Thursday, April 08, 2010
PC Fair 2010 : Nak buat perjumpaan lagi tak?
Ok, lupakan kegagalan lampau. PC Fair kali ni bro @hardyw3b a.k.a Adi dan Geng Ganux akan buka booth. Jadi, timbul la pulak idea nak buat perjumpaan budak-budak IT nih.
Hmm..nak mintak pendapat, nak datang ke tak? Kalau 2~3 orang tak best dowh. Siyes!
Tempat : TTC Kuala Terengganu [ Galeri B ]
Tarikh : 8- 10 April 2010
Masa : 10:00 am hingga 10:00 pm
Tuesday, April 06, 2010
Tawan Terengganu dengan OpenSource : Antara Mitos, ilusi atau fatamorgana.
Antara intipati terpenting yang tercetus dalam perjumpaan antara saya, hardyw3b, dan syah di Terengganu Trade Center (US EN) ialah agenda menawan terengganu dengan sumber terbuka (open source). Pelbagai kempen telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk menjayakan agenda ini tetapi seolah-seolahnya mereka masih menemui jalan buntu.
Saya tidaklah hebat untuk dijebakkan dalam agenda besar kerajaan seperti ini namun terdapat beberapa perkara yang menarik minat saya untuk mengulas dari perspektif amatur yang merangkap rakyat negeri terengganu dan juga malaysia.
Matlamat Sumber Terbuka.
Saya ingin bertanya, apakah yang akan berubah sekiranya agenda menawan terengganu/malaysia dengan open source berjaya? Saya cukup pasti sekiranya tidak akan ada apa-apa yang berubah walaupun agenda tersebut berjaya, apa perlu kita menghabiskan duit ringgit dan keringat sia-sia? Justeru, matlamat agenda ini harus cukup solid dan berbaloi.
Saya merujuk matlamat yang digarap oleh agensi MAMPU dalam agenda Sumber Terbuka iaitu memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Saya merasakan matlamat tersebut tidak begitu banyak melibatkan rakyat walaupun saya tidak menafikan dalam proses menerima dan interaksi dengan kerajaan pastinya berlaku pertembungan antara rakyat dan sumber terbuka namun ia tidak begitu berimpak besar dan meyakinkan.
Saya suka mengulas dari aspek modal insan, rakyat yang inovatif, bebas dan mampu berdikari, menggunakan sistem yang lebih bersifat lokaliti, dan menggunakan keseimbangan perkongsian yang ada untuk menghasilkan sesuatu yang bersifat menyelesaikan masalah, bermanfaat dan bukan mewarisi masalah atau monopoli.
Teknologi harus bersifat menyelesaikan masalah
Pada saya, apapun gagasan dan agenda yang ingin dibawa, ia tidak harus lari dari aspek menyelesaikan masalah. Lalu, kita boleh bertanya apakah agaknya masalah yang ingin diselesaikan dengan membawa agenda open source kepada rakyat malaysia? Senarai pendeknya mungkin seperti berikut;
-Masalah kreativiti & inovasi
-Masalah kekangan kewangan
-Masalah monopoli perisian dan keperluan perkakasan prestasi tinggi seiring dengan perisian
-Masalah mental block yang membantutkan imaginasi dan kreativiti
-Dan sebagainya (anda lebih arif)
Teknologi yang memacu sikap dan keinginan ke arah sesuatu yang lebih baik
Selain dari bersifat menyelesaikan masalah, sesuatu gagasan dan agenda juga harus mengambil kira impak untuk memacu sikap dan keinginan ke arah sesuatu yang lebih baik. Bukan senang untuk mengubah sikap dan membangkitkan keinginan apatah lagi orang melayu yang terkenal dengan pelepah pisangnya - jika tidak disentak, ia takkan gugur kebumi! Membawa maksud, ia takkan berubah kecuali ada unsur besar (sentak) yang memaksanya berubah.
Pratikal sebagai bukti
Saya secara peribadi sejak awal mac 2010 meluangkan masa yang agak lama menggunakan windows 7. Bayangkan setelah hampir 4 tahun tidak menggunakan windows tiba-tiba ingin mencuba 7, segalanya kekok dan tunggang terbalik. Dalam 7, apa yang saya rasa ialah satu kelainan. Saya menjadi hilang selera untuk mencuba sesuatu yang baru lantas terus menerus menyambung hari semalam sehingga la esok dan seterusnya.
Berlainan sekali ketika menggunakan ubuntu linux. Setiap hari ada sahaja yang ingin dicuba. Ada sahaja aplikasi yang perlu di compile dan di configure. Ada sahaja idea untuk mengubah sesuatu pada desktop, ikon, kedudukannya, butang itu dan ini. Kesemuanya bebas jika tahu caranya dan ia tidak menyalahi EULA.
Dalam 7, saya lebih kearah menjadi seorang pemain game berjaya. Manakala dalam ubuntu saya lebih kearah programmer (walaupun tak pandai sangat). Tapi itu hakikatnya. Kesimpulan saya disini, sistem operasi yang anda gunakan akan menjuruskan anda ke suatu lorong tertentu!
Oh ya, bagaimana pula ketika saya menggunakan Mac OSX. Mac OSX menjuruskan saya kearah menghasilkan design!
Saya tidak tahu apakah ini sesuatu yang hanya berlaku kepada saya atau juga kepada sesiapapun diluar sana.
Sekiranya ini berlaku kepada semua orang, lalu lengkaplah hipotesisnya, OS memandu anda kearah suatu jalan. Samada jalan membuang masa atau jalan mendidik anda menjadi lebih produktif, kreatif dan inovatif.
Sehingga ketahap ini penulisan saya, rasanya saya telahpun menjawab persoalan anda mengapa open source perlu diterapkan dalam perkembangan ICT negara dan berbaloi-baloi jika terengganu ditawan oleh open source suatu hari nanti.
TAMAT BHG 1.

Saturday, April 03, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...