Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 04 Desember 2011

RESEPI ACAR UDANG

BAHAN-BAHAN
  • 500 ml minyak masak 
  • 2 kg udang, dibersihkan 
  • 2 biji timun 
  • 5 biji bawang besar, dihiris lapan 
  • 5 biji cili merah, dibelah dua 
  • 5 biji cili hijau, dibelah dua 
  • 5 biji bawang kecil, dibelah empat 
  • Sedikit garam dan gula  
  • 4 camca teh gula 
 
Bahan-bahan dikisar:
  • 250 gm buah keras 
  • 10 ulas bawang putih 
  • 20 biji bawang merah  
  • 2 cm halia 
CARA MEMBUATNYA 
  1. Panaskan minyak dan tumis buah keras bersama bawang putih, bawang merah dan halia hingga garing. 
  2. Masukkan udang bersama timun, bawang besar, cili merah, cili hijau dan bawang kecil. Biar hingga setengah masak.  
  3. Akhir sekali masukkan gula bersama cuka dan garam. Kacau sebati hingga udang masak.

Minggu, 30 Oktober 2011

RESEPI BUBUR BADAM

BAHAN-BAHAN
  • 1 gelas beras siam 
  • 4 gelas air
  • 300 gm badam, dikisar halus 
  • 1 gelas santan pekat 
  • 200 gm udang kering, dikisar 
  • 10 biji bawang merah, dikisar 
  • 1 camca sedang serbuk lada sulah 
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
 CARA MEMBUATNYA
  1. Beras dimasak hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan santan, bawang merah, udang kering, badam, serbuk lada sulah, garam dan serbuk perasa.
  3. Kacau hingga rata. Masak hingga mendidih.

Kamis, 27 Oktober 2011

RESEPI KARI TELUR BERSAMA TOMATO

 BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur ayam (direbus) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu teh serbuk kari
  • ½ cawan susu UHT 
  • 8 biji tomato kecil 
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya. 
 
Bahan-bahan ditumbuk halus:

  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih  
  • 3 sm halia

CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas telur dan ketepikan. 
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. 
  3. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk rempah kari. 
  4. Masukkan susu, tomato, garam dan serbuk perasa. Biar higga mendidih. 
  5. Masukkan telur rebus. 
  6. Belah telur sewaktu menghidang.

Senin, 12 September 2011

RESEPI BEBOLA TAUHU

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping tauhu 
  • 2 keping dada ayam (isinya - dicincang) 
  • 2 biji telur (pukul sedikit)  
  • 1 ikat daun ketumbar (dihiris halus) 
  • 2 cili hidup (cincang halus) 
  • sedikit garam & perasa 
  • sedikit serbuk lada putih 
  • ½ tepung KFC (rempah)  
  • minyak untuk menggoreng 
CARA MEMBUATNYA
  1. Tauhu dilecek. 
  2. Setelah campurkan kesemua bahan kecuali telur. 
  3. Masuk garam, perasa & lada 
  4. Akhir sekali, pukulan telur tadi. 
  5. Gaul rata. Buat seperti jemput-jemput dan gaul dengan tepung rempah dan goreng hingga kekuningan  
  6. Hidangkan panas-panas dengan sos cili & mayonis

Minggu, 11 September 2011

RESEPI BINGKISAN COKLAT

BAHAN-BAHAN
  • 25 gm mentega 
  • 50 gm mentega kacang (kasar)
  • 6 camca besar serbuk biskut manis/digestif 
  • 65 gm gula aising 
  • 200 gm coklat masakan
  • 25 gm mentega 
  • Cawan kertas secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan mentega dan mentega kacang hingga cair. 
  2. Angkat dari api dan masukkan serbuk biskut dan gula aising ke dalam mentega. Kacau rata. 
  3. Bulat-bulatkan adunan mentega kacang seperti guli, buat 25 biji. Ketepikan. 
  4. Masukkan coklat masakan bersama 25 gm mentega ke dalam mangkuk. 
  5. Letakkan mangkuk di atas periuk berisi air mendidih. Kacau sekali-sekala hingga coklat cair. 
  6. Masukkan secamca teh coklat cair ke dalam cawan kertas dan pusing-pusingkan cawan kertas supaya coklat rata di dalamnya. Biar hingga coklat keras. 
  7. Kemudian bubuh mentega kacang ke dalam acuan tadi, tuang coklat cair hingga penuh cawan kertas. 
  8. Sejukkan hingga keras. Apabila coklat keras, bolehlah dikeluarkan dari cawan kertas dan hidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...