Followers

Kenapa suka jaga tepi kain orang? Hah? !

Assalamualaikum !

Hari ni aku nak cakap sikit pasal gambar yang aku jumpa dalam Facebook mengenai luahan umat akhir zaman. Pape pon tengok dulu gambar ni dan kite renung renungkan bersama yer


Nabi pernah berpesan, bila berlaku maksiat depan mata kita wajib TEGUR dengan 3 cara iaitu dengan TANGAN, LISAN atau HATI itu dengan selemah-lemah Iman.

Yelah, kita manusia bukan semua perfect kan, dan dengan cara tegur menegur dah dapat menghalang maksiat. Tapi yang aku tak puas hati bile kita nasihat die, die marah kite cakap kite ni 'dah rasa perfect sangat ke?' 'pahala kau dah cukup eh?' 'kenape suka sangat jaga tepi kain orang?'. Menyirap tak? HAHAHA ! Sumpah menyirap. Yer, memang aku tak perfect, pahala aku tak cukup lagi, dan bukan aku nak jaga tepi kain kau, tapi kita sesama ISLAM wajib menegur kalau ada maksiat depan mata. Kalau aku buat? Tegur lah okay?

Nite :)
Assalamualaikum

Malasnye nak update blog !

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Awal giler aku bangun hari ni. HAHAHA ! Tajuk entri aku kali ni aku mintak dari Bro Framestone. Serius cakap, kesian aku tengok blog aku ni tak ter'update'. Sory blog, aku takde idea. HEHE ! So far, aku rindu nak update dan pagi ni aku nak update.

Okay, dah update. HAHAHA !

Kehadapan blogku yang dikasihi,

Assalamualaikum,
Kehadapan blog ku yang usang. Aku ingin meminta maaf atas kerana telah lama tidak meng'update' kamu. Hal ini berlaku kerana sifat MALAS yang menyelubungi diri aku. Sehubungan dengan itu, hari ini pada 1 Oktober 2011 aku akan menge'post'kan satu entri yang bertajuk Maafkan Kami ! HAHAHA! Gurau gurau.

Setelah hampir setengah sem aku duduk kat Kedah ni, Alhamdulillah aku okay kat sini. Homesick tu biasa lah kalau duduk jauh di perantau ni. Tak sabar nak habiskan sem ni. InsyaALLAH 13 November 2011 nanti akan bermula final exam untuk sem ni. So, akhir bulan November aku dapat balik ke kampung. HEHE *tak sabar weehh!*



Pelbagai aktviti yang berjalan di POLIMAS ni. Antaranya Pertandingan Softball peringkat antarabangsa yang berlangsung di Padang POLIMAS. Terdapat juga sebuah padang softball pertama di Malaysia terletak di POLIMAS. Cukup berbangga dengan ini. HEHE !

Selepas softball, Majlis Konvokesyen kali ke-25 berlangsung. Best dapat tengok senior yang dah habis study ber'konvo' ! Nak nak dengan yang sidang pertama bersama Sultan Kedah. Sidang pertama ni aku dapat tahu yang dapat pointer 3.5 keatas je. Tabikk lah !

2 3 hari ni bermula hari Khamis berlangsung Karnival Kolej Kediaman. Sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, carrom, dam aji, badminton, batu seremban, bola tampar, dan tarik tali. Pagi tadi berlangsung acara Larian POLIMAS. Sempuuuuttt aku berlari. HAHA ! Tahniah kepada semua pemenang !


Fuhh, sampai sini lah dulu berita dari POLIMAS aku sampaikan. HAHAHA ! Act, aku tak tahu nak cerita ape. So, aku update jelah mende mengarut ni. --'