BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 21, 2010

Hari kau..

Kau dengan aku selalu sangat bertekak..aku selalu tak puas hati dengan kau.Kau pun selalu buat aku sakit hati dengan kau.Bila aku ada dekat2 dengan kau memang tak sah lah kalau satu aku tak jerit kt kau ke, buat kau sakit hati ke, bebel2 suruh kau belajar ke, tolong ibu ke, bebel2 pesan guna notebook aku elok2 ke..banyak lagi lah.Semua pun aku bising..Kau pun apa kurangnya.Suka sangat buat aku bengang ngn sakit hati dengan kau.Kalau disuruh memang liat..kena dengar kau ngomel2 perlahan belakang aku komplen psl aku.Macam aku tak tahu..dengan kau buat muka2 ngonyes kau.Minta tolong sikit bising kau yang banyak..Eeeeiii!!Aku memang sakit hati lah dengan kau.Tapi..bila aku jauh sibuk pulak kau tepon2 aku, mesej aku citer apa jadi kat kau, apa kau buat, tanya pendapat aku psl apa2 lar, saja2 lah kata kau bosan lah.Yang aku pun sama..bila jauh dengan kau pandai pulak aku nak cakap elok2 dengan kau.Bagi nasihat elok2..ibu kata kau ikut jugak apa aku pesan bila aku takde umah.Call kau tanya kau belajar ke tak padahal aku pun kadang2 lalai.

Aku tak perasan masa ni berlalu dengan cepat.Yang aku tahu kau masih kecik di mata aku.Yang aku ingat aku boleh tolak kau suruh tepi sikit buat ruang untuk aku tido kat sebelah kau bila aku dah malas nak naik atas sambung tidur balik.Mata aku nampak kau dah makin tinggi..baju kau makin besar..jerawat kau makin banyak tapi hati aku tetap rasa kau lah orang yang makan dengan aku satu loyang sebab ibu kata makan kongsi2.Ibu tak nak kita pakai pinggan banyak2 sebab dulu kita tak nak basuh.Ibu letak nasi banyak2, lauk pastu tak lupa kicap kipas udang.Aku, kau dengan Mubin duduk satu bulatan keliling loyang tu makan sama2.Hati aku tetap rasa kau lah orang yang aku kena lindung bila orang 'pow' duit belanja kau time sekolah dulu.Aku ingat masa aku darjah 4 dan kau pulak darjah 1..ada sorang budak lelaki darjah 6 ni 'pow' duit belanja ayah bagi.Kau ngadu kat aku..Aku terus kuar dari kelas pegi ke arah kelas budak darjah 6 tu.Nasib aku baik sbb budak tu duduk tepi tingkap dan time tu cikgu kat kelas dia takde jadi dapat lah aku tunjuk hebat.Aku terus datang dekat budak tu cakap "Wei,apahal kau mintak2 duit dari adik aku?Duit belanja kau tak cukup ke?!Kalau kau mintak2 lagi bukan aku je datang jumpa kau tapi aku datang bawak abang aku sekali taw!"(masa tu kuasa sebagai seorang yang ada 3 orang abang lelaki sangat hebat dalam pikiran aku sbb aku tahu nanti aku ada diorg utk cover aku plak.)Budak darjah 6 tu tak berdiam diri dia pandai menjawab..dia kata kat aku "Wei, kalau nak gaduh sini ar!" dan aku dengan tak takut terus masuk je kelas dia pegi tempat duduk dia sambil cakap "Hah..apa dia??!"Pastu aku pijak kasut dia sekuat hati pastu blah.Yes!!Benda2 macam ni lah yang buat aku tetap rasa kau budak kecik yang tak dapat pertahankan diri sendiri lagi..

Tapi, aku lupa kau sebenarnya dah besar.Kau dah tahu lindung diri kau sendiri.Mungkin kalau apa2 jadi kat aku kau yang akan lindung aku.Aku jugak lupa sebenarnya aku dengan kau banyak jugak share benda dengan kau..cerita2 dengan kau, share lagu, bagitahu kau apa2 benda yang best, tengok wayang sama2, perhatikan orang yang lalu lalang bila teman ibu ayah shopping.
Ok lah..kau dah besar.Aku jeles dengan kau sebab kau boleh happy2 sangat utk 6 bulan mendatang sebab SPM is over yesterday and today is still ur day.Have a blast.

Khas untuk adikku, Haziq bin Mohd Husaimi..
Selamat Hari Panjang Umur..
Kau dah 17 tahun..Aku doakan kau panjang umur,berjaya dalam hidup,jadi orang yang berguna..
Jangan berani menyusahkan ibu ayah atau abang2 atau aku.
Pandai2 jaga diri..Pandai2 pilih kawan.
Belajar pandai2 nanti kau boleh hire maid untuk ibu..;P
Kau boleh ada makwe tapi jangan bagitahu aku sebab nanti aku yang takut.
Aku takut kau lupa..lupa diri,lalai dan lain2.Aku memang macam ni..kau pun tahu.
Sebab kau masih adik aku dan aku kakak.Benda ni akan kekal sampai bila2 dan tak kan pernah berubah.
Kat sini aku cakap lah aku sayang kat kau sebenarnya.Dah..cukup tu.

Kau lah adik aku yang kuat makan..baju sekolah kena tukar setiap tahun!

p/s : Aku curi dari 'Muka Buku' kau..baru perasan gambar kau sorang2 aku tak pernah simpan.

Saturday, December 18, 2010

Yang hitam pekat tu saya..

Peribadi :
  • Lelaki
  • Perempuan
  • Gay
  • Islam
  • Hindu
  • Buddha
  • Kristian
  • Masih sendiri
  • Sudah ada seseorang
  • Sudah kahwin dan ada anak 2
  • Kanak-kanak
  • Remaja
  • Dewasa
  • Remaja Purba
Rawak :
  • Saya suka diri saya.
  • Saya benci diri saya.
  • Saya ada banyak duit.
  • Saya ada sugar daddy.
  • Saya masih belajar.
  • Saya sudah bekerja.
  • Saya tak belajar dan tak kerja.Mak bapak saya kaya.
  • Saya cantik sangat.
  • Saya kacak sangat.
  • Saya hodoh sangat.
  • Saya biasa biasa saja.Alhamdulillah.
  • Saya kurus dan mempunyai kaki panjang.
  • Saya gemuk dan mempunyai kaki tembam.
  • Saya suka pakai topi.
  • Saya berambut panjang..baru buat treatment hari tu.
  • Saya bertudung..pernah beli tudung Ariani.
  • Saya berkepala botak.
  • Saya peminat Siti Nurhaliza.
  • Saya peminat Afdlin Shauki.
  • Saya peminat Memey Suhaiza.
  • Saya ada Facebook.
  • Saya ada Myspace.
  • Saya ada Friendster.
  • Saya ada Twitter.
  • Saya benci bola sepak Malaysia.
  • Saya sokong team bola sepak orang putih je.
  • Saya penyokong bola sepak Malaysia.
  • Saya makan tosei.Saya suka makan kat Mamak.
  • Saya tak makan kat Mamak..kotor.
  • Saya makan kat kedai berbumbung je.
  • Saya makan Burger King je..Ramly Burger owh tidak!
  • Saya pernah naik kapal terbang.
  • Saya suka naik RapidKL.
  • Saya ada kenderaan sendiri.
  • Saya pejalan kaki.Saya benci pencemaran.
  • Saya suka wanita cantik sahaja.
  • Saya suka wanita berambut lurus sahaja.
  • Saya suka lelaki yang wangi dan kemas.
  • Saya suka lelaki kacak sahaja.
  • Saya suka gay.
  • Saya penyokong UMNO.
  • Saya penyokong MIC.
  • Saya penyokong MCA.
  • Saya penyokong PAS.
  • Saya penyokong PKR.
  • Saya penyokong DAP.
  • Saya penyokong Ibrahim Ali.
  • Saya suka diam.Undi itu rahsia..kita punya hak.
Impian :
  • Saya ada banyak impian.
  • Saya tak punya impian.Saya tak suka berangan-angan.
  • Saya impikan perkahwinan dan ada anak.
  • Saya tidak mahu berkeluarga.
  • Saya impikan untuk cuba kahwin lari.
  • Saya impikan perkahwinan dalam air.
  • Saya impikan kejayaan hidup didunia.
  • Saya impikan dapat duit banyak2.
  • Saya impikan ada kereta dan rumah besar.
  • Saya impikan untuk jadi pelakon terkenal.
  • Saya impikan masuk Akademi Fantasia.
  • Saya impikan saya boleh rasa semua makanan sedap yang ada di dunia ni.
  • Saya impikan ada lelaki yang menyayangi saya seadanya.
  • Saya impikan ada perempuan yang menyayangi saya seadanya.
  • Saya impikan kecantikan.
  • Saya impikan kesenangan.
  • Saya impikan peperangan.
p/s: Saya kuning langsat.

Friday, December 17, 2010

am I really need that?

Buku..aku asyik terfikir pasal seseorang je kebelakangan ni.Aku tak suka bila angan2 yang ada awan tu keluar atas kepala aku..awan tu buat aku lalai.Rasa macam hidup kat dunia mana ntah.
Alhamdulillah..aku sihat,happy,gemok dan lain2.Takde apa yang kurang rasanya..
Tapi kan buku..kau rasa aku perlukan 'benda' tu ke sekarang?

p/s: I know how impossible it is!

Tuesday, December 14, 2010

Setandan orang-orang..

"I love to make friend but I'm not collecting them"

Ecececeh...cakap orang putih ni.Tapi buku, kau faham kan apa aku tulis ni?Aku nak bermain bersama emosi ini malam..semenjak notebook ni kena format aku takde simpanan satu keping gambar apa2 pun dh.Semua abis dah.Jadi aktiviti aku bila bosan untuk main selongkar2 isi perot notebook ni dah tak boleh dijalankan lagi.Untuk mendapatkan semula gambar2 yang hilang..(dapat lah jugak sikit)aku bukak wall FB setandan orang-orang ni nak curi gambar diorang.Mission accomplish!

Jadi buku..meh aku cerita siapa setandan orang-orang ni.Diorang ni antara setandan orang-orang yang mengisi hari-hari aku..orang-orang kegemaran aku.Kita susun ikut huruf nama diorang eh.

Ini budak nama dia Elina Ezzauddin.Dia budak cantik..entah lar kenapa kami selalu main rasa2.Huish buku..kau tak tahu tension and sedih giler ar bila lalu time2 macam tu.Kalau boleh aku macam nak cerita semuanya dekat dia..walaupun aku tahu itu mustahil.Dia ni lar yang akan buat aku gelak..nangis sama2.Dia lar teman gile2,teman muhasabah diri,teman sakit2 hati,and teman sayang2.To you Elina Ezzauddin, I love you for real.We do almost everything together..you the coolest friend ever!Nak add on skit boleh..walaupun kamu clumsy skit tapi saya tetap sayang!


Ini Ezwar Rusydan.Yang lain panggil Cimok tapi 'Geng Sehat' panggil dia Wawa. Wawa ni lar kawan lelaki yang sangat memahami.Dia lar peneman makan, teman 'menhanjing' orang2 lain, teman tukar2 perasaan, teman naik roller coaster 3-4 kali, teman penaik semangat, teman kentut busuk, yang penting dia lar teman pelega hati.Mungkin aku tak selalu disamping dia tapi yang aku tahu dia akan ada disamping aku bila aku perlukan dia.Kami ada mission nak diselesaikan sebelum start semester 3 ni..Ntah berjaya ke tak.To you Wawa, I love you for what you are.Thanks for everything..

Hah!!Ni pulak Norja Abdul Razak.Si suara comel dan si manja sayang..Dari hari pertama (28 Jun 2008) di UiTM Kedah..inilah orang yang aku simpan paling lama sekali.Sampai sekarang tak pernah berpisah..dari bilik dekat Mahsuri F4 bertukar ke Mahsuri F1-03-12 pastu pindah Mawar Blok B sampai lah ke bilik dalam umah atas restoran Tomyamku. Semua lalu sama2..kami nangis,kami happy,kami hantar memo kat satu sama lain.Dia lah kawan yang kejut minta teman pi toilet,kawan gosip2,teman peluk2,kawan busuk2 masam.Dia yang paling rajin..pandai.To you Noja, saya sayang kamu sangat.Jangan pernah rasa atau fikir yang saya tak sayang kamu atau fikir bukan2 banyak sangat.I love you.

Ini Wan Nazeeha Wan Ishak.Nama glamer dia Anne.Aku lupa lah macamana boleh kawan dengan perempuan "cantik tertarik kau memang da bomb ni!"
She like my everything..dia lar yang akan sokong apa jugak aku buat,bagi semangat,buat benda gile sama2,akan puji aku cantik walaupun aku tgh selebet,teman ajak jalan2,kawan paling pemurah,budak penyayang, yang penting dia sedaya upaya dan ikhlas untuk menggembirakan dan menyenangkan orang di sekeliling dia.To you Anne Nazeeha, thank you for being my friend. I know you love me and I'll say here I love you more.

To all of you..we never know what tomorrow gonna bring but I pray that you guys will beside me forever.Its been almost 3 years..and still counting.

p/s : Nak jerit kuat2 sampai diorang dengar yang aku rindu diorang!

Tak tahu nak letak tajuk apa.

Buku..banyak sangat aku nak cerita dengan kau.Tapi kan tak boleh nak tulis semua kat sini..nanti2 lar eh.Kau tahu buku aku rindu "My One Shop"..20 hari kerja untuk RM 700++.Ok lar kan??Walaupun kadang2 sakit hati dengan Kak Leng ngn Kak May sbb diorang suka buat diskriminasi kaum kat aku ngn Kak Ika..walaupun kaki ngn badan2 aku sakit gile sbb tak boleh duduk untuk 12 jam sbb kena pasang price tags ngn sensor pencuri tu..walaupun bila semua stok sampai dlm satu hari dan buat kedai tu penuh dgn kotak and customer susah nak jalan and pilih barang.Jadi balik keje je aku merungut2 tambah ngomel2..ibu jadi mangsa untuk pinjam telinga supaya dengar.Sekarang ni dah tak dah..aku dah percuma(free)!!

Kau tahu buku??Aku dah tak bayar sewa umah untuk bulan disember ni sebab aku nak duduk kolej.Tapi kan buku aku tak hantar borang kolej kat Unit Kemudahan Kolej lagi..mati lar!!Aku kena pastikan aku hantar borang tu dulu..dan strategi aku seterusnya aku akan masuk kampus 30 or 31hb ni untuk pi tengok mana kolej yang ada buat lelong2 kolej ke.Sebenarnya aku takut sangat kalau strategi aku ni tak menjadi..tapi apa2 pun orang2 melayu cakap pantang berundur sebelum angkat senapang.Jadi aku kena readykan senapang aku supaya nanti boleh angkat masa lawan.Tapi kan buku..macamana kalau tak dapat?!Arrgghh..mati lah aku.Kita doa sama2 eh buku moga2 dapat kolej dan urusan kita ni dipermudahkan.Amin..

Buku..aku ada banyak lagi nak cerita tapi dalam mukasurat lain lar eh.Takut nanti kau pening masa baca apa aku tulis..Aku tengah percuma ni.Jadi boleh lah layan kau sekejap..

p/s: Aku nak simpan duit banyak2..jd sebab tu aku kena dapat kan kolej jugak!

Wednesday, December 1, 2010

Tunggu lar jumaat ni..

Buat Rosyam Nor..
Tunggu kat masjid hari Jumaat ni..saya akan sampaikan sesuatu pada abang.Saya akan suruh adik saya sampaikan waktu solat Jumaat nanti.Jaga lar..

Abang tahu tak..saya sangat letih kebelakangan ni.Tapi demi ASMARA saya kuat kan semangat untuk tunggu episod akhir ni loading kat TONTON.COM tau.Nasib baik esok saya off..
Kenapa abang buat cerita tu tergantung tak bertali..I dont like that.

Palsukan kematian Zalia lar..Melati tu sibuk ngendeng2 dengan Asmara lar..ayah Zalia tiba-tiba sedar diri lar.Tak dikembangkan dengan baik lar, abg Rosyam.
Maybe for the Asmara 2 abg kena panggil saya olahkan cerita tu..saya akan buat citer psl asmara dgn zalia je.Orang lain tu takde dh..melati mmg sy buang abis ar dr citer tu.Bagi dia mati tercekik makan buah dukong ke.Tria tu bisu nanti ke..buat apa bg Tria tu ckp bnyak2?buat bingit citer je..

Abang Rosyam tahu tak?Yang saya nangis iye2 bila tgk episod akhir tu..lg2 bila zalia jatuh dr balkoni tu.Dan abang buat saya lg kecewa bila sbnrnya zalia tak mati lagi..kenapa mesti pisahkan zalia dr asmara?kenapa?tell me why..kan Asmara dah cakap dia cintakan Zalia.jangan lar kacau diorang lagi..

hah,satu lg abang kena make sure sambungan Asmara akn kuar cepat tau.saya tak suka menunggu.pelakon tak mahu ubah-ubah..zalia dan asmara yg sama!!Dah..saya dah abis ckp.
Thanks abang..:)

p/s: macam lar Rosyam Nor akan baca.hahaha!!

Wednesday, November 24, 2010

Apa kau menangis disini?!

Dear buku 555..
Ibu kata malam tidur basuh kaki.Aku tak buat benda tu malam td..aku siap tidur dgn tak mandi lg.Kau tahu buku 555..aku terjaga jam baru tunjuk 5 pagi.Tidur aku tak dapat aku teruskan..hati rasa sayu sgt ingat kan apa yang keluar dalam mimpi.Air mengalir deras keluar dari mata ni..teresak-esak lah aku sorang kat bilik ni.Entah kenapa lah buku..aku pun tak tahu.Yang aku ingat semua kawan-kawan PL1E aku kat Kedah dulu masuk dalam mimpi..Aufa,Ina,Warith,Nizam,Safwan,Faezah,Ezza,Yan,Zul,Anne,Dol,Hani dan lain2 semua lar.Diorang semua datang umah aku.Kitorg peluk2,happy2 dan share2 semua benda yang kitorg lalu time tu.Kitorg pergi jalan2 tp aku pun tak tahu ke mana..yang aku tahu aku seronok dengan diorg.Lepas tu terus terjaga..aku diam2 pandang dinding dan end up dgn menangis macam nak bg mata ni jadi macam mata Kassim Selamat.

Buku 555, aku rindu sangat kat kawan-kawan aku ni.Bila lagi agaknya aku dapat dengar Dol main gitar dan nyanyi utk semua orang?Bila lagi agaknya aku dapat peluk Hayatul Aufa Ghazali?Bila lagi agaknya aku dapat main kejar naik keta dengan Safwan?Bila lagi agaknya aku dapat jalan malam2 kacau bilik Yan dengan Tini?Bila lagi aku dapat beli ayam goreng Semeling dengan Anne?Bila lar ye..Kalau kau tahu buku 555 bila agaknya aku dapat buat benda ni lagi kau bagitahu aku cepat2 ok.Aku nak siap2 dan ingat kan diri aku untuk jgn lupa bagitahu kat kawan-kawan aku ni aku sayang sangat kat diorg.

p/s: Bila jauh semuanya bau wangi,bila dekat yang wangi td dah jadi bau taik.

Monday, November 15, 2010

Kering?Yes, I am!

Dah 4 hari duduk umah..still in a mood of "this is holiday".Tapi tak sedar diri..baju dlm beg tak masukkan balik dlm almari,buku dlm kotak diapers,bilik huru hara.Nasib ayah tak naik check lg.
Plus..purse pun tak ingat bubuh mana.Tak kisah sgt mgkin sbb purse tu kempis..

Hah..td pi cari kerja.pastu pi ar masuk kedai ni..dh okay cm boleh dpt je tp tetiba dia tnya "u buat sekalang?"Dgn muka suci,jujur dan fatonah ni jwb "sy study lg skang cuti semester"
Terus bos tu jwb blik "aiyo,kita mau org keje lama punya tak mau kijap2 lar"Cis!!Hancur hati ku mengenang cina itu..Jadi,esok kau kena rajin lebih sikit.Pi cari lagi..kau kene keje.
Kalau tak abis lar..kau akan dpt consequence pling parah skali.nak tahu apa?kau dh cm belon hari jadi skng ni tp kalau kau malas lg kau tukar jd hot balloon kt putrajaya tu nnt.

Kau betul2 kena sedar diri..tanya soalan ni bnyk kali kat diri sendiri.
  1. Kau pokai ke skang ni?(Yes, I am.)
  2. Kau tak rasa cam nak beli apa2 ke?(Nak!!Sapa kata taknak?)
  3. Kau tak nak pi main roller coaster lg ke?(Huish..mesti lar nak!!)
  4. Kau tahu tak nak beli teh kurus pakai duit?(tahu.)
  5. Kau tak nak tukar cover hp ke?ke nak pakai getah lagi?(yg ni aku tak kisah sgt lar..)
  6. Kawan kau dh ajak kuar lar sume kan?Ada duit?(takde..tp kalo ada pun ayah tak kasi.)
Kesimpulannya..kau mmg kering!bukan badan kering..tp purse kempis!So, work hard!

p/s:Ada tak duit jatuh sekepok dr langit?nak pi sambut..

Friday, November 12, 2010

start again

Jom kita mula balik..
Dear,blogku aka buku catatan 555...
Kita akan berdua-duaan semula..
Selepas 'awak' direhatkan dlm kadar waktu yg pnjg..
Saya cuba utk tak abaikan 'awak' lg..


Malas nak start kemas..ajak Mia teman main.
Dia buat2 tido..xnak teman.


Paksa suruh teman..malu nak syok sendiri.


Terus jadi hantu..arrrggghh!!


Kene jerit dr bwh sruh diam terus amik gmbr paling comel:)

p/s: I miss u buku 555..

Friday, August 6, 2010

Boleh lar..

Yes!!Semalam dapat jalan2 malam lg!!Tapi semalam wawa aka cimok takde.Anne dtg tgk umah lgpun kitorg berempat dh lama tak jumpa pastu paksa dia tidur sini.Jd, kitorg ada kaki..yeah!!Boleh jalan sampai muntah..ptg pegi Jusco Bukit Raja pastu makan ayam pastu main tukar2 baju tp x beli pastu tgk Inception!"Huish..mmg best ar citer tu!" Sume pun ckp mcm tu..Hani,Ezza,Warith,Noja,Anne ngn Ina.Sume lar..tp bila diorg tanya aku, aku buat sign ibu jari jatuh bwh pastu geleng2 kepala.hahaha!!Dapat bertahan setengah jam pertama je..yg selebihnya aku bergolek kat kerusi.Berkeruh buat taik mata..bila mata bukak je tgk skrin bsr tu dh kluar nama cameraman, sponsor and sume org pun bising2 ckp best2!!Aku betulkn tudung pastu bngun blah!Sorry korg..mata ni stop functioning jap.kah3!!Saya dh masuk dlm mimpi Leonardo DiCaprio..

Pastu our special guest,Anne nak tgk City of Digital Lights aka i-City.Ina ngn noja pn daya kan jgk padahal ada kelas 8.30 pg ni..aku ngn warith steady je.Kami takde kelas di hari Jumaat!!lgpun aku dh ada energy berkat tido td.Smpai je tgn ni dh ready dgn duit singgit sbb tahu dh nak masuk kena byr singgit.Skali pompuan tiket bajet cun tu ckp lima hengget skali masuk!!Pa dia ni??!!Nak masuk tgk pokok tipu ada lampu dgn dinosour tipu je pun..pembaziran!!Aku pgg je tiket 5 hengget tu mana aku pegi..gmbr yg ada dlm phone Anne pn nmpk tiket tu ada terkeluar dr poket..hahahah!!tp aku halalkan jgk lar 5 hengget tu sbb dpt lar jgk bergumbira dgn diorg!!Gelak kuat nak mampos smpai ada abg i-City buncit naik motor EX5 dtg sound aku ckp pelahan2 lar gelak awak tu pompuan..Eh3!!Ada Aku Kesah?!!Aku byr 5 hengget kay..kau nak buat baik sedarkan aku psl gelak aku tu baik kau pi round2 tegur couple2 yg ada kt situ bermesra2an..Uwweekk!!:P

Saja ikut warith balik umah sbb nak tgk umah dia mana..pastu kitorg pun blik.Sampai umah pukul 3.30pg..mandi2 pastu terus tido balik.Ina ngn Anne tak tahu lar terjaga sampai pukul bape.Jd kesan dr keletihan semalam yg tak cukup tido and plus lunch special hari ni(acar telur by ina,sambal kentang by me and sayur tumis by anne), ina ngn noja terbongkang atas tilam skang!!

Aku sorg2 kat hall buat luahan rasa..layan youtube.Tgk akak ku Siti nyanyi lagu Fantasia Bulan Madu time APM2008..best nak mampos!!Pastu terus berangan2 nak sgt jumpa dia tp kalau tak dapat tgk konsert akak Siti pun boleh lar.Boleh lar 3x??
Lagi satu takde sapa memahami nafsu aku ni..nafsu aku ni nk sgt tgk Cuci The Musical!
Takde org paham..kecewa.Lara.Sedih.Kan best kalau ada kekasih yang kaya, baik hati dan muka cam Aaron Aziz??kan3??Boleh minta dia bwk tgk Afdlin..Boleh lar 3x??
kalau ada akan aku tatang dia bagai minyak petrol yg mahal dan nak panggil kanda.
hahahaah!!

p/s: Matilar kalau ayah/abang2 aku baca post ni!!diorg confirm dtg sini bwk parang..

Tuesday, August 3, 2010

Nak Main Rasa2..

So far so good.Melalui hari-hari yang boleh dikategorikan sbg agak menyenangkan.
Walaupun ada satu hari tu aku rasa letih..rasa nak tgk movie je..rasa gagal..Semalam ibu ngn ayah dtg umah lps Isyak..hntar buah ngn lepat pisang.Terharu gile..eh3!!Yg lain jgn nk sibuk pertikaikn eh...tak adventure langsung nak homesick ke or rasa rindu2 ke.mmg ar umah aku sekadar panjang sejengkal je ngn Shah Alam ni.tp suka hati aku lar!Ibu buat special lepat tu walaupun letih dr keje pastu ptg ajar ngaji lg utk antar kat anak dara dia yg gemok ni..ayah kata ibu nak tgk anak dia ok tak.Tak cukup call hari2 nak tgk jgk dpn mata..Alah!ayah pun sbnrnya..cover line je!hahaha.Memang berkesan cara ayah ngn ibu..anakmu terharu.

Hari ni aku takde kelas lagi..Prof Shad aka Prof Cute feveret Ina ngn Emy cancel class.So, Im free!!Skang ni still belum mandi..nak stay mcm ni smpi ptg skit.Dh nak dekat masa utk buat diskusi bersama rakan baru mandi!Cewahh!!

Aku tak tahu kenapa tp aku rasa rindu sgt dgn my YISB!Mcmana annoying nya kitorg time pakai baju putih kain biru dlu..time cikgu takde je semua akan berkumpul kat meja aku sbb aku ddk paling depan..(student yg pling baik dlu!)pastu kitorg gosip2..borak2..buat keje sama2 tp yg ni jarang ar.hahaha!!Now,almost 3 years..everyone moving on with their life..busy dgn hal masing2Jarang2 sgt dpt jumpa..Rasa rindu dgn SITI NURSOLEHIN and NURUL ASYIQIN.Kwn2 tersayang..nak feeling2 jap eh.Ada lg BONA,NAWAL, FIZIN ngn AIFAA.

Last2..sebenarnya aku rasa macam nak main2 night sightseeing lagi ngn warith,wawa,ina and noja!!!pls2..nak jalan2 tgk rumah hantu tipu2..nak pi cari umah sir irmo kesygn noja.pastu pi makan nan cheese tabur gula..boleh lar?kali ni kita jalan smpi sume tertido dlm keta k!!

p/s:Rasa lapar.tapi hati nk kurus..

Saturday, July 10, 2010

Ulang Ingat

Nak buat ulang ingat utk seminggu yg lepas..

Sabtu(3hb Julai): Pukul 4 aku gerak dr home sweet home ke rumah baru..

Ahad(4hb Julai): Tombol pintu bilik aku rosak..so kitorg tak boleh masuk.Jadi kami memulakan aktiviti 'perampok' dan 'pemusnah'.Ngeh3..kat dapur ada lesung batu jd aku ketuk2 smpi pecah wlaupun payah tp dgn berkat bdn yg besar cm lori minyak..akhirnya!!
Gongak jugak pintu tu skit..takpe lar.

Isnin(5hb Julai): Berkejar masuk kelas pagi..lambat 15 minit.tp Fuh!selamat..pastu kelasnya kejap sgt.Aku rasa bontot ni tak sempat panaskn kerusi tu pn lg..so lepak kt library smpai pukul 1.Masuk kelas Contract2 jumpa lecturer best!Pastu terbang pi jumpa Doraemon..haha.pukul 4 masuk kelas NIHONGO!best3..tp letih sgt.

Selasa(6hb Julai): Memandangkan tutorial tak start lg jd aku ada kelas pukul 2 je.hehehe..bngun pkul 11 tengok citer Indon jap pastu turun cari makan.Masuk kelas lmbt lg..lmbt 15 minit.Sorry Prof..tak sengaja.:P

Rabu(7hb Julai): Masih ulang rutin semalam..kelas pukul 2 je.tp ari ni bngun subuh dlu pastu smbung terbongkang balik smpi 10.20pg.Tgk citer Indon tp makan kat umah. Hani masak nasi pastu beli je lauk kat bawah.Murah2..save duit skit.Hari ni tak lambat ke kelas.Ili tumpangkan..suka2!!Takde peluh..
'
Khamis(8hb Julai): Hari ni bngun pkul 6pg mandi,subuh pastu dok tgk MHI jap.Buat Milo cicah ngn Gardenia..okay semua siap ili tumpangkan lg.Masuk dewan yg buat aku bdn penuh lemak ni pn tergigil2..sejuk nak mampos.next week nk bwk toto..hahaha.Lecturer MLS yf cool and best abis!Pastu masuk CTU smpi pukul 12..blik makan kat Molek.Mahal..so sekali sekala je lar nnt.Tp akok mmg sedap!Dh makan naik umah golek2, tgk tv dan last2 dh tak tahu nk buat apa dh.Tido lmbt sbb nk try connect internet tgh malam..

Jumaat(9hb Julai): Subuh..sambung tido sampai pukul 10.Hari jumaat takde kelas..yeah!!best..ke hulu hilir dlm umah smpi kaki lenguh.ulang2 jenguk tingkap..bosan!!Malam abang gemok rajin nak amik bwk blik..yes!!babai umah baru..
Singgah makan kat William..terbang duit aku!!tp takpe..sedap gilo!!puas hati..smpai home sweet home pkul 12..

Sabtu(10hb Julai): Pukul 2 pg..tgh dlm kegembiraan sbb dpt guna internet.buat ulang ingat..taip.

Babai..:)

p/s: Baju2 masih dlm beg.Semak bilik kecik tu..nnt eh baju.Saya beli almari utk awk.

Saturday, July 3, 2010

Majulah bola Malaysia masuk FIFA

Muhaimin tengok FIFA mlm ni..Brazil VS Netherland.
Ntah kenapa boleh 'ter'duduk, 'ter'tengok, 'ter'jerit,'ter'ngomel dan 'ter'gelak bahak2 bila tgk game td..Maybe aku bukan aku org yg baik atau layak utk ckp psl football ni tp ada aku kesah?!!aku suka nak tulis jgk..xpe lar.nak bwk citer ngn kwn2 malu..aku buta hati psl ni.

Apa yg aku menarik minat aku 'ter'duduk tgk bola mlm ni dgn ayah buncit ngn abg gumuk ialah aku nk tgk bookie bola akan loncat2 mcm kena gigit kerengga ke or nangis2 cm pekan pujuk mak dia jgn masuk batu belah batu bertangkup.Mcm yg semua tahu pun..and aku sendiri admit yg Brazil adalah pasukan yg sgt bgus corak permainannya, pemain2 yg sgt hebat..tp ku sangka panas sampai ke ptg rupanya hujan guruh2 plus petir di tghhari.hahaha!!

Brazil mungkin memulakan permainan dgn baik dan terlebih dos keyakinan bila dpt masukkan bola yg bulat tu dlm kotak ada jaring..power tu!!Minit ke 10..Robinho dh buat bookie loncat2!!tp tu lar..apa yg aku nmpk masuk je separuh masa ke 2 Brazil dah main macam sekumpulan org yang sakit jiwa dan mentalnya!!Buat game ari ni di cemari dgn main tackle2 kaki si baju oren..masing2 bergilir2 tukar giliran sapa nk tackle sapa.Hey!!Kelakar..dn game ni buat aku 'ter'jerit "HOI!!Apa ni??Bongok betul lar!!kan dh carut skit..

Netherland dpt samakn keadaan..Brazil makin tertekan.pastu main cm org sakit jiwa tak amik ubat!!Bila lawan dh nmpk kelemahan mcm tu diorg amik ar kesempatan..jd masuk lar satu bijik lg bola utk si baju oren.dah 2-1..Tak sampai beberapa minit lps tu Felipe Melo kena kad merah..kan bongok tu!!team kau dh nk terbelah dua mcm ni kau boleh buat taik kan?!!Apsal lar kau msti nk sengaja pijak kaki si baju oren tu..

Pastu ada masa lebih kurang 20 minit sblm abis game Brazil dpt 3 kali tendang dr corner..Maicon yg tendang.Tp takde satu pn dpt masuk..Arrggh!!Aku dh dgr suara bookie mengerang..tahan geram agaknya!!Dlm minit ke 83 cm gitu kot..KAKA-ruddin ada chance nk bg gegar jaring si baju oren tp hampeh gak!!Tp yg best nya..seminit kemudian gitu aku nmpk ada sorg si baju oren kluar dn digantikn dgn kwn dia yg lain.Nama dia VAN PERSIE kot..ok gak lar!!sejuk perut mak yang ngandung kan dia..

Aku dh start gelak2.."Abg..tnggl bape minit je ni.Bungkus baju ar KAKA-ruddin ngn kwn2 dia pas ni.."Dan akhirnya..selepas tmbhn 3 minit masa tmbahn yg menjumlahkan masa permainan hari ni ke 93 minit dgn kekecewaan Brazil yg over confident tergolek, tertonggeng dan terbaring atas padang Nelson Mandela tu..Si baju Oren berpesta lg!!

Ulasan sebalik game ni..aku rasa Brazil bermain dgn keyakinan tahap atas langit.Mereka terlampau berasa bagus mungkin..x percaya ckp aku?ah,cuba perhatikan bila Brazil cuba pertikaikan apa jgk yg Referee decide..kan3?!"Eh,kau nak sibuk apa??tu kan bidang kuasa dia..kau tendang je lar bola tu!"Si baju oren bermain dgn sgt baik hari ini..wlaupun sorg kena kad kuning sbb kacau KAKA-ruddin.tp takpe lar.Si baju oren deserve utk menang ari ini..Biarlar si baju oren berpesta dan mungkin terhenti lar samba di Brazil!!

Ok..abis dh!!

p/s: Game terakhir yg aku tgk bola dr awal smpai abis dgn penuh keterujaan ialah bila Malaysia lwn Myanmar(kot) utk pesta bola merdeka tahun 2007..Mmg layan abis!!
Bulu tengkuk,roma,ngn kaki sume naik!!

Monday, June 28, 2010

Lagu Sepanjang Jalan..

Assalamualaikum..
Hari ni bersama kak bedah gemok saiz XXXXXXXXL kita menyelusuri lagu yg kak bedah suka dgr selalu.U allz tahu kak bedah boleh dgr lagu tu puluh2 kali..bila kak bedah kata kak bedah boleh ulang lagu tu bnyk kali makna tersirat ialah lagu tu mmg ngonyes abis!!
Best kau..kwn kak bedah nama azwan ali kata amboi..amboi..amboi.Meletupzzz nyah!!
Kenapa entry ni kak bedah kata lagu sepanjang jalan?U allz nak tahu?Sbb nya lagu ni tak prnh hilang ditelan zaman..dia bukan mcm chipsmore lar kejap ada kejap takde.Atau mcm sestengah lagu2 sekarang ni yg naik mcm goreng pisang panas dn kita dgr radio pasang lagu tu 4 ke 5 kali satu hari tp lepas 2-3 minggu yang ado!!hilang dh..takde sapa nak dgr dh..muak.jelik..sebu perut dan senak dada bila dgr lagu tu lg.Hah!!

Biar kak bedah bg contoh..
i. Aduh Saleha..(mondo ni?ntah apo2 ntah..skng sapo nk dgr laie lagu tu?penyanyi eh pn kono boo dgn penonton time ABP..yg ado!!)
ii. Ni satu lg tak tahu kak bedah apo tajuk lagu eh..(yg pls..pls..pls..kamu jgn nakal.lirik lagu eh pn tak menunjukkan ado seni pn..x phm lar)

Itu yg kak bedah nak share ngn sumo tu..lagu sepanjang jalan kak bedah.Kak bedah ni suka kat lagu yg mano suaro penyanyi eh mosti mantap..lunak nya ado,sedap nya ado,sonang hati bilo dgrnya,hati kita blh cair dgr suaro penyanyi eh,lirik lagu nya mesti terbaik..membawa makna yang bagus,ada seni nya..ada sentimental value tersendiri nya..Hah!bnyk kn demand kak bedah?!!Bru lar kita sebagai pendgr dan peminat muzik ni akn lebih menghargai karya2 mereka dn kdg2 lagu2 mcm ni lar yg membawa kebaikan atau memberi motivasi dlm hidup kita..Simon Cowell teman baik kak bedah dr zmn kak bedah saiz XS dlu ada ckp yg "This is how a song can change your life" kt kak bedah..Akak selalu ingat kata2 dia bila dgr lagu2 yg bagus ni!!

Dh cukup kak bedah bg tazkirah..ni nak umumkan senarai lagu pilihan sepanjang jalan hidup kak bedah.(dum..dum..dum..dum)bunyi drum..
jeng..jeng..jeng..

i. Heaven (Bryan Adams) *ulasan: Dengar lar suara BA ni..mmg best nk mampos!!Cair dh telinga ngn hati kak bedah dgr..
ii. Aku Cinta Padamu (Ct Nurhaliza) *ulasan: lagu ni kuar zmn 90an tp smpi skang pn semua org masih suka dgr..anak2 buah kak bedah yg lahir 3-4 tahun lps pn hafal lgu ni!!Penangan Sinar FM..
iii. Isabella (Search) *ulasan: Hanya Amy Search penyanyi Isabella yg terbaik..tiada yg lain.bukan St 12 bukan Saleem..anak2 org Asli yg jauh dr dunia hiburan pn hafal dn suka lgu ni.
iv. Tercipta Untukku (Ungu) *ulasan: Mungkin kak bedah terpengaruh dgn lagu jiwang panahan hati karya band ungu ni..bnyk lagu Ungu kak bedah minat!Pasha suara duda macho!!




Yang terakhir ni..Elton John si Gay!Tapi..gay pn gay lar.Yang penting suara dia mmg UMMMPPPHHH!!SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD..Lagu ni plak bagus liriknya..sbb mmg membuktikan realiti hidup yg sbnr.
Macam mana perkataan maaf tu amat sukar utk kita luahkn..berlaku pd semua org kak bedah pasti..saje upload video ni.sbb nak tunjuk yg kak bedah suka spek mata Gay ni..
nak cari satu..pastu pakai pi market!!kelas mak!!Letupsss..hahahah.

p/s: Ada banyak lagi lagu yg kak bedah suka..tp x larat lar nak tulis semua.lain kali ye..babai people!kak bedah nk gosip2 ngn azwan ali ni..

Thursday, June 24, 2010

Rumah + List

ATTENTION!!
Dengan rasminya Nur Muhaimin bt Mohd Husaimi dah ada tempat untuk tido next semester..
Hilang dh rasa susah hati memikirkan nnt kena tido kat bawah tangga fakulti..
Dah pikir abis2 kalo mmg aku dh tak dpt umah nk kene pegi TESCO cari khemah ngn tikar lipat..buat persediaan awal2.Tapi sekarang tidak perlu lg..hahaha!!Aku suka..Ok, apa yg aku kene buat ni?owh..pertama sekali.jeng..jeng..jeng!!

1. Buat pengumuman pada tuan rumah!
Pesanan ni khas untuk tuan rumah..sy kan dh cakap sy nak umah cantik ada mesin basuh,TV,dapur,katil,fridge,sofa kat hall dan yg paling penting bilik air nak kene cantik.Pandai2 lar awak siapkan eh..saya tak dapat saya mengamuk.Keluar headline OhBulan ke Beautufulnara nnt kang!!Malu awak tuan rumah..:P

Bila kita dh ada rumah kita mesti ada list..list ape?hah!!ini queen of list wannabe..jadi cuba je ikutkan.

2. List nak kene buat!
Jom kita buat kiraturun(countdown)..
Hari ni dh 25 haribulan enam..
Nak start pi kelas balik 5 haribulan tujuh..
Rumah tu jadi kami punya secara rasmi 1 haribulan tujuh..
Conclusion..ada masa lebih kurang 6 hari je lps dh tolak tambah kt kalendar kuda.
Ok..mari kita mula!!Ini dia..

- Kemas baju(including seluar dn sebagainya)
- Kena bukak balik buku Contract ngn Constitution pastu simpan balik dlm kotak(saja bukak mana tahu ada masuk ulat ke..hahaha)
- Amik cadar katil baru masuk dlm beg..(teruja)
- Mintak toaster ngn cerek kt ibu..(alar,ibu blh lah.kn hadiah cabutan bertuah bnyk lg?)
- Pegi Mydin beli stationery..(azam baru..praktikal dn teratur)
- Nak jadi Pah Bedah satu hari pegi market cari groceries..(hehe..ayah,hati2!)
- Nk cari kasut/sandal dan beg pi kelas..

Sbnrnya..lupa lah!Banyak lg kena buat n sediakn ni.Nnt lar cuba ingat kan balik..
Hah..nak tmbah,org ada angan2 nak buat housewarming atau panas2kan rumah baru nnt!
Ngeh3..ajak kwn ramai2 buat baca doa selamat skit..pstu bg makan roti gardenia 60 sen blh kn?!!ngn air sarsi..

p/s: Angan2 tambahan..every weekend nk main masak2!!

Wednesday, June 23, 2010

Enough is Enough


Untuk lebih seminggu yg lepas macam2 perasaan dh aku lalui..gelak tawa,sedih,kecewa,geram dan marah.Tapi..itu semua dh lepas.Life must go on..perasaan kecewa kini berubah menjadi dorongan untuk aku.Aku anggap kecewa yg aku alami seminggu lps dh jadi unggun api dlm diri aku.Buat masa sekarang unggun api ini masih berada pada tahap kepanasan yg kecil..aku nak unggun api ni jadi unggun api yg besar dan cukup panas untuk aku terus terjaga dan orang di sekeliling aku akan berhati2 dgn kehadiran unggun api ni.

Marah aku kini berubah pada kelegaan..Aku lega dan amat bersyukur yg marah yg wujud dlm diri aku akan hilang dn tak menetap lama.Ibu aku ada cakap..cukuplah untuk menyalahkan orang lain.Cukuplah untuk menghakimi seseorg.Kita tak boleh mintak semua org faham kita dan ikut cara kita.Belajar untuk terima dan kompromi..kalau perlu berterus terang buat lar.Kalau tak perlu bercakap, berdiam lar.Tapi..AWAS!!Kebaikan dan kesabaran seseorg ada batasnya..

jadi..kini,semua kembali normal.InsyaAllah..dan syukur pd Allah yg memberi aku kesempatan untuk sedar.Terima kasih buat ibu ayah, abang2 aku dan adik2 aku yg sentiasa ada untuk aku..buat sahabat aku yg hadir ketika aku perlukan seseorg tnpa aku minta,thanks wei.Rasa nya tak payah lar aku mention sape diorg ni..You know ur self better..

Kata2 Istimewa yg muncul dlm hidup..

1. "future is not yet writen it is written only by u" :)

2. "Min..
Be strong..
Never give up no matter how bad we fall.."

3. "THE PAST DOES NOT DEFINE U,THE PRESENT DOES.
cheeer up,ok?"

Kesimpulan untuk hari ini..cukup cukup lah.Orang kulit putih cakap Enough is Enough.
Aku lebih mengenali siapa yg akan ada untuk kita..Tak perlu kita minta..mereka hadir sendiri.Ibu cakap itu tandanya mereka ikhlas.Aku appreciate semua tu..aku tak perlukan meraka yg konon nya kelihatan spt sentiasa ada untuk kita tp realitinya tidak.

p/s: Lepas ni nak nyanyi2 lagu gembira!

Thursday, June 17, 2010

Lain yg dirasa lain yg keluar..

Pernah satu saat hati kita merasai sesuatu..
tp tak dapat diluahkan secara tepat..
Aku rasa sayang tp aku tak ucap..
Aku rasa seronok tp aku tak gelak..
Aku rasa pedas tp aku tmbh cili lg..
Aku rasa benci tp aku diam..
Aku rasa geram tp aku senyum..

Hari ni aku rasa marah..
tp air dari mata yg keluar..
Kenapa?
Hati dan perasaan kita kurang air bateri ke?
'mereka' tak boleh berfungsi dgn baik ke?

p/s: Aku rasa haus tp aku makan.

Tuesday, June 15, 2010

Ini satu kisah..

Ini satu kisah..pasal sorang budak gemuk yang kasihan.

Mmg kasihan budak gemuk ni..Dia ni gemuk plus tak cantik plus tak berapa pandai nak cakap org putih berhabuk plus tak bijak sgt plus tak amik tahu fesyen dan lain2.Tapi, dia tak pernah nak fikir sgt apa yg org cakap.Budak gemuk ni cakap kat aku kalau kita asyik fikir apa yang org2 luar nak cakap psl kita..kita boleh mati!jd buat apa kita nak fikir?!!Asalkan kita tahu yang kita buat tu benar cukup lar!

Tapi kan..ini lar yg selalu nya menjadi stigma orang2 luar..iaitu budak@orang gemuk selalu gembira.Hidup budak gemuk mesti takde masalah..makan mesti cukup sbb tu lar dia gemuk kn?!baju msti banyak kn?sbb mst ganti baju selalu punya sbb makin membesar kn?!!Budak gemuk mesti takde masalah sebab dia selalu gelak kn?!!
Hei..orang2 luar!!Jangan bercakap kalau tak tahu..jgn mengadili kalau u are nobody.
Tahu tak?!Budak gemuk ni selalu citer kat aku yang dia pn mcm yg lain jgk.Ada emosi dan ada air mata nak di keluarkan..

Budak gemuk ni mmg kasihan..
Mmg dia kata dia selalu gelak..tp hati dia yg menangis sapa yg tahu?!Bukan hanya manusia cantik je yg ada melalui kekecewaan..budak gemuk pun taw.Bukan nya budak gemuk ni tak pernah lalu or rasa apa itu kecewa..cuma budak gemuk ni cakap tak perlu ditunjukkn emosi kecewa itu pd org yg tak perlu..Aku mendoakan kesejahteraan budak gemuk ni..

Satu lagi kasihan..
Ada ke patut budak gemuk ni buat baik tp dpt balasan kurang baik dari org yang dia nak bg kebaikan tu?!!Dia ni berusaha untuk buat baik bukan untuk dia saja tp untuk org lain jgk..tp mcm tak dihargai aje.Aku cakap lar kat budak gemuk ni kalau lar org2 luar ni tak hargai apa yang kau buat kenapa lar kau nak buat jgk?Fikir je untuk diri kau..kalau aku jd budak gemuk ni aku dh lama blah dr bakteria2 jahat ni.Org bagi minum yakult utk dia jd bakteria baik tp dia xnk plak..huish!!

"Takpe lar"..budak gemuk ni cakap ngn aku dia percaya pada Allah..mungkin ini ditakdirkan untuk dia.Mungkin sekarang ni budak gemuk ni hanya nampak@rasa kekurangan pada setiap yg berlaku padanya..tp kita tak tahu esok lusa.Allah dah menetapkan segalanya..mungkin apa yg terjadi kini akan jadi satu faktor pemangkin bagi budak gemuk ni belajar erti hidup..kebaikan akan dirasai juga satu hari nanti.

p/s: Aku ingin jadi sekuat budak gemuk ni!

Sunday, June 13, 2010

Down..

Waktu ini aku tak berada dalam keadaan yang baik..
Meski dalam bentuk fizikal mahupun spiritual..
Tak tahu mcm mana nak memulakannya..
Dan aku juga tak tahu bagaimana nak mengakhirkannya..
Aku perlukan masa untuk merenung kembali apa yang aku buat sepanjang masa ini..
Nampaknya aku terlalu selesa..
Kini tidak lagi..

Spiritual kini berada di tahap terendah..
Mungkin selepas ini di paras negatif..
Terasa ingin turun ke bawah tanah..
Tanpa ada yang menemui..
Aku perlu masa untuk muhasabah diri..

p/s: Hanya Allah yang dapat menenangkan..

Tuesday, June 8, 2010

Bila Budak Main Barbie Bercakap..

Ini patung Barbie bila dia nak kahwin..



Siapa yang selalu main Barbie Doll mcm ni waktu da kecik2 mesti orang yang suka bercakap tapi tak semua faham apa yg dia cakap.Betul..percayalah!!

Meh sini 'MakCik' tunjukkan bukti..
1. Budak Main Barbie akan cakap : "Lawa tak pompuan tu?"(kt sapa2 pn blh..kwn ke BF ke)
Orang 'bengong' akan jawab : Ok lar@Cantik@Boleh Tahan@Hot nya!!(selalu BF lar)
Makna Tersirat : Sebenarnya bdk main Barbie ni nk dgr "U lawa lagi lar dr dia."

2. Budak Main Barbie akan cakap : "U pernah tak teringatkan kekasih u yg dulu?"
Orang 'bengong' akan jawab : "Pernah lar jgk kadang2.."
Makna Tersirat : "Kalau U nak gaduh dn u ni pejuang berani mati, sebutlah nama pompuan tu dpn I."

3. Budak Main Barbie akan cakap : "I ok je..I just want to be alone.U jgn risau k."
Orang 'bengong' akan jawab : "Ok."
Makna Tersirat : "Hoi!!Aku nak kau pujuk lar..sekali sekala nak dgr jgk suara 'konon2' manja kau tu.Pujuk lar..pujuklar."

4. Budak Main Barbie akan cakap : "Ini motor awak ke?"
Orang 'bengong' akan jawab : "A'ah..naik lar.Bru lepas cuci td."
Makna Tersirat : "Owh..kau takde keta ke??kene tarik ke?ada hati kau kan nak bwk aku naik motor EX5 kapcai kau!!Ducati xpe jgk.."

Hahaha..kesimpulannya,orang yang 'bengong' tadi patut lebih berusaha untuk berfikir secara kritis dan mendalam lagi ye.Dan lagi satu..eh,budak main Barbie..kau jangan gedik cam sotong kena elektrik boleh?!!Belajar utk terus terang dan jdi ikhlas skit.
Mesti korg kecik2 asyik sgt dgn Barbie sampai tak pernah jadi Banker atau main Saidina or Millionaire kn?!!tu lar tak tahu apa itu ikhlas dn amanah..Saya salute awak2 yg jadi Banker time main Saidina!

p/s : Tak pernah main Barbie..tp selalu main galah panjang ngn lwn gasing!

Saturday, May 29, 2010

Kenapa tak boleh jadi Mat Jenin?

Mat Jenin aka seorang pak cik tua yg suka berangan.Angan2 pak cik tua ni mmg best tp selalu akan merosakkan diri dia sendiri.Popular tau pak cik ni..semua orang tahu sapa dia.Aku selalu tertukar identiti dengan pak cik tua ni..sblm tidur aku mesti akan pusing2,golek2 atas katil pandang siling umah pastu tiba2 tanpa aku sedar aura pak cik Jenin ni masuk dalam tubuh ni.Jadi apa nak buat??Layan je lar..best apa!

Aku bahagikan angan2 aku ni kepada tiga peringkat usia..senang ar kalau ada yang nak tolong bayangkan sama.hahahaa!!

Yang pertama..jeng...jeng..jeng!!
Waktu aku di sekolah rendah aku selalu berangan bila besar sikit nanti aku mesti dh boleh di kategorikan org yg dh kenal dunia jgk ar.Aku berangan nak pegi makan tempat yang sedap2..memandangkan aku mmg suka jalan2 jd aku berangan2 tinggi ar nnt aku nak jalan2 lepas tu rasa makanan yang sedap2 dan best2 ada dlm dunia ni.Waktu sekolah ni terus terang aku tak makan spaghetti, nan cheese, lasagna, atau donut cap dunkin.Nak makan apa kenal benda tu pn tak..ibu ngn ayah tak pernah ajar makan benda2 tu.Kami orang Minang makan nasi padang yo..lotak gulai,sambal goreng ko huish!!sodap lar!!hahaha..(skang jam dh tnjuk 2pg..aku berangan2 nk mkn nasi padang CAPITAL!!)
Jadi, aku pun simpan ar angan2 jenin tu.
Selepas beberapa tahun..aku dh mula capai sedikit demi sedikit angan aku tu..aku dh kenal spaghetti, donut cap dunkin..bukan tu je cap epal bsr pun tahu!Bila kwn2 aku ajak kuar aku kata ok!!Diorang lebih seronok shopping dn cuba2 baju..tp aku lebih suka tunggu saat utk kami pikir mana nak makan ari ni.hahaha!!sbnrnya bukan aku tak suka nak tgk2 baju ni tp phm2 je lar aku saiz berganda jd buat sakit ati je tgk bju yg kita nak x muat nak masuk bdn.kesimpulan utk ini, angan2 yg aku simpan dr kecik utk makan makanan yang sedap2 ni hanya membinasakan aku sendiri..buktinya ezwar ngn warith panggil aku min belon!!AKU BENCI MAT JENIN!!

Yang Kedua..
Waktu aku habis SPM sempat lar keja kejap.Jadi pernah lar merasa pegang duit titik peluh sendiri walau tak ar banyak macam Obama dpt tp kira best jgk!!Aku rasa puas sbb aku dpt simpan duit gaji tu 1/4 utk belanja nak masuk U nnt,pastu bagi kat ibu 1/4 lg..aku happy gila dpt bg gaji aku kat ibu.Walau pn sikit tp aku rasa bangga bila ibu terima sambil senyum..hehehe!Lagi 1/4 aku guna balik utk belanja aku nak pegi keje bulan dpn..blnja mkn ngn naik bas.Dan yg last 1/4 tu aku dh blnja awal2 masa aku dpt gaji..bwk adik mkn ke,tgk wayang ke blnja dapur kt tesco ke!Best kan?!
Jadi..slps aku balik keje,setiap malam aku mesti jd Mat Jenin.siap ada kuar awan kat atas kepala lg..berangan2 nnt aku nak belajar pandai2 dapat keje hebat2,dpt gaji besar supaya aku boleh beli kereta MURANO, rumah corner lot sndiri, bawak ibu ngn ayah pegi haji,siapkan maid utk ibu spy ibu xde letih2 lg..aku nak ada banyak duit dgn titik peluh aku sndiri.Sebab aku rasa macam boleh buat banyak benda bila kita ada duit.Angan2 yang kedua ni masih angan2 yang sedang diusahakan.Aku berdoa yang angan2 ni tak kn membinasakn aku kelak.Aku tak nak lupa diri..

Yang Ketiga!!Akhirnya..
Sekarang aku selalu berangan psl cinta dan kawin!!Uwwwweeeeekkkk!!Geli bila pikir Muhaimin berangan ke psl ni..hahaha!!tp ini realiti..kenapa aku nak tipu.Aku manusia biasa je..senang bila rasa kena sayang.Happy bila kena hargai.Itu je.Aku berangan nak ada pakwe mcm AARON AZIZ..Arrrrggghh!!Nak3!!Kacak,macho,ada humor jgk,baik,senyum dia best..bnyk lg sbnrnya tp x tahu apa.Boleh kn?!!Walaupn aku rasa teruk bila pikir aku suka laki org tp tiap kali aku berangan aku buat2 ilang ingatan terus.Aku tak baca novel tp bnyk tgk drama jd aku mula lar berangan yang aku ngn AARON AZIZ terlanggar lar..dikenalkan kwn lar..kwn lama yg terpisah lar..asyik gado pastu suka lar.Bengong..perasan!!Tp..aku nak terus berangan boleh?Dpt jgk senyum sorg sblm tido..hahaha!!Kesimpulan utk ini, aku terima jodoh Allah dgn rela hati dan percaya pada takdir dan ketetapan Allah.Kita dicipta utk berpasangan..jd aku tunggu je lar pasangan aku.Peringatan!!Saya Tak Mencari Atau Terdesak Utk Cinta..Hanya suka2okay.

"Shoot for the moon.Even if you miss, you'll land among the stars."Suka dengan kata2 ni..so aku blh lar berangan kan?!!Angan2 tinggi mcm angan nak suami mcm AARON AZIZ..jadi kalau tak dpt boleh dpt yg lain kn?!macam Brad Pitt ke?hahaha..lg tinggi!!

p/s: Nak Imam Muda boleh?!!:P

Wednesday, May 26, 2010

Apa yang banyak mempengaruhi aku?

Dalam hidup ni tak semua perkara akan buat kita gembira macam bila kita gembira dpt makan Ikea Meatball..semenjak dua menjak ni aku kembali pada era MARI MEMBACA.
Aku baca semua blog yang aku suka..setiap hari jumpa blog baru.Baca..baca dan baca.
Aku ulang baca balik older post aku..baca balik comment yg di bagi.Ada beberapa moment yang buat aku terkenang,hiba,senyum sorang diri..dan saat ada air turun dr mata.Aku terfikir Muhaimin,kau dah lama tak muhasabah diri..jadi,

Aku pn selongkar semua yang ada dalam laptop ni..setiap folder gambar yang ada aku buka satu persatu.Lagu yang selalu aku dgr aku dgr lagi ulang berulang..dan kini aku faham yang setiap orang pasti ada perkara yang tersendiri yang dapat mempengaruhi diorg..

Ini untuk aku sendiri..

Bermula apabila aku menjejakkan kaki ke UiTM Merbok..aku jumpa dgn diorg ni.



Aku tahu tak semua perkara akan berakhir dgn bahagia..tp kami mmg bahagia waktu ni.Kami boleh share semua benda..kalau boleh nak buat semua benda sama2..tp mungkin kami terlalu rapat akhirnya perpecahan berlaku.Tp aku bersyukur kerana ada di antara mereka ni masih di sisi.Muhasabah untuk perkara ini..aku sedar yang aku tak pernah menyesal untuk ini.

Kemudian perjalanan aku berterusan lg untuk satu setengah tahun..Banyak moment bahagia yang aku tertinggal.Moment bersama keluarga..Aku tak lagi ada disana untuk meraikn semua perkara..hanya kerana jarak.Muhasabah untuk perkara ini..betapa lemahnya aku tanpa keluarga.Aku sedar yang aku harus membahagiakan mereka selama aku mampu dan masih berkesempatan.



Min sayang ayah dgn ibu!!

Setelah setahun setengah yang di harungi..aku kini di UiTM Shah Alam.Berada di situasi dan perkara yang mmg aku nak lakukn dari dulu lg..Aku dah kluar kan air dr mata yang sgt banyak hanya kerana ingin untuk berada di situasi ini.Tapi,aku tak tahu kenapa aku rasa usaha aku ini tak mencukupi.Aku banyak main..banyak sgt.Apa lar buruk sgt perangai aku ni tak mensyukuri dgn apa yang aku ada sekarang?Ya Allah..ampunkan lah dosa hambaMu ini dan berikan lah aku kesungguhan serta kejayaan yang diredhai Mu,Ya Allah.
Muhasabah untuk perkara ini..aku harus sentiasa beringat dan lebih menghargai setiap perkara yang berlaku..bersyukur.



Doakan kejayaan kami dlm mengharungi semua ini..

p/s:Ini hanya luahan hati yang di tafsirkan dgn kata2..:)

Friday, May 21, 2010

Saya pilih K utk Keldai..

Pilih lar..

Mana satu kau nak?
Buku Teks Math Form 5 atau buku Malaysian Legal System(MLS)..aku pilih MLS.
Keluar beronggeng dgn keluarga atau kawan2..aku pilih keluarga.
Guna nombor Celcom atau Maxis..aku pilih Celcom.
Update Facebook atau tengok video kat Youtube..aku pilih Youtube.
Makan kat William KJ atau 4 star Hotel...aku pilih William KJ.
Nak hidup membujang atau berkahwin dan punya anak..aku pilih berkahwin dan punya anak.
Nak tgk movie Shah Rukh Khan atau Donnie Yen(IP Man)..aku pilih Donnie Yen.
Bila marah lebih suka berdiam atau bersuara..aku pilih untuk diam.
Lebih ke arah kerajaan atau pembangkang..baik aku tidak memilih.Itu rahsia..


Banyak yang aku boleh pilih dalam hidup ni..siapa yang aku suka, siapa yang aku nak kawan, makan apa, pakai baju apa TP ada benda yang aku tak akan jadi pemilih iaitu aku hanya akan terus menyayangi dan menghargai orang2 yg sentiasa melakukan perkara yang sama kepada aku..

p/s: Saya pilih untuk gelak.:)

Sunday, May 16, 2010

Hilang Ingatan...

SITUASI 1:
Seorang pelajar perempuan Tingakatan 5 ditegur cikgunya apabila dia kelihatan berborak,bergelaktawa dan bertepuk tampar bersama kawan semejanya.


CIKGU : Rogayah..
ROGAYAH : Yer cikgu..
CIKGU :Sekarang dah masuk bulan berapa?
ROGAYAH : Bulan yang mcm mana cikgu?Bulan Masihi ke bulan Islam ke?ke cikgu tanya bulan saya?
CIKGU : Astaghfirullahalazim..(ini menandakan cikgu ni Islam)Eh, Rogayah..kamu ni semua benda pun nak main..bila kamu nak serius ni?!
ROGAYAH : Maaf lar cikgu..saya serius sekarang.Kalau saya tak lupa sekarang bulan Mei kalo cikgu tanya Masihi lar tp bulan Islam saya tak berapa pasti.balik rumah nanti saya check balik eh cikgu..
CIKGU : Rogayah..kamu kene ingat yang kamu nak menghadapi peperiksaan besar tahun ni.
peperiksaan yg akan menentukan masa depan kamu..Ingat jasa ibu dan bapa kamu..
lagi2 bulan Mei ni sepatutnya jadi hari yang istimewa utk ibu kamu.Kamu dh siapkan hadiah atau apa2 yg istimewa x utk ibu kamu nnt?
ROGAYAH : Kenapa plak nak sediakan hadiah atau apa2 yg istimewa cikgu?Hari jadi ibu saya ujung tahun..belum lagi lar.
CIKGU : Ape teruk sangat kamu ni?!!ujung minggu ni kan sambutan hari ibu..
ROGAYAH : Hah..bukan ke tahun lepas dh ade hari ibu?!kenapa ade lg tahun ni?!!
CIKGU : Rogayah!!!teruk dah kamu ni...saya tak terbayang siapa lar yang ajar kamu!teruk nya dia..


AKHIR UTK CERITA INI..

Siapa yang hilang ingatan sekarang?Rogayah atau Cikgu?kalo aku lar aku akan jawab yang..
"Rogayah ni mmg budak bengong plus lembab..jadi pegi mati lar dengan dia kalo dia tak tahu ape2..
tapi..aku rasa cikgu ni yang hilang ingatan sbb ape cer dia kata org yg ajar Rogayah ni teruk?!owh..tak2!!sebenarnya cikgu ni pun bengong..kan3?!Cakap diri sendiri..hahahaha.

SITUASI 2 : Lagi kes hilang ingatan..
Ini kisah benar..aku sendiri yang hilang ingatan.Mungkin disebabkan bnyk sgt tgk buku contract Krishnan dan Malaysian Legal System Wan Arfah..hahahahah!tu aku tipu..x bnyk mane pun bace nye!
Pertama, aku lupa hari jadi ibu yg ke 51 tahun pada 27 April.Mase tu ade paper tort!Malam dh ingat esok pg2 nak call ibu nyanyikn die lagu "Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan ibuku sayang..Allah selmatkan kamu.".Aku mmg call tp x nyanyi pn wish pn tak..jd aku mmg hilang ingatn..aku hanya ingat keesokan harinya.teruk nya aku..anak ape ni..:(
Kedua, waktu nya hari ibu ahad yg lepas2..aku diberi kepercayaan oleh ibu n ayah utk lepas pegi Melaka.Dalam train ke Kajang aku terdengar seorang auntie Cina ckp phone kuat giler ngn kawan die..pstu last2 die nak ckp babai kt kwn die kuar ayat ni "hey2..not forget ah..Happy Mother Day to u..babai".Cis!!!Aku tergamam..aku hilang ingatan lagi.sebelum pegi aku salam n cium ibu tp x ingat pape pn..teruk lagi!!:( pastu ingat balik nak cakap lar kn tp hilang ingatan lg!!
Ketiga, hari ni 16 Mei adalah hari guru..aku baru teringat bila aku tgk program nasi lemak kopi o kt tv9 pg td!!Ntah ape aku patut buat..rupe cikgu yang aku sentiasa sayang dari dlu kuar mcm awan dlm kepala otak..
Waktu Tadika..Pn. Siti Eshah bt Mat Lawan iaitu ibu aku sendiri..ibu ni cikgu tadika.Jadi mmg ngn dia je lar dr dlu..kenal ABC pn sbb ibu lar..
Sekolah Rendah..Pn.Khayati Rafiee,guru kelas time drjh 6!!cikgu aku ni ade Facebook k!!best kan?!!Pn.Zaiton..Pn.Ainun,coach bola jaring aku dlu..En.Wan Jaafar cikgu mase drjh 1..Mrs.Keong..n bnyak lg tp aku hilang ingatan lg nama2 diorg!!anak murid x kenang budi lar aku ni..
Sekolah Menengah..Pn Huda Musdiani Teacher Form 1 & 2 kat SAAS Kajang dlu..Pn.Sa'diah cikgu math Form 5..Aku jd suke sgt ngn math psl cikgu sa'diah lar..Pn.Mahsuri n Pn.Zaleha Mat Jadi cikgu Bm Form 4 & 5 kt SMKBB..sayang nya aku kat diorang ni semua.
Aku berdoa pada Allah moga aku tak hilang ingatan lg lepas ni..hilang ingatan pasal orang yang kita sayang akan buat kita rasa teruk sgt!!Tak best langsung..kene makan kismis bnyk lagi ni!!
Babai..Assalamualaikum!!