Sunday, September 14, 2008

HARGA BARANGAN KEPERLUAN

Menjelang musin perayaan aidilfitri pasti masalah berkaitan kenaikan harga barang akan bermula kembali.Dari satu sudut perniagaan kenaikan harga barang adalah disebabkan kekurangan barang bekalan dan kenaikan berkaitan kos pengangkutan dan barangan namun hakikatnya tidaklah seperti apa yang diperkatakan itu, selepas bajet 2009 yang diumumkan lalu yang baru diumumkan pemberian bonus kepada kakitangan awam keesokanya harga barangan seperti di pasar sudah pun dinaikkan seperti yang berlaku di sebuah pasar awam di Johor. Satu persoalan yang timbul jika perayaan aidilfitri harga barangan yang utama digunakan untuk raya pasti akan naik tetapi bila tiba perayaan tahun baru cina tidak pernah kita dengar bekalan limau kekurangan atau harga limau naik malah harga limau di musim perayaan tersebut menjadi lebih murah, kenapa tiba-tiba musim perayaan harga ayam akan melambung naik adakah disebabkan dimusim perayaan ayam banyak yang jatuh sakit atau lari dari reban yang menyebabkan bekalan ayam tiba-tiba menjadi kurang kalau disebabkan permintaan yang tinggi tidakakah ayam yang diternak secara komersial itu mencukupi untuk kegunaan dua atau tiga kali hari raya sahaja dan tidaklah setiap rumah yang menyambut raya akan membeli sampai 10 ekor ayam setiap seorang.Kerajaan perlu memantau dengan memastikan bekalan diseluruh negara adalah mencukupi berkenaan dengan tanggungan kos yang terpaksa dihadapi oleh pemborong dan pembekal kerajaan bolehlah dimusim perayaan ini mengecualikan bayaran tol kepada kenderaan-kenderaan perdagangan yang membawa bekalan barangan keperluan utama dan menggurangkan harga minyak atau memberikan subsidi minyak kepada kenderaan-kenderaan perdagangan seperti yang telah diberikan kepada kenderaan-kenderaan pengangkutan awam untuk menggurangkan bebanan kos yang terpaksa mereka hadapi. Oleh itu tiadalah apa-apa alasan berkaitan peningkatan kos yang terpaksa dihadapi setelah kerajaan memperkenalkan langkah-langkah tersebut untuk menjamin kenaikan harga barangan tidak akan berlaku sewenag-wenangnya setelah masalah berkaitan peningkatan kos pengandalian dan peningkatan kos pengangkutan dapat diselesaikan secara berperingkat.

Saturday, September 13, 2008

BERPEMILIK WALAUPUN TIDAK BERPENGHUNI

Walaupun isu berkaitan tuntutan Pulau Batu Putih telah berakhir lama dan telah diputuskan haknya oleh Mahkamah Keadlian Dunia (ICJ) kepada Singapura pada 23 Mei 2008, sementara Batuan Tengah adalah milik Malaysia dan status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak namun sehingga ke hari ini saya masih berkeyakinan bahawa Pulau Batu Putih itu tetap menjadi milik Malaysia namun atas sebab hujah dan surat yang dinyatakan oleh Singapura bahawa Johor tidak menuntut apa-apa ke atas pulau tersebut maka pulau tersebut telah terlepas hak milik kepada Singapura.

Terdapat 2 hujah dan alasan utama dari Singapura berkaitan hak pemilikan mereka ke atas Pulau Batu Putih seperti yang diputuskan oleh ICJ.

1. Hujah Pertama adalah berkaitan kedudukan mereka di kepulauan tersebut selama 150 tahun tanpa sebarang bantahan daripada Malaysia.

2. Hujah yang kedua adalah surat daripada pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada September 1953 yang memaklumkan kepada Singapura dengan menyatakan bahawa Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih.

Seharusnya yang perlu diberikan penekanan utama oleh Malaysia adalah supaya Singapura mengakui secara dasar dan rasmi bahawa pemilik hak asal Pulau Batu Putih adalah hak Kerajaan Johor.Kenyataan Singapura yang menyatakan mereka telah menduduki dan seterusnya memiliki tempat tersebut sejak 150 tahun tanpa sebarang bantahan dari Malaysia adalah tidak releven kerana jika Singapura menggangap bahawa mereka adalah pemilik dan Pulau Batu Putih adalah hak milik mereka kenapa dengan tiba-tiba pada tahun 1953 telah menghantar surat secara rasmi kepada kerajaan Johor menyanyakan mengenai kedudukan dan status pulau tersebut kepada Kerajaan Johor, jika dikatakan dan menyakini Pulau Batu Putih adalah hak milik mereka sejak 150 tahun yang lalu kenapa perlu bertanya mengenai pulau tersebut kepada pihak yang diangap bukan dari pemiliknya.Adalah pelik jika seseorang menyanyakan sesuatu barang kepada seseorang yang tidak ada perkaitan dan hak mengenainya.

Secara dasar Singapura telah mngakui pulau tersebut adalah masih hak milik Kerajaan Johor dan secara tidak rasmi telah membuatkan mereka berikingginan untuk bertanyakan dari kerajaan Johor mengenai kedudukan dan status pulau tersebut dan seterusnya dengan secara rasmi telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan Johor berkenaan status dan kedudukan Pulau Batu Putih pada kedudukan kerajaan Johor dan dengan itu secara rasmilah Singapura sendiri telah mengakui terlebih dahulu pulau tersebut "berpemilik walaupun tidak berpenghuni" jika tidak Singapura tidak akan bertanyakan kedudukan dan status pulau tersebut kepada kerajaan Johor ,jika Johor tidak memilikinya dan menggangap Singapura yang memilikinya sejak 150 tahun dahulu dan sepekara yang paling penting kerajaan Johor tidak boleh dan dapat memberikan sesuatu yang mereka tidak mempunyai hak keatasnya dan dipetik kenyataan Duta Kelana di Kementerian Luar Republik itu Tommy Koh ketika menutup kes berhujah " Pada tahun 1953 ketika Johor merupakan sebuah negeri berdaulat di bawah undang-undang antarabangsa, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dengan kapasiti rasmi kerajaan telah memaklumkan kepada kerajaan Singapura bahawa Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih" maka jelaslah sudah di ibaratkan sudah terang lagikan bersuluh kenyataan Singapura yang menyatakan memiliki pulau tersebut sejak 150 tahun yang lalu tidak berasas sama sekali kerana dengan sendirinya ada menyatakan hak milik pulau tersebut adalah milik kerajaan Johor dan jika tidak mengapa menghantar surat bertanyakan kedudukan pulau tersebut dan jika Johor tidak mempunyai hak untuk diserahkan dan menyerahkan sesuatu maka Singapura tidak perlu untuk menuntut apa-apa dari kerajaan Johor kerana Johor tidak boleh memberi apa yang ia tidak ada atau milikinya dan jelas sama sekali jika Johor tidak mempunyai hak ke atas Pulau Batu Putih, Singapura tidak perlu membuat apa-apa tuntutan dari Johor dan sekiranya Johor tidak mempunyai hak maka jelas ia tidak mempunyai hak untuk menyerahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura dan dengan itu walaupun pulau tersebut tidak berpenghuni kerana tiada seorang pun yang sangup membina rumah kediaman disitu kerana tiada sebarang apa-apa aktiviti kehidupan dapat diperbuat disitu maka pulau itu tetap kekal sebagai berpemilik walaupun tidak berpenghuni.

Berkenaan dengan surat balasan dari Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor yang menyatakan Johor tidak tidak membuat sebarang tuntutan hak milik ke atas Pulau Batu Putih yang ditadbir Singapura ketika itu lebih dilihat sebagai satu kenyataan ringkas dan padat berkenaanya kerana untuk apa perlu Johor menuntut pulau tersebut sedangkan pulau tersebut adalah hak milik kerajaan Johor dan tidak perlu Johor bersusah payah untuk perlu membuat tuntutan dari pihak yang bukan pemiliknya dan mereka yang hanya sebagai pengendali rumah api disitu. Jika Johor ingin membuat tuntutan dan mengambil baliknya apa lagi yang dapat Johor perolehi kalau sekiranya diambil balik dari Singapura sekalipun apa yang boleh Johor dapat perbuat disitu yang tempatnya hanya sebesar padang bola yang sebahagian besarnya telah dibuat pembinaan rumah api disitu tidak mungkin kerajaan Johor hendak membina sebuah lagi rumah api baru disitu. Telah diakui bahawa tempat tersebut hanya sebagai rumah api untuk kegunaan isyarat laluan kapal-kapal pedagang yang melalui perairan di kawasan tersebut dan sehingga bila-bila pun tempat itu tetap menjadi rumah api yang tidak mungkin Johor akan merobohkanya untuk membina rumah teres disitu kerana rumah api disitu tetap mempunyai kepentingan dan kegunaan bagi laluan kapal-kapal pedagang yang melalui perairan disitu lebih-lebih lagi ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

Kenyataan yang dibuat Singapura dengan menyatakan Malaysia hanya berdiam diri dalam setiap pekara dan tindakan yang dilakukan oleh Singapura ke atas pulau tersebut seperti yang turut ditunjukan oleh Malaysia ketika republik itu membuat keputusan membina tapak pendaratan helikopter pada 1992 dan rumah radar pada 1989 di pulau tersebut tanpa sebarang bantahan dari Malaysia dan dalam pada masa yang sama ia pula menyatakan republik terbabit tidak pernah merujuk atau mendapatkan keizinan daripada Malaysia dan bagaimana Malaysia hendak membantah atau memprotes tindakan yang dibuat oleh Singapura sedangkan pada satu masa menggangap Malaysia tidak membantah dan hanya berdiam diri dan satu kenyataan lain menyatakan ia tidak pernah merujuk dan meminta keizinan Malaysia untuk berbuat sesuatu di pulau tersebut jika ia tidak memberitahu Malaysia terlebih dahulu apa yang akan diperbuat di pulau tersebut maka jika Malaysia mengetahui Singapura akan membina lebih-lebih lagi rumah radar tentulah awal-awal lagi Malaysia akan membuat bantahan tetapi setelah siap barulah Malaysia mengetahui pembinaan tapak pendaratan dan rumah radar telah dibina disitu dan hendak membantah pembinaanya diangap sudah terlambat dan terlewat kerana ia sudah pun dibina ia sama seperti dalam konteks keadaan yang dilihat Malaysia hanya berdiam diri tidaklah boleh dianggap Malaysia memperakui dan mempersetujui dengan apa sahaja yang dilakukan oleh Singapura contoh yang terdahulu berkenaan Perjanjian Air 1961 dan1962 selama 20 tahun diantara Malaysia dan Singapura dimana setelah tiba masa bagi perjanjian itu dibuat dan dirujuk semula pada tahun 2002 maka Malaysia telah terlepas pandang berkenaanya kerana ianya merupakan satu jangka masa yang terlalu panjang. Singapura juga dilihat tetap mendiamkan diri mengenainya dan Malaysia hanya tersedar setelah tarikh untuk rujukan semula itu telah berakhir dan Singapura menggangap bahawa Malaysia hanya berdiam diri dilihat sebagai memperakui dan bersetuju secara langsung untuk tiada rujukan dan rundingan harga dibuat semula tetapi selepas menyedari berkenaanya Malaysia telah menyatakan semahu-mahunya hendak mengkaji semula berkenaan harga air yang dibekalkan kepada Singapura yang telah selama 60 tahun yang diberikan pada satu kadar harga 3sen setiap 1,000 gelen yang bolehlah diangap sudah tidak releven dan munasabah lagi pada masa sekarang kerana sikap Singapura yang mahukan sesuatu yang murah tetapi satu masa yang lain menjual air yang telah dirawat kepada kapal-kapal perdagang dengan nilai kadar harga yang lebih berpuluh-puluh kali ganda dari yang dibayar kepada Malaysia. Maka jelaslah Singapura hanya mengambil kesempatan di atas sikap Malaysia yang berdiam diri dan sikap berdiam diri Malaysia juga digunakan untuk memiliki Pulau Batu Putih walaupun telah di zahirkan pulau itu walaupun ia tidak berpenghuni tetapi tetap berpemilik.

Wednesday, September 10, 2008

MESEJ KEBENARAN

(Berikut adalah masej perbualan antara saya dan seorang wartawan media dari syarikat penyiaran tv swasta. Mesej ini adalah mesej dari sebuah laman web komuniti personal.Kepada para pembaca silalah membaca mengikut fikiran yang terbuka dan rasional menerima kenyataan dari kebenaran yang ada terutama kepada penyokong fanatik DSAI.Tujuan ianya dinyatakan bukanlah bertujuan politik tetapi lebih dilihat sebagai menyatakan kebenaran yang selama ini diragui mengenainya, semoga dengan kebenaran yang dinyatakan dapat merungkapkan dan menguraikan segala persoalan yang di alami selama ini. )

Sekian,

Kalau Berfikir Biar Berwaras,

Kalau Mengikut Biar Berakal.


Azaazie D :

ya busy la awak

08.26.08

Dee :

anwar menang lh awak..

sekarang awak buat berita tentang aper?

08.26.08

Azaazie D :

biar la bukan tambah kerusi pembangkang pun...

dah memang tempat saudara mara dia mesti dia menang

08.28.08

Dee :

ramai sedara dia dekat sana yerk..

patut sokongan tak kurang pun..

tapi pada awak memang dia bersalahkan dalam kes sekarang ni sebab dia tak nak bersumpah.

08.28.08

Azaazie D :

bukan sebab sumpah ke tak sumpah but since 10 tahun dulu dah tau kes dia memang betul cuma teknikaliti kat mahkamah lemah je tak leh sabit dia dgn kesalahan tu.

bukan i je but semua media dah feed nak buat story anwar yang suka menipu rakyat but what to do kalu tak buat kata media berat sebelah..so saya melaporkan anda buat pertimbangan lah..i akan stay dgn fakta but kalu tak percaya saya tak boleh buat apa-apa..

08.28.08

Dee :
Kebanyakan rakyat memang nak tahu an ada sesetengahnya dah tahu tapi macam bukti tak lengkap an diorang pun hari-hari diberikan gambaran itu taktik politik lainlah kalau ada rakaman video dia macam chua soi lek tu baru diorang nak percaya kot..hehe..

lagi satu dia dapat sokongan golongan ulama dari pas an kalau orang agama pun dah katakan lain rakyat yang tak tahu ape-ape lebih bnyak percayakan kata orang-orang yang macam tu sebab angap orang beragama tak kan nak berbohong..

tapi dia menang sebab sedara mara dia kot an tun mahathir cakap orang masih sokong sebab nak ada seseorang yang sekurang-kurangnya dapat menidakan an ape-ape kerajaan nak buat ikut suka hati mcam nak naikkan harga minyak kot.

08.28.08

Azaazie D :

harga minyak ikut harga pasaran global now pun dah turun..anwar pun nak bagi 250 alah kerajaan bagi lebih 5 sen je dari offer dia..

memang ada rakaman video dia buat and dlam sel masa kat penjara pun ada apa dia buat, masa kat dalam sel dia bukak sarung tengkuk yg patah tu tapi bila keluar dia pakai balik kata sakit tulang belakang and so on...itu semua ada but..bagi yg fanatik caya kat dia buat pa pun diaorang tak percaya...so polis tak kuarkan la vcd tu..

08.28.08

Dee :
tak perlah ne dalam sejarah malaysia harga minyak turun time anwar dulu tetap naik jugak walau naik 3sen 10sen tapi harga minyak time tu baru naik us30..

dalam sel dia buat sorang2 or ad orang lain klau sorang2 buat dah nama lain kot..hehe.. kalau yang fanatik sangat diorang boleh ditunjukan kebenaran kot kalau kebenaran dah terang lagi bersuluh tak kan diorang nak bodohkan diri lagi nak sokong orang yang menipu dia selama ni silap2 diorang hentam balik anwar dengan keluarga2 dia semua..

tapi tengolak sumpah saiful tu ulama kata tak kan lebih setahun kalau tuhan nak turunkn sesuatu dari sumpah tu tapi saiful bukan orang pertama yang bersumpah macam tu but sebelum ni bekas ketua menteri besar kelantan yg dulu an tuanku abdul rahman sendiri ada bersumpah macam tu but mungkin ramai yang tak tahu..

08.28.08

Azaazie D :

bagi u mungkin boleh terima tapi pada org lain tak..so polis tak nak riot timbul and so on jadi biarlah proses demokrasi menentukannya..tak tu dia dah masuk juga lah penjara...and tak mustahil dia masuk lagi coz dakwaan nala karupan dia ambik 60 juta and kes liwat saiful still on..so kita tengok je la...

kalu singapura dah turun, thailand dah turun takkan la malaysia bodoh sangat tak nak turunkan harga ringan kan beban rakyat sikit..tak kan turun pun nak dipersoalkan and gov buat sebab anwar..tak masuk akal..coz timingnya sesuai sgt nak turun biarlah yg untung sikit pun kita yg pakai petrol la...

bab sumpah-sumpah ni pada i, kalu org itu benar dia akan berani bersumpah itu saje.

08.28.08

Dee :
nak tunggu proses demokrasi kalau anwar dipenjarakan pun mesti orang ingat konspirasi politik kalau nak tunjukan kebenaran biar bagi semua rakyat tengok rakaman dia tu.. rakaman tu ada pada media jugak ker selalu kalau media apa yang diorang dapat diorang akan tunjukan kebenaran tak takut dengan ugutan lain..tapi yang elok dibuat sembahyang hajat beramai-ramai coz anwar tak perlu terlibat pun tak per tapi kalau dia takut jugak tak tahulah pandangan ulama maner dia nak pakai lagi kalau nak saksi 4 orang jer payahlah cerita dia bukan time dia buat tu ada 4 orang tengok aper yang dia buat..buT yang dulu u kata orang paling rapat dengan dia yang tahu tu wife dia ker?..
08.29.08

Azaazie D :
mungkin juga saya akan desak atau utarakan soalan mengapa simpan je vcd tu nanti ...kepada pihak yg berwajib tapi kalu ia boleh menegakkan kebenaran mesti allah tu dorongkan ia berlaku..

memang la wife dia tahu as wanita i tak suka sikap dia macam tu..

08.29.08

Dee :

conform ker VCD tu wujud an U or media ada tengok..

But salah juga kalau orang yang dah tahu kebenaran menyembunyikan kebenaran tu kira bersubahat bersama melindungi kesalahan yang dibuat orang tu...tak bagus jugak tungu dah bertahun tahun lamenyer baru nak dedahkan semua tu..

wife dia sendiri yang beritahu u tentang tu ker?..

08.29.08

Azaazie D :

i tau pun dari pegawai tertinggi polis but we all tak keluarkan cerita tu sebab itu perbualan tak rasmi so i keep as secret.

but vcd tu memang ada kita tengok je lah nanti how it can be show to public.

bab how i tau dari wife dia biarlah i keep as secret..

pada pandangan i yg cetek ini,

sebenarnya memegang rahsia yg buruk demi anak-anak sahaja tidak berbaloi jika negara tergadai.. namun ada juga setiap wanita terpaksa berkorban terlalu byk dan membutakan hatinya utk lelaki bernama suami..

08.29.08

Dee :

about vcd tu PM,ketua polis or orang atas-atas yang lain tak tahu ker ?..

Sekarang bukan masalah melibatkan memegang rahsia untuk maruah isteri dan anak-anak sahaja tapi sekarang lebih melibatkan maruah agama dan saiful yang bersumpah demi tuhan pun dikatakan agenda politik an anwar kata kalau sumpah 50 kali pun dia tak peduli itu dah menunjukan dia mencabar kebesaran tuhan,sumpah kan melibatkan seorang hamba dengan tuhanya dan tiada siapa-siapa boleh mempersoalkan dan menidakan sumpah antara seorang manusia dengan tuhan.imam wilayah persekutuan yang menyaksikan sumpah tu pun kata dia terpaksa menyaksikanya sebab diminta oleh pegawai khas TPM an dalam paper pembangkang dia banyak mempersoalkan dan pertikaikan sumpah tersebut dikatakan macam satu konsperasi politik. tapi bagi orang yang dah tahu kebenaranya macam u yang dh tengok sendiri vcd tu tentu nak pertahankanmaruah agama dari maruah seseorang an parti. ingat juga kalau tuhan nak turunkan sesuatu bala akibat sesuatu tu bukan sorang jer yang kena tapi semua orang akan kena sekali sebab tu balasan terakhir dari tuhan tanpa bicara an kalau orang tu dah terima balasan awal kira tiadalah balasan terakhir dari tuhan . kalau ikut etika kewartawanan pun akan menyatakan kebenaran walaupun pahit an berat sekalipun.

09.3.08

Azaazie D :

tau..apa lak tak tau..

memang la..if anything yg bleh kita buat itu terbaik utk semua ..kita akan buat insyallah kebenaran sentiasa akan dapat di tegakkan..

09.4.08

Dee :

rakaman tu tak boleh jadi bukti time perbicraan nanti ker..

rakaman tu di rakam dekat luar or dalam penjare..

09.4.08

Azaazie D :

dlm penjara

09.4.08

Dee :
buat sorang diri, bukan ad beza kalau buat sendiri takut di istilahkan lain pulak.
09.4.08

Azaazie D :

no not like what u think ha ha ha
09.4.08