Monday, March 2, 2009

Funny though bleh ambik ikhtibar kisah lucu ni...

""Alkisah... .. Seorang lelaki Islam telah ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia telah masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia
terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar akan dia dengan seekor
HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur
ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu
dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.
Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi ..
Berita yang buruknya adalah HARIMAU tadi terus
menghambatnya, sedangkan dia dah patah kaki dan tak boleh bergerak lagi
(mesti sang rimau tuh marah pasal ganggu dia tidur waktu lunch).

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,
"Ampunilah dosaku kerana ponteng
sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah
HARIMAU yang memburuku kepada HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah!
Aminnnnnnnnnnnnnnnnn.."

Tetiba2 guruh berdentum!
HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 dihadapan lelaki tadi.

Harimau itu terus bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan
bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit ..
HARIMAU tersebut pun berdoa,
"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "

p/s : Jangan ponteng sembahyang.

No comments: