Saturday, 9 February 2013

Umno Sentiasa Di Hati Orang Melayu, Islam Dan Akan Releven Selama-Lamanya



Umno masih relevan dan tetap relevan di hati orang Melayu serta Islam. Pelbagai lapisan umur masih mengingati dan sayang pada Umno. Bohong kalau ada pihak tertentu mengatakan Umno sudah hilang dan tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengiyakan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak masih relevan dan berada pada landasan yang betul untuk menuju Wawasan 2020.

Akuan daripada mantan perdana menteri ini telah merungsingkan banyak pihak terutama parti pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim. Walaupun banyak isu berkaitan serangan peribadi dilemparkan pembangkang, namun Umno tetap di hati rakyat.

Datuk Seri Najib bersama barisan kepimpinannya telah menjawab dengan penuh yakin menyebabkan rakyat bertambah percaya kepada Umno. Daripada isu NFC sehingga isu peribadi Datuk Seri Najib, semuanya dapat ditangkis dengan baik dan berfakta.

Ini yang membimbangkan pembangkang sehinggakan Anwar terpaksa menggunakan taktik untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib di luar negara.

Sebagai contoh, hubungan keruh antara Malaysia dan Indonesia akibat negara itu terpengaruh dengan dakyah Anwar, berjaya ditepis dengan baik oleh barisan kepimpinan Umno.

Kini, walaupun Umno tidak dapat menyakinkan 100 peratus kepercayaan rakyat Indonesia terhadap Malaysia, namun sekurang-kurangnya 85 peratus rakyat negara itu sudah sedar dengan kebaikan kerajaan BN.

Umum tahu, Anwar dan konco-konconya tidak akan berdiam diri dengan perubahan besar yang dialami Umno. Mereka akan melakukan apa sahaja demi untuk memastikan Umno dan BN jatuh pada pilihan raya umum akan datang ini.

Sebab itu Anwar sibuk berulang alik dari Malaysia ke beberapa negara tertentu. Tujuannya adalah untuk memburuk-burukkan Umno. Tetapi usaha itu tidak akan menemui kejayaan. Allah akan membantu Umno dan BN. Allah mengutuk pelaku maksiat.

BERITA GEMPAR!!!: PAS AKAN KECUNDANG PADA PRU 13...ITU JANJI ALLAH SWT



Imbas kembali apa yang pernah diperkatakan dulu.....
Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.


“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".


Firman Allah SWT “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (al-Shaf: 2-3)


Sabda Rasulullah SAW “Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, bila berkata ia dusta, bila berjanji mengingkari, dan bila dipercaya ia khianat”. (Muttafaq Alaihi).



Isu Kalimah Allah telah membuktikan kemunafiqan pemimpin PAS seperti Haji Hadi dan Nik Aziz sendiri...sekejap boleh sekejap tidak boleh.

Bila ahli PAS  mula mengamuk dan bersuara mengenai isu kalimah Allah ini..barulah PAS nak mula mengelabah nak betulkan keadaan kerana takut kehilangan undi.


Rata-rata masyarakat Islam  membantah keras dan tidak bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam, termasuk dalam Bible versi Melayu.

Mereka mahu kerajaan bertindak tegas dan tidak berkompromi dengan kalangan yang cuba menyalahgunakan kalimah itu termasuk bagi kepentingan politik.

Menurut mereka, ini kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan negara di mana agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan kalimah itu adalah hak eksklusif umat Islam.

Kerajaan tidak harus tunduk kepada tekanan pihak tertentu dalam penggunaan kalimah itu. Kerajaan harus melihat dari sudut jangka panjang jika kalimah itu dipergunakan oleh agama lain, terutama masa depan agama Islam sendiri.



Firman Allah SWT “Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmat-Ku yang Telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepada-Ku, niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu; dan Hanya kepada-Ku-lah kamu harus takut (tunduk).” (al-Baqarah: 40)

Tidak apa bagi umat Islam yang percaya pada janji PAS sekiranya menang pada PRU13. 


Jika PAS pernah bersumpah untuk memartabatkan Islam dalam negara ini, kita bersumpah Islam tidak akan berjaya dimartabatkan selagi adanya DAP dalam kalangan mereka.

 Bukankah Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam di bawah pentadbiran BN?
 Apakah DAP mengiktiraf PAS yang hendak menjadi pemimpin negara Islam yang mengamalkan Hudud dan Kisas?

Sabda Rasulullah SAW “Empat (sifat) yang siapa ada padanya sifat tersebut, maka ia adalah munafik sempurna. Dan siapa yang ada padanya salah satu dari pada itu, maka padanya salah satu daripada sifat nifaq, hingga ia meninggalkannya. Iaitu apabila diamanatkan ia khianat, dan bila berbicara ia dusta, bila berjanji menyalahi janji, bila bermusuhan dia curang”. (HR Bukhari Muslim)

Sesungguhnya Janji Allah SWT adalah benar, Ini jelas sekali melalui firman Allah:
 “Allah menjadi (Pemimpin) Pembela dari orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)

Friday, 8 February 2013

RUMAHTANGGA ADUN PAS LADANG MULA BERANTAKAN???


CERITA SELANJUTNYA CLIK DISINI

TERBARU!!ISU KALIMAH ALLAH,..HADI LETAK JAWATAN






Isu Kalimah Allah semakin menjadi barah kepada PAS...Hadi semakin tertekan dan meracau tidak lena tidur selepas tragedi kebakaran di Rhu Sila baru-baru ini.
Mungkin kerana Allah nak tunjukkan sesuatu kepada Hadi bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Suci dari segalanya.

Kebangkitan keluar ramai pengikut PAS dari parti itu ekoran kenyataan Hadi yang menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam akan membawa kehancuran pada perjuangan PAS.

Ekoran kamelut keluar parti beramai-ramai dari pengikut PAS mungkin akan membawa perletakan jawatan  Hadi dari PAS..dan Hadi tak mungkin akan bertanding pada PRU 13 nanti..

Seluruh ulama-ulama muktabar hari ini bangun mempertahankan kesucian agama Islam, mereka sanggup berhijrah dan memberi arahan kepada semua pengundi supaya Boikot PAS dan Undi Calon UMNO.

Hari ini, pandang saja bendera PAS terasa jijik dan marah, terbayang-bayang wajah-wajah DAP yang menentang Islam, yang mempermainkan kesucian Allah.

Kata ahli-ahli PAS di Pulau Pinang, tanya itu Lim Guang Eng, Tuhan kepada Kristian Isa atau Allah???

Anda berjalanlah di pondok-pondok di Kedah, Kelantan, Terengganu...semua tok-tok guru dah meluat dengar nama PAS!!! TAk percaya, call sekarang Haji Mohd Nor seorang aktivis PAS yang tidak segan-segan menyeru ahli-ahli PAS supaya memenangkan Calon UMNO! Kata Haji Mohd Nor, undilah UMNO untuk elak Kemudaratan yang lebih terok kepada bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Mereka kini geli dan malu bila melihat bendera PAS!




Eloklah dalam waktu2 begini..Hadi berehat dari politik dan pergi memancing bagi mencari ketenangan diri.

*Letak jawatan lebih baik dari menanggung beban...dosa pun tak semakin banyak.

ADUN PAS LADANG MENGURUT BATANG TUBUH DENGAN ISTERI PENYOKONG TOTOK PAS!!!

 
 
ADUN Pas Ladang, Kuala Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjadi punca perceraian antara Mohd Apandi Abdullah dengan isterinya, Aida Tengah.
Apandi mula curiga dengan kelakuan isterinya apabila dia kerap kali berkunjung ke rumah wakil rakyat Pas itu di Padang Negara, Kuala Terengganu walaupun selepas kematian isteri wakil rakyat Pas itu.
Tujuannya untuk mengurut! Rakaman suara bersama Apandi menceritakan, pernah satu ketika dia tertidur kerana menunggu isterinya yang mengurut Dato’ Tengku Hassan. Klik untuk berita selanjutnya di
sini

Tuesday, 5 February 2013

Pemimpin DAP Baham Tanah...Pengikut PAS Melopong!!!Kahkahkah!




Sesi perbahasan Bajet 2013 di Persidangan Dewan Negeri Perak bertukar kecoh selepas Adun Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar membangkitkan skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar yang dianugerahkan kerajaan Kelantan kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang mana dua pemimpin kanan DAP Perak merupakan pengarah syarikat berkenaan.

Beliau memberitahu, pendedahan itu dibuat kerana kedua-dua nama pemimpin DAP, iaitu Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming tercatat dalam pendaftaran syarikat sebagai antara pengarah syarikat terbabit.

“Ini membuktikan Kor Ming ini mengata orang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya mengenai sikap wakil rakyat DAP itu yang menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah menerima tanah walaupun seinci daripada kerajaan PAS Kelantan.

Sebelum itu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengutamakan kroni mereka dalam pemberian tanah tanpa melakukan tender secara terbuka.




Menurut Hamdi lagi, penganugerahan tanah daripada kerajaan Kelantan itu berkemungkinan sebagai habuan daripada PAS Kelantan kepada DAP Perak kerana bersetuju menerima dan melantik Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.

“Kita dedahkan ini kerana mereka sering menuduh BN kerajaan tidak baik dan suka beri projek pada kroni manakala parti mereka baik, bersih dan tidak ada cacat cela.

“Dengan bukti-bukti ini, adakah pakatan ini sebenarnya bersih seperti mana yang mereka dakwa,” katanya.

Sementara itu, Kor Ming pada sidang medianya selepas itu, menafikan dakwaan beliau dan Koo Ham telah menerima habuan tanah daripada kerajaan Kelantan.

Menurutnya, sebuah laporan polis akan dibuat terhadap blog Pisau.Net kerana menyebarkan artikel palsu di samping melakukan jenayah berbentuk fitnah.

Dalam blog tersebut, syarikat berkenaan didakwa menerima ganjaran tanah seluas 4,210 hektar dengan nilai pasaran bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang daripada kerajaan Kelantan.





Monday, 4 February 2013

HUDUD PAS HUDUD POLITIK...DEMI MENCARI UNDI KE PUTRAJAYA



Selama ini juak Pas menuduh UMNO konon tidak mahu Hudud, tapi persoalan ramai ialah mengapa negeri so-called Serambi Mekah hatta Kelantan sendiri tak laksanakan hukum Hudud?
Ramai yang tidak tahu terutama generasi muda yang mudah ditipu Pas bahawa Draf Hudud Pas pernah dihantar oleh juak Pas semasa zaman pentadbiran Dr. Mahathir untuk diteliti oleh para ulama' dan Majlis Fatwa, tetapi hakikatnya draf Pas itu banyak yang tidak betul dari sudut Hukum Hudud itu sendiri. Antaranya ialah;

1. Pertikaian yang melibatkan soal hakim iaitu dalam Enakmen 68 Kelantan dan Enakmen 70 Terengganu menggariskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Malaya boleh menjadi Hakim Mahkamah Hudud. Ia nyata bertentangan dengan Islam kerana hakim Mahkamah Tinggi Borneo ada yang terdiri daripada hakim wanita dan bukan Islam. Rasional Pas ketika itu mudah saja iaitu kerana mengikut keadaan semasa. Boleh ka macam tu? Jelas bahawa Pas sebenarnya cuba meminda Hukum Allah.

2. Seterusnya berkenaan Enakmen 52 Perkara 1 dan Perkara 2 iaitu dalam Perkara 1, hanya Orang Islam sahaja yang dikenakan Hudud, tetapi dalam Perkara 2, orang bukan Islam bebas memilih sama ada nak ikut Hudud atau tidak. Ternyata ini amat bertentangan dengan hukum Hudud sebenar yang menegaskan Hudud perlu dikenakan ke atas semua umat manusia. Pas sanggup lakukan ini semata-mata untuk menjaga hati orang bukan Islam demi undi dan kuasa.

3. Berkenaan isu Mukallaf, tafsiran Pas dalam Draf Hudud menyebut bahawa mereka yang berumur 18 tahun dan sempurna akal boleh dikenakan Hudud, walhal dalam Sirah Nabi, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa seseorang itu Mukallaf jika umurnya sudah mencapai 15 tahun dan telah bermimpi. Jelas draf ini bertentangan dengan penjelasan Nabi dalam tafsiran dan nas yang Nabi sebut sendiri.
Sebenarnya banyak lagi kesilapan yang Pas sengaja lakukan dalam Draf Hudud ciptaan mereka. Antaranya pernah dibangkit dan disebut oleh Zulkifli Nordin dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini sebagaimana yang diketahui umum.


Hakikatnya, Draf Hudud Pas yang dipohon kepada Kerajaan Persekutuan sebenarnya Bukan Untuk Diterima, tetapi Pas dengan SENGAJA MEMBUAT KESALAHAN dan KESILAPAN dalam draf tersebut kerana sudah tentu Kerajaan Persekutuan akan menolak draf yang jelas bercanggah dengan hukum syarak tersebut.



Dan apabila ditolak, maka senanglah juak Pas menuduh kononnya UMNO menolak Hudud, UMNO kafirlah, Mahathir kafirlah etc. semata-mata kerana ingin menjadikan isu Hudud ini sebagai modal politik kotor mereka.
Maka berterusanlah umat Islam di Malaysia berpecah-belah akibat manipulasi hukum Hudud tajaan Pas.
Jelas selama ini Pas sebenarnya hanya berniat mempermainkan Hukum Allah dan harus dipertanggungjawabkan atas perpecahan sekian lama umat Islam di negara ini!