisiatif Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, majLis tersebut telah diadakan semula pada tanggal peringatan peristiwa itu 19 November lalu.
Bermula dengan himpunan pemuda di pusara syuhada di Parit Panjang, di sini selepas solat Asar membacakan doa serta mendengar taujihat dari pimpinan Pemuda PAS Kedah, acara diteruskan dengan ‘Konvoi Syuhada’ yang disertai 30 buah kereta dan lebih 100 motosikal menuju ke Kampung Memali.
Konvoi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya yang ‘disambut’ dengan laungan azan Maghrib itu kemudiannya menyertai solat jamaah dan solat sunat serta bacaan tahlil dan yasin pimpinan Tuan Guru Salleh Musa di Madrasah Islahiah Diniah (MID), Kampung Memali.
Pada malamnya, ceramah yang dipenuhi kira-kira 10,000 hadirin bertemakan “Memali Difitnah Lagi” telah menampilkan para pemidato terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu; Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Timbalannya, Ustaz Azman Shafawi Abd Rani selain Pengerusi MID, Senator Muhamad Yusuf Husin dan Ustaz Ahmad Yahya.
Turut menyampaikan pidato ialah khatib cilik, Muhammad Fathillah Yusri, 7 tahun yang merupakan pelajar MID. Majlis juga turut diisi dengan persembahan nasyid syuhada oleh kumpulan nasyid anak-anak Memali dan juga penyampaian cenderahati kepada balu As-syahid Ustaz Ibrahim Mahmud, Solehah Husin.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bangunlah Berjihad!
Khatib cilik, Muhammad Fathillah Yusri, 7 tahun menyeru umat Islam agar bangkit berjihad menegakkan agama Allah dengan berjuang sepertimana kuda perang.
Beliau memetik pengajaran ayat dari surah al-‘Adiyaat yang membicarakan perihal kuda perang dan sifat manusia.
Katanya, alangkah hebatnya seekor kuda perang yang gagah berlari dengan penuh yakin hingga memercikkan api dek pukulan kuku kakinya dan bersedia untuk menyerang pada awal-awal pagi.
Malah ujar Fathillah, kencangnya larian kuda perang ini hingga menyebabkan debu-debu seperti gumpalan awan, seterusnya dengan segala kekuatan fizikalnya, kuda perang ini merempuh musuh-musuh tuannya.
“Allah SWT yang Maha Bijaksana memberi bandingan kepada manusia untuk berfikir sedalam-dalamnya. Bayangkanlah saudara, seekor haiwan yang hanya memakan rumput kering, minum air biasa, tidur di kandang usang, punya kekuatan luar biasa. Kuda ini juga mempunyai sifat rajin dengan berjaga seawal pagi.
“Disamping itu, kuda perang ini sentiasa taat dan patuh kepada arahan tuannya. Tidak ingkar....tidak takut....pantang undur menyerah kalah, berani merempuh musuh-musuh tuannya. Inilah sifat-sifat seekor haiwan yang diibaratkan pahlawan di medan perang manakala manusia pula Allah SWT gambarkan sebagai sangat ingkar, tidak bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
“Makanan manusia sedap-sedap, minuman manis-manis, tidur ditilam yang empuk dan beroleh segala nikmat. Tetapi sayangnya manusia amat sedikit yang tahu bersyukur kepada Tuhannya. Bangunnya lewat pagi, meninggalkan solat, cintakan dunia, munafik dan sanggup menentang agama Allah. Alangkah hinanya manusia jenis ini jika dibandingkan seekor kuda. Di manakah letaknya iman manusia?” ujarnya melontarkan persoalan menginsafkan.
Sambungnya lagi, 19 November 2009, genaplah 24 tahun Peristiwa Memali. Sejarah pejuang-pejuang Allah di Memali ini tegasnya, akan sentiasa membara dalam ingatan di mana 14 syuhada gugur kerana mempertahankan haq (kebenaran).
Ujar beliau, di bumi Memali itulah bangkitnya semangat untuk mendaulatkan Islam sebagai ad-din yang sempurna.
Beliau turut mengingatkan hadirin dengan petikan-petikan dari firman Allah SWT dalam Al-Quran.
“Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.
“Siapakah orang yang beruntung dalam perniagaannya? Jawab Allah SWT iaitu ‘Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
“Jika sekarang kita berada dalam sebuah kapal menuju pelabuhan reda Allah, ada seorang seperti saya mengadu ada salah dan dosa, jangan salahkan saya! Saya sayang kapal saya, saya bimbang kapal tenggelam,” ujarnya lagi,
Oleh itu, Fathillah menyeru agar seluruh umat Nabi bersatu hati, tenaga dan jiwa untuk mempertahankan agama Allah di muka bumi ini.
Tegasnya, biarpun darah menjadi taruhan, tetapi syurga menjadi ganjaran.
“Ayuh bangunlah berjihadlah di jalan Allah, jadilah seperti kuda perang yang gagah berani. Semoga amal kita diberkati Allah,” ujarnya mengakhiri khutbah.
Sejarah Kebangkitan
Bagi Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya, Memali bukan hanya sejarah dan kenangan yang dicatat dan ditulis, tetapi meninggalkan satu pejuangan yang akan dicontohi disepanjang zaman.
Tegas beliau, Almarhum as-syahid Ustaz Ibrahim Mahmud sudah membuktikan bahawa perjuangan pada waktu itu memerlukan kepada pengorbanan begitu besar, dan pengorbanan paling kemuncak dalam Islam adalah mati dijalan Allah SWT.
“Apa yang dilakukan oleh As-syahid dan sahabat-sahabatnya pada waktu itu meninggalkan pengajaran yang amat besar kepada kita hari ini, iaitu pengorbanan dalam perjuangan PAS yang sampai ke kemuncak perjuangan iaitu mati dijalan Allah. Dalam masa sama, peristiwa yang berlaku di bumi Memali ini merupakan kemuncak kejahatan Umno-Barisan Nasional (BN).
“Sejarah ini akan tetap diingati, roh syuhada akan tetap mengalir dalam jiwa anak-anak muda. Saya dan rakan-rakan pada waktu itu masih kanak-kanak diperingkat sekolah, tetapi walaupun demikian, bila kita membaca adanya tulisan-tulisan yang cuba mengaitkan As-syahid Ustaz Ibrahim dan sahabat-sahabatnya sebagai golongan sesat, maka jiwa kita, hati kita yang hari ini mengalir di dalamnya semangat jihad yang ditinggalkan generasi terdahulu, tidak akan membiarkan perkara ini berlalu pergi begitu sahaja,” ujarnya.
Beliau turut menyelar kedegilan penulis untuk memohon maaf. Tegasnya, perkara itu tidak akan lekang dan lupa dari ingatan, sebaliknya Memali akan terus menjadi peristiwa yang membangkitkan semangat jihad untuk bangkit berjuang.
Menyambung Perjuangan Para Nabi
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani pula dalam pidatonya menegaskan bahawa perjuangan PAS hari ini adalah menyambung perjuangan para Nabi.
Katanya, dalam sejarah kehidupan manusia, Allah tunjuk kepada kita perjuangan Nabi-nabi yang melalui pelbagai ujian begitu banyak, kerana mereka menyeru kepada dua perkara iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah dan menentang thaghut.
Menurut beliau, ada nabi-nabi yang berjaya menegakkan kerajaan di zaman mereka seperti Nabi Muhammad, Nabi Musa dan Nabi Sulaiman.
Selain itu ujarnya, ada nabi-nabi yang mati dibunuh atau berhadapan ujian berat kerana menegakkan agama Allah seperti Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Yusuf, Nabi Ibrahim dan Nabi Isa.
“Bukan kita sahaja yang dibunuh, hatta Nabi-nabi pilihan Allah dan dijaga oleh Allah mereka juga dibunuh mati kerana menegakkan kalimah Allah,” katanya.
Tegasnya, sebagai pendokong perjuangan Islam, perlu kita menyedari bahawa mati yang paling mulia adalah mati syahid di mana para syuhada juga boleh memberi syafaat kepada orang lain.
Katanya lagi, selepas kejatuhan Islam, para ulama terus bersungguh-sungguh menyebarkan Islam hingga sampai kepada kebanyakan manusia hari ini walaupun kebanyakan mereka itu akhirnya menghadapi juga ancaman bunuh dan terbunuh.
Menurut Azman, kesungguhan perjuangan mereka itu kerana meletakkan ketetapan sama ada untuk mencapai kemenangan atau mati syahid.
Ujar beliau, Allah memberikan pujian kepada orang mati syahid dan menceritakan perkara-perkara istimewa yang akan dilalui mereka.
Tegasnya, seperti itulah perjuangan Islam yang dibawa PAS sejak 50 tahun lalu hingga akhirnya diberikan nikmat kemenangan pada hari ini.
Sepanjang tempoh itu katanya, bukan sahaja kedapatan mereka yang gagal istiqamah di jalan ini, tetapi mereka yang sabar pula terpaksa menempuh berbagai ujian berat malah kedapatan mereka dibunuh syahid.
Pun begitu ujarnya, walaupun semua bercita-cita mencapai kemenangan atau syahid, bukan semua akan terpilih tetapi pertolongan Allah sangat hampir jika kita memenuhi syarat yang ditetapkan-Nya.
Ujarnya, tempoh 50 tahun telah mematang dan memantapkan perjuangan PAS hingga Allah buka hati orang-orang lain kepada perjuangan Islam yang dibawa PAS termasuk dari kalangan anak-anak muda.
Azman turut menyeru ibu bapa agar menanamkan roh jihad pada anak-anak untuk berjuang.
Islam Hidup Walaupun Cuba Dimatikan
Memali disifatkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi sebagai bumi yang hidup kerana tumpahnya darah syuhada untuk mempertahankan dan meninggikan kalimah Allah mengatasi idealogi ciptaan manusia.
Katanya, Umno cuba melumpuhkan perjuangan Islam, tetapi ternyata ianya tetap kekal.
“Umno cuba menutup, mengharam, menghalang, menyekat perjuangan Islam ini dengan membunuh ulama, tetapi mereka tidak akan berjaya. Mereka cuba memadamkan cahaya agama Allah, tetapi Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agama-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir,” ujarnya berpidato.
Tegasnya, jika 10 pejuang dibunuh dijalan Allah, akan ada 1,000 bahkan 10,000 yang akan bangkit berjuang mempertahankan agama Allah. Menurut beliau, itulah sifat perjuangan Islam di mana-mana sahaja di dunia ini.
Beliau turut mengingatkan bahawa dalam perjuangan hakikatnya kita dan musuh sama-sama menerima musibah namun kita bernaung di bawah reda Allah berbanding perjuangan musuh yang sia-sia.
Kata Nasarudin, Umno setelah tidak berupaya berhadapan PAS dengan demokrasi dan intelektual, kini melakukan pelbagai provokasi dan manipulasi selain ancaman kepada pihak lain untuk menjauhi PAS.
Dalam pada itu, beliau mengajak seluruh pendokong PAS melihat segala kurniaan hari ini sebagai perkara yang telah dijanjikan Allah sama ada berupa serangan musuh mahupun sokongan ramai manusia.
Nasihatnya, jangan ada resah gelisah terhadap musuh dalam mendaulatkan Islam sebaliknya semarakkan iman dalam diri, sebaliknya teruskan menjadi golongan yang akan membenarkan janji sebagaimana As-syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya dengan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah dan berjuang penuh bersungguh-sungguh.
Ujarnya, sebahagian mereka telah menemukan janji-Nya, manakala sebahagian sedang menunggu giliran untuk mati syahid.
Apapun tegasnya, untuk Pemuda PAS meninggalkan perjuangan ini atau memalingkan tumit, sekali-kali tidak akan berbuat demikian!
Beliau turut memberi harapan kepada anak muda yang ramai hadir pada hari itu agar mencontohi watak-watak para syuhada ini dan menyambung serta mendokong aspirasi perjuangan ini.
Dalam ucapannya itu juga, Ustaz Nasaruddin turut memaklumkan mengenai ruang Facebook milik Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang disertai ramai golongan muda hingga terpaksa dibuka akaun tambahan.
Mengakhiri ucapan, beliau menegaskan bahawa tidak akan maafkan Umno-BN selagi mereka tidak bertaubat dan mendaulatkan syariat Allah SWT.
Sejarah Yang Merintis Kemenangan
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu pula memulakan ucapannya dengan lafaz terima kasih kepada Kosmo atas ‘usikan’ yang biadap itu menyebabkan seluruh pendokong PAS bangun menyatakan pembelaan.
Golongan pemuda katanya, telah menzahirkan janji, semangat dan ikrar mereka untuk terus berjuang mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini. Hal itu ujar beliau, menunjukkan bahawa perjuangan PAS dan perjuangan Islam tidak akan mati sampai bila-bila.
Tegasnya, kehebatan anak muda semenangnya amat diperlukan oleh perjuangan ini.
Dalam ucapannya itu, beliau menjelaskan betapa sejarah manusia termasuk sejarah Islam telah diputar-belitkan oleh pemerintah untuk kepentingan mereka lalu ianya dipasak dalam fikiran umum supaya menerimanya.
Jelas beliau, ulamalah yang telah membetulkan dan menerang kembali sejarah sebenar perjuangan Islam hingga umat ini kembali bangkit dari keluh kesah dan rasa bersalah.
Oleh itu katanya, jika sejarah besar dunia boleh diputar belit, apatah lagi sejarah peristiwa Memali walaupun ia baru berusia 24 tahun.
Pun begitu ujar beliau, hasil penerangan yang digerakkan PAS, peristiwa Memali telah menjadi sejarah yang hebat dan mendapat perhatian industri penerbitan.
Sejarah itu jugalah dakwanya yang menjadi sebahagian kepada pencapaian kejayaan dan kemenangan pada hari ini lalu memerintah.
Monday, November 16, 2009
Tuesday, October 27, 2009
memorandum kepada KOsmo!
Kepada:
Ketua Biro Utusan Malaysia (Alor Setar)
Ketua Biro Kosmo ! (Alor Setar)
Tingkat 2, NO 1588, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar, Kedah
Assalamualaikum wrt wbh.
Tuan,
Dengan tegasnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo ! pada mukasurat 11 ruangan Negara kolum keluaran 26/10/2009 (Isnin) Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menegaskan bahawa, artikel tersebut adalah satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.
Ditegaskan di sini bahawa:
1. Penulis artikel tersebut amat jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.
2. Kosmo ! dengan sengaja telah membuat dan menyebarkan fitnah terhadap mangsa kejadian Memali. (Sebagai rujukan: Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahaya Junaid menegaskan bahawa mangsa peristiwa adalah syahid dan tidak pernah diwartakan oleh mana-mana pihak berkuasa agama bahawa mangsa kejadian Memali terlibat dengan ajaran sesat.)
3. Kosmo ! juga telah mencemarkan kedaulatan KeBawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Kedah kerana, apabila menyifatkan mangsa Memali pengikut ajaran sesat, secara tidak langsung Kosmo ! menuduh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang telah bercemar duli menziarahi pusara mangsa Memali di Kampung Parit Panjang, Baling telah menziarahi pusara pengikut ajaran sesat.
4. Kosmo ! juga dengan sengaja menimbulkan tekanan serta terus memalukan maruah para mangsa Memali dan ahli keluarga mangsa.
Maka dengan ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mendesak agar penulis artikel tersebut, editor dan pihak Kosmo ! untuk memohon maaf secara terbuka dan disiarkan di muka hadapan akhbar Kosmo ! dalam tempoh 24 jam dari masa memorandum ini diserahkan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga mengingatkan, agar pihak Kosmo ! tidak perlu mengulas lanjut berkaitan artikel tersebut, tidak perlu diterbitkan artikel untuk menegakkan benang yang basah, cukup hanya sekadar pernyataan memohon maaf.
Sekian, terima kasih.
(AHMAD BIN YAHYA)
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
27 Oktober 2009 bersamaan 8 Zulkaedah 1430H
Monday, October 26, 2009
Mon | Oct 26, 09 | 6:27:41 pm MYT
ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat.
Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.
Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.
"Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat.
"Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA.
"Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi.
ImageMenurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu�adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada.
Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.
Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi.
Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali._
200 Penduduk Memali turun buat laporan Polis
Sunday, October 25, 2009
PENDUDUK MEMALI AKAN BUAT LAPORAN POLIS PETANG INI BANTAH KOSMO
PENDUDUK MEMALI BANTAH KOSMO KAIT AJARAN SESAT DENGAN PERISTIWA MEMALI
Persitiwa yang berlaku di Memali 24 tahun yang lalu bukan kerana Ust Ibrahim membawa ajaran sesat seperti yang didakwa. Semua Itu adalah fitnah jahat UMNO/BN ketika itu bagi terhadap Ust Ibrahim Libya kerana pengaruh beliau ketika itu amat membimbangkan UMNO Baling.
Penduduk Memali telah melalui pahit maung dan keperitan kerana keganasan dan kezaliman yang berlaku ke atas As Syahid Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya yang isteri mereka telah menjadi balu dan anak mereka menjadi yatim.
Bagi Pihak penduduk Memali menggesa pihak kosmo menarik balik berita tersebut yang mengaitkan dengan Memali.
Wednesday, October 21, 2009
MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI DI MEMALI
ARWAH-ARWAH YANG BARU MENINGGALKAN KITA
1. Puan Mek Mud binti Salleh adalah balu kepada AS Syahid Abdullah bin Lebai Kadir. Allahyarham telah meninggal dunia pada 15 Oktober 2009, Khamis lepas. Berumur lebih 70 tahun telah mengalami sakit uzur yang agak lama. Beliau tinggal di Bersebelahan Masjid Kg. Becah Sawa, Baling. Suami beliau telah gugur syahid semasa perinstiwa memali pada 19 Nov 1985. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah..
2. Ahmad bin Shaari ,telah meninggal pada 20 Oktober 2009, kelmarin dirumah beliau kerana sakit gout. beliauy adalah ayah kepada Ust Zukiufli bin Ahmad yang juga telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu kerana strok. Beliau meninggal dunia dirumah beliau di Kg. Becah Sawa, Baling. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah..
3. Pak Wa Dahaman yang meninggal dunia semalam 20 Oktober 2009 kerana sakit tua. Beliau adalah seorang penjual ubat tradisional disekitar kampung memali dan Weng. Beliau yang sudah berusia hampir 80 tahun semasa hidup sangat kuat mengayuh basikal menjaja ubat diseluruh pelusuk kampung. Seorang yang suka berjenaka. Setiap pagi Jumaat beliau pasti berada di madrasah Islahiah Diniah, Kg. Memali untuk mengikuti kuliah agama mingguan disamping menjual ubat beliau. Beliau meninggal dunia di rumah beliaudi Kg. Charok Semeliang, Weng lebih kurang 7 kilometer dari Kg. Memali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah..
3. Pak Wa Dahaman
Wednesday, September 2, 2009
YB SENATOR YUSuF HUSIN MENJALANI PEMBEDAHAN
UST YUSUF CHE MIT DIPILIH PELADANG JAYA NEGERI KEDAH
Ust Yusuf Che Mit, salah seorang guru di Madrasah Islahiah Diniah, Kg Memali telah dipilih sebagai Peladang Jaya Lelaki pada hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah sempena Festival Kedah Sejahtera 2009 di Bandar Laguna Merbok pada 23 Julai lepas.Beliau telah menerima anugerah tersebut daripada KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim dalam majlis tersebut.
Beliau mengusahakan projek ternakan kambing boer bermula sejak 2005 dengan modal sebanyak RM120,000 dengan dua buah kandang dan 80 ekor kambing. Beliau juga mengusahakan tanaman pisang berangan seluas 26 ekar , tanaman terung dan labu manis seluas 6 ekar, dan cili seluas 6 ekar.
Beliau yang merupakan tenaga pengajar di Madrasah Islahiah Diniah sejak 1996 disamping mengajar sambilan di surau dan masjid dibeberapa buah kampung sekitar daerah Baling.
Friday, July 10, 2009
Kisah Sebenar Peristiwa Memali(siri 1) dan (siri 2)
Kisah Sebenar Peristiwa Memali(siri 1)
Kisah benar ini saya petik dari penceritaan Pakteh salah seorang mangsa Memali yang masih hidup sehinggalah buku ini ditulis(1997)Walaupun sekarang Pakteh telah meninggal,kisah benar yang telah diceritakan oleh beliau boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada generasi akan datang.
Pakteh atau nama sebenarnya Mad Piah Yunus merupakan antara orang yang
menjadi orang tengah antara pihak polis dengan penduduk kampung pada hari peristiwa berdarah itu berlaku.
November 1985,Kampung Memali yang terletak dalam daerah baling Kedah telah diserang dengan 2 buah kereta kebal,di ikuti dengan fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16.Dalam operasi yang di namakan operasi hapus itu berlaku atas arahan Dr.Mahadhir Mohamad selaku PM pada masa itu.
Walaupun sudah lebih 12 tahun peristiwa hitam itu berlaku namun saya merasa terpanggil untuk menceritakan kisah sebenar ini memandangkan masih ramai yang belum tahu kisah sebenar peristiwa ini.Bukan seperti laporan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada masa itu yang banyak mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap penduduk memali yang terlibat pada masa itu terutama kepada Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya yang turut terkorban dalam tragedi berdarah tersebut.
Asyahid difitnah sebagai penyebar ajaran sesat kepada penduduk kampung sedangkan apa yang sebenarnya ialah konspirasi jahat politik kotor Dr.Mahadhir untuk menjatuhkan PAS.
1984,Dr.Mahadhir demi mempertahankan kuasanya telah mengarahkan polis untuk menangkap beberapa pempinan pas dan penceramah-penceramah yang popular pada masa itu.Antara penceramah pas yang telah ditangkap dibawah akta ISA pada masa itu ialah,Ustaz Bunyamin Yaakub(Arwah),Ustaz Latif Muhammad,Ustaz Abu Bakar Chik,Hj.Mohammad Sabu(Abang Mat),Hj.Mahfuz Omar dan Haji Ghazali Hasbullah.
Waran tangkap juga di keluarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya tetapi beliau enggan menyerah diri sepertimana kawan-kawan beliau yang lain kerana demi mempertahankan prinsip kebenaran Ustaz Ibrahim enggan menyerah.
Beliau kemudian di sembunyikan murid-muridnya selama lebih kurang 40 hari sebelum dibawa pulang.Setelah pulang, beliau meneruskan aktiviti dakwahnya namun secara sembunyi di rumahnya.walaupun sebelum ini beliau sentiasa mengajar di masjid di kampung beliau.
Tindakan ini telah diambil kesempatan oleh pihak UMNO dengan menuduh Ustaz Ibrahim mengajar ajaran sesat.Yang akhirnya membawa kepada peristiwa berdarah tersebut.
Kisah seterusnya akan bersambung minggu hadapan.Akan saya akan ceritakan sedikit latar belakang pencerita iaitu Pakteh.Siapakah beliau,cara hidup beliau dan hubungan beliau dengan Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.
Kisah Sebenar Peristiwa Memali(Siri2)
Seperti yang saya katakan hari sabtu lepas,minggu ini saya akan ceritakan serba sedikit biodata diri PakTeh,pencerita yang menceritakan kisah sebenar tragidi memali.
Nana sebenar Pakteh ialah MatPiahYunus.Pakteh mula mendapat pendidikan awak di sekolah rendah Keb.weng,Baling Kedah.Disitulah Pakteh mula berkawan dengan Ustaz Ibrahim Libya.walaupun Pakteh lebih muda dari Ustaz Ibrahim beberapa tahun namun sikap Ustaz Ibrahim yang suka berkawan merapatkan lagi hubungan mereka.
PERSEKOLAHAN
Pakteh meceritakan,sewaktu zaman persekolahannya Ustaz Ibrahim seorang yang periang dan amat suka bersukan.Antara sukan yang menjadi minatnya ialah sepak takraw dan bola sepak sehingga Asyahid Ustaz Ibrahim pernah beberapa kali mewakili sekolahnya dalam pertandingan sukan .Selepas Tamat Sekolah Rendah Pakteh melanjutkan pelajarannya ke Madrasah Khairiah,Kg.Pisang Baling Kedah.Namun begitu pakteh hanya sempat belajar sehingga tingkatan 3 sahaja kerana masaalah keewangan.
Ustaz Ibrahim pula menyambung pelajaran di Sekolah Agama Inttifaqiah,Kg.Charok Putih ,Weng Kedah.Kemudian Ustaz Ibrahim melanjutkan pelajaran ke beberapa tempat pula antaranya Pondok Al-Khairiah Pokok Sena,Seberang Prai,Asyahid juga pernah menuntut di NilamPuri Kelantan sebelum ke Deoban India,Universiti Al-Azhar kemudian ke Libya.
Pakteh pula,walaupun tidak sempat menghabiskan sekolah menengah minat Pakteh untuk belajar masih tinggi.Untuk itu dia mengikuti kuliah-kuliah pengajian di masjid-masjid dan pondok2 pengajian.Antara guru-guru Pakteh ialah Allahyarham Tuan Guru Hj.Omar Zuhdi,pengasas pondok Lanai.Tuan Guru Hj yahya Kupang(meninggal)dan Lebai Yaakub,Pengasas sekolah Agama Carok Putih,Weng.
KERJAYA
Setelah tamat tingkatan tiga Pakteh mula membuat kerja-kerja kampung sehinggalah beliau berkahwin pada usia 18 tahun.Pakteh pernah menjadi pemandu van,menghantar barang-barang runcit ke kedai-kedai runcit.
kisah seterusnya Minggu hadapan.Akan diceritakan bagaimana dalam peristiwa Memali berdarah itu Pakteh ditembak dan 14 biji peluru M16 hinggap ketubuhnya dari jarak kurang 10 meter.(ijoks2009)
ADA POKOK NAMA MEMALI
Famili : Leeaceae
Nama Sains : Leea indica ( Burm.f.) Merr.
Nama Tempatan : Memali
Huraian Ringkas;
Pokok kecil atau syrub, mencapai 4 m tinggi, berbatang banyak. Batang dan dahan licin. Daun pinat, anak daun lebih dari 25, 12-23 x 4-10 cm. Bunga hijau keputihan. Buah 1.0 cm lebar, bulat, berwarna hitam-jingga, mempunyai 6 biji.
Kegunaan : Ubatan
Taburan : Hutan tanah rendah biasanya tepi sungai.
http://jhn.penang.gov.my/v1//index.php?option=com_content&task=view&id=129&Itemid=65
Lagu Syuhada Memali
Klip Video yang diedit mengisahkan tentang tragedi Memali 19 November 1985. Lagu dicipta oleh Meor, lirik ditulis oleh Black. Didendang oleh Rahmat, Meor, Black dan Nik pada satu pameran lukisan di Pelita Hati.
Sunday, June 28, 2009
NASYID MEMALI : WAHAI MUJAHIDUN
Wahai Muslimun janganlah engkau leka
siaplah sedia segala senjata
janganlah kau takut janganlah kai bimbang
Addin islam itu pasti akan menang
Wahai Mujahidun.... 8 x
Setitik darahmu mahal harganya
tiadalah sama segunung harta
kebahagian didunia hanya sementara
di akhirat sana kekal selamanya
Wahai Mujahidun.... 8 x
Teruskan perjuangan walau berhalangan
agar mencapai akan kemenangan
akhir penentangan adalah kehancuran
akhir perjuangan adalah kejayaan
Wahai Mujahidun.... 8 x
Setelah berjaya kibarkan bendera
agar dunia tidak pandang hina
laungkanlah pujian kepada yang esa
hanyalah Allah pelindung kita
Wahai Mujahidun.... 8 x
Friday, June 26, 2009
NASYID MEMALI: TITISAN DARAH -tribute to Palestin
Mengalir sayu membasah bumi
mengukir tarikh peluru ganas mengoyak tubuh
mencarik daging menembus tulang
Tangisan bayi dan yatim piatu menyayat pilukan hati kami
ratapan isteri mengiringi suami menempah syahid di medan
Mayat bergelimpangan dan bermandi darah tanpa pembelaan
kering sudah air mata menangisi nasib dan takdir
Hai Pengkhianat umat yang menyembah diri kepada Yahudi
mengapa leher kamu serahkan ke pedang musuh yang durjana
badan kami telah dikoyakkan lantaran pembelotan jahatmu
manakah keadilan sejati yang menuntut kezaliman kamu
Dimanakah seruan kebebasan sejagat yang dilaungkan
dimanakah hak asasi manusia yang telah dimeterikan
Apakah erti tamadun yang menghisap darah saudara kami
manakah kebebasan diri yang kamu janjikan kepada kami
Hai Durjana umat mengapa bumi suci kami yang kamu jajahi
mengapa kamu sanggup membunuh jiwa insan yang tidak berdosa
Apakah penyiksaan dan keganasan kemanisan bagi mu
namun kami akan terus memperjuangkan cita-cita yang murni
Hai saudara seagama , janganlah kami kau lupai
marilah bersama kami menghayati kemanisan jihad ini
Marilah bersama memikul senjata mempertahankan kedaulatan Islam
NASYID MEMALI: KENANGAN DAN HARAPAN (1987)
(nasyid ini begitu popular sekitar tahun 1987-1993 dan menimbulkan kembali nostalgia dan kenangan memali)
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Ampunilah kami, redhailah kami,
Ya Rasulullah , Ya Rasulullah
Kami Umatmu minta disyafaat
Duhai Syuhada' tentera Allah
Jihadmu suci kami akan kami turuti
Bumi Memali mengukir sejarah
bergelimpangan jasad kaku dan rebah
rayuan anak isteri tidak di endah
peluru menghambur menghirup darah
meradak pejuang kejalan Allah
penembak rakus , puas dan megah
Ledakkan senjata dihentikan dahulu
seluruh harta bersih disapu
anak-anak ditangkap ibu dibelenggu
disiksa dikejam bertalu-talu
pedih dan azab bertambah sayu
di dalam kurungan menahan pilu
Bersemadi syuhada' penuh syahdu
kuburmu diketuk dipecah dipalu
makam yang indah menjadi debu
tinggalkan nisan daripada batu
puaslah sudah sikejam dan dungu
memadan kenangan memahat sayu
Duhai kawan yang rebah dan gugur
daya juangmu tetap digembur
penyuluh perjuangan sebagai obor
mendidik keturunan yang belum hancur
mamahat jihad dijiwa luhur
sehingga syahid jasad tersungkur
Barisan angkatan jemaah perpaduan
kukuhkan saf menentang kemungkaran
menangkap kezaliman menegak keadilan
hiaskan diri dengan amalan
sedia berkorban nyawa dan badan
untuk Islam di redhai tuhan
Muslimin Muslimat Jamaah Islam
hidupkan jihad jangan dipadam
tegakkan kebenaran dimuka alam
walau ditangkap digantung direjam
teruskan perjuangan sehingga padam
sebagai syuhada' itulah azam
Tuesday, June 16, 2009
BALU SYUHADA' MEMALI
1. Solehah binti Hj Hussein
2. Siti Mariam binti Omat
3. Siti Rokiah binti Hassan
4. Hajjah Zainab binti Hj Salleh - UZUR
5. Siti Aishah binti Ahmad
6. Mek Mud binti Salleh - UZUR
7. Zaharah binti Awang Besar
8. Ratna binti Che Lek- meninggal dunia
9. Asma binti Ibrahim
10. Zainab binti Salleh
11. Robiah binti Yaacob
12. Mardhiah binti Abd Rahman - meninggal dunia
13. Yam Noor binti Mat Hussain
TAHANAN MEMALI YANG DITAHAN ISA
1.Razali bin Abd Kadir, Kg. Sg. Rambutan Selama , Perak
2.Abd Hamid bin Omar, Pagoh, Batu Pahat ,Johor
3.Zulkifli bin Ishak, Kg. Baka Tua, Sbrg Prai - Meninggal dunia
4.Abd. Rahman bin Salleh, Kg. Memali, Baling - Meninggal dunia
5.Husin bin Yahya , Kg. Carok Bunting, Siong,meninggal dunia
6.Sobiri bin Hassan , Kg. Carok Bunting, Siong
7.Osman bin Salleh, Kg. Weng, Siong
8.Ramli bin Salleh , Kg. Weng Meninggal dunia
9 .Ishak bin Che Noh , Kg. Weng, Siong
10.Zakaria bin Jusoh ,Kg. Weng, Siong
11.Che Mid bin Che Teh ,Kg. Surau, Siong
12.Manas bin Abdullah , Kg. Carok Putih, Siong, meninggal dunia
13.Shaari bin Ahmad , Kg. Carok Putih, Siong Meninggal dunia
14.Sahimi bin Mohd Hussain, Kg. carok Puteh, Siong
15.Elias bin Mahmud, Kg. Carok Putih, Siong
16.Zaman bin Mahmud , Kg. Carok Putih, Siong
17.Abd Rahim bin Awang, Boh Kg. Carok Putih, Siong
18.Tajudin bin Osman , Kg. Carok Putih, Siong
19.Ishak bin Che Hin, Kg. Carok Putih, Siong
20.Khatib bin Ibrahim , Kg. Becah Sawa
21.Ahmad bin Lebai Kadir, Kg. Becah Sawa
22.Azmi bin Jusoh , Kg. Becah Sawa, meninggal dunia
23.Abd Raof bin Ismail, Kg. Becah Sawa
24.Mat Hassan bin Hj Salim , Kg. Memali, Baling
25.Abd Rahim bin Hj Hussain, Kg. Memali, Baling
26.Zakaria bin Abd Rahman , Kg. Memali, Baling
27.Abas bin Ibrahim , Kg. Memali, Baling
28.Jaafar bin Nayan, Kg. Memali, Baling
29.Md Piah bin Yunus , Kg. Tanjung Pari Meninggal dunia
30.Mansor bin Othman , Kg. Memali, Baling, meninggal dunia
31.Ramli bin Che Mit, Kg. Memali, Baling
32.Azmi bin Hj Salim , Kg. Memali, Baling
33. YB Sen. Hj Mohd Yusuf bin Husain,JP, Kg. Memali, Baling
34. Abdullah bin Che Soh, Kg. carok Putih, Siong
Sunday, June 14, 2009
AL FATIHAH DI ATAS PEMERGIAN AL USTAZ FATHI YAKAN
Pada pagi sabtu, 13 Jun 2009, Syeikh Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah mana dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo.
pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.
Latar belakang Fathi Yakan
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama Mona Yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Tuesday, June 2, 2009
Monday, June 1, 2009
Thursday, May 28, 2009
Gugurnya Seorang Pejuang
Friday, May 22, 2009
SENARAI MAJLIS KETUA KAMPUNG (MKK)
MKKP (N30 BAYU) | |||
1. | En. Zamree b. Che Teh Kampung Batu 8 | 16. | En. Yahaya b. Ahmad Kampung Caruk Bunting |
2. | En. Mat Juyani b. Wahab Kampung Sri Ketengga | 17. | En. Lim Seng Huat Kg. Cina, Kg. Lalang |
3. | En. Drani b. Wadin Kampung Tanjung Pari | 18. | Hj. Nasir b. Nayan Kg. Orang Asli, Kg. Lalang |
4. | En. Abd Aziz b. Ramli Kampung Batu 60 | 19. | En. Ramli b. Husain Kampung Luar |
5. | En. Ibrahim b. Abd Raof Kampung Weng Dalam | 20. | En. Mhmd Khatib b. Abdullah Kampung Pokok Setol |
6. | En. Osman b. Salleh Kampung Weng Luar | 21. | En. Mahmud b. Yaakob Kampung Hijrah |
7. | En. En. Zulkifli b. Ishak Kampung Charok Semeliang | 22. | En. Alias b. Ibrahim Kampung Bandar |
8. | En. Yaakob b. Ahmad Kampung Surau | 23. | En. Abdul Aziz b. Jaeh Kampung Siput |
9. | En. Zaman b. Mahmud Kampung Charok Puteh | 24. | En. Rahim b. Md Rejab Kampung Terebak |
10. | En. Mat Juki b. Ahmad Kampung Memali | 25. | En. Johari b. Abdullah Kampung Kelian Dalam/Kemunting |
11. | En. Abd Nasir b. Idris Kampung Bechah Sawa | 26. | En. Wan Ngah b. Kemara Kampung Chenerai |
12. | En. Ismail b. Bakar Kampung Legong | 27. | En. Mohammad Nahar b. Ishak Kampung Tandop |
13. | En. Manas b. Saad Kampung Kuala Kedua | 28. | En. Jamaludin b. Abdul Aziz Kampung Telok Temelah |
14. | En. Ahmad b. Abdullah Kampung Lalang | 29. | En. Md Ali b. Yahya Kampung Dusun Ghani/Bukit Palong |
15. | En. Mohktar b. Saad Kampung Baru Siong | 30. | En. Syuckry b. Shaari Kampung Bukit Payong/ Dusun Raja/Tok Golok |
Sumber: Penghulu Zamri (Mk. Siong)
KAMPUNG KITA
MUKIM-MUKIM DAN KAMPUNG-KAMPUNG DI DAERAH BALING
|
|