Dah nak abis pun…huhuhu.. Since papa keje jauh ni dh xde can nak balik kampung. Seminggu ni spend kt JB je. Bukan la papa x bagi tapi rasa cam x patut sgt la de peluang nak bg anak2 spend time dengan papa. Dah la hari biasa papa xde. Xpe la anak2..cuti lebih seminggu nanti kita rotate eh? Cam cuti raya cina aritu kami dok kt Bayu Marina Resort lagi. Kalo nk amik homestay pun sama je sehari rm160 gak paling murah. Baik amik kat sini including breakfast pastu de orang kemas bilik bagai rate satu malam rm178. Anak2 la paling bahagia sebabnya korang wat semak cane pun mama x marah hahahahaah.. cuba kalo kat umah? Satu taman dengar haku menaga!!
Since anak2 tengah stage melasak ni kena amik bilik yang luas. Memang puas hati kat sini. Studio je pun tapi luas. Boleh je nak amik yg 2 bilik tapi nanti end up mek2 ni tido berhimpit satu bilik..wat rugi je ahahahaha!! So kat sini la kitorg selama seminggu. Aktiviti mek2 ni banyak dalam bilik je. Sekali je aritu saya bawak gi pool masa papa gi keje. Setengah jam je pun tapi penatnya Ya Rabbi.. dah jadi bibik aku nih, sini kendong baby, sana kejar budak kecik berlari.. tapi derang pun x banyak songeh sebab dh besa dok dalam umah kot. Asalkan ada cartoon, makanan..ok la. Bilik ni plak de free wifi so memang xde hal la masing2 mengadap tab derang layan cartoon online. Mama melayan baby golek2 atas katil je hehehe..
Ada je bawak fail RPI ngan Inklusif tadi satu haram pun x sentuh.. ate cuti kan? Kang dh balik skolah baru nak terhegeh2 wat keje wuwuwuw.. Baru nak start menulis baby dh bunyi.. tau je dia mama ada nak ajak golek2 peluk2 dia. Alahaii.. esok dh nak gerak balik PJ. Minggu depan mula la rutin hidup dengan anak2.. dh seminggu cuti masak la aku nk tuning balik jadual derang. Konfem banyak telenovela di pagi hari..dah la papa xde. Haiisyyy.. nak sambung cuti boley?