Sunday, October 26, 2008

Nasihat buat Pengkhilaf Agama


Sedar atau tidak sedar, perselisihan dan perbezaan pendapat antara golongan yang mengkaji dan mengamalkan agama Islam di Malaysia menjadi semakin hangat. Ia semakin mendapat perhatian ramai apabila muncul di akhir-akhir ini golongan kelas pertengahan dari masyarakat yang suka mendapatkan sesuatu hukum beserta dengan dalil-dalilnya, tanpa hanya mendengar ‘halal' atau ‘haram' dan kemudian menurutinya dengan selesa. Dengan pertambahan golongan masyarakat yang sebegini, maka pendapat mazhab Syafie yang sudah biasa didengari dan dikuti tanpa banyak soal sejak turun termurun sudah mula dibuka untuk perbandingan dengan pandangan-pandangan lain, demi mendapatkan satu hukum yang benar-benar selesa dipegang oleh golongan ini. Secara tidak lansgung, tindakan ini dilihat amat negatif oleh sebilangan golongan dan kelompok masyarakat yang lain, iaitu dalam keadaan mereka sudah amat selesa dengan satu pegangan itu sejak sekian lama tiba-tiba muncul perbincangan terhadap pegangannya. Hal seperti ini menjadikan perang mulut berlaku dan ‘perdebatan dari jauh' dan dekat juga tidak kurang banyaknya.


Hasil tinjauan dan pengamatan sederhana saya, mendapati adakalanya perdebatan ini bertukar kepada perdebatan sihat kepada yang sebaliknya. Hasil dari itu, saya ingin mengambil peluang di ruang ini bagi berkongsi nasihat yang ebrguna buat sahabat-sahabat dari kedua-dua aliran. Diharap mereka sudi untuk membacanya tanpa prejudis.


Bagi saya, peranan golongan ilmuan muda hari ini antaranya :-

a) Tidak cepat menghukum sebaliknya perlulah memahami perjuangan kedua-dua kumpulan dengan baik


b) Menjaga asas dan adab serta bersabar dalam perdebatan dan perbincangan.


c) Memahami hujjah, kondisi, kesediaan masyarakat setempat.


d) Merujuk sesuatu isu dari sumber rujukan samada kitab yang benar-benar mewakili mazhab itu. Jika mazhab Syafie, maka perlulah dirujuk kitab utama yang telah disepakati oleh ribuan ulama Syafie silam seperti Ar-Rawdah, Al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Fath al-‘Aziz dan Al-Umm. Ini antara kitab utama yang mesti dipastikan rujukan bagi mendapatkan satu fatwa yang mewakili mazhab Syafie.


e) Memahami bahawa sebenarnya mana-mana Mazhab tidak pernah terikat dengan satu-satu pendapat. Ada yang Rajih, ada yang Marjuh, ada yang sahih dan muqabil sahih, zahir, masyhur dsb. Sebab itu kita kena terbuka dan tidak boleh memaksa seseorg menerima satu pandangan kerana ianya akan tetap menjadi khilaf. Bahkan lebih jauh dpd itu ulama'2 hadispun ada sesetengah tempat berkhilaf didalam mentashih dan mentdhiefkan hadis. Bahkah Tabien2 sendiri ada yang khilaf bahkan.....di antara sahabat. Namanya masalah khilafiah. Justeru itu anda jangan menyangka hebat dengan satu2 pandangan..


contoh dlm masalah haji :


Pakar rujuk tabung haji mula-mula menyatakan dlm masalah sentuh perempuan ketika tawaf bahawa yang menyentuh batal yang disentuh tak batal (ikut qaul marjuh dlam mazhab syafie).Selepas tu ikut mazhab Hanbali, tak batal kalau sentuh dgn takde syahwat. Kerana terlalu taksub dengan mazhab...mungkin..heret jamaah haji belajar ambil wuduk secara Hanbali (konon tak nak talfik mazhab). Sedangkan mereka tak sedar bahawa Syafie sendiri dalam satu pandangannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh anak muridnya (Imam Ruwayani tak silapnya) bahawa yang menyentuh dengan syahwat sahaja batal (mcm Hanbali). Akhir sekali pihak tabung haji mengambil pendapat yang terakhir ini..Setelah bersusah payah..


e) Bersikap terbuka dan beradab dalam menilai pandangan-pandangan ulama lain dan dalil bagi setiap fatwa mereka. Dan banyak lagi peranan lain yang tidak mampu saya nyatakan di ruangan kecil ini.


Justeru, eloknya ilmuan muda dan dewasa meneliti di mana punca temu dan tembung antara dua aliran ini. Jika diteliti, kita akan dapati kedua-dua mereka bertemu dalam banyak perkara, terutamanya, bertemu dalam niat baik yang ingin disumbangkan kepada masyarakat..
Kaum Muda yang di namakan juga ‘salafi', ‘tajdid', ‘sunnah' atau dicop juga sebagai ‘wahabi' pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat' dan hampir kepada Al-Quran & as-Sunnah (pada hemat dan penelitian mereka) ; iaitu dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sohih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi aqal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW.
Kaum Tua atau dikenali sebagai ‘Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhab Syafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan cara taqlid (ikutan tanpa kajian terperinci) sebagai medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyarat yang majoritinya tidak punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak ‘alim.


Niat mereka ini lebih elok jika kita sedari dari asyik berbicara tentang perselisihan mereka. Selain itu, akibat peselisihan yang semakin buruk, muncul tuduhan dari kedua-dua kumpulan bahawa orang sana tidak lain hanya ingin menyesatkan dan memecah belahkan orang ramai. Masing-masing menuduh antara satu sama lain sebagai punca masalah tanpa sedar lagi kemungkinan dirinya adalah silap.

Justeru, kita dapat lihat inilah perjuangan mereka semua niat adalah baik, cuma mereka berbeza dalam target bentuk pergerakan, penentuan keutamaan dan pendekatan.

Peranan Penyokong

Malangnya dengan di'api'kan oleh penyokong masing-masing yang kurang 'ilmu' dan penghayatan, maka pertembungan menjadi serius, titik selisih menjadi utama menenggelamkan hasrat murni dan titik persamaan. Hinggakan guru-guru kedua kumpulan yang pada asalnya cukup lunak dan berbaik, menjadi keras, tuduh menuduh berlaku, remeh meremeh, balas membalas, lebih amat malangnya banyak pula si 'guru' yang bertindak balas bukan dalam isu yang sebenar, tapi hanya akibat mainan mulut si anak murid atau penyokong yang suka menokok tambah bagi menyedapkan perisa, kononnya orang sana menyebut itu ini.
Suka saya nasihatkan si murid agar mengingati kembali bab 'An-Namimah' iaitu mengadu domba yang amat dicela oleh Islam. Guru mana yang tidak ‘marah' apabila dilaporkan oleh si anak murid bahawa orang sana mengatakannya mengajar ajaran yang tidak benar, sesat, hujah cetek, menolak Usul Fiqh, tak mengetahui hadith dan lain-lain. Malah lebih buruk apabila kritikan hujjah merebak kepada kritikan peribadi, rupa wajah dan lain-lain.

Nabi SAW bersabda :
‏لا يدخل الجنة ‏ ‏نمام
Ertinya : Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba ( Riwayat al-Bukhari)
Huraian ringkas berkenaan tajuk yang disebut dalam kitab "Al-Halal Wal Haram" oleh Dr Yusof Al-Qaradawi sangat baik dibaca oleh ilmuan dan para pengaji agar tidak tergolong dalam kumpulan pengadu domba yang memburukkan keadaan, memutuskan ikatan kasih antara muslim dengan berselindung di balik ‘niat baik' kononnya untuk meluruskan orang yang sedang menyeleweng.

Saya kerap berjumpa, pertempuran hujjah si 'guru', tetapi ia sebenarnya adalah hasil 'mulut' si anak murid, maka bertempurlah si 'guru' tanpa fakta yang sebenar tentang pihak sebelah sana, amat malang dan membuang masa. Inilah akibat kesimpulan sendiri dari kedua-dua belah pihak, sehingga mengadakan perkara yang tiada.

Peranan Syaitan

Dalam keghairahan menegakkan hujjah, pendekatan, keutamaan yang diletak oleh kumpulan dan perjuangan masing-masing, ramai yang tidak sedar bahawa Syaitan bertapak semakin hebat dalam diri. Sedarkah kita bahawa Syaitan pasti melontarkan rasa keakuan, ego, sombong, rasa diri ‘alim kerana hujjah mantap?. Ketika itu, secara sedar atau tidak, sekiranya hujjah di pihak lain adalah benar sekalipun , ianya tetap akan dilihat salah, sekaligus menolaknya dengan pantas, sambil merujuk ke guru masing-masing untuk mencari hujjah tambahan.
Kerap juga saya dengari di kalangan penyokong-penyokong ini merujuk kepada guru mereka sambil berkata "Ust , bagaimana saya nak jawab hujjah mereka yang ini, yang itu dan lain-lain" . Sedarkah kita bahawa kemungkinan hujjah itu benar?. Tetapi dalam hal ini, si penyokong seolah-olah sudah pasti ianya salah, cuma mereka kurang mahir menacri hujah menolaknya sahaja. Sang guru pula akan rasa tercabar apabila hujjahnya dipatahkan lalu dengan begitu bersemangat pula membawa ‘buah' baru untuk dilontarkan kepada ‘orang sana'.
Jika ini berlaku, tiada lagi usaha mencari kebenaran tulen, yang ada hanyalah usaha menunjukkan ke'alim'an masing-masing. Adakalanya, belum pun sesuatu hujah ‘orang sana' diamati sehingga habis ayat-ayatnya, telah digelengkan kepala, ditertawakan, diberikan senyuman sumbing tanda hinaan terhadap hujah orang lain.
Nabi SAW menyebut :
الكبر بطر الحق وغمط الناس
" Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia" ( Riwayat Muslim)
Berkata Syeikh Abu Raghib akan erti "Batar" dalam hadith di atas :-
"Rasa ‘ujub' atau keajaiban diri yang menyelubungi individu ketika diseliputi nikmat ( termasuk nikmat ilmu)"

Inilah yang pasti berlaku dalam pertempuran hujjah yang diapikan oleh para penyokong ini. Perlekehan akan berlaku, lalu timbulah ayat-ayat seperti " tak habis mengaji lagi tu" , " hidung masih berhingus nak berhujjah". " ni mesti tak faham bahasa arab dengan baik ni" , "mereka ni bukan reti ilmu hadith" dan banyak lagi dari kedua-dua belah. Sihatkah ini? Benarkah perjuangan kebenaran yang didokongi atau telah terseleweng sedikit demi sedikit?.
Semoga Allah memberi rahmat buat kita semua dan mengampunkan saya dalam kesilapan pengamatan saya yang amat sederhana. Maaf buat semua jika ia mengguris anda tanpa niat.
nanti..sambungannya..

Wujudkah Ahli Kitab dewasa ini...

Ulama semasa berbeza pandangan dalam menentukan status ahli kitab ini pada zaman ini.

1) AHLI KITAB WUJUD HARI INI
Ia adalah pandangan kumpulan majoriti ulama semasa termasuk Al-Qaradawi (di ambil dalam fatwa beliau berkenaan boleh makan daging di neagar yang majoriti kristian dan yahudi, bgmnpun dalam fatwa beliau berkenaan kahwin dgn ahli kitab- beliau ada meletakkan syarat agar di semak terlebih dahulu samada wanita itu betul2 kristian dan yahudi atau hakikatnya athies), Al-Buti, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lain-lain menyatakan bahawa mereka di anggap ahli kitab selagi mana mereka percaya kepada Allah SWT. Ini adalah pandangan mcm syeikh yg di tanya di bawah tu, mereka lebih cenderung memberikan keringanan sebenarnya.
Antara dalil mereka adalah seperti di sebut oleh zubir tadi juga.

2) STATUS AHLI KITAB HARI INI DIPERTIKAI
Manakala kumpulan minoriti menolak pandangan di atas. Menurut mereka , untuk digelar ahli kitab , sesorang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu mestilah berpegang teguh dengan ajaran agama samawi masing-masing, adapun, jika mereka berpegang dengan ajaran palsu hari ini di campur pula dengan tidak mengendahkan hal ehwal hukum agama mereka. Mereka tidaklah layak di gelar Ahli KItab lagi.
Kumpulan ini berpegang kepada athar dari Sayyidina Ali KW yang menyebut tentang Yahudi Bani Taghlib dengan katanya :
إنهم لم يأخذوا من النصرانية إلا شرب الخمر وأكل الخنزير
Ertinya : "Mereka tidak mengambil apa-apa dari ajaran Nasrani kecuali untuk minum arak dan memakan babi" ( Rujuk : Al-Majmu' oleh Imam An-Nawawi, 9/74)
Ini bermakna Ali r.a seolah-olah tidak setuju dgn pengiktirafan ahli kitab kepada mereka yang tidak berpegang dgn sepenuhnya.
Ia juga berdasarkan athar :-
عن نافع مولى ابن عمر: أنه كان إذا سُئِل عن نكاح النصرانية واليهودية، قال: إن الله حرم المشركات على المؤمنات، ولا أعلم من الإشراك شيئًا أكبر من أن تقول المرأة: ربها عيسى، وهو عبد من عباد الله (انظر: البخاري مع الفتح "9/416" حديث "5285" باب قول الله تعالى: (ولا تُنْكِحُوا المشركاتِ حتى يُؤْمِنَّ..) من كتاب الطلاق، وانظر: تفسير ابن كثير "1/258"، ط الحلبي. وتفسير القرطبي "3/68" ط. دار الكتب).
Ertinya : Ibn Umar ditanya berkenaan hukum berkahwin dengan ahli kitab nasrani dan yahudi, maka dia berkata : " Sesungguhnya Allah mengharamkan berkahwin dengan kaum wanita musyrik, dan tidak ku ketahui syirik yang terbesar daripada seorang wanita berkata : " tuhannya Isa, dan dia pula hamba dari hambar Allah ( Rujuk Fath al-Bari, haditth no 5285, )
Justeru, ini seolah menunjukkan bahawa kristian yang mempercayai triniti seolah2 telah terkeluar dari ajaran kelas ahli Kitab iaitu nasrani kerana kekarutan mereka. Terutamanya kristian di zaman ini yang kebanyakkan adalah athies dan hanya nama sahaja Kristian tetapi tiada berpegang dgn ajarannnya.

Kesimpulan saya
Jika berpegang penuh dengan segala ajaran agama yahudi dan nasrani itu di anggap syarat untuk digelar ahli kitab, maka ramai pula nanti Umat Islam yang tidak layak digelar ‘Muslim' juga, kerana pegangan mereka yang amat longgar. Kerana inilah majoriti ulama berpendapat, syarat utamanya utk diterima sebagai ahli kitab dan terpakai semua hukum ahli kitab di dalam quran adalah PERCAYA kpd kewujudan Allah (sebagaimana Al-Qaradawi yang meletakkan syarat, asalkan jangan athies atau komunis - iaitu yg jenis tak percaya tuhan).
Justeru ahli kitab yang percaya trinity dan lain-lain itu tetap di anggap ahli kitab berdasarkan firman Allah yang menggelarkan mereka dengan nama AHLI KITAB walaupun mereka telah menyeleweng dalam aqidah mereka iaitu :-
يا أهل الكتاب لا تغلوا في دينكم ولا تقولوا على الله إلا الحق، إنما المسيح عيسى بن مريم رسول الله وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه، فآمنوا بالله ورسله، ولا تقولوا: ثلاثة، انتهوا خيرا لكم إنما الله إله واحد، سبحانه أن يكون له ولد، له ما في السموات وما في الأرض، وكفى بالله وكيلا}النساء:171
Ertinya : " Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau-lampau dalam agamamu, dan janganlah mengatakan tetang Allah kecuali yang benar, Sesungguhnya Al-Masih Isa anak Maryam itu adalah rasulullah, dan ia di letakkan kepada Maryam dan ruhnya dating dari Allah, maka berimanlah dengan Allah dan rasul-rasulNya, jangalah kamu mengatakan "tiga", tamatkanlah dakwaan itu lebih baik bagimu, sesungguhnya Allah itu esa, maha suci Allah dari mempunyai anak....( An-Nisa : 171)

Wallahu a'lam.

Hukum wang kutu

Tinjauan Syariah

Jika anda ingin memahaminya skim kutu ini dari sudut proses dan caranya , sama ada ia diterima oleh Syariah atau tidak. Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus.
Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.
Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.
Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi mempertahankan kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.
Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.
Kesimpulannya, skim 'kutu' antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.
Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut :-

Pertama : Keharusan kaedah :-
أسلفني وأسلفك
Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)
Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam ia adalah harus.
Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.
Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)
Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.
Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.
Ibn Qayyim berkata :-
والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم
Ertinya : "Syariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)

Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)

Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran
Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.
Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' atau disebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.

Kesimpulan
Jika dilihat dari sudut proses dan perjalanan skim kutu ini semata-mata, ia adalah harus menurut pandangan Islam, namun diwaktu wujudnya akta rasmi yang melarang. Ia secara rasminya dianggap haram dari sudut hukum Islam atas dasar "kewajiban taat kepada pemerintah dalam hal yang tidak berkait dengan maksiat dan demi kemaslahatan umum yang dilihat oleh pemerintah".

Tuesday, October 14, 2008

Hukum jual Tudung tak sempurna untuk tutup aurat

Menjual tudung yang sempurna bukaannya, elok tebalnya dan saiznya namun kemudian pembeli menggunakannya secara tidak sempurna dan membuka aurat, jelas hukumnya bukan ditanggung oleh penjual. Ia adalah tanggungjawab pembeli sendiri.

Malah terdapat juga pembeli yang membeli tudung nipis untuk dipakai bersama tudung lain agar ia menjadi tebal. Ini juga sukar ditentukan kecuali jika si pembeli sememangnya sudah terlihat cara pemakaiannya semasa membeli. Takala itu sebahagian ulama berfatwa adalah haram menjual pakaian yang tidak menutup aurat kepada pembel yang kita sudah ketahui dengan jelas akan menggunakan di khalayak ramai, sebahagian ulama lain mengatakannya makruh.
Perbincangan para ulama dalam hal ini boleh dilihat semasa perbahasan tentang hukum menjual anggur kepada pembeli yang sudah diketahui akan menggunakan anggur itu untuk pembuatan arak.

Ulama yang menyatakannya sebagai harus tetapi makruh adalah Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama mazhab Shafie. Mereka berpandangan adalah makruh menjual anggur kepada pembuat arak dan menjual senjata kepada golongan yang berperang dengan umat Islam kerana keyakinan sahaja belum tentu akan terlaksana. Ini adalah berdasarkan kaedah/formula fiqh: ‘Seseorang itu dihukum berdasarkan niatnya'.[1]
Dr Ramadhan Hafiz Abd Rahman[2] menyebut ulama mazhab Syafie berpandangan demikian hasil kefahaman mereka dari apa yang disebutkan oleh Imam As-Syafie berikut:-
أكره بيع العصير ممن يعصر الخمر
Ertinya : "Aku benci penjualan anggur kepada mereka yang memerah untuk dijadikan arak" [3]
Dalam erti kata lain, penjual tersebut menjual anggur serta mematuhi segala syarat-syarat jual beli Islam. Apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh pembeli adalah di luar bidang urusan penjual.

Namun sekiranya penjual itu ketika berlakunya aqad jual-beli berniat jahat untuk menjual dengan tujuan menyumbang kepada kerosakan dan kejahatan yang akan dilakukan oleh pihak pembeli, maka niatnya adalah haram atau maksiat tetapi aqad tersebut tetap sah. Contohnya barang yang dijual dan disembunyikan kecacatan (‘aib) barangan tersebut, di mana hukum ke atas aqad tersebut adalah satu perkara dan kesan daripada aqad tersebut adalah perkara yang lain. [4]

Al-Shirazi mengatakan: "Makruh (yukrah) menjual anggur untuk dibuat arak, kurma untuk dibuat arak (al nabiz) dan menjual senjata kepada golongan yang memusuhi Allah. Ini adalah kerana penjualan tersebut dianggap membantu ke arah maksiat. Sekiranya dijual kepada golongan tersebut, jual beli tersebut dianggap sah, kerana bukanlah penjual yang menghasilkan arak, dan bukanlah dia memerangi Allah dengan senjatanya.[5]
Kesimpulannya, sekiranya anda bersangka agak kuat bahawa pembeli tidak akan menggunakannya untuk menutup auratnya dengan baik, maka jualan itu menjadi makruh.

Abu Ammar

Rujukan :

[1] Wahbah al Zuhaily, al Fiqh al Islamiy wa Adillatuh, p. 5:3458
[2] Al-Buyu' Al-Darrah, hlm 265, cet Dar As-Salam
[3] Mukhtasar Al-Muzani, 1/84 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 9/334
[4] al Muhazzab, Al Syirazi,, 1/267, Mukhtasar al Tahawi, al Tahawi, hlm.280.
[5] Ibid, As-Syirazi, 1/267; Al-Majmu', 9/ 345

Buluhmas, Noradz, Jazmeen : Apa Cerita ?


Saya rasa sudah berpuluh-puluh malah hampir beratus orang bertanya kepada saya berkenaan hukum perniagaan Buluh MAS, Noradz Travel dan yang sepertinya.Walaupun sebenarnya saya ada meninjau ringkas web perniagaan berkenaan namun saya masih belum terpanggil untuk memberikan sebarang komen dan ulasan berkenaan hukumnya. Malah saya juga tidak membacanya secara serius dan sekadar menyelak web mereka beberapa minit sahaja. Ini kerana saya sedang menunggu 'lampu hijau' dari pihak berwajib.


Akhirnya, hari ini keputusan saya untuk 'belum mengulas' sampai kepada apa yang saya tunggu-tunggu, iaitu respon daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia. Walaupun respon mereka belum MENYATAKAN SYARIKAT YANG TERBABIT DIANGGAP BERSALAH atau TIDAK BERSALAH, namun ia cukup baik kerana siasatan sedang dijalankan, justeru kebajikan seluruh peserta-pesertanya kemungkinan besar lebih terjamin, atau 'wang peserta' mungkin juga akan hangus jika aset semua syarikat dibeku oleh BNM tanpa sebarang pampasan, apapun ia bergantung kepada keputusan siasatan. Telah saya nyatakan berkali-kali kepada semua, perlu mengambil berat hal halal haram dalam pendapatan mereka. jika anda ingin bertanya kepada saya hukum sesuatu perniagaan, tolonglah semak terlebih dahulu dengan pihak Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Jadilah seorang proaktif dalam melaporkan mana-mana kewujudan syarikat yang sebegini kepada BNM atau Suruhanjaya Sekuriti (SC), selepas itu barulah sesuai ditanya kepada saya atau mana-mana ilmuan Syariah dalam bidang Fiqh Muamalat di mana jua.


Kemudian, satu lagi persoalan diluluskan oleh BNM & SC, semak pula mengapa pula pihak syarikat tidak mahu mengambil penasihat berwibawa untuk menyemak dan mengesahkan sistem dan produk mereka. Jangan lupa, mungkin ada beberpa syarikat yang mengambil mudah dengan meletakkan entah siapa-siapa sebagai penasihat Shariah syarikat mereka bagi mengabui mata pelanggan. Semak latar belakang penasihat Shariah, jadilah seorang yang bijak dan berfikiran panjang sebelum terjebak dan akhirnya menjadi mangsa. Selain itu, jikalau perniagaan itu mempunyai sistem yang diakui halal sekalipun tetapi melanggari peruntukan undang-undang yang ada, saya tetap tidak boleh menyokongnya, juga tidak boleh untuk mewarwarkannya sebagai halal. Ia merbahaya kerana mungkin saya pula akan disabit kesalahan kerana seolah berkempen untuk sesuatu perniagaan yang tidak menuruti undang-undang. Sekadar itu coretan pendek berkenaan hal ini. Semoga dapat mempelajari sesuatu. Sebarang kata-kata kasar marahkan syarikat atau BNM. Jika anda terjebak, eloklah memarahi diri sendiri kerana 'terkena' sedangkan telah banyak pengajaran sebelum dari ini. Sekian


ABU AMMAR ATTUALANJI

Thursday, October 9, 2008

Kehancuran ekonomi US dan kebangkitan Dinar


Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut.
Kegemilangannya dilihat terus merudum. Tidak seperti detik bersejarah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang telah menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara mereka kepada dolar AS. Tipu daya itu berlangsung menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Penipuan terbesar adalah semasa pemerintahan Presiden Nixon yang mana pada tanggal 15 Ogos 1971 secara unileteral telah memungkiri perjanjian Bretton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dolarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan Perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan.
Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilaikan pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekaligus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan.

Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.
Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai.

Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.
Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya.
Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.
Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira - kira 4.5 gram.

Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).
Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.

Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.
Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.

Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).

Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.
Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi…dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?

Wednesday, October 8, 2008

Mercun, Ucapan Maaf dan Ampau

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Dalam penulisan ini, saya ingin menyentuh 3 perkara berkenaan hari raya yang sering dilakukan oleh umat Islam. Apakah pandangan Islam terhadap Mercun, pemberian duit raya dan ucapan ‘Maaf Zahir Batin'?.
Main Mercun
Dari pandangan Islam pula saya kira amat mudah untuk diketahui hukumnya. Semua perkara yang membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah diharamkan di dalam Islam.
Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori haram adalah :-
1) Mudarat Kepada Diri
Ini tidak perlu lagi dihuraikan. Cukup laporan akhbar ini sebagai fakta : BUKA DI SINI

2) Mudarat Orang Lain
Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi-tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat.
Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Saya boleh menggangap ia terdapat persamaan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak-kanak atau bayi hilang nyawanya.
Nabi s.a.w bersabda :
من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه
Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)
Saya masih ingat kisah yang disiar oleh akbar tahun lepas, bagaimana mercun masuk dalam buaian seorang bayi.
Baca juga kisah ini "Dalam pada itu, ibu Mohd. Syafiq, Saripah Ali, 43, berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya.
‘‘Mercun yang dilempar ke arahnya terkena di bahagian bawah mata kiri menyebabkan matanya cedera," katanya".
Baca Di Sini
3) Pembaziran
Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya.
Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajkan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun.
Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.
Saya kira, tidak perlu dihurai panjang isu ini disebabkan kejelasannya.
Sebagai kesimpulan, ibu bapa yang membelikan mercun ini tidak terlepas dari dosa pada pandangan Islam. Mereka sepatutnya bersifat tegas dalam hal ini melarang sebarang penglibatan anak-anaknya terutamanya jika mereka terjebak dalam membuat mercun sendiri seperti mercun buluh dan lain-lain.
Isu Duit Raya
Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.
Perspektif Baik :
Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.
Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-
كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة
Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)
Justeru, sekiranya ia dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah sudah tentu keberkatan pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya di bulan syawal.
Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya'.
Saya harap masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan niat mereka dengan memasang niat ia sebagai sedeqah dari bulan Ramadhan dan bukan sekadar adat hari raya semata-mata.
Perspektif Negatif
Ia boleh menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : -
1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan menayangkan jumlah yang diberinya dan ada pula yang terpaksa berhutang demi memberikan ‘duit raya'. Ini tidaklah di benarkan sama sekali menurut Islam.
Justeru, perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya menjadi ibadat atau tidak.
2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah' yang mungkin diberikan oleh ahli perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi keputusan pegawai itu di kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam.
3) Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.
Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di setiap kali tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya.
Walaupun demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan seluruh amalan pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari jatuh kepada haram, si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur dengan apa jua jumlah yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan sementara dari fitnah bernama ‘duit' dan ‘wang' ini.
Jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia untuk menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih memberikannya sewaktu hariraya.
Justeru, pada hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu adalah lebih ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ‘adjust' niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima.
4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.
Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram.
Sebuah hadis menyebut :
لعَنَ رسولُ اللَّهِ في الخمرِ عشرةً عاصِرَها ومُعتصِرَها وشارِبها وحامِلَها والمحمولَةَ إِليهِ وساقيَها وبائعهَا وآكلَ ثمنِها والمشتَري لها والمشترى لهُ
Ertinya : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)
Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam. Sebuah Hadith lagi : ertinya
قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ
Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )
Justeru, jika ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.
Ucapan Maaf Zahir Batin
Ucapan Maaf Zahir Batin sering diberikan oleh rakan dan taulan sempena hariraya ini. Amalan maaf bermaafan asalnya adalah bersifat ‘neutral' dan boleh diteruskan di hari raya ini asalkan ungkapan kemaafan yang dipinta dan yang diberi adalah beserta penyesalan yang benar atas segala kesilapan yang dilakukan.
Ia selaras dengan objektif Ramadhan bagi mencapai keampunan Allah SWT sebagaimana di fahami dari Hadith :
جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ،
Ertinya : "Datang kepadaku Jibrail lalu berkata : " Celaka ke atas seorang hamba yang sempat bertemu Ramadhan dan keluar darinya tetapui tidak mendpaat keampunan terhadap dosa-dosanya, lalu aku (Rasulullah s.a.w) berkata : Ameen. (tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu'la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja'd ; Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad - no: 644)
Bagi seseorang yang berdosa dengan Allah SWT, amat diharapkan beroleh keampunan di bulan Ramadhan ini.
Bagaimanapun, jika melakukan dosa dari jenis kesalahan kepada manusia lain seperti mengumpat, memfitnah, memukul, merendahkannya, mencuri duitnya dan lain-lain. Seolah-olah keampunan yang sepatutnya diperolehi dari ramadhan tergantung kepada keampunan manusia yang pernah dizalimi ini.
Tatkala itu, mangsa sahaja yang mampu mengampunkan orang yang menzaliminya.
Pada hemat saya, objektif mendapatkan keampunan Allah sukar untuk dicapai sebaiknya jika tidak ada proses maaf bermaafan di hujung ramadhan atau di awal Syawal.
Mengambil peluang cuti dan bertemu di hari raya sebagai waktu yang sesuai untuk meminta ampun. Oleh kerana itu, saya secara peribadi tidak nampak sebarang masalah dalam amalan ini selagi mana ia dilaksanakan dengan ilmu dan ikhlas. Wallahu ‘alam.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Imsak- satu rekaan orang melayu

Masalah: Bid'ah Ketetapan Imsak sebelum Subuh
Petikan: "Entah bermula dari tahun berapa, umat Islam di negara kita telah mengenali erti imsak sebelum masuknya waktu subuh selama lebih kurang 10 minit. Tetapi ketetapan imsak dengan erti seperti ini tidak pula diketahui di negara-negara Islam yang lain sama ada di Timur Tengah atau lainnya. Tidak ada sesiapapun di antara kita yang cuba bertanya tentang asal usul imsak ini, apatah lagi untuk mempersoalkannya. Inilah satu sikap tidak baik yang ada pada masyarakat kita iaitu menurut saja apa yang diperkenalkan tanpa usul periksa."

Maulana Asri Kelantan : Darul Kauthar Kelantan ( Lebih lanjut lihat Al Ahkam.Net)

INIKAH DAJJAL?? ATAU ANTARA DAJJAL2??


" Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnyaIndia Selatan. Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi). Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.


" Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as). wallahu al'am.. Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.


Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.. Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini. "Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim) "Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)
Antara DAJJAL dan SAI BABA


1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.


2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.


3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.


4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.


5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.


6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku seabgai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.


7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.


8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.


9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.


10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.


11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker.


12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).


13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.


14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.


15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.


16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.


17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.


18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.


19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).


20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan ideologi zionis.


21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mendakwa bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan
wahai kaum muslimin.Apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya. "Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal. Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cubaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."

Tuesday, October 7, 2008

Puasa Qadha' dan puasa enam serentak

NIAT QADHA + PUASA ENAM SYAWAL SERENTAK.

Soalan: Adakah boleh bagi seseorng mengqadhakan puasa ramadhan dan sekaligus dikira termasuk dlm puasa enam syawwal.Jawapan.kebanyakan di kalangan ulama' mengharuskan puasa sunnat digabungkan dgn puasa fardhu, tidak sebaliknya. ini sebagaimana dijelaskan oleh Imam Nawawi dalm Al-Minhaj, Jalaluddin Almahalli dlm syarah minhaj. Begitu juga Imam Ramli tlh memfatwakan bahawa ia dibolehkan.Berkata Syeikh Doktor Ali Jum'ah (Mufti Mesir) ; Berdasarkan ini , harus bagi perempuan mengqadhakan puasa ramadhan yg di tinggalkannya di bulan syawwal. dgn itu memadailah ia daripada puasa enam hari di bulan syawwal, dan ia mendapat pahala tersebut (Qadha dan 6 syawal).Tetapi jika kita ingin mengasingkan antara kedua2 puasaa tersebut adalah lebih baik.

(sila rujuk Al-bayan Dr Ali Jumah Ms 304-305)

Posted by Khairul Azmi Ismail

Masalah replika Anwar ibrahim



Berdasarkan pandangan yang dipegang oleh al-Malikiyyah yang turut dipegang oleh Ibn Hamdan dari kalangan ulama al-Hanabilah, replika Anwar adalah dibenarkan oleh Syarak.
Ini kerana patung yang diharamkan oleh Syarak berdasarkan ijtihad fuqahak di atas adalah apabila mempunyai keseluruhan ciri-ciri dibawah:
Patung yang dibuat adalah berbayang (tiga dimensi). Ini dijelaskan oleh kata-kata Ibnu Hamdan yang merupakan salah seorang ulama daripada al-Hanabilah :
المراد بالصّورة أي : المحرّمة ما كان لها جسم مصنوع له طول وعرض وعمق
Sekiranya tidak mempunyai tiga dimensi, maka hukumnya tidaklah haram sebaliknya hanyalah makruh.
Patung yang mempunyai tiga dimensi tersebut adalah patung yang sempurna yang seandainya hidup, dia akan boleh hidup. Maka sekiranya patung 3 dimensi tersebut hanyalah kepala sahaja, atau kepala dan dada sahaja, atau patung tanpa kepala, maka hukumnya tidak sampai ke peringkat haram kerana tiada seorangpun yang mampu untuk hidup sekiranya dia hanya mempunyai kepala, atau hanya mempunyai kepala dan dada atau tidak mempunyai kepala.
Namun sekiranya patung tiga dimensi tersebut hanyalah tidak mempunyai tangan dan kaki contohnya, maka hukumnya adalah haram kerana manusia ataupun haiwan dapat hidup sekalipun tanpa tangan dan kaki.
Patung yang mempunyai 2 ciri di atas dibuat daripada benda yang kekal seperti kayu, batu, besi dan sebagainya. Sekiranya ia dibuat daripada benda yang tidak kekal seperti kulit buah tembikai, lilin, ulian tepung dan sebagainya, maka hukumnya adalah tidak haram.
Replika tersebut tidak mempunyai bayang. Bayang yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk tiga dimensi. Ia hanyalah seperti lukisan manusia di atas kertas, tenunan di atas kain dan ukiran yang dipahat di atas batu ataupun kayu.
Walau bagaimanapun hukum replika Anwar adalah makruh disebabkan seluruh jasad Anwar digambarkan. Namun sekiranya replika Anwar hanyalah kepala sahaja ataupun bahagian-bahagian jasad yang sekiranya dianggap hidup, ia tidak akan mampu hidup, maka hukum makruh tadi akan hilang. Ini bermakna sekiranya gambar replika Anwar hanyalah gambar kepala hingga ke dada sahaja, hukumnya adalah tidak makruh di sisi mazhab al-Malikiyyah.
Replika Anuar Dalam Pandangan Mazhab Yang Lain
Dalam mazhab al-hanafiyyah, al-Shafieyyah dan al-Hanabilah, hukum membuat replika Anwar adalah haram sama sekali. Ini kerana berdasarkan dua mazhab ini, sebarang lukisan atau arca yang menggambarkan makhluk yang bernyawa adalah haram.
Kesimpulan:
1. Dalam masalah replika Anwar , para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini. Maka adalah satu tindakan yang salah untuk kita memaksa manusia mengharamkan replika Anwar demi untuk meraikan khilaf fuqaha dalam berijtihad. Kaedah mengatakan:
الاجْتِهَادُ لاَ يُنْقَضُ بِالاجْتِهَادِ
2. Replika Anwar di sisi al-Malikiyyah tetap hukumnya makruh.
3. Masyarakat perlu dijelaskan bahawa dasar perjuangan bukanlah disebabkan individu. Perjuangan adalah dengan berdasarkan wahyu.
Rasulullah pernah bersabda:
أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ[1]
Sayyidina Ali pernah berkata:
لا تَعْرفِ الحقَّ بالرجال . اعْرِفِ الحقَّ تعرفُ أهلَه[2]
4. Tindakan mendewa-dewakan seseorang bukanlah satu sikap yang baik. Islam mengajar manusia agar bersikap adil terhadap menilai manusia. Sokongan terhadap seseorang hanyalah apabila kebenaran bersamanya. Allah Taala berfirman:
Hai orang - orang yang beriman , hendaklah kamu jadi orang - orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Dan janganlah sekali - kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum , mendorong kamu untuk berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan .
Al Maaidah . Ayat : 8
Cadangan Saya terhadap Dato' Seri Anwar.
Berkait isu replika ini , sebagaimana yang telah saya jelaskan diatas , ia termasuk dalam urusan khilaf dikalangan ulama' . Namun bagi pihak Dato' Seri Anwar demi mengelak berlakunya taasub dan mendewa - dewakan sesama manusia khasnya terhadap dirinya sendiri , beliau boleh menasihatkan agar orang - orangnya segera menurunkan replika beliau.
Justeru replika tersebut sangat berbeza dengan iklan atau gambar yang berada pada billboard. Pasti sahaja iklan - iklan tersebut biarpun besar saiznya tidak fokus kepada membesar dan memuliakan gambar orang tertentu melainkan fokus kepada suatu yang diklankan .
Tetapi replika Dato' Seri Anwar tidak merujuk kepada suatu yang lain melainkan kepada zat Dato' Seri Anwar sendiri . Saya juga tidak melihat keperluan lain replika itu didirikan sedemikian besar dan tingginya kecuali lahir dari rasa terlalu memuliakannya.
Lantaran itu saya cadangkan agar Dato' Seri Anwar sendiri meminta agar replika tersebut diturunkan sebelum gejala mendewa - dewakan pemimpin kian membarah dan akhirnya menyumbang kepada pemujaan yang merosakkan aqidah . So isunya buka replika tetapi kesan dari pemasangan replika tersebut , pula dibangunkan di Batu Caves.
[1] Lihat al-Mu'jam al-Kabir [2] Lihat Ihya Ulumiddin Jilid 1 Bab Kelima : Fi Adab al-Muta`allim Wa al-Mu`allim.
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Berhati-hati di dalam mencari Kemenangan


“Adalah tidak mustahil nasib politik pro-Islam akan dipersia-siakan apabila pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka. Sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.
Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.
Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.
Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.
Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.
Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.
Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.
Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.
Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.
Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:
(maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75).

CALENDER