Sunday, July 31, 2011

KDE Mengumumkan KDE 4.7


Persekitaran Desktop KDE mengumumkan KDE 4.7 kini telah sedia untuk digunakan oleh pengguna di seluruh dunia. Kemaskini yang dibawakan oleh versi terbaru ini termasuk kepada KDE Plasma Workspaces, Aplikasi KDE dan juga Platform KDE. Antara perubahan tersebut ialah

  1. Plasma Workspaces menjadi lebih portable dengan KWin.
  2. Kemaskini aplikasi KDE (Kontact, Akonadi, Digikam..)
  3. Naiktaraf fungsi multimedia, IM etc
  4. IM baru yang diintegrasikan secara terus pada desktop
  5. Memperbaiki hampir 12000 pepijat
Kepada pengguna KDE di luar sana, masa untuk upgrade!

Saturday, July 30, 2011

Ruang Ubuntu One Ditingkatkan Ke 5 GB, Mencapai 1 Juta Pengguna

Ubuntu One merupakan perkhidmatan simpanan fail berasaskan teknologi awan dan kini diumumkan telah mencapai 1 Juta Pengguna. Lanjutan dari pencapaian itu, kini pihak Canonical telah mempertingkatkan ruang simpanan percuma dari 2 GB ke 5 GB.

Ubuntu One Control Panel Dalam Ubuntu 11.10 Alpha 2

Pastinya ini adalah satu berita gembira kepada pengguna ubuntu seperti saya yang selama ini bergantung kepada Dropbox sebagai penyedia ruang simpanan awan. Setidak-tidaknya, tawaran ruang simpanan yang lebih besar ini akan memudahkan pengguna yang membeli lagu di Ubuntu Music Store membeli dengan lebih banyak lagu lagi dan membawa keuntungan kepada Canonical.

Saya juga tertarik kepada angka 1 juta pengguna yang diumumkan kerana pada saya ia melambangkan tidak ramai pengguna ubuntu yang menggunakan perkhidmatan Ubuntu One. Semoga pihak pembangun ubuntu & Canonical dapat mempertingkatkan lagi fungsi Ubuntu One ini dimasa akan datang.

Travelog percubaan Google Music Beta....Di Malaysia & Dalam Ubuntu!

Sepertimana yang diketahui umum, Google sedang membangunkan perkhidmatan pengurusan muzik secara awan dipanggil Google Music yang sedang dalam fasa beta dan hanya untuk pengguna US sahaja (buat masa ini). Kemudian, Google melancarkan aplikasi Google Music Manager khas untuk pengguna Linux setelah menyediakan aplikasi yang sama untuk sistem operasi Windows & Mac OSX.

Apabila Google melancarkan aplikasi Google Music Manager untuk Linux, saya tertarik untuk mencubanya sendiri namun oleh kerana Google Music hanya untuk pengguna di US sahaja buat waktu ini, ianya sedikit membantutkan proses percubaan tersebut. Setelah membuat semakan di internet, saya mendapat beberapa maklumat tentang Google Music antaranya;
  1. Seseorang perlu request invitation dan anda mestilah daripada US / IP anda adalah di US
  2. Untuk menggunakan Google Music, seseorang itu tidak semestinya perlu berada di US
Kedua-dua maklumat ini menjuruskan kepada satu hipotesis iaitu, pengguna harus menggunakan IP dari US untuk membuat permintaan jemputan ke Google Music namun beliau boleh menggunakan Google Music di mana sahaja. Ternyata hipotesis tersebut tepat apabila saya menemui artikel ini : 
HowTo Get Google Music Invite Outside US.

Saya mengikuti tutorial tersebut dengan cermat dan selepas hampir seminggu menanti, barulah saya mendapat invitation untuk mencuba Google Music, di Malaysia!


Teknologi berasaskan awan atau Cloud Computing sedang meningkat naik & potensinya adalah sebesar harapan masa depan. Mungkin kerana itu Google, Amazon, dan terbaru Apple telah, sedang & akan melancarkan perkhidmatan muzik berasakan awan ini dalam masa terdekat.

Berbalik kepada aplikasi Google Music Manager dalam ubuntu, aplikasi ini semata-mata untuk pengguna setkan satu folder (biasanya folder muzik) dan kemudian kesemua muzik dalam folder tersebut akan dimuatnaik ke server Google Music untuk disimpan secara awan.


Pengguna kemudiannya boleh mengakses kesemua koleksi muzik miliknya dimana sahaja samada di komputer (menggunakan browser music.google.com) ataupun peranti android dengan syarat pengguna mestilah mempunyai sambungan internet.


Selain dari fungsi menambah koleksi muzik peribadi ke Google Music, Google Music juga sebenarnya adalah market kepada industri muzik dan pengguna boleh membeli lagu yang digemari dari artis kesukaan mereka. Namun begitu, saya tidak menemui fungsi ini dalam Google Music saya mungkin kerana saya mengaksesnya dari Malaysia & tidak menggunakan proxy.

Apapun saya tetap optimistik dengan Google Music atas beberapa sebab;

  1. Integrasi dengan Google+ seakan-akan sesuatu yang pasti
  2. Integrasi dengan Android (belum dicuba secara praktikal)
  3. Google menyokong kesemua sistem operasi, termasuk mobile OS!
  4. Streaming muzik yang tiada gangguan (sepanjang proses percubaan ini)
Saya mengharapkan Google akan melancarkan Google Music ke Malaysia secara rasminya tidak lama lagi.

Sunday, July 24, 2011

Ulasan Game 0 A.D & Cara Pemasangan Dalam Ubuntu

Wildfire Games, an international group of volunteer game developers, proudly announces the release of "0 A.D. Alpha 6 Fortuna", the sixth alpha version of 0 A.D., a free, open-source game of ancient warfare.
Game 0 A.D merupakan sebuah projek sukarela daripada Wildfire Games dan apabila saya mencuba sendiri fasa alfa keenam game ini, boleh saya katakan game ini sangat 'menjanjikan sesuatu' apabila versi penuhnya dilancarkan nanti.

Saya mencuba game ini dalam laptop berkemampuan 1 Gb RAM dan berkepantasan 2.2 GHz Core 2 Duo yang pada saya sangat ketinggalan jika hendak dibandingan dengan komputer high end pada masa kini.


Pemasangan dalam Ubuntu

Buka terminal dan taipkan kata arahan berikut;
sudo add-apt-repository ppa:wfg/0ad && sudo apt-get update
sudo apt-get install 0ad 0ad-data
Proses pemasangan memerlukan anda memuatturun fail bersaiz kurang daripada 200MB (yang pada saya sangat kecil) dan game ini boleh didapati dalam aplikasi Games.


Dengan keupayaan laptop saya yang minima, saya mendapati game ini boleh dimain dengan lancar tanpa apa-apa gangguan prestasi yang ketara. Walaubagaimanapun, saya juga ingin mendengar prestasi permainan game ini dalam laptop yang lebih rendah spesifikasinya.

Sebelum saya terlupa, game ini juga boleh dicuba dalam sistem operasi Windows & Mac OSX.


IPB Image
IPB ImageIPB Image

Selamat mencuba.

Saturday, July 23, 2011

Kaji dan selidik

--UPDATE 27/7--
Setakat ini seramai 50 orang sudah melengkapkan soal selidik Melayubuntu. Terima kasih bebanyak. Kau orang memang besttt...

Tapi aku nak bagi lagi best, aku nak offer goodies yang beharga RM100 hinggit kepada orang yang ke-487 menjawab soal selidik Melayubuntu...cuba korang suggest dalam ruangan komen goodies apa yang korang nak kalau korang menang...

--Kenapa 487? sebab populasi Melayubuntu mengikut facebook like ialah 4879. Jadi 10% sampel daripada populasi, sudah mencukupi untuk membuatkan soal selidik ini valid mengikut (Gay, 1992).



Salam,
Saya shimgeek salah seorang penyumbang kepada Melayubuntu memerlukan pertolongan anda....
Untuk memastikan artikel yang saya publishkan menepati selera pembaca2 Melayubuntu, eloklah saya bertanya sendiri kepada pembaca-pembaca yang budiman sekalian.


Create your free online surveys with SurveyMonkey, the world's leading questionnaire tool.

Friday, July 22, 2011

Linus Torvalds melancarkan Linux 3.0


Ianya mengambil masa 20 tahun untuk Linus Torvalds membangunkan kod-kod kernel (dikenali sebagai Linux) sehingga ia boleh dipanggil versi 3.0 pada hari ini. 22 julai 2011, selepas 20 tahun nan berliku, Linux Torvalds menulis "3.0 pushed out" di halaman profail Google+ beliau sebagai simbolik pelancaran kod kernel yang pada hari ini menggerakkan kebanyakkan mesin-mesin, komputer-komputer, malah telefon pintar Android & Meego.

Linux 3.0 pada asasnya tidak mempunyai banyak perbezaan dengan versi 2.6.40 dan idea untuk menomborkan semula versi Linux dijelaskan secara berikut oleh Torvalds;
I decided to just bite the bullet, and call the next version 3.0.
The whole renumbering was discussed at last years Kernel Summit, and there was a plan to take it up this year too. But let's face it - what's the point of being in charge if you can't pick the bike shed color without holding a referendum on it? So I'm just going all alpha-male, and just renumbering it. You'll like it.
Rujukan : https://lkml.org/lkml/2011/5/29/204

Sebagai salah seorang pengguna komputer yang menggunakan kernel Linux sebagai perantaraan komunikasi software & hardware, saya mengucapkan selamat datang Linux 3.0!

Thursday, July 21, 2011

Muatturun Asas The GIMP karya Hardyweb Secara Percuma


Sahabat saya adi atau lebih dikenali di alam maya sebagai Hardyweb telah melancarkan sebuah ebook bertajuk Asas The GIMP yang boleh dimuatturun di : http://www.mediafire.com/?dr8atef5q79f60y

GIMP adalah perisian Image Editor yang boleh dijadikan altenatif kepada Photoshop dan boleh didapati dalam semua platform sistem operasi.

Tuesday, July 19, 2011

Memasang Elementary Music App BeatBox Dalam Ubuntu 11.04 : Ringan, Laju & Terbaik


Terlalu banyak music player diluar sana yang boleh dicuba dalam ubuntu. Antaranya Rthymbox, Banshee, Minitunes, Clementine, DeadBeef, Miro dan pelbagai lagi. Kita mungkin mempunyai terlalu banyak pilihan. Namun siapakah yang akan memberitahu kita music player yang mana yang terbaik?

Cuba sendiri!
sudo add-apt-repository ppa:elementaryart/elementarydesktop
sudo add-apt-repository ppa:sgringwe/beatbox
sudo apt-get update
sudo apt-get install beatbox
Apabila saya mencuba BeatBox, sebenarnya saya kagum dengan kepantasannya scan semua fail-fail music saya yang tidak kurang daripada 10GB.

Ianya mempunyai interface yang simple, ringan, dan menarik, segalanya yang boleh anda harapkan daripada pembangun Elementary. Sekiranya anda memerlukan music player yang sederhana dan tidak terlalu complicated, BeatBox adalah pilihan terbaik yang kita anda tanpa ragu.

Selamat mencuba.

Sunday, July 17, 2011

Kemaskini Antaramuka Hotot : Lebih Simple & Tersusun


Hotot mempunyai kitaran pembangunan yang agak pelik. Versinya tidak begitu ketara mengalami peningkatan. Misalnnya versi terkini 0.9.6 adalah versi yang entah ke berapa kali dikemaskini memperkenalkan atau boleh dikatakan diekperimenkan beberapa fungsi, anataramuka, susunan butang-butang dan layout keseluruhan, namun tetap 0.9.6 versinya. Yup, saya mengakui saya tidak menghafal angka selepas dari 2 titik perpuluhan itu :)


Walaubagaimanapun sekiranya anda mengemaskini Hotot baru-baru ini, anda akan perasan antaramukanya telah berubah dari sebelum ini menjadikannya lebih simple & tersusun. Kesemua fungsi kini berapa pada bahagian atas sekaligus memudahkan pengguna browse dari timeline utama ke mentions, messages dan seterusnya ke fungsi search.


Satu-satunya fungsi yang tiada dalam Hotot adalah trending menjadikan pengguna tidak tahu topik apakah sedang trending dalam kawasan tertentu. Semoga fungsi ini akan diperkenalkan kelak.

Sekiranya anda telah memasang Hotot sebelum ini, anda hanya perlu upgrade Hotot ke versi baru untuk menikmati perubahan ini dan sekiranya masih belum memasangnya, sila masukkan kata arahan berikut ke Terminal;
sudo add-apt-repository ppa:hotot-team
sudo apt-get update
sudo apt-get install hotot
Selamat mencuba.

Saturday, July 16, 2011

gSharkDown - Dengar & Muatturun Koleksi Mp3 Dari Grooveshark Dalam Ubuntu

Grooveshark telah menjadi satu perkhidmatan muzik online yang beroperasi secara awan membenarkan pengguna untuk mendengar muzik & juga internet radio. Grooveshark mengandungi terlalu banyak koleksi muzik percuma dan ianya adalah syurga kepada penggemar muzik yang tidak mahu berbelanja besar membeli lagu yang diminati.


Sekiranya anda pengguna ubuntu, saya ingin mencadangkan satu aplikasi iaitu gSharkDown yang berfungsi sebagai pemain muzik dan pada masa yang sama pemuatturun kepada lagu-lagu yang terdapat di Grooveshark. Antara ciri-ciri aplikasi ini ialah;

  • GNOME integration
  • Easy to use
  • Information of the songs with the album
  • Remember the playlist when you exit the application.
  • Ability to enable notifications.
  • Licensed under GNU GPL v.3

Aplikasi ini boleh dimuatturun melalui pautan berikut (fail DEB)
https://bitbucket.org/vkolev/gsharkdown/downloads/gsharkdown_0.2.7-1_all.deb

Selamat mencuba.

[via :  ubuntips]

Friday, July 08, 2011

Aktifkan Antaramuka Cosmic Panda Pada Youtube


Youtube sedang menguji antaramuka terbaru yang diberi nama Cosmic Panda. Nampaknya kini, pengguna boleh menguji antaramuka ini dengan mengaktifkannya di ;


Selamat mencuba.

Thursday, July 07, 2011

MelayuBuntu Wallpaper


Hari sabtu lepas, saya tengah buat operasi cari dan musnah (search and destroy) fail-fail yang bersawang dalam komputer. Tiba-tiba terjumpa pula kertas dinding (wallpaper) ini. Jadi daripada duduk dalam komputer ini lama-lama, Lebih baik kita kongsi ye tak...
Ini dalam format .xcf.
Selamat bereksperimentasi.

Wednesday, July 06, 2011

Menggantikan apt-get dengan apt-fast untuk kepantasan


Pengetahuan spesifik tentang apt-get dan aplikasinya adalah esklusif kepada pengguna linux debian. Pengguna ubuntu biasanya menggunakan kata arahan apt-get untuk memuatturun paket-paket program daripada pelayan yang ditetapkan untuk proses samada pemasangan perisian (apt-get install), kemaskini (apt-get update) mahupun naiktaraf (apt-get upgrade).

Namun sekiranya proses apt-get tersebut tidak cukup pantas bagi sambungan internet anda, pengguna ubuntu sebenarnya mempunyai satu lagi altenatif yang berbaloi untuk dicuba iaitu apt-fast. Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna haruslah melalui proses berikut;

1) Pasang pakej Axel
sudo apt-get install axel
2)Masukkan kata arahan berikut seterusnya
sudo add-apt-repository ppa:tldm217/tahutek.net
sudo apt-get update
sudo apt-get install apt-fast
Selesai pemasangan ini, barulah pengguna boleh menggunakan apt-fast untuk proses memuatturun paket-paket perisian daripada pelayan.

Sunday, July 03, 2011

Ubuntu One Files : Aplikasi Sync File Ubuntu One Bersama Android

Ubuntu One merupakan fungsi sync data dari desktop ubuntu ke server ubuntu dan setiap pengguna diberikan 2GB ruang penyimpanan secara percuma. Kini pihak pembangun ubuntu melepaskan pula aplikasi Android iaitu Ubuntu One Files yang membolehkan pengguna sync fail ubuntu one bersama peranti Android.

Sekiranya anda salah seorang pengguna peranti Android, aplikasi ini boleh dimuatturun melalui Android market menggunakan link & QR Code berikut;

Selamat mencuba.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...