Wednesday, September 17, 2008

Iftar Ramadhan

Alhamdullilah kita dah sampai dipertengahan bulan Ramadhan. Seperti yang disiarkan dalam posting yang sebelum ini, untuk sepanjang bulan Ramadhan ini, KMD menganjurkan majlis Tadarus, Iftar dan Tarawih secara bergilir-gilir dikalangan ahli-ahli KMD. Acara ni berasingan antara muslimin dan muslimat (kerana masalah tempat) dan alhamdullilah berjalan lancar. Di sini ada beberapa gambar tadarus/iftar muslimat yang diadakan di rumah ahli dan di masjid. Kita juga bersyukur dan berbangga adanya seorang saudara baru dari Latvia bernama Natasha yang sama-sama mengikuti program tadarus/iftar.



Photographs credited to Amal
Majlis tadarus dan iftar muslimin juga tak kurang aktifnya..tapi oleh kerana bilangan muslimat lebih ramai (i.e lebih ramai yang memasak), majlis muslimin ni banyak diadakan di masjid, central mosque Dundee dan juga masjid Victoria st (kalu tak silap).



Gambar adalah ihsan Tarmidi dan Zulaikha

BBQ at Champerdown Country Park

Seminggu sebelum berpuasa, KMD telah mengadakan second bbq di Camperdown Country Park, Dundee. Alhamdullilah ramai yang hadir, terutama ahli bujang. Ahli berkeluarga tetap maintain, tak pernah ketinggalan.


Tak semua ada dalam gambar ni..termasuk cameraman (Khai) dan camerawoman (Amal) serta beberapa kanak-kanak yang tak leh tinggal mainan.

Menu agak istimewa kali ni....SATE....setelah bertungkus-lumus rewang cucuk sate, akhirnya 200 cucuk sate 'giant' berjaya disiapkan...


Aktiviti macam biasa, sembang dan makan. Selain dari sate dan kuah kacang, ada juga burger dan sosej untuk bbq. Side dishes memang banyak, antaranya keropok ikan, sosej rolls, bee hoon goreng, curry puff, cakes (carot, caramel, chocolate creme), lodeh, nasi impit dan lain-lain lagi (banyak sangat, dah lupa).

Kanak-kanak tak ketinggalan...macam biasa, sibuk dengan aktiviti masing-masing. Oleh kerana area Camperdown ni lebih luas berbanding dengan Tentsmuir beach tempohari, makin la meriah mereka ni bermain.





Bukan dewasa je syok bersembang, Aidil and Hubayd pun bukan main lagi.



Alhamdullilah aktiviti bbq ni berjalan dengan lancar sekali. Semoga tahun depan boleh berbarbeque lagi.


SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA WARGA KMD



Photographs credited to Amal and Khai. Banyak lagi gambar boleh tengok kat sini (courtesyof Kak Maziah) dan boleh juga jengok di Fotopage Khai dan Inda, Picasa album Zahir dan Ina dan juga flkr Amal

Sunday, September 14, 2008

Night Journey- Israj and Mikraj

Assalamualaikum semua. Kita semua dah dipertengahan bulan Ramadan Al-Mubarak. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua warga KMD. Sebelum tibanya bulan puasa ini, ada dua aktiviti utama KMD yang belum dimasukkan ke blog ini iaitu Program Night Journey- Israj and Mikraj (Flyer sudah dipostkan).

Pada malam itu, selain daripada mendengar ceramah daripada penceramah-penceramah yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Al-Maktoum Institute, tarikan utama adalah persembahan bacaan al-quran dan terjemahan serta nasyid daripada anak-anak KMD.

Fizzy membacakan surah Al-Isra, terjemahan dibacakan oleh Abrar dan Farhan



Manakala ahli nasyid pula terdiri daripada Aidil, Hubayd, Bob, Farhan, Shamir, Fizzy, Abrar, Luqman, Nabhan dan Iskandar (not sure the name of the girl in white dress).

Majlis berjalan dengan lancar walaupun agak 'havoc' sikit dengan keriuhan kanak-kanak. Masa refreshment adalah masa yang paling ceria sekali walaupun makan biskut kering jer....kecuali geng nasyid ada import bee hoon goreng dari Hawkhill...



Antara yang hadir..Izaty, mai, Lin dan Vivi...Mahadi, Zahir, Irfan, Taufik (berusaha mengecilkan diri supaya masuk frame...)....Tarmidi, Zaty, Khamsah, Shahrun..
Ramai lagi yang hadir dan banyak lagi gambar-gambar yang boleh dilihat di sini
All photographs courtesy of Kak Maziah

Monday, September 1, 2008

Jadual Host Tardarus Muslimin dan Muslimat

updated: klik sini

Tadarus Ramadhan Muslimat




Keterangan
(1) Buka puasa. Boleh buka di mana2 yang sesuai, rumah sendiri, DUIS, Masjid etc. Sila awas dnegan jam anda supaya boleh berkumpul di tempat tadarus pada masa yang ditetapkan.
(2) Solat maghrib
(3) Berkumpul untuk bertadarus bersama2 di rumah host. Jadual host akan diedarkan untuk mencari volunteer. Tadabur, setiap orang akan bergilir2 membentangkan tadabur ayat. Pilih 1-3 ayat dari juzuk yang dibaca pada malam itu dn bincangkan tafsirnya dalam masa 10 minit. Giliran akan ditentukan awal dalam jadual host.
Target: Sekurang2nya satu malam satu juzuk.
(4) Solat Isyak dan terawikh boleh ditunaikan di rumah host atau di masjid atau di rumah masing2, terserah kepada kesesuaian masing2.

Pilihan untuk host (sila nyatakan pilihan anda dalam jadual host.)
(A) Basic – host untuk majlis tadarus dan tadabur sahaja.
(B) Host untuk majlis tadarus, tadabur, Isyak dan Terawikh
(C) Host untuk majlis berbuka puasa, tadarus, tadabur, Isyak dan Terawikh
(D) Usrah (setiap jumaat malam sabtu). Bermula sejam sebelum berbuka puasa, dimulakan dengan pengisian usrah. (Pembentang akan ditentukan awal supaya dapat bersedia untuk pembentangan yang ringkas dan padat.) Diikuti dengan berbuka puasa…. Terawikh.


Kita memahami masing2 ada tugasan seharian, justeru, usah rasa bersalah kalau anda memilih untuk menjadi host jenis A.

Dan menyedari menjamu orangberbuka puasa adalah sangat besar pahalanya di bulan ramadhan ini, kita juga nak beri peluang dengan lebih teratur kalau ada yang nak jemput berbuka puasa di rumahnya sebagai host jenis C. Kita tak galakkan untuk buat style potluck terbuka, untuk elakkan orang rasa segan nak datang majlis sebab tak sempat nak masak apa2. :)
Masak simple2 aje. Don't expect a big feast. Rasulullah s.a.w. bersabda 'walaupun dengan sebiji tamar'.
Kecuali dah berpakat dengan orang lain untuk buat satu majlis buka puasa, tak pe lah.