**** PERINGATAN : BLOG NI TIDAK MENJUAL PASHMINA. HARAP MAKLUM..****
ok berhenti daripada merapu keterlaluan.. hahaha
Seperti yang dijanjikan , ini merupakan entri KHAS untuk kashmir.. wooohooo!!!
Hari Pertama :
Saya , Anna , Seha dan Eenaz sampai dulu di airport Srinagar , Kashmir . Kami menunggu rakan-rakan kami yang dua lagi . Risau hanya Allah saja yang tahu . Tunggu depa dekat 3 jam kot rasanya. Bila dah nampak kelibat dua anak dara tersebut , Kak Syira & Dayah , muka HAPPY macam dapat 2 juta... hahaha... kebarangkalian aksi-aksi eksited terlampau telah dilakukan. hahaha.
on the way to GULMARG . |
Bak kata Eenaz dan Seha , view dia macam kat Rusia .. hehehe |
Then , kami terus berangkat ke GULMARG. Di sebabkan jeep x dapat naik sampai ke atas ( tempat hotel ) , so kenalah buat expedisi berjalan kaki ke hotel . Dah la malam , penuh dengan salji.. sejuk diaaaa... Hanya Allah saja yang tahu.. Terima kasih Allah berikan kami kekuatan ke sana ^_^ sampai2 ja , terus check in hotel . Nama dia " HOTEL GRAND MUMTAZ " . huhu.. Rasa WORTH IT jugak la kena buat ekpedisi malam sebab bilik dia ... PERGHH... cantik sangat !!! huhu...
Hari Kedua :
Kami di bawa ke tempat cable car dengan menggunakan Sledge . so x yah nak susah2 jalan... hehehe.. tapi sakit jugak la gluteus maximus saya nie kan.. Mana tak nya kalau dah lalu kawasan bumper semulajadi... bergegar otak sebentar ( ooover tau !! hahaha) . Nama cable car depa ialah GONDOLA.. Saya mula2 pelik gak sebab yelah kat Venice , Gondola tu kan sampan ala-ala romantik gitukan.. tapi x pa la.. kita naik saja.. huhu
Hotel di Gulmarg |
View dari tingkap hotel |
View hotel dari luar |
Ni masa kat check point yang pertama . ketinggian 8000++ feet. |
Atas tu ketinggian dia 16000++ feet . Check point kedua. |
Masa naik tu teringat kenangan naik cable car kat Langkawi bersama-sama Iylia , Shahrul dan Mimi.. Seronok naik gondola tu... Terasa kerdil diri ini melihat ciptaan Illahi. Sepatutnya boleh naik sampai 2nd check point tapi 2nd check point tutup sebab ada military activity tah pa benda saya pun tak tahu . Even tourist guard kami pun x galakkan kami naik sebab level oxygen dia ialah 50/50 . Nak merentas desa pun tercungap-cungap , inikan pula nak naik ke tempat oxygen yg 50/50 . hahahah ^_^
Kemudiannya , kami terus ke tempat special . Tempat main ski ( ok x dak la special sangat kan... tapi bagi saya special kot ..huhu) sebab x penah cuba pun selama ni.. Malaysia mana ada salji kan.. huhu.. main tarik pelepah nyioq ( kelapa ) adalah . Tak pernah kuduga ( aaayatttt!!) best rupa nya... hahaha.. wajib cuba kalau datang sini.. huhu
Hari Ketiga :
Hari ni kami tidoq kat HouseBoat. NICEEEEEE!!! aktiviti pada waktu pagi , ronda2 kat Dal lake naik sampan aka SHIKARA . best naik SHIKA nie... dapat tengok banjaran Himalaya yang sangat-sangat cantik. Selama ni dok GOOGLE ja , tapi bila tengok dengan mata kepala sendiri , Subhanallah... Rasa tenang sangat kat situ .
SHIKARA |
Uncle Janan yang baik ^_^ |
row of houseboat |
inside the houseboat |
Dalam al-quran sendiri ada dalil-dalil menyeru kita mengembara. Misalannya surah Ali Imran : 137 , yang bermaksud :
"Sungguh , telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah ( Allah ), kerana itu berjalanlah ke ( segenap penjuru ) buni dan perhatikan bagaimana kesudahan orang yang mendustakan ( rasul-rasul )".
Mungkin Kashmir x dak tempat yang ada tinggalan orang dulu-dulu yang mendustakan rasul tapi bila kita lihat ciptaan Allah yang maha Agung kita sendiri secara automatik yang selalu bercakap 24 jam akan kurang berbicara . Serius . Saya tertawan dengan kecantikan yang Allah jadikan . Betapa kecilnya kita berbanding gunung-ganang . Tak terucap dengan kata-kata. i'm totally speechless.
Seterusnya , kami pi la tengok garden2 dia.. cantik dan bayaran dia pun murah Rs 10 you.. huhu.. tapi kalau springs nanti mesti lagi cantik.. huhu..
Kata-kata pujangga sememangnya tepat. Gadis dan Shopping memang tak boleh dipisahkan . Apa lagi shopping la kami... hahaha.. Segala pashmina , saffron hinggalah ke dry fruits semua dibeli... hehehe...
Hari Keempat :
Time to say goodbye T_T... see you again Kashmir . I'll come back ok. Don't miss me .. huhu ^_^
Wazwan nama dia.. |
ni makan kat rumah uncle Janan.. maz balai ( sedap dalam bahasa kashmiri ) |