Saturday, January 31, 2009

Review KDE 4.2 dari seorang pengguna GNOME - Big is Beautiful.


klik untuk zoom fullsize.
1st impression saya tentang KDE 4.2 mungkin anda sudah baca dalam entri yang lepas. Ianya sesuatu yang menarik untuk "memaksa" diri sendiri menyukai sesuatu yang pada asalnya anda tidak suka. Saya menyahut cabaran yang melibatkan kekangan mind-set ini dengan harapan untuk mencari jawapan disebalik persoalan - mengapa peminat GNOME tidak menyukai KDE.

Icon yang terlalu besar (king size), toolbar yang sememangnya lebar, dan ditambah pula dengan font yang "bapak besau" dan fat-button menjadikan interface KDE seakan-akan keanak-anakan atau juga interface untuk orang-orang rabun. Oleh kerana KDE adalah DE Open Source yang difahami meletakkan kebebasan (freedom) sebagai asas pembangunannya, kebarangkalian untuk semua itu diperbaiki tetap ada secara teorinya. Dengan kata lain, ianya customizable!

Glossy.

Saya bukan peminat glossy. Efek glossy pada KDE ialah pada panel dan dashboard. Anda boleh aplikasikan theme yang lain jika mata anda tidak selesa dengan glossy.


Tetingkap appearance settings untuk menukar theme.

Icon besar?

Ketinggian panel boleh diubah mengikut keselesaan anda sekaligus akan mengubah saiz icon padanya. (NOTE : Icon dalam KDE menggunakan format SVG - scalable vector graphic, tidak seperti gnome yang masih menggunakan format PNG). Oleh kerana KDE menggunakan icon berformat SVG, icon yang anda resize tidak akan menampakkan pixel tidak seperti icon berformat PNG. Begitu juga icon yang besar dalam paparan windows manager dolphin. Saya kira dolphin cukup mudah digunakan dengan pelbagai fungsi seperti tab, split, preview dan sebagainya.

Font Besar?

Saya mendapati KDE 4.2 menggunakan font Dejavu sans secara default dengan saiz normalnya 9. Saya telah menukarkan saiz tersebut kepada 8 dan menggunakan font droid sans dan mendapati ianya selesa dengan mata saya. Saya masih lagi mencari bagaimana caranya untuk melembutkan paparan font dalam KDE.


Perhatikan jenis font dan saiznya yang telah ditukar. Sidebar dolphin juga telah dicustomize.

Integrasi dengan Compiz?

UPDATE : KDE tidak menggunakan Compiz. Ianya menggunakan KWin untuk menjana effect desktop. [Thanks to apz]
Apa yang bermain dalam fikiran saya pertama kali menggunakan KDE ialah, bagaimanakah untuk menaktifkan compiz fusion? Persoalan lagi besar yang melanda ialah, adakah saya perlu "belajar" kesemuanya ini sekali lagi? Dengan sumber rujukan yang terhad dan kepantasan internet yang juga terhad, jalan altenatifnya ialah try & error. Agak berisiko tetapi baik untuk kesihatan batin (=P).

Dalam KDE anda boleh aktifkan efek compiz yang sebenarnya telah diintegrasi dalam KDE dengan membuka System Settings > Desktop > Desktop Effect.



Window Preview.

Yup, jika anda pengguna vista mungkin ianya tidak begitu asing. KDE telah integrasikan windows preview secara default tanpa memerlukan compiz (kot).


Widgets.

Widgets sememangnya kepakaran KDE sejak versi 4 diperkenalkan. KDE mengadakan fungsi itu secara default dan boleh ditambah dan dikurang mengikut keselsaan pengguna. Selain itu, anda juga boleh memusingkan (rotate) widgets yang anda aktifkan untuk menjadikan desktop anda lebih menarik. Saya perasan yang saya terpaksa minimize semua tetingkap untuk membolehkan saya melihat widget. KDE 4.2 mempunyai fungsi show plasma dashboard seakan-akan mac osx yang akan menunjukkan widgets diatas tetingkap lain yang sedang terbuka. Cool.


Integrasi dengan GNOME.

Saya memasang KDE 4.2 dalam ubuntu 8.10 standard menggunakan repo Kubuntu. Persoalannya, adakah saya mampu menggunakan perisian yang diperuntukkan untuk GNOME seperti Firefox, Gnome Do, Ubuntu Tweak, dan seumpamanya? Jawapanya, BOLEH! Untuk interface yang lebih serasi antara KDE dan GNOME saya nasihatkan anda memasang package GTK Style untuk KDE (tak ingat nama package berkenaan - gtk-qt-blabla rasanya). Untuk Firefox pula, anda boleh memasang theme integrasi dengan KDE yang boleh didownload disini.



Untuk memasang KDE 4.2 dalam ubuntu biasa, sila ikuti tutorial disini : http://www.kubuntu.org/news/kde-4.2

Pada login session, pilih session > KDE dan login dengan akaun anda seperti biasa. Enjoy!

Friday, January 30, 2009

Gnome Do 0.8 Final.

logo.png
Kini Gnome Do 0.8 telah sampai ke versi stabil. Menawarkan pelbagai kemaskini yang seterusnya menjadikan ianya aplikasi yang WAJIB dipasang ke dalam ubuntu anda. 20 Plugins yang disertakan ke dalam Gnome Do secara tidak lansung meningkat produktiviti anda dan sekaligus menjimatkan masa.

Docky




Sebagaimana yang saya review sebelum ini, Gnome Do 0.8 ini memperkenalkan konsep (theme sebenarnya) Docky yang pada saya cukup kreatif mengabungkan Dock dan Do dalam satu interface yang cukup mudah dikenali dan diuruskan.

File Preview


Selain itu, Gnome Do juga mempunyai fungsi File Preview dalam bentuk thumbnail bagi image dan movie untuk membolehkan fail yang ingin anda buka dapat dikenalpasti terlebih dahulu.

..dan bermacam lagi fungsi baru.

Enjoy!

Thursday, January 29, 2009

KDE 4.2 "The Answer" mendarat megah!


Setahun selepas kelahiran KDE 4.0, dan 6 bulan setelah KDE 4.1 dilepaskan, kini KDE 4.2 sedia untuk dipasang ke dalam desktop linux anda. Meskipun saya ialah pengguna GNOME tegar yang tiada kaitan apa-apa dengan KDE, namun kemunculan yang eksklusif sebegini kadang-kala menyebabkan saya terpanggil untuk mencuba KDE 4.2.

Lantas saya memasukkan repo kubuntu-desktop dan memasangnya. Nampaknya saya hanya boleh mencuba versi KDE 4.2 RC2. Apa yang saya perasan setelah beberapa jam menggunakan persekitaran desktop KDE ialah, ianya mengingatkan saya kepada windows vista yang telah hampir setahun ditinggal sepenuhnya. Efek glossynya pula seakan-akan windows 7. Dude, gua tak minat efek glossy. Serius wa cakap lu. Mata gua cepat penat tengok benda2 yang glossy nih.

Interface KDE 4.2 bagi saya cun tetapi effeck glossy adalah satu kelemahan yang nyata bagi saya secara peribadi. Wallpaper yang "blurry" pula menambahkan kepenatan mata saya untuk menatap interface KDE 4.2. Itu bagi saya dan mungkin anda tidak berkongsi "alergik" yang sama. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan review dengan lebih mendalam tentang KDE 4.2.

Wednesday, January 28, 2009

Download "Ubuntu Pocket Guide and Reference" secara percuma

sidebar_image.pngJika anda membaca tentang Ubuntu Kung Fu, anda sepatutnya mengenali Keir Thomas iaitu penulisnya yang telah berjaya mengumpulkan hampir 300 tips dan tricks untuk ubuntu. Kini beliau muncul lagi dengan buku terbaru iaitu Ubuntu Pocket Guide and Reference. Buku ini memfokuskan;
  • kompetensi dan pengetahuan asas ubuntu yang diperlukan untuk menjadi pengguna ubuntu yang pro
  • boleh dibaca, dicapai dan mudah difahami walaupun anda belum pernah membaca dan menggunakan linux sebelum ini
  • 100% baru dan Ori. Menrangkumi ubuntu 8.04 dan 8.10

Penulis buku ini saya kira cukup berbaik hati kerana ia telah menyediakan salinan PDF buku tersebut dan boleh didownload secara PERCUMA tanpa perlu membayar apa-apa. Dapatkan salinan anda hari ini juga!

Selamat hari jadi AKU.

Hari ini pada 1985. Pertama kali makhluk bernama cahaya memasuki retina mataku lantas ku kenal ianya sebagai dunia. Ya, ini hanyalah dunia yang fana. Hanyalah fatamorgana dari cahaya yang memasuki mata lantas otak mentafsirkan ia sebagai objek-objek yang dikenali melalui nama seperti kereta, perempuan, tahta.Semua objek tadi hanyalah idealis otak. Subhanallah. Ini bumiMu yang cukup luas untuk aku kenal kebesaranMu. Berikan aku hikmah kebijaksanaan untuk aku mengetahui bahawa kesemua ini bakal aku tinggalkan jua akhirnya. Syukur ke-hadratMu untuk umur yang engkau anugrahkan. Berikan aku kekuatan untuk tidak mempersiakannya. -ZULMALC'09

Friday, January 23, 2009

Kemaskini kedua Hardy Heron 8.04.2

Pasukan ubuntu semalam mengumumkan kemaskini kedua bagi ubuntu versi Hardy Heron LTS. Dengan hampir 200 kemaskini dilakukan terhadap versi sokongan jangka panjang ubuntu tersebut menjadikan Hardy Heron lebih stabil dan kurang membawa masalah kepada pengguna. Untuk makluman, Ubuntu hardy heron akan terus dikemaskini dari segi keselamatan dan kestabilan sehingga ke tahun 2011 untuk versi desktop dan 2013 untuk versi server.

Wednesday, January 21, 2009

Interface Wine: Buruk!

[screenshot_06.png]

Tengok screenshot diatas dan nyatakan komen anda. Tentunya komen anda ialah, kenapa begitu hudoh interface wine?! huhuhu.. Kalau didalam w!ndow boleh ditukar-tukar tema interface dia yang disebut Visual Style. Tapi dalam wine? Sememangnya wine menggunakan interface window classic sebagai default interface. Tapi tahukah anda didalam wine pun boleh juga kita guna Visual Style. Macam mana caranya? huhuhu.. Senang je..

Ikuti resipi ni:
1. Install wine (tu sudah pasti!)
2. Download visual style dari internet (deviantart)
3. Buka folder /home/.wine/drive_c/windows/
4. Buat folder "Resources" dan "Themes" (maksudnyer, ia akan jadik /home/.wine/drive_c/windows/Resources/Themes/)
5. Kemudian cut and pastekan tema .msstyles yang anda download tadi kat dalam folder "Themes"
6. Bukak Wine Config
7. Pilih tema yang anda pastekan tadi dalam tab Desktop Integration
8. Klik Apply dan Ok
9. Siap!


Selepas disolek cantik-cantik...

[screenshot_05.png]

p/s: guna theme Ubuntu Human kat sini. [EDITED]

Install wbar dalam ubuntu

Jika anda mengikuti perkembangan dunia linux, gOS merupakan satu nama yang tidak terlalu asing. Versi terbaru gOS memperkenalkan satu konsep baru dinamakan cloud. Namun bukan itu yang ingin saya fokuskan disini. gOS versi terbaru tidak seperti versi sebelum ini yang menggunakan avant-window-navigator tetapi menggunakan wbar.
ubuntu-mods-2.jpg

Saya merasakan ianya bagus untuk berkongsi cara bagaimana pengguna ubuntu boleh menggunakan wbar ini dalam ubuntu tanpa perlu memasang gOS.

Anda boleh mendapatkan installer pakej .DEB disini. Double clik installer berkenaan dan selepas pemasangan, masukkan command berikut ke dalam terminal;
wbar -pos center -above-desk
Ini akan melancarkan wbar dengan segera namun anda perlu lakukannya setiap kali login ke dalam ubuntu. Untuk membolehkan wbar dilancar setiap kali anda login ke ubuntu, sila buka Sessions (System > Preferences > Sessions) dan bina startup program baru dengan command berikut : /usr/bin/wbar_start

Kemudian download fail ini. Setkan permission bagi fail ini kepada executable (chmod +x wbar_start) dan letakkan fail ini dalam /usr/bin/ (sudo mv wbar_start /usr/bin/). Reboot dan Enjoy!

Via : DeviceGuru

Sunday, January 18, 2009

Gnome Do 0.8 alpha : Do + Dock = Hebat!

Do


+ Dock


Apa yang lagi hebat jika dock tiba-tiba bertukar kepada satu launcher yang hanya memerlukan anda menaip nama aplikasi, atau mencari fail, melancarkan laman web, atau membuka tetingkap pidgin untuk menghantar mesej kepada rakan anda? Tekan ENTER dan tiba-tiba pula do launcher anda tadi bertukar kepada dock yang mendiami bahagian bawah skrin anda seperti dock dalam mac osx.

Ianya bukan lagi idea apabila ciri-ciri ini sudahpun di implementasikan dalam Gnome Do 0.8 alpha release dan sedia untuk dicuba jika anda benar-benar berminat mencubanya. Berminat? Install dengan cara berikut;

1.Tambahkan repo berikut;
deb http://ppa.launchpad.net/do-testers/ubuntu intrepid main
deb-src http://ppa.launchpad.net/do-testers/ubuntu intrepid main
2.Update

3.Install Gnome Do atau Update!

Untuk menggunakan fungsi diatas, anda perlu setkan preferences kepada Docky pada preferences seperti berikut;



Enjoy!

Via - Laman ini.

Saturday, January 17, 2009

Ubuntu 9.04 Jaunty Alpha 3 : Linux Kernel 2.6.28, sokongan ext4

Pengguna ubuntu sentiasa dalam mood "countdown" kerana ubuntu ialah sistem operasi yang kerap mengalami kemaskini versi. Hari ini ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope alpha 3 telah dikeluarkan untuk dicuba oleh pengguna ubuntu seluruh dunia. Antara yang menarik dalam alpha 3 ini ialah;
  • Menggunakan kernel linux 2.6.28 iaitu kernel linux versi stabil terkini. Kernel linux 2.6.28 ialah kernel pertama kali menyokong ext4, dan mempunyai GEM memory manager untuk grafik, disk shock protection, staging drivers, dan network improvement. [rujuk]
  • Sokongan Ext4 : Ext4 ialah format file system yang baru update kepada Ext3 yang digunakan sebelum ini. Ext4 memberikan anda sistem fail yang luas, meningkatkan saiz fail maksima, kepantasan I/O dan sebagainya. Secara umumnya, anda boleh merasai perbezaan yang ketara jika menggunakan Ext4 untuk sistem database.
  • X.Org Server 1.6
  • Notisfikasi : Seperti yang saya tulis sebelum ini
  • home encryption support : untuk ubuntu sebelum ini, anda boleh access fail dalam /home dari live cd tanpa apa-apa sekatan. Ini menjadi isu privacy jika laptop anda terlepas ke tangan yang tidak bertanggungjawab. Home encryption support akan melindungi /home anda dengan password supaya "hanya anda yang layak melihat /home anda".
Rujukan lanjut di;
http://www.ubuntu.com/testing/jaunty/alpha3
http://www.phoronix.com/scan.php?page=news_item&px=NzAwMA

Friday, January 16, 2009

Rekod video desktop anda dengan ScreenToaster

12 Jam yang lalu saya ada menerima email pemberitahuan tentang pembukaan kepada umum website ScreenToaster ― menawarkan fungsi membuat screencasting pada desktop anda. Apa yang hebat berkenaan website ini dan fungsi yang ditawarkan ialah, anda boleh rekod video desktop anda tanpa perlu memasang apa-apa perisian dan ianya menyokong sistem operasi windows, mac osx dan linux.

Anda mungkin terkejut tetapi ianya satu kebenaran.
Screencasts and videos online


Anda boleh register akaun anda secara percuma dan mula merekod dan berkongsi video desktop anda hari ini. Ini mungkin sangat-sangat membantu bloggers yang ingin membuat tutorial tertentu atau ingin berkongsi paparan video desktop anda dengan rakan-rakan.

Enjoy!

Thursday, January 15, 2009

Mukaddimah Linux Varsiti


Apabila idea Linux Varsiti kali pertama dilontar ke dalam perbualan antara saya dan rakan-rakan, minda saya sibuk memikirkan tentang konsep dan bagaimana untuk menjayakannya. Kerana hakikat yang membataskan apa-jua usaha dan idea kearah sesuatu seperti ini untuk menjadi kenyataan sebenar itu terlalu sukar untuk dilangkau, saya tahu ianya bukan sesuatu kerja mudah.

Linux Varsiti ialah PERGERAKAN memperkenalkan linux kedalam kehidupan pelajar IPT dari segi perkembangan ilmu, perkembangan komuniti dan altenatif sistem operasi. Apa yang kami gagaskan ialah, mewujudkan satu organisasi yang bertanggungjawab dan diuruskan secara professional untuk menganjurkan aktiviti berkaitan Linux dan Kepenggunaannya merangkumi distribusi Ubuntu, Fedora, OpenSUSE, Mandriva etc dalam Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Untuk tujuan itu, kami memikirkan beberapa perkara merangkumi persoalan seperti apa (?), siapa (?), bagaimana (?), berapa (?), dan untuk apa (?).

APA?
-Linux Varsiti sebagai nama program.
-Linux Varsiti sebagai nama organisasi.
-Install Fest, Talk, Demo, Booth etc.

SIAPA?
-Penggerak.
-Sukarelawan Komuniti.
-Pelajar sebagai sasaran utama.
-Masyarakat sebagai sasaran umum.

BAGAIMANA?
-Dana - Sponsor, menjana kewangan sendiri (?)
-Promosi - website, blog.
-Aktiviti dijalan berdasarkan jemputan IPT tertentu dengan cara tertentu yang diurus antara organisasi dan komuniti (yang mungkin terdiri daripada pelajar)
-Bagaimana untuk masuk kedalam IPT tertentu - kertas kerja (?), cadangan (?), orang dalam (?)

BERAPA?
-Berapa orang?
-Berapa kos?
-Berapa lama?

UNTUK APA?
-Linux for Human Beings.

To-do-list - short term.
  1. Siapkan kertas kerja.
  2. Siapkan website (domain name + hosting required) - Aku dah ada hosting domain name sape nak bagi?
  3. Cari sponsor.
  4. Cari siapa yang sudi menyumbang tenaga penggerak.
Bagaimana anda boleh membantu?
  1. Jika anda blogger, sila sebarkan dalam blog anda.
  2. Jika anda pelajar, sila jemput kami ke IPT anda.
  3. Jika anda genius dalam linux, sila maklumkan tentang bidang kepakaran dan bagaimana anda boleh sumbang dari segi teknikal.
  4. Jika anda kaya, fikirkan untuk sponsor program ini.
  5. Jika anda orang biasa, jom jadi sebahagian dari penggerak Linux Varsiti.
Ini adalah mukaddimah pertama untuk mengukur respon positif dan negatif pembaca tentang idea ini. Unjurkan pendapat anda dalam ruangan komen atau terus ke inbox saya zul.malc [at] gmail.com.

Lajukan komputer anda dengan Enlightenment


e17
Ada sesuatu yang menarik perhatian ketika saya bertemu dengan otai-otai di FOSS.MY'08 tahun lepas. Ianya ialah Enlightenment ― perisian window manager yang serba ringan dan ringkas. Ketika ini saya agak keliru antara window manager dan desktop environment. Lalu saya mencarinya di Wikipedia dan jawapan yang saya perolehi adalah seperti berikut;
A window manager is computer software that controls the placement and appearance of windows within a windowing system in a graphical user interface. Most window managers are designed to help provide a desktop environment. They work in conjunction with the underlying windowing system which provides required functionality such as support for graphics hardware, pointing devices, and a keyboard, and are often written and created using a widget toolkit.
Jika GNOME dan KDE terlalu berat untuk komputer anda, selain dari XFCE dan OpenBox, Enlightenment adalah sesuatu yang berbaloi dicuba. Versi stabil bagi Enlightenment ketika ini ialah v0.16 (e16) dan versi yang sedang dibangunkan ialah v0.17 (e17).

Pemasangan;

Sila rujuk thread ini dalam forumubuntu.com.

Theme;

Rujuk laman ini pemilihan tema : http://exchange.enlightenment.org/

Sebagaimana selepas pemasangan KDE, begitulah juga dengan Enlightenment, untuk menggunakannya anda boleh memilih dalam sesi pemilihan session ketika ingin login ke desktop.

Wednesday, January 14, 2009

KDE 4.2 "Cilense" Release Candidate terbit



13, Jan'09 : Komuniti KDE mengumumkan terbitnya versi KDE 4.2 Release Candidate atau "Cilense", versi percubaan terakhir sebelum menerbitkan versi penuh pada 27hb Jan ini. Anda boleh membaca lanjut berkenaan perubahan yang dibawa oleh KDE 4.2 disini. Antara perubahan yang mungkin perlu anda tahu ialah;
  • Compositing desktop effect yang auto-enable apabila ia mengesan hardware yang disokong
  • Desktop effect yang baru seperti magic lamp, minimize effect, cube and sphere desktop switcher dimasukkan
  • Central elements
  • Plasma Applet yang baru
  • KRunner dilengkapi fungsi baru
  • Plasma workspace menyokong google gadgets
  • Wallpaper plugin
  • Theming improvement
  • Penyokonan multi screen


Jika anda pengguna ubuntu dan ingin mencuba KDE sebagai desktop environment disamping GNOME, anda boleh mencuba KDE 4.2 tanpa merosakkan sesi GNOME anda. Sila ikuti cara pemasangan dalam link ini. Enjoy!

Tuesday, January 13, 2009

Kontroversi v3.0 : Microsoft adalah syarikat tajaan yahudi?

NOTE : Saya harap berita ini tidak benar. Tulisan ini tidak bermaksud menghasut, menuduh, memburukkan dan sebagainya. Dalam perjalanan mencari kebenaran disebalik kesamaran.

Bro syah menegur saya di YM dan memberikan saya link berikut;
http://www.stormfront.org/forum/showthread.php?t=557249
http://www.jewishjournal.com/geekheeb/item/microsoft_funds_israeli_touch-screen_tech_20090112/

Soalan saya, adakah Microsoft produk yahudi a.k.a israel?

Jika ya = Tepuk dada tanya iman.
Jika tidak = Abaikan entri ini.

Gelanggang dibuka.

Projek Kit Ubuntu Dibatalkan.

Duka cita dimaklumkan bahawa projek Kit Ubuntu ini dibatalkan. Seperti mana yang saya sebut sebelum ini jika ia tak mencapai sasaran tempahan awal maka ia tak menjadi realiti.

Setakat 12 tengah malam tadi Jom Linux menerima tempahan sebanyak 32 daripada 150 yang disasarkan iaitu 21.33% jumlah capaian. Bagi saya, saya menyalahkan diri sendiri atas kurangnya tempahan dan dana yang diterima. Boleh saya rumuskan beberapa perkara yang saya belajar;

a) ada yang ingin menjadi penaja tapi meminta di'chopkan' dahulu tempat tajaan dan akan membuat bayaran kemudian. Tapi, bayaran tak dibuat sehinggalah tarikh akhir sedangkan ada orang lain yang ingin menaja terpaksa saya tolak kerana ruang sudah habis di'chop'.

b) masa yang kurang sesuai pada masa ini menyebabkan ramai lebih mengutamakan menderma bagi Palestin dari projek ini. Ini dapat digambarkan melalui tempahan yang kurang setelah isu Palestin timbul.

c) kurangnya promosi dari Jom Linux dan pihak ketiga. Insyallah, lain kali kita wat projek, promosi akan diberi keutamaan penting.

d) masyarakat umumnya dan komuniti khasnya tidak bersedia @ belum memerlukan lagi produk seumpama ini.

e) RM 13.99 adalah mahal bagi pengguna.

Jadi, berikan saya masa 1-3 hari untuk tujuan pemulangan wang bagi mereka yang telah menempah awal kit ini. Budi dan jasa anda amatlah saya hargai.

Nota : Jika ada maklumat lain berkaitan dengan Kit Ubuntu ini. Sila rujuk pada web site JomLinux.com ...saya akan update kat situ je selepas ni.

Monday, January 12, 2009

Download Linux Bash Command vBi

Saya telah hasilkan satu list lengkap linux bash command berserta dengan sedikit penerangan ringkas yang dirujuk dari website ini. Saya rancang untuk tukarkan penerangan ke dalam BM dan disertakan dengan contoh penggunaan command tersebut tetapi terhalang kerana masa yang tidak mengizinkan. Apapun rasanya dokumen ini sudah cukup membantu untuk dijadikan rujukan oleh pengguna ubuntu dan peminat command line interface terutamanya.

Download : http://www.savefile.com/files/1962208

Enjoy!

Saturday, January 10, 2009

Incollector : Uruskan maklumat dalam ubuntu dan windows

Jika dahulu, maklumat dan nota dicatatkan dalam buku nota atau buku catatan. Sehinggalah komputer dicipta dan cukup murah untuk dimiliki oleh setiap orang, dan kemunculan teknologi internet menjadikan maklumat semakin mudah diperolehi dari laman web. Saya ingin bertanya secara peribadi, bagaimana anda menguruskan kesemua maklumat yang anda perolehi? Adakah anda hanya gunakan maklumat tersebut ketika inginkannya kemudian melupakannya apabila ia tidak diperlukan lagi? Jika itu sikap anda selama ini, anda masih ditakuk lama!

Takuk seterusnya yang sepatutnya anda berada ialah menggunakan perisian pengurusan maklumat yang cekap. Oleh kerana otak anda "sucks" untuk mengingati maklumat dengan tepat, saya perkenal Incollector kepada anda. Ianya satu perisian yang mudah digunakan untuk anda mengumpulkan nota, perbualan, quote, serial number, source code, alamat web dan maksud perkataan. Kesemua maklumat itu pula diuruskan menggunakan tag untuk memudahkan anda mencarinya kembali dan juga mempunyai fungsi rating seperti menguruskan muzik kegemaran.

Untuk memasang Incollector dalam ubuntu, anda boleh download pakej DEB di getdeb.net dan double click padanya. Download incollector untuk windows dan pasang seperti biasa dalam windows.



Saya sendiri telah mencuba Incollector dan kagum dengan kemudahgunaan yang ditawarkan. Saya telah mencari perisian seperti ini buat sekian lama dan kini saya menemuinya. Namun Incollector masih gagal untuk memaparkan imej didalamnya dan mungkin versi seterusnya developer boleh menimbangkan untuk memasukkan fungsi menyimpan maklumat dalam bentuk imej.

VIdeo Promosi Kit Ubuntu 8.10



Walaupun agak sibuk kebelakangan ini. Saya cuba sedaya upaya untuk menghasilkan satu video tentang Kit Ubuntu 8.10 ni. Saya sebenarnya nak buat ala-ala...iklan I'm Mac. Tapi pelakon pun sibuk..ngeee...atas urusan keje. Jadi saya buatlah apa yg terdaya. Apapun, saya harap projek ni berjaya!

P/S : Anda mesti letakkan video ni di blog, forum, web atau mana2 yang dirasakan sesuai.

Editor JomLinux

Thursday, January 08, 2009

Remastersys : Backup keseluruhan ubuntu dan bina distributable ISO image

Notis : Artikel ini ditulis berdasarkan praktikal terlebih dahulu.

Selesai pemasangan ubuntu, kemudian anda setup semua keperluan penting yang lain seperti codecs, flash plugin untuk firefox dan beberapa perisian kegemaran anda seperti inkscape, thunderbird, wine, VLC, games dan sebagainya. Pastinya anda tidak mahu kesemua itu hilang begitu sahaja jika anda melakukan kesilapan yang merosakkan keseluruhan ubuntu.

Memperkenalkan Remastersys, sesuatu yang seharusnya anda cuba hari ini juga dan percayalah, ianya perisian backup yang cukup hebat. Apa yang remastersys ini tawarkan? Ok ada 2 fungsi pusat iaitu;
  1. Ianya boleh backup KESELURUHAN SYSTEM termasuk data persendirian ke dalam satu CD atau DVD yang boleh anda gunakan untuk installasi seterusnya dalam komputer apa jua.
  2. Ianya boleh menghasilkan DISTRIBUTABLE COPY yang boleh anda kongsikan dengan kawan tanpa mempunyai data persendirian anda.
Apa makna semua ini secara praktikal? Katakan anda mempunyai satu sistem ubuntu yang berfungsi 100% dan anda tidak ingin kehilangannya. Backup menggunakan remastersys > satu iso image terhasil dan burn iso tersebut ke dalam DVD (saizya besar - 1.8GB bagi kes saya) > anda akan mendapat satu live dvd bagi system ubuntu anda tadi. Dengan menggunakan live dvd itu tadi, anda boleh;
  • menggunakannya untuk boot ke dalam live dvd tanpa perlu install terlebih dahulu
  • melalui sesi live dvd anda boleh install dan kesemuanya (system ubuntu yang berfungsi 100%) akan kembali ke tempat asal
  • berkongsi dengan rakan satu sistem ubuntu yang telah lengkap (boleh dengan mp3 etc, boleh guna flash bagi firefox, boleh guna perisian yang tiada dalam ubuntu asas dan sbg)
Ternyata potensi dan kegunaan remastersys masih boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti dan keperluan pengguna yang berbeza.

Cara Pemasangan

1.Masukkan repo berikut:
deb http://www.remastersys.klikit-linux.com/repository remastersys/
2.Install > klik remastersys
atau masukkan dalam terminal;
sudo apt-get install remastersys
Selesai pemasangan, anda boleh lancarkannya dari System > Administration > Remastersys Backup dan anda akan melihat screenshot berikut;











Anda akan mendapati satu fail iaitu customdist.iso terhasil dalam direktori home dan jangan tanya saya apa harus dilakukan dengan fail tersebut. BURN!

Semoga bermanfaat.

Tuesday, January 06, 2009

Review Kit Ubuntu 8.10 dari ZULMALC



Pertamanya, saya menerima Kit Ubuntu 8.10 dari saudara Fahmi dari Jom Linux semalam dan oleh kerana kekangan waktu yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menangguhkan review ini ke hari ini. Ada 3 item utama dalam kit yang saya terima iaitu;
  1. CD Ubuntu 8.10
  2. Manual Panduan Pemasangan Ubuntu
  3. Sticker Ubuntu
Ketika-tiga item terkandung dalam satu bekas CD yang cukup menarik segi designnya.

Perkara pertama yang saya fikirkan ketika menyentuh kit ini ialah, alangkah bagusnya kalau kit ini dijadikan hadiah untuk sahabat, rakan (serumah, sekelas, sekuliah etc), kekasih (aweks, balaks, cowoks etc), pensyarah, dan mungkin juga makcik-makcik (bukan makcik pc). Ianya sesuai dibungkus kemas dalam sampul hadiah yang diikat dengan riben diselit bunga ros 3 tangkai - ahaks - kelainan yang tidak dijangka. Pastinya mengharukan perasaan orang yang menerimanya.

Manual yang disertakan dalam kit ini pula agak straight-forward dan mudah difahami. Setiap langkah disertakan screenshot dan sedikit penerangan dalam bahasa melayu yang serasanya boleh difahami oleh seluruh lapisan dan level pengetahuan komputer. Selain panduan pemasangan, manual mudah tersebut turut menyelitkan pengenalan asas desktop ubuntu untuk tujuan memudahkan lagi benda yang mudah - kerana semua orang sukakan kemudahan.

Apa yang saya perasan.
  1. Dalam saya membelek-belek kit tersebut, saya tercari-cari frasa "Kit Ubuntu 8.10" namun tidak kelihatan. Ianya agak cacat jika kit ini tidak mempunyai satu label yang eksklusif untuk ia dikenali dimasa depan.
  2. Manual pemasangan menggunakan font ubuntu titling 100% dan ia agak menjanggalkan untuk print-out stuff. Saya mencadangkan agar menggunakan font open source yang lebih "mesra pembacaan" untuk text dalam panduan.
Tahniah.

Tahniah kepada saudara Fahmi dari Jomlinux.com yang menghasilkan kit ini dengan susah dan payah dan ianya benar-benar telah menjadi satu produk yang terbit secara realiti - bukan hanya di alam fantasi atau cakap-cakap kosong. Tahniah kerana merealisasikan satu impian untuk membawa produk ubuntu ini ke dalam pasaran yang lebih luas dan mencabar - dengan matlamat menyebarluaskan kewujudan ubuntu linux sebagai sistem operasi altenatif kepada gergasi windows dan mac osx.

Ilmu.

Perkembangan ubuntu akan terhenti jika orang tidak tahu menggunakannya. Kita generasi perintis kepada penggunaan sistem operasi ubuntu tidak seharusnya mengabaikan juzuk perkongsian ilmu dalam penggunaan ubuntu dan oleh kerana itu, kita perlukan satu rangka promosi yang jitu dan meyakinkan. Jika kita benar-benar serius dalam perkara ini, jangan sekali-kali tunduk kebawah. Dongak ke langit membiru dan mara ke hadapan!

Monday, January 05, 2009

"Mockup" untuk Notisfikasi

Jika Novell membangunkan Evolution, Sun membangunkan OpenOffice.org , Mozilla terkenal dengan Firefox, dan Red Hat untuk Network Manager, orang akan bertanya apakah yang ubuntu dan canonical lakukan secara khusus untuk menambahkan desktop experience dalam sistem operasi sumber terbuka. Kini mereka tampil dengan satu idea yang pada saya sememangnya diperlukan dalam desktop pengguna biasa - idea notisfikasi.

Mockupnya cukup menarik perhatian dengan beberapa konsep yang saya cukup bersetuju iaitu;
  • notisnya perlulah menarik perhatian
  • tidak ada tindakan yang harus dilakukan terhadap notis
  • notis akan muncul secara berturut-turutan
  • Jika anda "missed" notis tertentu, pada panel terdapat satu fungsi untuk anda melihat kembali notis-notis sebelum ini jika anda memerlukannya
  • Jika notis itu kritikal, ia akan pop-up pada desktop anda pada foreground bukan lg background
Berkenaan tiada tindakan yang perlu dilakukan terhadap notis, Mark Shuttleworth mengatakan;
Fungsi tindakan terhadap pop-up notis akan menimbulkan perasaan yang pengguna perlu melakukan sesuatu apabila pop-up notis itu muncul. Ini akan menukarkan fungsi notisfikasi ini bukan lagi kepada notis tetapi "kerja" yang harus dilakukan setiap kali notis muncul.

Saya merasakan konsep yang ingin diperkenalkan sedikit sebanyak menyamai Growl dalam Mac OSX. Tetapi Growl mempunyai kelemahan iaitu ia menyediakan pilihan tindakan pada notisnya. Disini saya bersetuju dengan idea notisfikasi diatas, sepatutnya tiada pilihan tindakan pada notis!

Web Site Mini : Tentang Projek Kit Ubuntu 8.10

Artikel kali ini tak mau posting panjang cuma nak kasi tau...saya telah membina web mini bagi menceritakan hal-hal tentang projek ni. Bagi yang tak nak membantu dari segi kewangan atau belum ada kewangan. Bantulah dari segi promosi yang mudah cam tulis post psl projek ni ke..

Apapapun sila lihat : http://kit.jomlinux.com

Orang yang terlepas post sebelum ni atau susah nak cari post sebelum ni. Leh masuk ke web mini ni psl saya dah ringkaskan tentang projek ni kat situ.

Status Projek Kit Ubuntu 8.10

Jumlah Tempahan Kit Ubuntu 8.10 : 31 / 150 unit
Peratusan Sasaran : 20.67%
Baki Hari : 1

Sunday, January 04, 2009

Palestin : Lipatan sejarahnya yang terus berlipat



Sejak munculnya fahaman nasionalisme (fahaman kebangsaan), islam, ajaran dan ummatnya terheret ke dalam satu ruang "kepelbagaian ideologi" yang kemudiannya menjadi racun yang paling berbisa bagi membunuh ketulenan ajarannya.Nasionalisme yang lahir di antara manusia yang dijajah dan colonialist, dilihat sebagai satu ideologi baru dan bertindak sebagai savior kepada sesuatu bangsa yang dijajah.

Sejarah dalam lipatannya yang tersendiri mencatatkan, perjuangan menuntut kemerdekaan oleh kebanyakkan bangsa di dunia adalah berpaksikan kepada semangat nasionalisme.Bangsa red indian di amerika, bangsa kulit hitam di afrika, bangsa melayu di malaysia, masing-masing ada cerita yang tersendiri di sebalik perjuangan nasionalisme mereka.

Tinggalkan bab nasionalisme, dan marilah kita merenung sejenak apa yang sedang terjadi kepada manusia di zaman ini dalam mencari titik penyatuan.Ternyata manusia terkial-kial dalam mencari formula yang paling sesuai untuk disatukan semua manusia diatasnya. Ada kalanya manusia bersatu diatas kesamaan bangsa, ada kalanya mereka bersatu atas kesamaan sempadan geografi, ada kalanya mereka bersatu atas kesamaan level ekonomi.Namun zaman yang berubah membuktikan bahawa, asas penyatuan yang dicipta sendiri oleh akal itu ternyata gagal dalam menyatukan manusia, apalagi untuk mewujudkan satu suasana harmoni di planet ini.

Bangsa yang kerdil ditindas dan dihina, negara yang kerdil diperbudakkan, negara yang miskin terus dengan kemiskinan, negara yang kuat sesuka hati menjajah dalam bentuk baru(new colonialism).Ternyata ketamadunan manusia tidak berkadar terus dengan keharmonian dunia.Awal millennium ke-2 menyaksikan satu lagi bukti kegagalan asas penyatuan yang diilhamkan oleh akal.Ternyata negara yang kuat(US) mengunakan segala kekuatan yang ada untuk memusnahkan negara yang lemah(Afghanistan).

Bagi saya, kegagalan dunia untuk mewujudkan keharmonian antara negara-negara ialah kerana terdapat "special case" yang dilihat dengan sebelah mata, tidak dihiraukan dan ditidakmengapakan.Ia ialah isu palestin-israel!

Terlalu sukar untuk difahami mengapa isu palestin-israel ini berpanjangan dengan begitu lama.Kemana perginya United Nation(PBB)?Jika seluruh kekuatan dan pengaruh dunia ditumpukan untuk menyelesaikan pertikaian ini, insyaallah ia akan dapat diselesaikan dengan mudah!Tetapi seluruh dunia diam, dan terus menganggap ianya special case yang tidak mengapa jika dibiarkan pun.

Mind-set dunia yang menganggap isu palestin-israel sebagai special case ternyata telah menjangkiti isu-isu ummat islam yang lain umpamanya isu penghapusan etnik di bumi Bosnia.Agak tidak keterlaluan jika saya katakan, dunia telah berfikiran "jika orang islam yang ditindas, ianya ialah special case"!



Dimana silap kita?

Pantun melayu ada menyebut;
Apa diharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Apa diharap kasih orang,
Entahkan sudi entahkan tidak.
Ingin saya berbalik kepada nasionalisme, kesan racunnya ialah, ummat islam menjadi lupa kepada ajaran islam yang tulen yang mengajak manusia bersatu diatas kalimah lailahaillallah.

Apabila lipatan sirah dibuka kembali, pernah disuatu ketika apabila bapa saudara Rasulullah, Abu Talib datang kepada Rasulullah memberitahu bahawa dakwah baginda telah memutuskan ikatan kekeluargaan dan memecahbelahkan bangsa arab, lalu Rasulullah berkata, wahai bapa saudaraku, pergilah kepada Abu Jahal dan mintalah kepadanya satu formula yang boleh menyatukan seluruh ummat manusia.Lalu Abu Talib pergi menemui Abu Jahal dan Abu Jahal berkata, bukan sahaja satu formula, bahkan 10 formula dia boleh bagi.Apabila disampaikan kepada Rasulullah, baginda menggelengkan kepala lalu bersabda, "tidak!yang boleh menyatukan seluruh manusia(arab atau bukan arab) ialah kalimah lailahaillallah."

Kesan perjuangan kemerdekaan diatas nama bangsa telah menjarakkan muslim berbangsa palestin dan muslim berbangsa melayu.Kesan penyatuan diatas sempadan geografi menjarakkan muslim malaysian dan muslim palestinian.Kesan penyatuan diatas level ekonomi menjarakkan negara membangun malaysia dan negara palestin!

Saya memetik satu teori nasionalisme dari wikipedia yang menyatakan
Nationalist movements are surrounded by other nationalist movements and nations, and this may colour their version of nationalism. It may focus purely on self-determination , and ignore other nations.
Kerana itulah apa jua yang terjadi di Palestin, apa jua yang terjadi di Bosnia tidak begitu menguris perasaan sesetengah dari orang islam sendiri.Simpati kita kebanyakkannya didorong oleh sifat kemanusian bukannya keagaaman dan bukannya persaudaraan.Sekiranya ketidakadilan berlaku kepada keluarga kita, sudah tentu kita adalah pembela di barisan yang paling hadapan.Sekiranya kekasih kita cuba dirogol didepan mata, sudah tentu nyawa akan kita korbankan untuk mempertahankannya.

Suasana yang sama tidak berlaku antara kita dan rakyat palestin.Kita dan mereka terlalu jauh!Ini membuktikan bahawa kita terlalu lemah dalam menghadamkan makna penyatuan diatas kalimah lailahaillallah.Dalam sedar atau tidak, kita turut menjadi sebahagian dari dunia yang terus menerus memandang palestin sebagai special case.



Apakah gunanya OIC yang hanya mampu bersidang?
Apakah rasionalnya PBB yang hanya mampu bersidang?
Apakah gunanya Liga Arab yang bisu?
Mengapakah terlalu sukar untuk dunia berubah?

Note: Petikan dari tulisan saya dalam blog yang telah lama ditinggal untuk direnung bersama. Blog ini bukan hanya untuk ubuntu. Percayalah..

GNOME 3.0 : Apa yang GNOME perlu perbaiki


Selepas menulis idea pelik saya tentang title bar, kali ini saya tampil dengan sedikit idea baru tentang gnome dan nautilus. Imej diatas misalnya menjelaskan sedikit sebanyak tentang apa yang saya tidak begitu selesa dengan GNOME - atau dengan kata lain apa yang perlu GNOME perbaiki. Kandungannya adalah seperti berikut;
  1. Ketinggian (height) elemen pada tetingkap : Jika anda mempunyai monitor berskala kecil 1820x800, tentunya anda perasan terdapat beberapa elemen tertentu mengambil terlalu banyak space pada paparan tetingkap tertentu. (rujuk imej diatas)
  2. Preview Icon yang tak sama size : Ini satu lagi kekurangan yang sangat-sangat merimaskan. Seperti KDE, GNOME juga seharusnya berfikir kearah menggunakan SVG format untuk semua icon yang digunakan dan ini secara tidak lansung akan meningkatkan kualiti paparan icon.
  3. Status bar : Dalam GNOME status bar mana-mana tetingkap adalah berbeza bergantung kepada theme yang anda gunakan. Berbalik kepada konsep kebebasan mungkin ianya sesuai untuk pada keadaan-keadaan tertentu. Namun status bar sepatutnya hanya mengambil ruang yang sedikit dengan penggunaan font yang lebih kecil.
  4. Font pelbagai size : Saya perhatikan GNOME menggunakan satu size standard bagi kebanyakkan font yang muncul pada desktop anda. Mungkin ini untuk memudahkan ia dikawal tetapi dalam masa yang sama, ianya tidak begitu sesuai untuk satu Desktop Environtment moden yang mempunyai potensi yang besar digunakan meluas dalam Netbook ect.
Mock up?

Insyaallah dalam masa akan datang saya akan pamerkan satu mockup mengambarkan apa yang sepatutnya GNOME 3.0 miliki.

Apa idea anda pula?

Kisah Kit Ubuntu 8.10...

Kalu sebelum ni sedara Zul mengkontroversikan projeknya di sini...sekarang saya nak menjawab soalan yang sengaja dikontoversikan oleh sesetengah orang.

Citenya mudah je...bila kami mengusahakan kit ubuntu 8.10 ni ada yang menyokong ada yang tidak...tapi biasalah. kalu kita wat sesuatu tak mestinya boleh puaskan hati semua pihak. pengalaman saya dalam bidang kepolitikkan pun mcm tu gak. saya boleh terima itu. Tapi tujuan saya jawab supaya boleh dapat penjelasan mengenai perkara ini.

Ada yang cakap buat pe lah saya wat kit ini sedangkan benda ni boleh je dapat percuma siap pelekat lagi dari Ubuntu.

Saya jawab memang betul boleh dpt percuma. Tapi masalahnya, yg bertanya ni kira tau gak le pakai Ubuntu dan tau nak pasang dia. Tapi korang kena ingat, Ubuntu percuma takde didatangkan dengan dokumentasi bagi pengguna desktop. Tapi kit ni ada. Pelekat pun kita tak kasi macam ubuntu. ada yg komen terlalu besar dan susah nak lekat pada ruang kecil contohnya netbook. jd kami buat pelekat ala windows dan intel tue..

Cara pasang leh cari kat internet apa, percuma aje?
saya jawab berapa ramai yang sanggup mencari berjam2 kat internet untuk cara pemasangan yang akhirnya sendiri tak faham. Bukan semua faham dengan komputer. sebab itu sy berikan cd percuma pada 8 orang untuk review. salah seoranngnya ubuntuseekers..boleh lihat review produk ni kat laman dia.

Linux percuma...ko mana boleh jual le!
saya tak kata pun saya jual Linux atau lesenkan Linux. apa yg ada kos dari CD, pelekat buku manual dan kos penghantaran. 'Free in speech not free in beer'.

Apa tujuan ko wat benda nie?
Saya ada impian dan cita2 nak memajukan Linux di Malaysia, sy mulakan di pej parlimen Ampang di mana semua desktop dengan Ubuntu termasuk le printer server cuma 2 pc je pakai Windows (itupun sebab masalah aplikasi). Di samping itu, membuat evolusi bagi komuniti. Nampakle gak di mata dunia yang komuniti Linux di Malaysia ni ada gak le buat sesuatu baju ke apa ke kit ke...Paling penting tujuan utama di adakan ni supaya org yg nak kenal Ubuntu ada satu produk yg boleh bantu itu le cam buku panduan mudah.

Apa pasal ko tak kasi percuma je? ni ko dpt percuma pe!
Duit bukanle segalanya tapi segalanya perlukan duit. Nak buat cover cd,buku dan sebagainya memerlukan wang. korang marah dgn windows sbb kasi harga cd sampai beratus2. sy bg harga baru belas ringgit...lebih murah pe.

Buat pe ko nak wat duit dengan benda nie? duit tu pi kemana nanti?
duit yg dpt tu utk kos wat benda nie dan kalu ada lebih (itu pun kalu ada le) kita gunakan untuk projek cam Linux Varsiti. bila sy jumpa ubuntuseekers kat KL Sentral tempoh hari dan ceritakan psl projek ni..sy amat suka tntg idea ni.

Apa pasal ko jual kat komuniti? Diorang tak perlukan produk ko ni.
Mmg ramai org komuniti tak perlu psl ramai dah mahir nak psg wat terminal dan sebagainya. Tp sy bgtau benda ni pd komuniti psl diorang dah faham dan tau apa itu Linux dan etc...jd senang menyampaikan mesej pd komuniti dari org yg tak tau langsung apa2 tentang benda nie dan kami mengharap sokongan dari korang2.

Boleh berjaya ke projek ni?
Kita lihat le 12hb nnti sama ada capai sasaran atau tak. Kalau ia berjaya, maka pengguna desktop luar dari komuniti ada harapan untuk dpt produk yg bagus. Bayangkan ko kasi cd burn ubuntu togel takde apa2 kat pengguna desktop. apa diorang fikir?

fuhh....letih gak le nak menaip. itu dulu le yg sy sempat jwp. ada masa lain kali karang jwb isu2 lain lak ye...wassalm...

Friday, January 02, 2009

Kepada : Pembaca Yang Tak Tahu dan Ingin Tahu Tentang Projek Kit Ubuntu 8.10

Sebenarnya saya menerima banyak pertanyaan tentang apa dia projek Kit Ubuntu 8.10 ini. Semenjak kontroversi yang dilakukan oleh saudara Zul ni...barulah blog ni jadi panaas dan macam-macam orang komen. Bila ramai yang masuk tetiba terbaca tentang projek kit Ubuntu tapi tak tau cite pucuk pangkalnya.

Macam saudara Zul pernah kata sebelum ni, yang orang kita ni ada yang malas nak belek post lama-lama. Jadi tiap kali saya diajukan dengan persoalan yang sama, maka terpaksalah saya menjawab yang sama. Saya pun tak mahulah (bukan tak mahu, malas sebenarnya. Malas ni dihalalkan :D) marah ke apa ke orang yang tak ikut post lama-lama. Untuk selesaikan persoalan ni.

Bagi yang nak tau info ringkas sila ke link : http://www.jomlinux.com/v1/index.php/20090101193/Artikel/Berita/Kepada-Pembaca-Yang-Tak-Tahu-dan-Ingin-Tahu-Tentang-Projek-Kit-Ubuntu-8.10

Kalu ada yang tak faham apa-apa lagi sila emel editor[a]jomlinux.com atau tinggalkan komen.

Luar topik sikit...apa yang Zul cakap pada post sebelum ni tu kalu korang baca dengan hati terbuka memang ada betul dia kata...macam saya tulis kat komen sebelum ni. Kekadang orang sini ada yang komen, melawat, mengecam, menegur, beri idea dan macam2 lagilah bila ada isu dan pabila ada sesorang bercanda dengan pemikiran lesu mereka!

Walaupun ramai yang kutuk2 Zul tentang projek kontroversii tu..tapi sekurang-kurangnya dia habiskan masa cari penyelesaian masalah kemudian ajarkan pada orang. Daripada hanya duk baca-baca pastu apa takde. Tulis takde, komen takde. Saya sendiri pun pernah rasa apa yang Zul rasa. Bila ada projek/rancangan kita minta orang tolong...kekadang tak minta duit pun. Mcm projek ni, saya emel pada blogger2 untuk tuliskan artikel dan postkan kat blog pun ada dia mcm2 alasan...tak maulah cite org mana blog mana. biarlah disimpan dalam emel je.

Kalu korang tak caya, cubalah tgk blog-blog org yg datang sini. Ada tak cite apa-apa pasal projek ni.

Saya gak ucapkan terima kasih pada mereka yang menyokong pelekat hari tue yang nak derma pada projek ni dan yang membantu dari segi lain. Terima kasih tak terhingga.

Nota : Jangan jadi pasif. Jadilah proaktif. Jangan minta dan tanya apa yang Ubuntu dan komuniti boleh berikan pada anda tapi tanyalah apa yang anda sumbangkan pada komuniti.

Nota pada Zul : sori posting ni panjang sikit..kalau nak pendekkan nanti sy tukar info tu jadi PDF je.. :D

Editor JomLinux.com

Thursday, January 01, 2009

Pecahkan Password Pakej RAR dalam Ubuntu

Secara tidak mengaja saya telah kehilangan password untuk pakej rar yang saya telah kompreskan semasa di "planet" window dulu. Dan apabila telah 100% berpindah ke planet ubuntu, saya telah gagal untuk mengesan password tersebut. Dan saya telah meng"google" dan saya telah dapat menemui cara yang mudah untuk memecahkan (crack) password pakej rar dalam ubuntu. Iaitu menggunakan aplikasi "RarCrack".


Cara untuk menggunakannya, anda perlu memasang dahulu aplikasi rarcrack (sudah pastila!).

download rarcrack
wget http://superb-east.dl.sourceforge.net/sourceforge/rarcrack/rarcrack-0.2.tar.bz2
extract racrack
tar xvjf rarcrack-0.2.tar.bz2
tukar kepada folder rarcrack
cd rarcrack-0.2
install dependencies yang diperlukan
sudo apt-get install libxml2-dev
install rarcrack
make ; sudo make install
Untuk pecahkan password, taip dalam terminal:
rarcrack /home/username/contoh.rar
pssttt: kalau nama pakej rar tu mempunyai "space", sila renamekan balik supaya tak ade "space" antara nama pakej. jika tidak rarcrack tidak akan memahaminya.

UPDATED:

Anda juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk memecahkan password pakej zip dan 7z. (Sorry, almaklumlah budak baru belajar). Gunakan command seperti,
rarcrack akuhensem.(extension) --type (rar|zip|7z)

Untuk menggunakan aplikasi fcrackzip pula, sila rujuk disini.

Kontroversi v2.0 : Gua Cabar Lu!

Saya bukan yang terbaik. Masih ramai yang pakar, berpengalaman, berkelayakan, genius, bertauliah dalam bidang keterbukaan sumber. Komuniti sumber terbuka perlukan anda, bukan sekadar sokongan moral malah lebih dari itu jika benar-benar komuniti ini ingin memecut ke satu landasan yang jitu dan meyakinkan.

Diatas bibir, semuanya manis. Namun ketika saya mengumumkan kutipan derma bagi membiayai program Ubuntu@iPT, kemana perginya segenap kemanisan yang ada? Syabas untuk JomLinux.com, SembangKomputer.com, dan beberapa orang perseorangan lain yang saya kenali secara personal yang bermurah hati membiayai program tersebut. Kos lain terpaksa saya tanggung secara sendirian dan tidak pernah ada orang tahu tentangnya atau bertanya tentangnya.

Diatas bibir, semangat berkobar-kobar ingin perjuangkan Sumber Terbuka. Ketika saya mengumumkan blog ini akan dibuka kepada penulis jemputan supaya blog ini terus segar dengan artikel yang mantap dari segenap sumber, tidak ramai yang tampil. Begitu jugalah ketika saya merayu untuk mencari penulis E-Maj, saya hanya mampu mengumpulkan beberapa orang yang tidak tentu pun lagi tahap komitmen mereka.

Sekarang Gua Cabar Lu! Buktikan semangat dan komitmen anda dengan sumber terbuka. Sahabat saya dari UbuntuSeekers sedang merancang program yang dinamakan Linux Varsiti. Siapa yang sudi menderma wang ringit untuk program ini? Siapa pula sanggup merancang aktiviti dan mengerakkan program ini? Siapa pula yang ingin menjadi sukarelawan menjayakan program ini?

Gua Cabar Lu. Saya tawarkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi penulis, dan penyumbang atau juga penaja kepada blog ini, E-Maj dan program Linux Varsiti yang bakal dianjurkan dalam tahun 2009 ini. Sesiapa sahaja. Samada yang memberikan komen sebagai Anonymous atau yang komen sebagai nama sendiri. Sesiapa sahaja! Sila buktikan semangat anda! Hantarkan email anda ke zul.malc [at] gmail.com. Nyatakan apakah yang ingin anda sumbangkan dan saya akan uruskan yang selebihnya.

p/s: Paku buah keras telah dipulangkan. Ini bukan gendang peperangan tetapi gendang permulaan kepada dimensi perubahan. Jom Bergerak!

Jom Kita Jayakan Kit Ubuntu 8.10!


Hehe...adakah anda tertanya-tanya apakah motif mesej iklan ini...sebenarnya kami di Jom Linux sedang mencapai sasaran akhir iaitu menerima pra-tempahan bagi merealisasikan projek kit ubuntu ini.

Sasaran Mencapai 150 Unit Tempahan Awal!

Bantu kami realisasikan produk ini dengan membuat tempahan awal (dari 30hb Dis -12hb Jan) melalui salah satu cara di bawah :

#1 - Tempah 'Kit CD Ubuntu 8.10' dengan harga RM 13.99 ; atau

#2 -Jadi Penaja dengan sumbangan serendah RM 20 + 'Kit CD Ubuntu 8.10' PERCUMA!'

Soalan Lazim

1. Adakah yang menjadi penaja dikira membuat tempahan awal?

Ye, penaja diberikan keistimewaan meletakkan logo atau link (bergantung jenis tajaan) di samping diberikan kit CD ini percuma. Apabila satu unit tajaan ditempah. Maka satu unit tempahan awal dikira.

2. Apakah maksud sasaran 150 tempahan awal itu?

Maksudnya jumlah keseluruhan dari cara #1 dan #2 mendapat tempahan 150 unit dan ke atas.

3. Berapa lama tempoh untuk terima tempahan awal?

Selama 14 hari (dari 30hb Disember 2008 -12 Januari 2009) atau sehingga mencapai sasaran (yang mana satu lebih awal).

4. Bagaimana jika tempahan awal tidak dicapai?

Jika ia tak mencapai maka projek ini akan ditangguhkan atau dibatalkan. Semua wang penempah dan penaja akan dipulangkan. Jadi penempah awal tiada risiko kehilangan wang.

5. Adakah kos lain?

Tiada. Penghantaran adalah percuma!

6. Bagaimana jika saya mempunyai soalan lain?

Sila tinggalkan di ruang komen.

7. Apakah tajaan yang masih ada?

Jenis RuangBaki
Premium Penaja Bersama 4habis
Premium Kulit Belakang 16 12
Link 30 25

8. Apa yang terdapat pada 'Kit CD Ubuntu 8.10' ini?

  • CD Case + CD
  • Buku Manual
  • Pelekat Ubuntu

Jika anda berminat sila klik salah satu link di bawah.

Untuk Menjadi Penaja
Untuk Menempah Kit CD
Klik Sini
Klik Sini

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...